Tuesday 31 May 2011

KERAJAAN PAS KEDAH KEJAM ANIAYA PELAJAR



Kerajaan PAS Kedah telah memecat seorang Timbalan Dekan dan 6 orang pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN) yang didakwa terlibat dalam demonstrasi membantah kelemahan pentadbiran KUIN dan kerajaan negeri.

Perkembangan ini menunjukkan bahawa kerajaan negeri tidak boleh menerima sebarang teguran. Ini berbeza semasa mereka menjadi pembangkang, setiap saat setiap hari pelbagai kutukan dan kritikan mereka lemparkan kepada pentadbiran kerajaan negeri di bawah BN. Tetapi kini apabila mereka sudah berkuasa, baru mereka rasa bagaimana susahnya menjadi pemerintah. Dan paling penting, mereka tidak tahan mendengar kritikan.

Itulah sikap pembangkang. Mereka melaung-laungkan slogan kebebasan bersuara. Mereka kononnya berjuang memartabatkan demokrasi di negara ini. Namun, apabila terkena batang hidung sendiri, mereka ibarat cacing kepanasan. Cakap tak serupa bikin.

Keengganan Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Azizan Abdul Razak menemui pelajar-pelajar KUIN tersebut juga memperlihatkan betapa tidak rasionalnya pembangkang dalam menangani kecaman. Bagi mereka, apabila rakyat berdemonstrasi menentang kerajaan BN itu dinamakan demokrasi, tapi apabila mereka pula berkuasa dan rakyat mengkritik mereka, ia tidak demokratik dan perlu diambil tindakan tegas. 

Tindakan pemecatan itu, secara tersiratnya merupakan amaran kepada mana-mana pihak supaya tidak menentang kerajaan PAS Kedah. Jika menentang buruk padahnya. Inilah juga yang bakal mereka praktikkan sekiranya berjaya memerintah Malaysia. Mana-mana pihak yang cuba berdemonstrasi membantah dasar-dasar mereka pasti akan disumbat ke dalam penjara @ ISA tanpa banyak bicara. 

Dah 3 tahun, orang Siam Kedah baru tahu PAS pegang MB?


Dewan Perhimpunan Penyokong Pas (DHPP) Kedah mendedahkan masyarakat Siam di Kedah enggan mendekati Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini kerana menganggap bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mahdzir Khalid masih memegang tampuk pentadbiran Kerajaan Negeri sehingga kini.

Bagaimanapun, Setiausaha DHPP Kedah, William Khor Eng Hin berkata, persepsi itu berjaya diubah DHPP sejak mereka mendekati masyarakat Siam, terutama di kawasan Padang Terap bermula tahun lalu dan hasilnya sedikit demi sedikit orang Siam sudah mula memahami perjuangan PR Kedah.

Menurutnya, bukti jelas masyarakat Siam kini bukan lagi undi deposit tetap Barisan Nasional (BN) dan UMNO dapat ditunjukkan melalui penganjuran Pesta Songkran anjuran Kerajaan Negeri di Kuala Nerang apabila program itu dibanjiri lebih 4,000 masyarakat Siam seluruh Kedah yang kini sudah mula menyedari perubahan cuba dibawa PR.

“Saya bersama Exco Kerajaan Negeri, Tan Chow Kang mula-mula mendekati masyarakat Siam pada tahun lalu dan respons yang diberikan ketika itu agak kurang memberangsangkan apabila tidak sampai 50 orang yang datang mendengar ceramah anjuran kami.

“Kami bertanya sebab apa mereka enggan menerima kehadiran dan terkejut apabila mereka mendakwa bimbang tidak mendapat bantuan ‘Menteri Besar, Datuk Seri Mahdzir Khalid’ dan ‘Kerajaan Negeri BN’ sekiranya mendekati PR.

Friday 27 May 2011

Baru sahaja YB Manikumar bagi cadangan tapi YDP dah tunjuk kuasa!!!...

                                             Ambil berat peniaga tepi jalan

ALOR SETAR - Kerajaan Negeri disaran menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi membincangkan isu peniaga tepi jalan yang berleluasa di seluruh Kedah selain meneliti proses ke arah pemutihan masalah itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Selambau, S Manikumar berkata, penubuhan jawatankuasa khas itu penting kerana isu peniaga tepi jalan tidak pernah dibincangkan secara terperinci di setiap mesyuarat pihak berkuasa tempatan (PBT) di setiap daerah, sedangkan terdapat pelbagai aduan dan tindakan penguatkuasaan dijalankan ke atas mereka.

:Menurutnya, keperluan Kerajaan Negeri untuk meneliti permasalahan peniaga tepi jalan penting memandangkan kegagalan menangani isu tersebut dengan bijak akan menyebabkan nama baik Kerajaan Negeri terjejas walaupun sebarang tindakan dilakukan berlandaskan peraturan.

“Sebagaimana masalah penjaja yang berniaga di atas rizab jalan di kawasan saya (Bukit Selambau) baru-baru ini, saya mengakui mereka berniaga tanpa mematuhi semua peraturan perniagaan sebagaimana disyaratkan PBT, bagaimanapun tindakan penguatkuasaan terhadap mereka akan menyebabkan kehilangan sumber pendapatan kerana sudah lama bertapak di sesuatu tempat.

“Sekiranya tindakan penguatkuasaan awal diambil terhadap mereka, peniaga terbabit kemungkinan tidak berniaga di situ. Bagaimanapun, setelah tindakan tidak diambil dalam tempoh masa lama, peniaga terbabit sudah bergantung pendapatan dengan berniaga di tempat itu.

“Justeru, penelitian sewajarnya isu ini perlu dilakukan terhadap kedua-dua pihak memandangkan ada pro dan kontra dalam soal kewajaran tindakan penguatkuasaan PBT diambil ke atas mereka,” katanya sewaktu ditemui Sinar Harian.

Manikumar berkata, satu proses pengumpulan data peniaga tepi jalan perlu dilakukan PBT setiap daerah untuk memastikan jumlah peniaga dan lokasi perniagaan mereka dikenal pasti bagi membolehkan urusan ‘pemutihan’ peniaga terbabit dapat dijalankan.

“Urusan ‘pemutihan’ yang dimaksudkan bukan membasmi peniaga-peniaga terbabit, sebaliknya Kerajaan Negeri menggunakan kesempatan ini untuk membantu mereka dengan menyediakan prasarana dan tapak berniaga baru yang lebih selamat dan terjamin.

“Di pihak Kerajaan Negeri, isu peniaga tepi jalan ini perlu diletakkan di bawah satu komponen khas untuk memantau dan meneliti permasalahan dialami kedua-dua pihak iaitu peniaga dan PBT bagi mengelakkan masalah berbangkit timbul di kemudian hari,” katanya.

Manikumar menegaskan cadangan yang dikemukakannya bukan untuk menghalalkan tindakan peniaga tepi jalan yang kebanyakannya berniaga tidak memenuhi syarat diperlukan, sebaliknya bertujuan memberi perlindungan kepada mereka.

“Dari sudut penguatkuasaan, sememangnya tindakan mereka salah. Tetapi kita perlu akui kegagalan kita melaksanakan tindakan penguatkuasaan awal terhadap mereka menyebabkan mereka terus bergantung harap terhadap sumber pendapatan diperoleh daripada berniaga di situ.

“Justeru, masalah ini perlu diperhalusi dengan kerjasama kedua-dua pihak termasuk Kerajaan Negeri demi kesejahteraan rakyat Kedah,” katanya.

Thursday 26 May 2011

MPSPK Roboh Gerai Depan Kelab Cinta Sayang-siapa berkuasa & dimana budi bicara @ adakah ada udang dalam mee...




MPSPK telah bertindak meroboh gerai di depan KELAB CINTA SAYANG pada pagi ini. Siapakah yang terlibat dalam arahan merobohkan gerai-gerai ini dan di maklumkan YB Manikumar serta MP Merbok juga berada di tempat kejadian bersama pegawai MP Jerai Sdr Shubihi untuk cuba berbincang dengan pegawai-pegawai MPSPK supaya tidak merobohkan gerai-gerai tersebut.

Namun operasi perobohan tetap dijalankan.
maklumat lanjut kami akan maklumkan kemudian...

Wednesday 25 May 2011

sekolah diancam tanah runtuh


BALING - Kira-kira 232 pelajar dan 17 guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Bakai dekat sini diancam bahaya ekoran kejadian tanah runtuh yang berlaku di sebuah bukit di belakang sekolah berkenaan sejak beberapa hari lalu.

Dalam kejadian terbaru pada dua hari lalu, satu runtuhan kecil berlaku selepas hujan lebat mengakibatkan hakisan di kawasan pinggir sekolah berkenaan.

Akibatnya, dua lubang besar terbentuk yang menjadi laluan air dari puncak bukit.
Kesan-kesan runtuhan batu dan tanah itu hanya kira-kira lapan meter dari bilik darjah dan menjejaskan struktur sekolah yang berkeluasan 1.2 hektar itu.

Pengetua sekolah terbabit, Alias Abdul Rahman berkata, pergerakan tanah dikesan sejak dua hari lalu mengakibatkan berlakunya runtuhan batu dan tanah sehingga memasuki kawasan sekolah berkenaan.

Monday 23 May 2011

Panassss..!!! Utusan sold out diborong puak-puak PKR..!!!

Dikhabarkan, awal subuh pagi ini, puak-puak PKR sudah bergegas ke kedai-kedai berhampiran membeli akhbar Utusan Malaysia! Semata-mata nak baca tentang pendedahan panas oleh Eskay, sebagaimana yang kami katakan semalam.

Sebuah kedai menjual spare part kereta hampir dibakar oleh seorang penyokong totok PKR setelah apek itu menjawab, "wa punya kedai talak jual paper maaaa..!".

Ada juga yang bercerita, puak-puak PKR pagi-pagi lagi dah ketuk pintu balai polis untuk buat laporan polis terhadap Utusan dan Eskay! Padahal, diorang belum bukak pun lagi akhbar tu. Paranaoid betul puak-puak PKR dengan pendedahan Eskay!

Heheheheeeee...ada kena mengena ke dengan Anwar or PKR? Pucat lesi je muka! Eskay cakap pasal wikileaks je kan? Heheheheee...baca sendiri la. At least, Utusan laris hari ini! "Boikot" ke tak ni? Heheheheeeeeee....

PAS BIMBANG PENGUNDI BARU MENDADAK


ALOR SETAR - Pas mendakwa pertambahan mendadak pengundi baru di beberapa negeri Pakatan Rakyat (PR) sebagai strategi Barisan Nasional (BN) dengan kerjasama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), bagi membolehkan BN merampas negeri-negeri terbabit daripada Pas.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Mohamad Sabu berkata, strategi seperti itu pernah dilakukan oleh BN di Terengganu pada pilihan raya umum (PRU) ke-11 tahun 2004 lalu dan di Sabah untuk membolehkan BN merampas Terengganu dari Pas dan mengekalkan cengkaman di Sabah.

Menurutnya, Pas ragu dengan pertambahan pengundi melebihi 17 peratus bagi setiap negeri PR, memandangkan pertambahan sebenar berdasarkan pendaftaran yang dilakukan Pas pada suku pertama tahun ini sehingga Mac lalu hanyalah enam peratus paling maksimum.

“Sebelum ini Pas yang mendahului SPR dalam pendaftaran pengundi baru, tetapi kini angkanya ternyata jauh menyimpang dari jumlah yang sebenar.

“Lebih meragukan, berdasarkan semakan, pertambahan pengundi baru yang dilakukan oleh SPR itu bukannya pengundi yang didaftarkan di negeri terbabit, tetapi di Kuala Lumpur dan mereka yang bukan warganegara Malaysia.

“Saya bimbang dengan keadaan ini dan tidak menolak kemungkinan ianya satu strategi jahat BN dengan kerjasama SPR untuk merampas kembali negeri-negeri PR secara tidak sah,” katanya sewaktu ditemui Sinar Harian semalam.

Mohamad Sabu berkata, corak pendekatan itu kini sudah dikenal pasti giat dilaksanakan di Selangor bagi menghadapi PRU-13 tidak lama lagi.
Menurutnya, strategi jahat itu sememangnya amat sukar diatasi Pas dan PR kerana mendakwa turut melibatkan kerjasama SPR sendiri.

“PR belum tentu menang di Selangor kerana saya difahamkan SPR bertindak mendaftarkan bukan rakyat Malaysia untuk mengundi di Selangor sebagaimana dilakukan di Sabah dan Terengganu sebelum ini,” katanya.

Sementara itu, Mohamad turut mendakwa UMNO mengkhianati suara orang Melayu di Parlimen apabila tidak menambah kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan-kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk Melayu tinggi seperti di Kedah, Kelantan dan Terengganu.
Menurutnya, tindakan BN itu dipercayai disebabkan bimbang kerusi di negeri terbabit dimenangi Pakatan Rakyat (PR), walhal keperluan untuk menambah kerusi di kawasan majoriti Melayu diperlukan untuk mengukuhkan suara Melayu di Parlimen.

“SPR dan BN sewajarnya menambah kerusi Parlimen di kawasan seperti Baling dan Kuala Kedah yang mempunyai penduduk lebih 30,000, selain menambah kerusi di negeri Kelantan dan Selangor," katanya.

LAGI

LAGI ISU AIR UUM!!!

SEKADAR HIASAN...

Sejak UUM senyap, saya pun senyap! Tup-tup malam Rabu lepas kawan di SADA telefon, paip UUM dah meletup-letup tak dapat tampung kemasukan air seperti yang diminta, 13 juta liter padu sehari. Bila loji Padang Sanai mula beroperasi pada 15hb, kawasan yang ada masalah dulu banyak dah selesai.


Oleh kerana orang-orang besar UUM dan lajak cakap sebelum ini bahawa depa tak ada masalah dari segi infra, yang bermasalah ialah SADA, maka bila paip meletup, cepat-cepat depa kata mantainance biasa saja! Meletup tempat lain kot??! Alah bang...semua orang tau... upgrade lah! Jangan malu-malu! Orang kat luar ni nak senyum saja. tak kata apa-apa pun. lain kali jangan pakai baju UMNO untuk tadbir institusi macam UUM.


Haaaa...jangan tak tau pulak! KPT sudah merayu untuk kurangkan cukai tanah UUM...kan ramai dok kata Kerajaan Pusat tak berduit sekarang ni, terpaksa merayu dari Kerajaan Negeri untuk kos serendah RM1.7 juta... kecik laaa kalau nak banding dengan income dan pertumbuhan yang diwar-warkan... nak syarah apa lagi...bajet 300 juta setahun pun tak cukup nak bayaq cukai tanah.
Menteri Pengajian Tinggi tentu kena belasah dalam mesyuarat kebinet nanti...tunggu laaaaa

SEKOLAH BUKAN TEMPAT BERPOLITIK

PENDANG – Hampir 20 Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat (PR) Pendang dengan gabungan Pemuda Pas Pendang dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) serta satu badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) membuat laporan polis kerana membantah penggunaan premis sekolah untuk tujuan politik oleh Pemuda UMNO Pendang semalam.

Sinar Harian difahamkan Pemuda UMNO Bahagian Pendang menggunakan dewan Al-Marbawi Sekolah Menengah Kebangsaan Pendang pada jam 3 petang untuk perasmian mesyuarat agung perwakilan Pemuda UMNO Bahagian.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas kawasan Pendang, Abd Ghafur Syukur berkata, sejak dua tahun kebelakangan ini, UMNO sering menggunakan premis sekolah untuk aktiviti politik mereka .
“Tahun lalu Pemuda UMNO Bahagian Pendang turut menggunakan dewan Sekolah Menengah Tengku Temenggung untuk tujuan politik dan kali ini turut menggunakan dewan sekolah untuk politik mereka,” katanya kepada Sinar Harian selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Pendang.

Sementara itu, wakil ketua Angkatan Muda Keadilan Pendang, Mohd Zaki Razak, beliau juga menerima rungutan daripada ibu bapa yang tidak berpuas hati sekolah digunakan untuk tujuan politik dan kegiatan ini bertentangan pekeliling yang dikeluarkan Jabatan Pelajaran Negeri Kedah pada 2008.

“UMNO Bahagian Pendang berterusan menggunakan dewan Al-Marbawi sekolah itu untuk tujuan politik dan sebelum ini pada minggu lepas UMNO Bahagian Pendang turut menggunakan dewan yang sama untuk tujuan politik (mesyuarat Wanita).

“Sekretariat Pemuda mengharapkan premis pendidikan tidak disalahgunakan demi menjaga mutu pendidikan,” katanya.
Katanya, sekretariat mempersoalkan penggunaan dewan sekolah untuk tujuan politik sedangkan banyak lagi dewan yang boleh disewa seperti dewan serba guna, dewan Pendang Lake Resort dan banyak lagi.

“Jabatan Pelajaran Negeri Kedah didesak menjelaskan secara khusus sama ada program politik dibenarkan dianjurkan dalam kawasan sekolah dan kami juga meminta Pejabat Pendidikan Daerah serta Kementerian Pendidikan mengambil tindakan serius terhadap perkara ini kerana kami tidak akan benarkan masa depan anak-anak dipolitikkan,” katanya.
Wakil SAMM, Mohd Zuhairi Khamis berkata, sambutan hari guru NGO itu telah dicemari dengan propaganda politik UMNO Barisan Nasional.

“Jika ingin berpolitik pergilah ke tempat yang sepatutnya dan bukan di sekolah dan saya minta Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil tindakan serta berlaku adil supaya tidak berulang lagi di mana-mana sekolah selepas ini,” katanya.

PAS LEBIH SAYANGKAN DAP DARI ISLAM

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dalam satu wawancara dengan majalah Milenia Muslim keluaran Mei 2009 telah mendedahkan mengenai peristiwa di sebalik kejatuhan BN di Perak pada PRU 2008. Beliau menjelaskan bahawa selepas keputusan PRU diumumkan, UMNO Perak telah menyatakan persetujuan untuk bergabung dengan PAS, di mana jawatan Menteri Besar dan semua jawatan Exco akan disandang oleh PAS.



Jika penggabungan UMNO-PAS terjadi, ia akan mencatatkan sejarah kerana kerajaan negeri yang dibentuk akan melibatkan kesemua org Melayu beragama Islam. Tujuan penggabungan itu dilakukan adalah untuk memastikan org Melayu-Islam terus memegang tampuk pemerintahan kerajaan negeri sambil mengelakkan pentadbiran kerajaan negeri didominasi oleh DAP kerana DAP memiliki bilangan kerusi terbanyak dalam Pakatan Rakyat (DAP 18 kerusi, PKR 7 kerusi & PAS 6 kerusi). BN hanya memperolehi 28 kerusi.



UMNO telah menunjukkan keikhlasan untuk melihat Melayu-Islam terus mentadbir negeri, walaupun akan kehilangan semua jawatan. UMNO tidak kisah. UMNO lebih rela PAS yang memerintah berbanding DAP. Tetapi, niat murni itu tiada dalam kotak fikiran PAS Perak.



Harussani mendedahkan lagi bagaimana dia berkereta sepanjang malam untuk bertemu dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz untuk menyampaikan cadangan UMNO Perak itu. Nik Aziz bersetuju tapi menjelaskan dia tiada kuasa pemutus. Kuasa pemutus di tangan Presiden PAS. Haji Hadi turut menyatakan persetujuan apabila beliau sendiri yg menelefon Harussani, namun menyatakan kuasa membuat keputusan adalah di tangan Pesuruhjaya PAS Perak, Ahmad Awang.



Namun begitu, Ahmad Awang tidak mahu cadangan penggabungan itu direalisasikan dengan alasan PAS tidak mahu bekerjasama dengan mereka yg zalim (UMNO). Dia lebih rela menjalin kerjasama dengan org kafir (DAP). Lalu, hasrat murni penggabungan itu tidak menjadi kenyataan. Akhirnya, Pakatan Rakyat memerintah Perak, di mana Nizar Jamaluddin dari PAS dilantik sbg Menteri Besar boneka DAP.



Namun begitu, dengan takdir Allah swt pemerintahan PR hanya bertahan selama 11 bulan saja. BN kembali memerintah sehingga kini. Melihat peristiwa ini, kita sudah boleh memahami hati perut org PAS. Mereka sama sekali tidak rela untuk bergabung dengan sesama Melayu-Islam kerana mereka lebih pentingkan kuasa. Berganding dengan kafir adalah lebih mulia bagi mereka.



Bagi aku, PAS ini tiada beza dengan DAP. Mereka perlu kita perangi habis-habisan sehingga mereka tiada daya lagi untuk bangun kembali. Kuburkan mereka bersama rakan kafir mereka. Melayu-Islam akan kembali bersatu jika mereka pupus.  



sumber dari...

Wednesday 18 May 2011

TUAI HASIL TAK MENJADI- MESTI BACA !!!



1. Di Kelantan, kegagalan UMNO menguasai semula kerajaan negeri akibat sikap cah keting sesama pimpinan UMNO Bahagian. Bukan sebab Nik aziz itu hebat, tapi warlord UMNO kelantan tidak pernah menunjukkan kesatuan yang tulen. Ada saja yang tidak kena, maka naiklah siapa pun yang jadi calonnya, maka gerombolan puak yang lain yang tidak tercalon pasti mensabotajnya. Justeru 70% kemenangan PAS di Kelantan disumbangkan hasil kelemahan dalaman UMNO.

2. Di Kedah istilahnya politik cantas, sebab itu apabila berkesempatan berbual sambil makan tengahari dengan seorang akauntan PETRONAS, DARI Kelantan, muda lagi budak ni, gelora politik Kelantan berupaya diungkapkannya dengan baik. MESKIPUN baru 5 tahun dia menetap di Kedah, sebab isteri dia anak Kedah, namun gelora dan pergolakan politik Kedah terutama yang melibatkan UMNO turut berjaya dihuraikannya.

baca lagi
http://syburi-times.blogspot.com/2011/02/pakat-pakat-cah-keting-pakat-pakat.html

Bawak-bawak la muhasabah diri UMNO Kedah wei... PRU 13 dah nak dekat. Kalau tak insaf macam mana nak menang... Layan..........

DAP tadbir ekonomi PAS Kedah.

Kesian student uum.. pasal gula naik peringkat global kecoh satu melaya... yg heran yg marah ialah golongan yg tak pernah bayar cukai... tetapi sedar tak undi pas di kedah cukai tanah naik dari 150,000.00 setahun( masa bn perintah!!!) perintah cukai tanah naik sampai berjuta ringgit kesian kat studen uum... walaupon uum kerajaan pusat yg punya tetapi pas dah tak dirikan masjid!!! tak dirikan sekolah!!! tak dirikan universiti!!! apa yg pas boleh buat jika nak perintah malaysia ni!!!??? hasil dalam negara habiss di tarah... nak bawa pelabor arab pon tak pandai amik hati... last2 mintak nasihat dap utk tadbir ekonomi malaysia!!! jadi naik gula .20sen marah!!! cukai tanah naik berjuta setahun tak marah pulak!!!!

JELAPANG LANIE :apalah kerajaan negeri ni, teruk betoi.. awat dia kata boleh bagi rebat ka, tu tempat mengaji, apa salah ka bantu bagi kurang cukai. Pas takkan tak mau anak cucu kita pandai..