Wednesday 31 August 2011

PANAS! Berbaloikah Kita Membuat Laporan Polis Banyak-Banyak!!





Kebelakangan ini kalau pembaca semua perasan, seakan ada satu trend di Malaysia ini berpuluh kalau tak beribu lapuran polis yang dibuat dalam hal-hal tertentu antaranya menyentuh perhimpunan haram Bersih dan terbaru yang berkaitan dengan kepala komunis melayu alam baru, Mat Sabu.

Dalam hal perhimpunan haram Bersih, lebih 4 ribu laporan polis dibuat oleh banyak pihak dan Mat Sabu kepala komunis ni lebih 40 laporan.

Terdetik di hati penulis, dengan sekian banyak laporan, apa yang memberi kesan ke atas laporan yang dibuat? Kalau tak silap penulis dulu, laporan yang sekian banyak akan menyusahkan orang yang dinamakan dalam laporan pasal dia kena pergi ke semua balai polis dimana laporan dibuat ke atasnya. Contohnya, kalau laporan Bersih dibuat di Sarawak, Ambiga perlu pergi ke Sarawak untuk sesi soal siasat.

Sekarang pun kalau tak silap penulis masih berlaku keadaan yang sedemikian, cuma jarang benar yang penulis dengar.

Selain dari itu, apa agaknya faedah kepada laporan polis yang beribu-ribu dan berpuluh-puluh ini? Dalam hal perhimpunan haram Bersih, walaupun pihak polis berjaya mengelakkan kejadian yang lebih buruk dari berlaku, perhimpunan masih berlangsung dan orang-orang dibelakang perhimpunan tersebut masih bebas ke sana kemari mempromosikan agenda perhimpunan Bersih tanpa ada tindakan.

Sehinggakan pertubuhan haram ini seakan sudah jadi ‘halal’ dengan banyak pihak termasuk akhbar edisi harian mengajak Bersih hadir dalam sesi yang diadakan bersama pihak SPR. Pendek kata seakan ada pengiktirafan. Tak cukup dengan itu, kebanyakkan tuntutan Bersih seperti dakwat kekal, sudah mula diambil serius oleh SPR.

Nampak semua ini macam tak selari. Laporan polis beribu, pertubuhan tak didaftarkan tapi agenda dan Bersih itu sendiri seakan mendapat pengiktirafan pihak-pihak berkenaan (dalam hal ini SPR). Penulis takut, keadaan yang sama bakal berlaku ke atas bapak komunis melayu, Mat Sabu.

Semuanya sudah jelas, video ada, semua ada, jadi kenapa yang susah sangat nak mengambil tindakan ke atas Mat Sabu? Benarlah tiada darah yang tumpah atau nyawa yang melayang tapi kenyataan berunsur hasutan ini tidak sepatutnya lepas tanpa tindakan, sekurang-kurangnya bermalam semalam dalam lokap.

Dulu, ya, kita faham kalau lambat ambil tindakan. Bukan zaman dulu ada youtube macam sekarang. Tapi sekarang berbeza, kenapa masih lembap macam kain basah tindakan ke atas Mat Sabu, yang kelihatannya tidak tergugat langsung dengan kenyataan menghasutnya tu. Penat saja pihak-pihak yang terjejas dengan kenyataan Mat Sabu buat laporan polis sedangkan dia masih bebas.
Bukannya takde bukti, ada bukti.

Ketakutan yang satu lagi ialah laporan polis akan sama nilai macam kertas bungkus kacang putih. Banyak-banyak laporan yang dibuat pun tidak mendatangkan suatu kesan yang jelas kepada pihak yang dilaporkan. Walhal laporan polis itu penting dengan pembuat laporan boleh diambil tindakan dibawah undang-undang kalau buat laporan palsu.

Laporan polis juga penting dalam hal tuntutan insuran dan segala macamlah hal yang berkaitan dengan kehidupan seharian.

Dalam hal Ali Setan pun sama (walaupun tak berpuluh laporan). Tidak nampak pun tindakan ke atasnya. Sebaliknya dia menggunakan media untuk mengatakan dirinya tak bersalah, macamlah tuduhan yang dibuat ke atasnya tidak rasmi, hanya cakap kedai kopi.

Penulis nak bertanya kepada pihak PDRM terutama Menteri bertanggungjawab, apa sebenarnya yang terjadi? Adakah pendekatan ‘mendidik’ yang sedang dibuat dalam hal Ops Sikap ini pun nak diamalkan dalam hal-hal berkaitan kenyataan menghasut ni?

Kalau itu, maksudnya ia akan menuju kegagalan, seperti mana Ops Sikap sekarang yang masih menyaksikan jumlah kematian meningkat dibanding dengan tempoh sama tahun lepas. Ya, bukan salah PDRM saja kalau ramai mati pun, tapi bila PDRM melaksanakan Ops Sikap, itu maksud depa pun pegang tanggungjawab sikit sebanyak.

Balik kepada hal laporan polis ni tadi.

Sepatutnya laporan polis yang banyak ni mengundang kepada tindakan yang lebih serius kepada pihak yang dinyatakan dalam laporan. Likewise, tindakan yang keras diambil kepada pengadu yang buat laporan salah, barulah nampak sikit value pada laporan polis tersebut.

Lepas ini jangan marah kalau rakyat bosan nak buat laporan polis dan buat tindakan sendiri untuk menyelesaikan masalah.

Kesimpulannya, bukan banyak atau sikit yang jadi pertikaian penulis tapi tindakan atas laporan yang banyak itu yang penting. Bila banyak laporan polis dibuat, itu menunjukkan seriusnya perbuatan atau kesalahan yang dilakukan dan sepatutnya dibalas dengan tindakan tegas oleh pihak polis. Rakyat perlu diyakinkan bahawa laporan mereka bukan sekadar formaliti tapi disusuli dengan tindakan yang benar-benar berkesan!!!

SOKONG KOMUNIS!! Pas Hari Ini, Kesan Tarbiah Dap Berjaya!!




Mc pun pelik dengan kenyataan pemimpin-pemimpin Pas pada hari ini. Masing-masing mempertikaikan hari kemerdekaan negara. Mula-mula mempertikaikan UMNO sebagai pejuang kemerdekaan. Kemudian kata pulak UMNO menolak pejuang kemerdekaan yang dulu-dulu seperti Dr Burhanudin al-Helmi, Ibrahim Yaakob, Ustaz Abu Bakar al Baqir dan Ahmad Boestamam.

Mana ada, mereka tetap dicatat dalam sejarah sebagai diantara pejuang yang berjuang untuk kemerdekaan. Cuma cara mereka dan jalan mereka lain. Cara Tunku Abdul Rahman lebih kepada 'diplomasi' ianya berkesan dan dengan kebijaksanaan Tunku juga yang menyebabkan semua rakyat Malaysia bersatu dibawah satu bendera 'Perikatan' (Kapal Layar).

Pas harus akui, bahawa UMNO parti yang telah memerdekakan negara kita. UMNO telah membawa panji-panji sebagai ketua dalam perikatan memenangi hampir semua kerusi Parlimen yang dipertandingkan 51 daripada 52 kerusi hingga membuatkan British terkedu dengan Tunku Abdul Rahman yang berjaya mengabungkan semua kaum utama dibawah satu bendera.

Apa yang Pas dengki sangat?

Mc akui, mula-mula Parti Komunis Malaya, PKM atau lebih dikenali sebagai komunis, memang bersemangat nak memerdekakan Malaya dari tangan British. Tetapi selepas mereka mengetahui bahawa kerajaan Persekutuan yang di ketuai oleh Tunku telah mewujudkan Malaysia dan British pula telah pulang ke ke tanah air mereka.

Pihak komunis dengan segala upaya memberontak dan membuat kacau, dengan niat agar dapat menumbangkan kerajaan baru Malaya dan menjadi penjajah baru. Namun, hasrat mereka dapat dipatahkan dan pasukan keselamatan kita, dan berjuang dengan segala upaya untuk menghapuskan askar komunis sehinggalah komunis pernah digelar sebagai, musuh nombor satu negara pada satu ketika.

Pelbagai onar dan kezaliman yang ditinggalkan oleh askar komunis kepada rakyat Malaysia khususnya kepada pasukan keselamatan. Menyebabkan rakyat Malaysia tidak akan lupa pada kezaliman komunis pada satu ketika dahulu.

Orang macam komunis ni yang kita perlu panggil pejuang kemerdekaan?

Agaknya puak Pas ni gila ka apa?

Apakah selama Pas bersahabat dengan Dap ni, akibat terlalu mengikut, menyebabkan Dap telah 'mentarbiah' Pas, sehingga Pas 'mengkomuniskan diri' dan menistiharkan menyokong komunis sebagai pejuang kemerdekaan?

Jika ini benar, sememangnya Dap telah berjaya memanipulasikan otak Pas untuk menjadi cenderung kepada komunis.

Tahniah Dap!! Anda memang hebat!!

Waspada di 20 laluan maut



ALOR SETAR - Terdapat lebih 20 lokasi yang kerap berlaku kemalangan di kesan di negeri ini dan pengguna jalan raya dan lebuh raya diminta lebih berhati-hati, khususnya dalam keadaan cuaca yang tidak menentu sejak akhir-akhir ini.

Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Kedah, M Surentharan berkata, pada tahun lalu, sejumlah 531 kematian dicatatkan di negeri ini, melibatkan kawasan-kawasan berkenaan.

"Antara lokasi yang kerap berlaku kemalangan ialah Kilometer (KM) 26 Jalan Serdang-Kulim, KM1 hingga KM9 Jalan Alor Setar-Pokok Sena, KM8 Jalan Alor Setar-Kangar, KM1 hingga KM3 Jalan Alor Setar-Sungai Petani (Tandop), KM51 Jalan Alor Setar-Butterworth, KM39 hingga KM69 Jalan Alor Setar-Butterworth, KM8 Jalan Gurun-Jeniang, KM5 Jalan Sungai Petani-Kuala Ketil, Batu (Bt) 5 Jalan Bedong-Tanjung Dawai.

"Manakala di kawasan lain termasuklah KM12 Jalan Kulim-Mahang (kilang baru), KM32 Jalan Kulim, KM19 hingga KM25 Jalan Alor Setar-Kangar, KM7 Bukit Tekoh (Langkawi), Simpang 3 Landak (Jalan Kulim-Gerik), KM1 Jalan Kuala Nerang-Pokok Sena, Titi Haji Idris-Pendang, KM23 Jalan Alor Setar-Sungai Petani, KM12 Jalan Jeniang-Sik, KM16 hingga KM20 Lebuhraya Utara Selatan, KM29.3 Jalan Sungai Petani-Baling, dan KM58 hingga KM60 Lebuhraya Utara Selatan," katanya.

Menurutnya, menjelang musim perayaan kali ini, aliran trafik di kawasan utara semakin bertambah dan pengguna jalan raya, khususnya penunggang dan pembonceng motosikal dinasihatkan agar lebih berhati-hati semasa melalui kawasan terbabit.

"Dalam keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini, hujan lebat menyebabkan terdapat banyak jalan yang rosak dan ia juga boleh mengundang kemalangan sekiranya pengguna jalan raya tidak berwaspada," katanya.

Ops Sikap 22 catat 918 kemalangan

Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kedah turut mengesan beberapa lokasi lain yang turut dikenal pasti sebagai lokasi yang kerap berlaku kemalangan maut, selain daripada lokasi yang dimaklumkan sebelum ini.

Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, lokasi terbabit termasuklah di Kubang Pasu; Jalan Jitra-Sungai Korok dan Jalan Changlun-Kodiang, di Baling; KM40 Jalan Sungai Petani-Baling, di Bandar Baharu; KM26 Jalan Serdang-Kulim, dan di Yan; KM31 Jalan Alor Setar-Sungai Petani.

Menurutnya, dalam Ops Sikap ke-22 tahun lalu, sejumlah 918 kemalangan dilaporkan berlaku melibatkan 60 kemalangan di lebuh raya, 329 di jalan persekutuan, 306 di jalan negeri, 150 di jalan bandaran dan 73 di jalan-jalan lain.

"Sebanyak 16 kemalangan maut dengan 17 kematian dilaporkan berlaku, manakala kenderaan yang paling banyak terlibat dalam kemalangan ialah motokar (1088), motosikal (407), teksi (7), lori (72), van (23), bas (9), basikal (8), pacuan empat roda (4), kenderaan lain (28) serta 11 pejalan kaki.

"Antara punca berlakunya kemalangan ialah terbabas yang melibatkan tujuh kes, bertembung (dua kes), langgar belakang (dua kes), masuk laluan (dua kes) melintas jalan (dua kes) dan satu kes disebabkan faktor lain," katanya.

Ahmad berkata, sejumlah 10,052 saman dikeluarkan kepada pelbagai jenis kenderaan sepanjang Ops Sikap sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun lalu.

"Paling tinggi ialah motokar iaitu 4,450, motosikal (2,741), teksi (1,820), lori (203), van (224), bas (18), pacuan empat roda (427) dan kenderaan lain (169).

"Justeru, saya berharap agar pengguna jalan raya lebih berwaspada selain turut membuat pemeriksaan bagi memastikan kenderaan mereka berada dalam keadaan baik, agar selamat tiba di destinasi yang dituju," katanya.

Sementara itu, menurutnya, PDRM Kedah menyasarkan penurunan kemalangan sebanyak lima peratus sepanjang Ops Sikap ke-24 dan sasaran itu akan dicapai sekiranya mendapat kerjasama daripada pengguna jalan raya, menerusi pemanduan berhemah dan mematuhi undang-undang.

"Ops Sikap ke-20 pada 2009 sempena Hari Raya Aidilfitri mencatatkan 994 kemalangan jalan raya dengan 24 kemalangan maut dan 27 kematian, dan angka itu berkurangan pada Ops Sikap ke-22 tahun lalu.

"Ini jelas menunjukkan keberkesanan Ops Sikap, khususnya dari aspek penurunan jumlah kemalangan dan kematian, sejak ia dilancarkan pada 2001," katanya.

Sunday 28 August 2011

video mat sabu hina pejuang negara....




 
Mat Sabu ni sebenarnya tak berapa waras dah. Lepas eksiden tempohari, kepalanya bergegar.. tu yang sampai tak kenal mana land rover, yang mana kereta waja dan yang mana van polis tu. Dia main tuduh saja. Ingat Mat Sabu ni buta mata, rupanya dia turut, buta sejarah, buta perut dan buta hati. Teruk sungguh buta dia ni. Takdak doktor boleh ubat.

Kenapa agaknya si Mat Sabu ni sanjung sangat komunis? Dia ni keturunan komunis kah? Tak tahu ka berapa banyak askar melayu yang terkorban semasa perang dengan komunis ni?

Apa agaknya yang kita boleh buat dengan Mat Sabu ni? Dengar kata, GAPS akan membuat laporan polis terhadap Mat Sabu pada pukul 3 petang ni.. PADAN MUKA KO MAT SABU!!

Pihak Polis.. tangkap saja si Mat Sabu ni.. SILA AMBIL TINDAKAN!!!

GEMPAR!! Mat Sabu kena rasuk JIN!!!..


Mohamad Sabu ketika berucap pada Ceramah Perdana Pas di Padang Menora Tasek Gelugor, Seberang Perai, Pulau Pinang, baru-baru ini.

Puak ni sebenarnya dah gila, otak pun dah tak berapa nak betul. Kena rasuk jin kot!!.. Tengok apa kisah yang Mc ambil dari blog Satu Melayu. Mat Sabu punya la kemaruk nak undi, hingga sanggup mengangkat komunis sebagai hero sebenar. Apa la nak jadi dengan Mat Sabu ni.

Menurut Mat Sabu, Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis itu.

Dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang 21 Ogos lalu, Mat Sabu turut mendakwa Dato’ Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana tokoh tersebut adalah pegawai British.

Beliau juga berikrar untuk mengubah semula sejarah kemerdekaan negara jika pembangkang berjaya merampas Putrajaya kerana dakwanya, sejarah yang tertulis pada hari ini tidak memaparkan fakta sebenar selain hanya memihak kepada UMNO.

MasyaAllah... Sampai begitu sekali benci dan berdendamnya pemimpin nombor dua Pas ini terhadap Umno hinggakan mahu mengubah sejarah dengan fakta ciptaannya yang menidakkan perjuangan bangsa sendiri.

Apakah ini benar-benar idea bernas ‘Mat Sapu Bini Kawan’ itu atau dia hanya menzahirkan apa yang dihasratkan oleh chauvanis Cina DAP yang mahu meletakkan kaum Cina di negara ini sebagai pejuang sebenar kemerdekaan, ketika negara akan menyambut ‘Hari Kemerdekaan’ 31 Ogos ini?

Melayu jenis inilah yang bakal menjahanamkan bangsa sendiri dan menjual negaranya kepada kaum lain asalkan dia mendapat keuntungan politik yang sangat sementara sifatnya. Bangang punya Mat Sabu....

Tragedi serangan pengganas komunis di Bukit Kepong dengan sejarahnya....
Kepada Mat Sabu ini bukan pejuang bangsa....
Kepada Mat Sabu kematian pejuang Melayu ini bagikan 'mati katak' saja....
Anggota pengganas komunis dari kaum Cina inilah pejuang sebenar yang cuba diketengahkan oleh Mat Sabu?
Kemuncak kepada sejarah yang akan diubah oleh Mat Sabu nanti ialah 'Chin Ping adalah pejuang sebenar kemerdekaan Tanah Melayu'?

Katanya pada ceramah berkenaan, “Dekat nak merdeka nanti, siarlah cerita mengenai Bukit Kepong. Bukit Kepong ini, polis yang mati itu polis British. Hat (yang) serang Bukit Kepong itulah pejuang kemerdekaan yang sebenar, yang serang Bukit Kepong itu Mat Indra (Muhammad Indera). Dia Melayu tapi semua sejarah itu ditutup.

“Jins Shamsudin (Tan Sri) buat filem, Jins Shamsudin itu orang UMNO. Cerita Bukit Kepong (yang dibuat Jins) hat serang itu pula penjahat, hero yang mempertahan balai polis. Padahal Mat Indera yang mengetuai operasi itu akhirnya dihukum gantung.”

Dalam tragedi berdarah Bukit Kepong yang bermula kira-kira pukul 5 pagi pada 23 Februari 1950, satu persatu anggota keselamatan dan ahli keluarga mereka gugur selepas diserang dari setiap sudut oleh 200 pengganas komunis, malah sebahagian daripada mangsa dicampak hidup-hidup ke dalam api.

Mohamad mendakwa semua sejarah negara adalah bohong apabila pegawai British diangkat sebagai pejuang kemerdekaan manakala yang melawan British menjadi penjahat.

“Semua sejarah negara kita bohong, pegawai British jadi pejuang kemerdekaan, lawan British jadi penjahat. Siapa pegawai British? Dato’ Onn dan Tunku Abdul Rahman itulah pegawai British. Tapi bila tiba bulan merdeka hanya mereka yang ditonjolkan. Kalau begitu UMNO seorang sajalah yang merdeka, betul tidak,” tuduhnya.

Itulah akibatnya apabila Mat Sabu meletakkan seratus peratus harapan kepada kaum Cina untuk menyokong atau mengundi calon Pas pada Pilihan Raya Umum akan datang.

Dia dah jadi macam ‘orang gila’ yang merepek dan merapu hingga sanggup menidakkan jasa bakti pejuang-pejuang Melayu yang terkorban angkara pengganas komunis yang berjuang untuk merampas Semenanjung Tanah Melayu daripada diserahkan penjajah British kepada orang Melayu yang benar-benar berhak.

Mat Sabu mahu menukar sejarah negara bangsa ini dengan menganggap kaum Cina adalah pejuang sebenar. Wajarkah manusia si pengkhianat bangsa ini dibiarkan?

Para pejuang bangsa Melayu, sama ada yang vateran atau yang baru tentu ada sikap dan pendirian tersendiri terhadap ‘putar belit’ anak har.. ini.

Manusia jenis ini bukannya boleh ditentang dengan kecaman atau kritikan sahaja.... Tak makan. Kena ada tindakan yang sangat mengesankan untuk dirinya yang ‘bertuhankan undi’ itu.

Lynas : Suatu Sikap diantara Pandangan Pakar dan Rakyat.


Langkah terbaiknya, saya selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, mewakili seluruh warga pemuda PAS menggesa agar kerajaan Malaysia mengarahkan agar Kilang Lynas Corporation menghentikan terlebih dahulu sebarang bentuk operasi pembinaan dan operasi penghasilannya sementara memberi laluan kepada semua pakar berbincang dan mengkaji. Bukan hanya melibatkan pakar nuklear, tetapi juga pakar racun, pakar alam sekitar, pakar kesihatan, pakar ekonomi, pakar undang - undang dan lain - lain pakar yang berkaitan termasuk pakar politik serta pemantau bebas antarabangsa.

__________________________________

1. PAS sememangnya berbangga mempunyai ramai pakar saintis seperti Dr Che Rosli, Dr Zulkifli Ahmad dan lain - lainnya. Malah mereka adalah sebahagian dari pemimpin PAS yang berada di dalam kelasnya yang tersendiri. Selain daripada sikap PAS yang selama - lamanya menghargai dan menghormati ilmu serta kepakaran seseorang tokoh yang diiktiraf, penglibatan mereka bersama PAS juga satu penghargaan besar kepada PAS setelah sekian lama PAS dimomokkan sebagai parti kampung, parti tok lebai, parti kain pelikat dan sebagainya.

2. Ertinya kini PAS tidak lagi parti pinggiran atau kampungan yang hanya menjadi mangsa belasahan UMNO dan BN sebagaimana dulu. PAS juga bukan hanya sebuah parti yang hitung tindaknya berasaskan millage politik semata - mata tetapi kini PAS juga boleh menjadi wadah cendikiawan, sasterawan, budayawan, hartawan dan agamawan yang sememangnya menjadi pahlawan yang berjuang mendokong dasar dan prinsip perjuangan PAS iaitu Islam.

3. Apabila PAS menjadi wadah yang besar dan lebar, lalu berlakunya perbedaan pendapat adalah suatu yang lumrah malah menonjolkan kehebatan PAS dalam menangani dan mendepani sesuatu isu atau kes. Kini PAS bukan lagi sebuah jamaah kecil yang dinding pagarnya laksana sebuah surau atau musolla dengan seluruh anggota jamaahnya berpada dengan bimbingan seorang syeikh atau muallim pula berpaut pada satu mazhab [aliran pemikiran].

4. Sebaliknya PAS kini adalah platform ummah yang batu sempadannya laksana sebuah negeri atau negara dengan seluruh anggota jamaahnya memerlukan ramai mujtahid, mufakkir dan muallim dengan mengenengahkan sekurang - kurang 4 mazhab utama ahli sunnah wal jamaah sebagai landasan beramal dan bertindak. Justeru satu mazhab akan menyulitkan perlaksanaan Islam di peringkat agenda nasional dalam zaman yang serba rencam dan kompleks masaalahnya kini. [ mungkin pada peringkat individu, tidak mengapa berpaut kejap pada satu mazhab]

5. Sungguhpun begitu, uniknya Islam sekalipun ia adalah sebuah Manhaj Kehidupan yang besar dan terbuka, Islam diperkaya dengan disiplin dan akhlak yang tinggi serta peraturan yang lengkap dan sempurna. Biarpun Islam dilihat terlalu banyak perbedaan pandangan pada segala masaalahnya seperti fekah namun perbedaan itu diurus dengan baik, teliti dan disiplin menepati prinsip dan kaedah ilmu.

6. Kini PAS mula merasai dan meluruti keunikan itu. Saya harap semua pimpinan, ahli dan penyokong malah pemerhati dari kalangan rakyat terbanyak, dapat bersabar menekuni perkembangan ini tanpa mewajarkan diri keluar atau terhindar dari garis akhlak dan disiplin ilmu.

7. Sungguhpun kesilapan boleh berlaku pada bila - bila masa dan pada sesiapa jua atas sifat kita bukanlah insan yang maksum dan sempurna dalam segala aspek, namun saya tegaskan sekali lagi [kalau berlaku kesilapan], agar kesilapan itu tidak mewajarkan kita bergelut dan berpolemik sesama sendiri, apalagi untuk lari dari manhaj perjuangan Islam yang kita dokong bersama. Min baabil Aula [terlebih layaklah] kalau kita sememangnya tidak silap.

8. Kembali kepada isu Lynas yang hangat diperbahaskan mutaakhir ini, Dr Che Rosli tampil menyatakan pandangannya yang sangat berbeza dengan pandangan dan perjuangan rakyat di Kuantan khasnya di Pahang amnya. Malah berbeza sekali dengan pandangan PAS Pusat yang terlebih dahulu telah mengambil keputusan untuk bersama rakyat Pahang khasnya dan rakyat seluruh negara amnya, menolak operasi Lynas di Gebeng Pahang.

[ Hujjah kenapa rakyat menolak Lynas telah dikemukakan secara rasmi oleh Pengerusi Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS Pusat Sdr Zulkifli Mohamad Omar, juga kenyataan rasmi dari Ketua Penerangan PAS Pusat Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man dan boleh ikuti hujjah lebih jelas dari buku khas "Lynas @ Gebeng Kenapa Kami Bantah ?" yang telah diterbitkan oleh Badan Bertindak Anti Rare Earth [BADAR]. ~ sebagaimana pandangan berbeza pula dikeluarkan oleh Dr Che Rusli melalui wawancara beliau dengan TV 3 baru - baru ini ]

9. Saya menghormati pandangan Dr Che Rusli sebagai seorang pakar dan bercakap pula berasaskan ilmu serta kepakaran bidang yang beliau miliki. Bertambah bangga saya, apabila beliau adalah ahli dan pimpinan PAS. Walaupun beliau mengemuka pandangan berbeza, berbeza dengan PAS Pusat, berbeza dengan rakyat Pahang dan berbeza dengan saya, tapi saya lihat tiada cacat celanya dan tidak perlu pula dikata nista kepada beliau selama beliau bercakap dan memberi pandangan berasaskan ilmu yang beliau miliki. Kita sewajarnya menghormati ilmu beliau. Jangan bergaduh dengan beliau dan sabarlah dengan perbezaan ini serta bertindaklah sebaik mungkin.

10. Pandangan berbeza ini insyaallah akan membuka lebih lebar ruang perbahasan, lebih mendalam perbincangan dan lebih detail atau jelas butir perdebatan. Ia akan menjadi ilmu kepada masyarakat untuk lebih nampak dan jelas secara sentimen dan secara saintifik betapa Lynas adalah sebuah industri yang boleh diterima atau mesti ditolak.

11. Harapan saya selepas ini , akan terungkaplah segala keraguan. Setelah seorang Pakar mengemukakan pandangan beliau yang dilihat sebagai menyongsang arus, maka saya juga yakin, skuad Badan Bertindak Anti Rare Earth [BADAR] akan melipat gandakan pengumpulan maklumat, bahan bukti serta fakta kes bagi menjelaskan lagi kedudukan Lynas Corporation ini.

12. Ertinya selepas ini ia akan menjadi perbahasan yang lebih ilmiah bukan lagi sentimen sebagaimana yang dimomokkan sebelum ini. Saya kira selepas ini akan banyak pihak sedia menganjurkan seminar di peringkat nasional dengan menampilkan pakar mewakili pihak masing - masing. Barangkali Sinar Harian akan menjadikan tapak Karangkrafnya sebagai medan perdebatan para pakar ini. Kiranya tiada, Dewan Pemuda PAS Malaysia sekali lagi sedia untuk menjadi penganjur kepada perdebatan dan perbahasan ilmiah ini.

13. Tapi ingat ! jangan ambil masa terlalu lama untuk memperbahaskan perkara ini, kerana saya bimbang kalau keputusannya kelak, selepas meneliti perbahasan demi perbahasan pakar, akhirnya merumuskan Lynas mesti ditolak, sedang Lynas telah beroperasi, maka rakyat sekali lagi menjadi mangsa dam keadaan mereka tidak ubah seperti tikus makmal.

14. Langkah terbaiknya, saya selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, mewakili seluruh warga pemuda PAS menggesa agar kerajaan Malaysia mengarahkan agar Kilang Lynas Corporation menghentikan terlebih dahulu sebarang bentuk operasi pembinaan dan operasi penghasilannya sementara memberi laluan kepada semua pakar berbincang dan mengkaji. Bukan hanya melibatkan pakar nuklear, tetapi juga pakar racun, pakar alam sekitar, pakar kesihatan, pakar ekonomi, pakar undang - undang dan lain - lain pakar yang berkaitan termasuk pakar politik serta pemantau bebas antarabangsa.

15. Sejurus selesai ummat Islam menyambut Aidil Fitri, Insyaallah saya akan berbincang dengan Jabatan Undang - Undang dan Hak Asasi Manusia [JUHAM] DPP Malaysia, kemungkinan untuk berusaha mendapatkan arahan mahkamah agar Kilang Lynas yang penuh dengan kontraversi ini ditangguhkan operasinya sehingga jelas kedudukannya di mata rakyat. Agar negara tidak memperjudikan masa depan rakyat sendiri. Apakah kilang ini selamat atau bahaya !

16. Saya yakin dan percaya, bagi pihak BADAR telah muktamad menolak Lynas sebagaimana saya juga salah seorang yang tinggal di kawasan padat penduduk tidak melebihi 30 KM dari Kilang Lynas ini, telah mengambil keputusan muktamad bahawa kilang ini wajar dihenti dan mesti ditutup segera.

17. Tapi nampaknya sebahagian rakyat masih belum memahaminya, belum menerima mesej yang jelas dan belum mendapat maklumat yang tepat dari pihak BADAR. Tambahan pula ada pandangan pakar yang berbeza. Maka adilnya untuk rakyat umum, mereka mesti didedahkan maklumat dari kedua belah pihak terutama kepada rakyat tempatan yang tingal dalam lingkaran 30 kilometer persegi dengan Kilang Lynas ini.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Friday 26 August 2011

Tarik balik lesen hiburan




ALOR SETAR - Kerajaan Negeri kesal dengan tindakan segelintir pengusaha pusat hiburan di sekitar daerah Alor Setar yang enggan menunaikan janji tidak membenarkan umat Islam memasuki premis itu sepanjang bulan Ramadan.

Sehubungan itu, Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi menegaskan perkara itu akan diserahkan kepada Pejabat Daerah Kota Setar untuk tindakan lanjut dan pengusaha terbabit bakal berdepan kemungkinan lesen operasi khas sempena bulan Ramadan ditarik balik.


Pusat karaoke fokus orang Islam

Menurutnya, berdasarkan tinjauan dilakukan, pihaknya mendapati ada dua kategori pusat hiburan dikenal pasti menumpukan kaum iaitu pusat hiburan karaoke memfokuskan orang Melayu Islam, manakala satu lagi pusat hiburan menjurus kepada bukan Islam.

“Berdasarkan pemantauan, kita mengenal pasti tiga pusat karaoke memfokuskan orang Islam gagal mematuhi keseluruhan syarat lesen operasi khas bulan Ramadan seperti gagal meletakkan papan tanda amaran tidak membenarkan umat Islam memasuki premis selain gagal mempamerkan sijil lesen khas itu untuk tatapan pengunjung.

“Bagaimanapun, perkara berbeza berlaku di pusat hiburan memfokuskan bukan Islam apabila papan tanda amaran diletakkan, manakala mana-mana umat Islam yang memasuki premis mereka tidak dibenarkan masuk oleh pekerja yang bertugas.

“Kita serah perkara ini kepada Pengerusi Jawatankuasa Pusat Hiburan (pegawai daerah) untuk menentukan bentuk hukuman termasuklah mengenakan hukuman maksimum menarik semula lesen operasi pusat hiburan yang diberikan,” katanya kepada Sinar Harian selepas menjalankan tinjauan terhadap kira-kira lapan premis pusat hiburan meliputi pusat karaoke dan disko di sekitar daerah Kota Setar, awal pagi semalam.

Turut menyertai tinjauan selama dua jam itu ialah Exco Kesihatan, Dr Ismail Salleh, Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri, Zulkifli Yahya dan Setiausaha Pas kawasan Alor Setar, Adnan Saad

kosmo

TUDIAA!! Doktor Anwar main pusing-pusing..sampai pening!



Perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di peringkat bela diri yang masuk hari keempat hari ini di Mahkamah Tinggi di sini bertukar menjadi dewan kuliah mata pelajaran kimia apabila pakar asid deoksiribonukleik (DNA), Dr. Brian McDonald dipanggil memberi keterangan.

Pakar asing kedua yang menjadi saksi pembelaan keempat itu dengan panjang lebar memberi keterangan berhubung perkara-perkara berkaitan DNA termasuk terminologi, cara-cara pengumpulan dan pemeriksaan sperma serta garis panduan bagi makmal forensik sehingga menimbulkan kebosanan dalam kalangan orang awam dan petugas media di galeri awam.

Peguam Ram Karpal Singh yang ditugaskan menyoal McDonald, 60, dalam pemeriksaan utama itu mengemukakan soalan-soalan berdasarkan keterangan-keterangan yang telah diberikan oleh dua ahli kimia, Dr. Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saidon yang merupakan saksi-saksi pendakwaan.

Keterangan oleh pakar dari Australia itu bagaimanapun diikuti dengan penuh tekun oleh Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah yang dilihat kerap kali menongkat dagu sewaktu mendengar penjelasan saksi berkenaan.

Lay Hong yang merupakan Ketua Unit Jenayah Berat, Jabatan Kimia Malaysia turut hadir membantu pasukan pendakwaan yang diketuai oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden.

Beliau duduk di tengah-tengah antara Mohd. Yusof dan Timbalan Pendakwa Raya, Noorin Badaruddin yang mengendalikan pemeriksaan utama terhadap Lay Hong dan Nor Aidora di peringkat pendakwaan.

Dalam keterangannya, McDonald antara lain menyatakan, sesebuah makmal forensik perlu memenuhi garis panduan di peringkat antarabangsa bagi mendapatkan pengiktirafan ISO 17025 sebelum sampel yang diperiksa oleh makmal terbabit boleh dianggap berintegriti.

Menurutnya, ini bermakna lembaga akreditasi akan melakukan pemeriksaan bagi memastikan bahawa makmal terbabit telah memenuhi garis panduan yang ditetapkan sebelum diberikan status piawaian berkenaan.

Menurut beliau, di Australia, sesebuah makmal forensik perlu memperoleh akreditasi sekiranya barang-barang kes yang diperiksa ingin dijadikan sebagai bahan bukti di mahkamah.

Ram Karpal kemudian meminta saksi berkenaan merujuk kepada sepucuk surat dari American Society Crime Laboratory Directors/Laboratory Accreditation Board (ASCLD) bertarikh 5 April lalu yang ditujukan kepada Ketua Seksyen DNA Forensik, Jabatan Kimia Malaysia, Lim Kong Boon.

Berdasarkan surat tersebut, makmal forensik jabatan kimia berkenaan didakwa masih belum diakreditasi tetapi keterangan tersebut dibantah oleh Mohd. Yusof dengan alasan surat itu bukan ditulis atau ditujukan kepada McDonald, sehingga berlaku pertikaman lidah antara kedua-duanya.

Hakim Mohamad Zabidin bagaimanapun kemudian membenarkan surat itu ditandakan sebagai ID (bahan yang belum dijadikan bukti).

Surat itu antara lain menyatakan bahawa ASCLD membenarkan permohonan jabatan tersebut untuk mendapatkan status akreditasi dilanjutkan dari 18 April lalu kepada 18 Oktober depan.

Jabatan berkenaan sebelum ini telah memohon untuk mendapatkan akreditasi di bawah piawaian ISO pada 2005 dan diletakkan dalam tempoh percubaan selama lima tahun yang sepatutnya berakhir pada tahun lalu tetapi dilanjutkan sehingga 18 April lalu.

Dalam pemeriksaan utama itu, Ram Karpal turut menimbulkan isu kesilapan tarikh pada label dua bekas mengandungi sampel DNA pengadu, Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang sepatutnya bertarikh 28 Jun 2008 (masa sampel itu diambil) dan bukannya 26 Jun 2008 (hari kejadian), yang dihantar kepada Lay Hong untuk dianalisis.

Menurut McDonald, sekiranya berlaku kesilapan sedemikian, tindakan perlu diambil untuk mengesahkan dan membetulkannya serta langkah-langkah tersebut direkodkan, selain mengenal pasti bila dan siapa yang melakukan kesilapan berkenaan.

Menjawab pertanyaan lain peguam tersebut, McDonald memberitahu, dalam kes melibatkan sampel air mani yang diambil melalui calitan putik kapas, sampel berkenaan sepatutnya turut diletakkan di sisip kaca (slide) bagi tujuan pemeriksaan.

Beliau bersetuju dengan cadangan peguam tersebut bahawa dalam kes-kes melibatkan serangan seksual, langkah tersebut diperlukan untuk menentukan kehadiran sperma pada calitan putik kapas itu sebelum mentafsir keputusan analisis di makmal.

Anwar, 64, dibicarakan setelah mengaku tidak bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari, 26, di unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No.99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Terdahulu, sebelum perbicaraan bermula, kira-kira 30 lelaki yang memakai kemeja-T kuning berkumpul di hadapan kompleks mahkamah tersebut sambil memegang kain rentang ‘Selamat Hari Raya peliwat 2.0’ dan ‘Keadilan Untuk Saiful’.

Perbicaraan bersambung nanti.

Artikel tadi ehsan dari Utusan. Sebab Mc sendiri pun penin macam mana nak mengulas Mat Salleh sombong berlagak pandai tu. Mc percaya, bila dia disoal oleh pihak DPP, pasti dia akan terbongkang macam Dr Well juga.

Cakap saja pandai, kita tengok macam mana dia kena.

PANAS! UMNO Kedah dan Pilihanraya olok-oloknya.. simulasi daa...




ALOR SETAR Ogos - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata Barisan Nesional (BN) Kedah akan mengadakan simulasi pilihan raya bagi membolehkan parti itu mengukur kelebihan dan kekurangan yang terdapat dalam jentera mereka. 
Beliau memberitahu simulasi pilihan raya itu berkemungkinan akan diadakan pada Oktober ini selepas berlangsungnya Konvensyen BN yang dijadual pada 24 Sept.
“Ini arahan UMNO Malaysia supaya diadakan simulasi pilihan raya bagi mengenal pasti persiapan peringkat bahagian dan peti undi,” katanya selepas menyampaikan sumbangan Aidilfitri di Hospital Sultanah Bahiyah di sini hari ini. 
Pada program itu juga, beliau turut mengambil kesempatan melawat Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang dimasukkan ke hospital tersebut bagi menerima rawatan susulan dan keadaan beliau semakin sihat.
Ahmad Bashah berkata boleh dikatakan keseluruhan jentera pilihan raya sedia ada dan melalui simulasi, jika ada kekurangan ia akan diperbetulkan. 
“Kita harap simulasi itu akan berjalan lancar di seluruh peti undi terpilih. Kita tidak mewajibkan semua bahagian tetapi jika ada ketua bahagian yang mahu melakukannya, kita amat mengalu-alukan,” katanya. 
Beliau berkata simulasi pilihan raya akan dibuat seperti apa yang berlaku pada pilihan raya umum sebenar seperti mengambil dan menghantar orang untuk keluar mengundi sehinggalah proses pengiraan undi. 
“Semua persiapan seperti tarikh, tempat dan peti-peti undi yang akan dipilih akan dibincangkan pada Konvensyen BN nanti,” katanya. 
Simulasi pilihan raya itu adalah susulan daripada arahan UMNO pusat selepas Majlis Tertinggi parti pada 27 Mei memutuskan langkah tersebut perlu sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum kelak. - UMNOonline

Haa.. bagus.. bagus.. Mc tersangat la sokong benda ni.. baru la kita tahu, kat mana kuat, kat mana lemah. Yang mana rajin, yang mana cuma pandai bodek. Harap-harap Mat Bashah lakukan perkara ini dengan sebaik mungkin. Cari kelemahan kita, untuk kita perbaiki kelak.

Dakwat kekal: Jangan peristiwa 2008 berulang

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 26 Ogos: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan mengalukan hasrat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaksanakan penggunaan dakwat kekal dalam pilihanraya umum ke 13 nanti.

Bagaimanapun, timbalan ketuanya, Suhaimi Abdul Aziz berkata, hasrat itu jangan hanya sebagai menyedapkan hati rakyat sahaja seperti berlaku pada PRU ke-12 pada tahun 2008 dahulu.

"DPPWP mengingatkan SPR agar jangan peristiwa tahun 2008 dahulu berulang di mana penggunaan dakwat kekal gagal dilaksanakan meskipun ianya telah diwar-warkan akan digunakan pada PRU ke 12.

"Pelbagai helah dan alasan digunakan bagi menutup kelemahan mereka dalam melaksanakan sistem ini. Hakikatnya, dakwat kekal masih gagal dilaksanakan dan sistem pilihanraya di Malaysia menjadi perbualan rakyat Malaysia ketika ini,' katanya.

Beliau mengulas pengakuan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof bahawa sistem biometrik yang dipersetujui kerajaan untuk digunakan pada PRU akan datang lebih banyak masalah berbanding jika menggunakan dakwat kekal.

Sambil menyokong kajian penggunaan dakwat kekal yang dibuat dengan terperinci oleh SPR, biliau berkata tindakan itu walaupun dilihat tradisional dan tidak menggunakan teknologi canggih, tetapi ia mampu menyelesaikan segala persoalan pengundi bertindih atau pengundi yang mengundi berulang.

Menyifatkan ianya sesuai di semua tempat sama ada di bandar atau di ceruk kampung, kos penggunaan dakwat kekal juga jauh lebih murah dari sistem biometrik.

"Bagaimana jika ianya digunakan di kawasan pedalaman yang tidak ada akses internet, sudah pasti biometrik tidak boleh digunakan kerana tidak boleh online dengan sistem." katanya lagi.

Lebih dari itu ujarnya, sistem biometrik tidak mampu menyelesaikan masalah pengundi klon atau bertindih kerana mereka ini masih valid dalam sistem walaupun mengundi berkali-kali.

"Setidak-tidaknya, penggunaan dakwat kekal boleh selesaikan satu daripada beberapa isu terhadap sistem pilihanraya di Malaysia dan boleh meredekan seketika suhu kemarahan rakyat.

Selebihnya, SPR perlu berusaha keras memenuhi semua tuntutan BERSIH bagi memastikan pilihanraya umum ke 13 nanti benar-benar adil dan bersih dari sebarang penipuan," tegasnya

PBT Alor Setar cadang tutup operasi pasar malam 30 minit ketika Maghrib

August 26, 2011

ALOR SETAR, 26 Ogos ─ Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) bercadang melaksanakan pemberhentian sementara operasi pasar-pasar malam selama 30 minit ketika solat Maghrib.

Datuk Bandar Alor Setar Datuk Mat Noh Ahmad berkata cadangan itu melibatkan penutupan selama 15 minit sebelum Maghrib dan 15 minit selepas Maghrib bagi membolehkan peniaga dan pembeli menunaikan solat Maghrib dan menghormati waktu solat.

Beliau berkata untuk permulaan pihaknya akan berjumpa dan berbincang dengan peniaga-peniaga di Pasar Malam Pantai Johor di sini berkaitan dengan cadangan penutupan sementara waktu perniagaan di pasar malam itu.

“Kita akan mulakan di pasar malam itu dahulu memandangkan pasar malam itu berhadapan dengan masjid,” katanya dipetik Bernama Online.

Beliau berkata jika berjaya dilaksanakan, pihaknya akan melaksanakan kaedah itu di pasar malam lain yang berhampiran surau atau masjid.

“Di tempat-tempat lain, kita perlu tengok kelengkapan dan kemudahan yang ada. Mungkin kita akan memasang khemah atau meletakkan tikar secara sementara di samping menyediakan tempah wuduk kepada mereka. Ini cadangan kita,” katanya.

Sementara itu, Mat Noh berkata sebanyak 30 kes melibatkan gerai dan kedai makan Melayu dikenakan tindakan kerana memulakan operasi perniagaan sebelum pukul 3 petang di sepanjang Ramadan ini.

“Mereka bukan sahaja berniaga di kedai dan juga gerai-gerai tepi jalan malah terdapat peniaga yang cuba mengaburi mata kita dengan berniaga di dalam kereta. Kita telah merampas semua barang mereka (peniaga) yang ingkar dan mereka perlu membayar kompaun sebanyak RM300. Selepas membayar kompaun, barulah kita memberi semula barang-barang mereka,” katanya.

Daripada 30 kes, terdapat empat kes berulang dan bagi kesalahan berulang, peniaga yang melanggar arahan perlu membayar kompaun tetapi barang yang dirampas tidak akan diberi semula.

“Ini adalah sebagai pengajaran kepada orang Islam supaya menghormati bulan puasa. Antara tangkapan adalah di kawasan Alor Setar, Kuala Kedah, Pokok Sena, Simpang Empat dan Anak Bukit,” katanya.

Ketua Umno Padang Serai lepas jawatan

Ketua Umno bahagian Padang Serai, Abdul Rahman Mahamud telah melepaskan jawatannya itu baru-baru ini selepas dinasihatkan berbuat demikian.

Pengerusi badan perhubungan Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, Abdul Rahman telah melepaskan jawatan itu berikutan nasihat pucuk pimpinan parti atas sebab-sebab kepentingan parti tetapi masih kekal sebagai penyelaras DUN Merbau Pulas.

Ahmad Bashah bagaimanapun tidak mengulas lanjut mengenai sebab-sebab yang membawa kepada peletakan jawatan itu.

“Inilah satu keindahan pada pentadbiran Umno, tiada penyisihan sepenuhnya terhadap bekas ketua bahagian itu kerana pucuk pimpinan masih menghargai khidmat dan dedikasi beliau terhadap rakyat dan parti selama ini," katanya.

Beliau memberitahu Bernama demikian selepas majlis Iftar Ramadan dan penyampaian bantuan Aidilfitri anjuran Umno Bahagian Padang Serai di Masjid Sungai Karangan di Padang Serai malam tadi.

Hampir 500 orang yang terdiri daripada warga emas, orang susah dan miskin, Orang Kurang Upaya (OKU), anak-anak yatim dan ibu tunggal dalam Parlimen Padang Serai mendapat bantuan barang-barang keperluan dapur, pakaian dan “duit raya' sempena Aidilfitri.

- Bernama

PAS alukan kenyataan SPR guna dakwat kekal

KUALA LUMPUR, 26 Ogos: PAS menyambut baik jika Pengerusi SPR membayangkan mahu menggunakan dakwat kekal pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang bagi mengelak pengundian berganda.

Bagaimanapun kata Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, jika benar ia diguna menggantikan biometrik, ianya hanya satu daripada lapan tuntutan reformasi pilihan raya yang dituntut PAS dan Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih) selama ini.

Selain penggunaan dakwat kekal, tujuh lagi tuntutan lain adalah pembersihan senarai undi, mereformasikan undi pos, masa kempen minima 21 hari, akses media yang bebas dan adil, mengukuhkan institusi awam serta menghentikan rasuah dan politik kotor.

"PAS menerima jika SPR bercadang mahu melaksanakan dakwat kekal sebagaimana dinyatakan SPR.

"Bagaimanapun itu hanya satu daripada tuntukan kita dan juga Bersih yang berjumlah lapan kesemuanya," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof semalam bahawa penggunaan dakwat kekal untuk mengelak pengundian berganda, adalah kurang bermasalah daripada menggunakan sistem biometrik.

Tambahnya lagi, walaupun biometrik adalah "sistem yang sempurna" di segi teorinya, tetapi wujud kelemahan bila diamalkan.

Ianya termasuklah tidak mampu mengesan undi dua kali bagi mereka yang mempunyai dua kad pengenalan dan menyulitkan proses semasa pembuangan undi.

Selain itu, SPR juga turut mengakui bahawa sistem biometrik sangat mahal dan memerlukan masa yang lebih lama untuk dipersiapkan berbanding dakwat kekal yang lebih murah dan cepat.

Sehubungan itu, beliau yang kini berada di tanah suci Mekah berkata, SPR perlu melihat kesemua tuntutan itu bagi menjamin pilihan raya yang benar-benar bebas dan adil.

Kesemua tuntutan yang dikemukakan katanya, bersifat mendesak dan perlukan pembaharuan segera khususnya dalam aspek pendaftaran pemilih yang kini berdepan pelbagai keraguan yang didedahkan

Thursday 25 August 2011

2 EXCO KEDAH didapati berada dalam pusat hiburan dalam bulan Ramadhan..!!


Dua Exco tinjau pusat hiburan sekitar Alor Setar

images/stories/OGOS2011/dscn6874.jpgimages/stories/OGOS2011/dscn6880.jpg

Sejak isu pusat hiburan diperkatakan di Kedah, teringin benar untuk penulis meninjau apa yang sebenarnya terdapat di pusat-pusat hiburan. Pihak pembangkang di negeri ini beriya-iya mendedahkan bahawa pusat hiburan yang wujud, tidak sekadar menjalankan operasi seperti apa yang tertera di atas lesen, sebaliknya ‘lebih dari itu’.

Dalam hati kecil penulis, terdetik rasa benarnya apa yang diberitahu pembangkang itu kerana mereka lebih hampir dengan tempat-tempat seperti itu berbanding pak-pak lebai dari pihak parti kerajaan yang mentadbir negeri. Ibarat jauhari yang mengenal manikam, kaki botol yang mengenal jenis samsu dan pengunjung pusat hiburan yang tahu apa aktiviti di dalamnya.

Bukan mudah rasanya, penulis hendak menjejakkan kaki ke karaoke seorang diri, sekalipun hanya bertujuan untuk meninjau. Macam-macam yang perlu difikirkan.

Apabila tiba-tiba Exco Kerajaan Negeri, Dato’ Ir Phahrolrazi Zawawi dan Dr. Ismail Salleh berhasrat membuat tinjauan terhadap pusat hiburan untuk melihat sejauhmana Enakmen Hiburan 1997 dilaksanakan; penulis macam orang mengantuk disorong bantal apabila dipelawa untuk turut serta.

images/stories/OGOS2011/dscn6877.jpgimages/stories/OGOS2011/dscn6899.jpg

Dalam ruang waktu yang terbatas di malam bulan Ramadhan tidak semua pusat hiburan di sekitar Bandaraya Alor Setar sempat ‘diziarahi’. Ternyata tiga darinya telah melanggar peraturan lesen apabila membenarkan Muslim berhibur di dalamnya. Ia adalah pusat karaoke. Keseluruhan pekerja dan pelanggannya adalah Melayu. Pekerjanya memberitahu, tauke mereka adalah Cina bukan Muslim. Ia tidak menyajikan minuman keras, hanya kelihatan air gas dan air mineral di atas meja.

Ada yang datang dengan keluarga, tetapi umumnya para pengunjung karaoke terdiri dari anak-anak muda. Agak merimaskan ialah apabila terdapat pasangan remaja dengan pakaian yang menjolok mata. Umumnya karaoke jenis ini tetap menjadi tempat golongan yang rosak akhlak berbanding sebilangan yang datang berhibur secara berkeluarga.

images/stories/OGOS2011/dscn6879.jpgimages/stories/OGOS2011/dscn6891.jpg

Sebenarnya lebih banyak pusat hiburan yang bertegas dengan pelanggan Muslim. Kehadiran kami pada mulanya cuba disekat kerana kata mereka, jika terdapat Muslim lesen akan ditarik oleh kerajaan. Selepas menyedari bahawa kami bukan pengunjung yang datang untuk mencari hiburan, mereka membenarkan. Apabila kesemua bilik ditinjau, memang betul hanya terdapat pelanggan bukan Muslim yang galak berkaraoke. Terdapat hidangan minuman keras yang sungguh meloyakan.

Dato' Phahrolrazi memeriksa hampir setiap bilik. Di sebuah karaoke di Jalan Telok Wanjah, selepas mempastikan semua pengunjung adalah bukan Muslim tiba-tiba tiga lelaki Melayu bergegas keluar dari sebuah bilik karaoke paling hujung. Terdapat minuman keras dalam gelas yang ditinggalkan. Mungkin bukan gelas mereka tapi milik pengunjung yang sebelumnya.

Dr. Ismail sempat bertanya pengawal keselamatan Muslim jenis mana pulak yang dibenarkan mereka ke situ. Jawabnya, kalau ada muka Melayu atau Muslim di situ mereka adalah dari anggota polis. Penulis berbaik sangka, mungkin kehadiran mereka untuk membuat pemantauan terhadap pelanggan.

images/stories/OGOS2011/dscn6889.jpgimages/stories/OGOS2011/dscn6896.jpg

Dari karaoke kami bergerak ke lounge yang menyajikan minuman keras dan persembahan hiburan. Di pintu masuk, pengawal sampai bersumpah-sumpah bahawa tiada Melayu di situ. Mereka mengajak kami masuk jika tidak percaya. Melangkah saja kaki masuk, rasa bagai nak pecah gegendang telinga. Muzik yang dipasang terlalu kuat. Rasanya orang yang mampu mendengarnya, bukannya dari kalangan manusia yang normal atau mungkin juga bukan manusia. Atau ramai yang berkata bahawa penagih pil Ecstasy sahaja yang mampu mendengar muzik sekuat itu. Keadaan di dalamnya cuma samar-samar. Di sana sini terdapat ramai pasangan memadu asrama tapi tiada kelihatan orang Melayu.

Di tingkat atas terdapat banyak bilik karaoke. Penulis tidak berani untuk berada lebih lama di situ memandangkan terdapat ramai perempuan yang kelihatan macam tidak cukup kain. Apa kegiatan mereka sebenarnya?

Sebelum beredar Dr. Ismail bertanya pengawal, bagaimana jika di luar bulan puasa. Maksudnya setelah peraturan melarang orang Islam masuk pusat hiburan berakhir. Pengawal menjawab dengan jujur bahawa, ia akan dipenuhi orang Melayu. Wah, jika tempat seperti ini dihurung oleh anak-anak Melayu, memang hancur Melayu!

images/stories/OGOS2011/dscn6883.jpg

Sepanjang lawatan Dato' Phahrolrazi lebih berminat melihat status lesen di bulan Ramadhan. Ada yang boleh kemukakan lesen dan terdapat yang tiada lesen. Maknanya kegiatan mereka dilakukan secara haram. Semua ini perlukan penguatkuasaan yang lebih tegas.

Enakmen hiburan 1997 yang kecoh satu Malaysia sebulan lalu, akan berakhir sebaik sahaja rantai yang mengikat syaitan dibukakan kunci. Hanya segelintir pengusaha yang melanggar syarat. Dato’ Phahrolrazi bertegas akan mengarahkan pejabat daerah mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang melanggar peraturan. Umumnya pelaksanaan Enakmen Hiburan 1997 boleh dianggap berjaya tetapi bagaimana keadaannya selepas Ramadhan? Ia akan menghancurkan generasi umat Islam, khususnya golongan muda.

Kesimpulannya, secara jujur banyak perkara lagi yang perlu dilakukan untuk menyelamatkan segolongan umat Islam yang makin hancur syaksiyyahnya. Ia perlu dilakukan oleh kerajaan yang memerintah serta semua entiti yang bersamanya. Ia perlu dibantu oleh setiap golongan yang sedar dalam masyarakat.

Kerajaan negeri pimpinan PAS memang tidak pernah dengan sengaja mahu menghancurkan generasi baru Muslim tetapi ia semacam ‘diizinkan’ jika penyelesaian segera tidak dicari hanya kerana kita tidak prihatin untuk ambil tahu perihal dunia yang berada agak luar dari lingkaran kita.
Terakhir Dikemaskini (Khamis, 25 Ogos 2011 16:08)

LIWAT 2.0! Apa sudah jadi pada Doktor Import Anwar.. sudah pening ka?




Semakin hari semakin panas nampaknya pembicaraan liwat 2.0 ni. Ura-ura ke jalan penyelesaian nampaknya hampir tiba.

Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim, Sankara Nair hari ini mendakwa menolak penemuan DNA sperma dalam rektum pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, hampir 60 jam selepas ia dibawa ke makmal.

Sankara membuat kenyataan itu sewaktu membidas hujah Peguam Cara Negara II, Datuk Yusof Zainal Abiden yang memetik kertas kajian daripada United Kingdom yang diterbitkan hampir 30 tahun dahulu, iaitu pada tahun 1982.

Kajian itu menunjukkan sperma boleh didapati walaupun selepas 60 jam.

Yusof memetik kajian itu dalam soal balasnya terhadap saksi pembelaan, pakar patologi forensik dari Australia, Dr David Wells pagi tadi.

Ketua pendakwaraya itu mendakwa kajian itu mendapati DNA sperma boleh ditemui dalam rektum manusia selepas hampir 65 jam air mani dilepaskan ke dalam rektum.

Sankara yang mengulangi kembali kenyataan Pakar Patologi Forensik Australia, Dr David Wells di dalam mahkamah, berkata eksperimen yang dirujuk Yusof itu dilakukan dalam keadaan terkawal.

“Ada satu eksperimen dalam makmal yang dijalankan dalam keadaan terkawal. Mereka menemui sperma selepas 65 jam sperma berada di dalam rektum.

“Itu pun dalam eksperimen terkawal,” kata Sankara.

Menurut Sankara, ia berbeza dengan keterangan Saiful yang mendakwa dirinya diliwat dan pada masa yang sama melakukan pelbagai aktiviti yang boleh menyebabkan kualiti sperma yang didakwa berada di dalam rektumnya merosot.

Malah, DNA sperma dari tubuh Saiful juga hanya dianalisa di makmal lebih daripada 60 jam selepas kejadian liwat didakwa berlaku.

“Di sini kejadian liwat didakwa berlaku. Dan sperma ditemui 60 jam selepas kejadian didakwa berlaku?! Tidak mungkin.

“Tetapi di sini pendakwa raya mendakwa menemui sampel sperma yang bagus (dalam dubur Saiful),” kata Sankara.

Menurut pendakwa, jawapan yang diberikan oleh Dr Wells kadang-kadang, agak mengelirukan bahawa sperma yang diambil selepas 65jam boleh diuji dan kemudian beliau menafikan sperma boleh diuji.

Dr. Wells juga mengakui ada berlaku penetrasi ke atas mangsa.

Kita tunggu apa pulak yang jadi hari ni...

Wednesday 24 August 2011

ISU LYNAS. AHLI PARLIMEN PAS SOKONG


ahli parlimen pas hulu langat dr rosli che mat seorang pakar nuklear mengaku projek LYNAS adalah selamat.beliau tidak setuju pembohongan yang pakatan lakukan.

masanya dah tiba pimpinan pas keluar dari kelompok pembohongan...

video

Adakah Rosmah kerja 'part time' sebagai penganjur pameran berlian? - CheguBard

Bukan saya minta maaf, Rosmah kena jelaskan - Che'gu Bard
KUALA LUMPUR, 24 Ogos: Badrul Hisham Shahrin atau Che'gu Bard tidak bercadang untuk memohon maaf kepada isteri perdana menteri, Datik Seri Rosmah Mansor ekoran dakwaannya tentang cincin bernilai RM24.45 juta.

Sebaliknya, kata beliau dalam satu kenyataan hari ini, Rosmah yang seharusnya tampil untuk menjelaskan duduk perkara sebenarnya mengenai perkara itu.

"Tidak ada keperluan untuk che'GuBard mohon maaf. che'GuBard tidak ada kena mengena dengan permohonan maaf Kompas atau Pengarah Komunikasi PKR," kata che'GuBard dalam kenyataannya hari ini.

Che'GuBard menjawab tekanan dari media milik Umno agar beliau memohon maaf kerana mendakwa kononnya Rosmah memilik cincin itu.

Isu memohon maaf beliau semakin ketara apabila media tradisonal Umno menyiarkan berita kononnya akhbar Indonesia Kompas juga memohon maaf dari Najib.

Namun, Malaysiakini melaporkan, permohonan maaf dari Kompas itu tidak jelas kerana ia hanya disiarkan dalam satu berita temubual akhbar Indonesia itu dengan Najib dan bukannya menarik balik laporan asalnya.

Menurut sumber Malaysiakini, permohonan maaf yang dituntut oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada mulanya ditolak oleh editor Kompas yang bertegas mempertahankan artikel mereka, khususnya berhubung dakwaan kegiatan kongsi gelap Maira, yang juga boleh dilayari secara meluas di Internet.

Dua penasihat itu kemudiannya mengancam mengugut Kompas dengan tindakan undang-undang, tetapi ini juga gagal untuk menundukkan akhbar Indonesia yang berpengaruh itu.

Kompas, bagaimanapun bersetuju membuka ruang kepada Najib untuk menjawap dan menangkis segala tuduhan dengan menghantar editor antarabangsa, Jimmy Harianto bagi menemubual Najib di Putrajaya pada Khamis lalu.

Bagiamanapun pada Ahad lalu, agensi berita nasional Bernama mengesahkan bahawa Kompas telah meminta maaf kepada Najib.

Setakat ini, mengapa Kompas membuat pusingan U pada saat-saat terakhir belum jelas tetapi menurut sumber, keputusan berkenaan telah dibuat dalam keadaan "situasi luar biasa".

Namun, akhbar itu jelas tidak membuat permohonan maaf secara penuh - ia boleh diibaratkan sebagai 'permohonan maaf separuh'.

Malah, permohonan maaf itu diselitkan pada perenggan 10 di halaman 10 akhbar itu dalam laporan yang bertajuk 'PM Najib Razak: Demokrasi Juga Terjadi di Malaysia'.

Menurut Che'Gubard (gambar atas), dia tidak menuduh sesiapa tetapi kewujudan borang kemasukan berlian bernilai tinggi itu dan tertera dengan jelas nama orang yang menyamar wanita pertama negara ketika rakyat susah dihimpit kenaikan kos hidup perlu diperjelaskan.

"Dia bukan pegawai kastam, dia bukan pegawai syarikat penghantaran dan adakah dia membuat kerja 'part time' sebagai penganjur pameran ? Adakah sesuai dengan imejnya yang menyamar sebagai wanita pertama dan membuat kerja part time ?" kata beliau dalam kenyataannya hari ini.

"Ada beberapa pengampu yang kononya sejak minggu lepas mendendangkan yang che'GuBard akan disaman, tetapi yang lucunya bukan disaman oleh Rosmah tetapi oleh syarikat yahudi Jacob & co." tulis beliau lagi.

TUDIAA!! Azli Taliban Pas KANTOI rasuah!!



Presiden Pertubuhan Kebajikan Wawasan Kesejahteraan Insan Negeri Perak, Fauzi Muda hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa bekas Ketua Dewan Pemuda Pas Perak, Nor Azli Musa dan peguamnya cuba merasuah beliau sebanyak RM50,000.

Dalam laporan tersebut, Fauzi mendakwa pada 10.30 malam kelmarin, dua lelaki yang memperkenalkan diri sebagai wakil firma guaman Zainul Rijal Talha & Amir datang ke rumahnya kerana mahu berbincang tentang notis saman fitnah terhadapnya yang dihantar semalam.

Katanya, dalam perbincangan itu, beliau ditawarkan RM50,000 dengan syarat bersedia melakukan beberapa perkara termasuk meminta maaf secara terbuka kepada Nor Azli dan menyokong kenyataannya terhadap Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

"Selain itu, saya diminta menarik balik segala tuduhan dan dakwaan dalam isu jutawan segera melibatkan pemimpin pembangkang termasuk Nor Azli yang dilaporkan kepada SPRM.

"Saya juga diminta mengaku bahawa segala tindakan itu adalah atas bayaran atau agenda UMNO dan Barisan Nasional (BN)," katanya di pekarangan pejabat SPRM Perak di sini, hari ini.

Mengenai tuntutan saman oleh Nor Azli, Fauzi menegaskan bahawa beliau tidak akan memohon maaf kepada bekas Ketua Dewan Pemuda Pas Perak itu dalam tempoh seminggu seperti dituntut.

"Yang kedua, tiada sebab untuk saya bayar RM250,000 kepada mereka dan ketiga, saya mohon dengan segala hormat kepada Nor Azli supaya segera kemukakan saman supaya saya boleh membuat banyak lagi pendedahan di mahkamah," katanya.

Fauzi yang merupakan bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak turut mencabar Nor Azli menafikan secara terbuka bahawa beliau bukan salah seorang 'jutawan segera' dan mengisytiharkan asetnya semasa dan selepas 11 bulan pemerintahan pembangkang di Perak.

"Saya sudah serah kepada SPRM senarai individu yang disyaki memiliki kemewahan segera semasa pemerintahan pakatan pembangkang. Nor Azli pun sudah tahu dia salah seorang daripadanya," katanya. Beliau turut sedih kerana terpaksa berhadapan tindakan saman daripada individu yang mengaibkan Harussani.

"Sepatutnya Nor Azli layak disaman oleh Mufti Perak kerana menggelar Harussani dengan panggilan 'Syaitan bercakap' dan 'Haramsani'. Namun, saya terima hakikat ini kerana ia untuk kebenaran dan maruah seorang yang patut kita hormati," katanya - MPP

Tak salah Mc, muka ni yang dok kutuk UMNO kata rasuah sana sini. Hakikatnya, dia sendiri pun buat kerja kotor tu.

Tengok muka pun tau, jenis tak boleh pakai punya orang. Manusia yang suka maki orang kata makan benda haram ni yang selalu buat benda haram.

PANAS!! Peguam Kristian Nak Selamatkan Hak Melayu Murtad!


Terkini kisah geng 12 umat Islam yang berada di majlis dinner di DUMC  semakin panas. Cerita murtad memang benar berlaku di mana ia dibongkarkan oleh sebuah blog yang mendapat info terus dari twitter seorang peguam hak asasi pada 4 ogos. Maklumat ini Mc perolehi dari blog Pejuang Bangsa.

Di bawah adalah screengrab beberapa tweet yang dikeluarkan oleh peguam hak asasi Edmund Bon Tai Soon pada Ogos 4.

(Pada malam Ogos 3, Jais menjalankan pemeriksaan acara kontroversi yang dianjurkan oleh pusat Harapan Komuniti-DUMC bertempat di dewan gereja Methodist).



Tweet Edmund Bon mengatakan beliau telah cuba berunding dengan kerajaan Selangor supaya tidak menentang hak anak guamnya untuk meninggalkan Islam.

Akan tetapi Edmund nampaknya tidak betul fakta apabila mengatakan JAIS/MAIS bukan terletak di bawah bidang kuasa exco negeri. Sebenarnya exco Selangor Hasan Ali ialah timbalan pengerusi MAIS dan perkara-perkara bersabit agama adalah hal negeri (state matter).

(Klik pada rajah untuk besarkan. Http://twitter.com/#!/edmundbon)


Edmund Bon pernah menjadi pengerusi jawatankuasa undang-undang perlembagaan serta jawatankuasa hak asasi manusia bersama Majlis Peguam. Beliau juga salah seorang pengasas Pusat Rakyat Loyar Burok.

Siapa agaknya anak guam yang dimaksudkan oleh Edmond Bon itu dan adakah tweetnya mempunyai apa-apa kaitan dengan 12 orang Melayu yang akan disoalsiasat Jais?

Sepenuhnya di Helen Ang

Sedang orang kristian berusaha memurtadkan melayu Islam. Kita umat Islam Malaysia masih lagi bergaduh dan tuduh menuduh sesama sendiri. Paling menyedihkan ialah Pas dan Kerajaan Selangor yang menyokong pihak gereja tanpa usul periksa dan membuta tuli. Apakah undi kristian lebih bermakna dari menyelamatkan akidah umat Islam?

FITNAH!! Mari kita penampar Chegu Bard sorang sikit wehh..


Ketika Kompass sedia memohon maaf di atas fitnah terhadap Rosmah di atas kisah cincin, CheguBard masih lagi dengan pembohongannya.

Dalam satu ceramah umum DAP cawangan Taman Indah, Kajang pada petang Jumaat Ogos 19hb, di Pusat Rekreasi JKKK Batu 11 Cheras, Kajang, Chegu Bard masih mengulang fitnahnya terhdap isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor berhubung cincin RM23 juta yang telah disahkan Jacob & Co bukan dibeli Rosmah.

Dalam Majlis yang dihadiri lebih kurang 40 orang termasuk Speaker Selangor, Dato' Teng Chang Khim, dan Setiausaha PSM, Arutchelvam, Badrul Hisham Shahrin mengatakan 
kemerdekaan bukan hasil usaha Tunku Abd Rahman.

Badrul juga mengulang spin Pakatan berhubung isu gereja Damansara yang mendakwa ia hanya program berbuka puasa dan tidak perlu takut.

Dia turut mempertahankan Lim Guan Eng dalam isu larangan baca quran dengan pembesar suara sebagai menepati hukum.

Bukan saja fitnah cincin masih dimainkan Badrul, dia masih lagi memainkan isu Altantunya dengan mengatakan ada membuat akuan konon ada bukti PM pm bertemu dengan Altantunya. Disepanjang majlis, buku 'Misteri Pembunuhan Altantunya' dikesan dijual. Cerita ni Mc ambil dari The Unspinners.

Semakin dekat bau-bau PRU, semakin kuat mereka ni melancarkan fitnah. Sepatutnya PM dan Isteri saman saja si Chegu Bard ni, simpan lama-lama pun buat barah dalam masyarakat. Nanti jadi seperti cerita fitnah altantuya, cerita hanya rekaan, tetapi bila lama-lama dimainkan, rakyat ingat cerita betul.

Saman saja si benggap ni dengan 24 juta dollar. Biar kita tengok dia nak cari mana duit banyak macam tu nak bayar. Kalau tak bayar nanti, tak boleh bertanding jadi calon PRU. Biar padan muka dia..

Tuesday 23 August 2011

Jika BN tak salah guna demokrasi, sudah lama Pakatan memerintah


KUALA LUMPUR, 22 OGOS – Kenyataan Datuk Seri Najib Razak kononnya kerajaan Barisan Nasional tidak kebal hanyalah helah politik untuk menyembunyikan kezaliman pemerintah kepada dunia luar.

Jika benar apa yang dikatakan oleh Perdana Menteri bahawa sistem demokrasi di Malaysia tidak beri kekebalan kepada pemerintah, maka Pakatan Rakyat sudah berjaya memerintah Malaysia sejak 2008, kata Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Teresa Kok.

Kok yang juga Ahli Parlimen Seputeh memberi respon kepada kenyataan Najib dalam wawacara bersama akhbar Kompas dari Indonesia yang dipetik oleh Utusan Malaysia hari ini.

Dalam laporan itui, Najib dipetik sebagai berkata, “Nasib di tangan rakyat, tak berlaku sebarang manipulasi untuk menentukan kesahihan perolehan suara. Undi di tangan rakyat.”

Menurut Kok, jentera-jentera kerajaan serta media massa yang digunakan BN untuk meujui pemerintah dan menyerang pembangkang ketika pilihan raya adalah bukti kekebalan pemerintah.

Beliau turut memberi contoh empat pegawai Angkatan Tentera Malaysia yang mengaku dipaksa memangkah undi untuk calon BN ketika pilihan raya lalu walau pun mereka dikatakan berhasrat untuk memilih calon lain.

“BN menggunakan jentera seperti polis, tentera dan SPR untuk memastikan kuasa mereka terus kekal. Ini bukti kerajaan BN kebal dengan penyalahgunaan kuasa,” katanya.

Kok membidas kenyataan Najib dengan berkata, Perdana Menteri masih terus bermain wayang politik ketika rakyat bengang dengan cadangan penubuhan Jawatankuasa Pemilih Parlimen (PSC), kononnya untuk reformasi pilihan raya, yang tidak telus dan penuh dengan tipu helah politik.

“Najib tipu. PSC yang dianjurkan beliau itu tidak ikhlas bila tiba-tiba beliau mengumumkan yang PSC tidak bersangkut paut pula dengan pilihan raya umum ke-13 nanti.

“Ini sama macam dia tipu Bersih 2.0 dahulu; sekejap tak boleh, sekejap boleh, kemudian nak bagi stadium, kemudian kata tak boleh. Ini juga kebal salah guna kuasa BN,” katanya.

Jelasnya, PSC memerlukan masa untuk dilaksanakan dengan mengumpul pandangan awam dan dibentangkan pada sidang Parlimen untuk dibincang bersama.

“Sebaliknya, beliau menidakkan PSC dengan menyatakan bahawa PRU boleh diadakan bila-bila masa.

“Inilah demokrasi BN yang kebal. Jika tidak kebal dan tidak disalah guna kuasa dan demokrasi, sudah lama Pakatan memerintah,” katanya. – Roketkini.com

Anwar: Najib ikut jejak Dr M untuk jatuhkan saya

KUALA LUMPUR, 23 Ogos: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sedang mengikut jejak mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dengan menggunakan segala institusi kerajaan untuk menghalang keadilan, dakwa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Disebabkan tidak mempunyai sebarang kepercayaan bahawa beliau akan menerima pembicaraan yang adil, Anwar yang juga saksi utama dalam kes liwatnya telah memilih untuk memberikan keterangan dari kandang tertuduh, di mana beliau tidak boleh disoal balas oleh pihak pendakwaraya.
(Anwar dengan ditemani isteri dan anak-anaknya di mahkamah semalam)
“Seperti yang telah saya katakan, ini bukan satu pembicaraan jenayah. Ini satu episod yang diatur oleh kuasa-kuasa berkenaan supaya saya tidak lagi dapat bergerak, agar mereka boleh kekal berkuasa.

"Pada tahun 1998, Tun Dr Mahathir telahpun berbuat demikian, dengan sikap Machiavellian-nya yang menggunakan segala kuasa, berjaya memenjarakan saya selama 15 tahun untuk kesalahan yang tidak pernah saya lakukan. Dan ini jenis kezaliman dan ketidakadilan yang masih berterusan sehingga hari ini.

"Najib Razak sedang melakukan perkara yang sama seperti mentor beliau, di mana segala apa yang dikuasainya melalui media, polis, peguam negara dan sistem kehakiman akan digunakan untuk menggulingkan perjalanan keadilan dan mengeluarkan saya dari arena politik,” dakwa Anwar dalam kenyataannya dalam kandang tertuduh.

Menggunakan ungkapan yang dipetik dari Nelson Mandela, Shakespeare dan juga al-Quran dalam kenyataannya, Anwar menyifatkan hakim pembicaraan Datuk Mohd Zabidin Mohamad sebagai gagal memastikan perbicaran adil dalam kes Liwat II yang dihadapinya dan sekeras-kerasnya menafikan beliau melakukan seks dengan bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Kejayaan Pakatan Rakyat pada 2008 telah menyemarakan usaha untuk membuang beliau kembali ke penjara, kata Anwar.

“Ketakutan mereka disahkan apabila ia menjadi jelas bahawa tempoh ketidak-layakan saya untuk bertanding dalam pilihanraya tamat, dan saya akan bertanding di satu kerusi parlimen, di mana jika saya menang, saya akan diangkat sebagai Ketua Pembangkang.

"Oleh itu, ia bukan kebetulan kerana konspirasi baru itu muncul tiga bulan selepas kemenangan Mac 2008 dan pendakwaan rasmi terhadap saya itu dibuat hanya satu bulan sebelum saya bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh.

"Rentetan peristiwa yang berlaku sebelum pertuduhan rasmi dibuat adalah diambil dari plot yang berlaku pada tahun 1998, yang tiada dalam episod terbaru ini, hanyalah kes mata hitam dan mangsa-mangsa yang dipaksa bawa ke mahkamah sebagai rakan kongsi dalam jenayah,” serang Anwar.

Dalam episod terbaru ini, kata Anwar para konspirator telah mengubah plot untuk membuat pendakwa dilihat sebagai seorang mangsa tidak berkeupayaan, kerana sedar plot 1998 yang menggunakan cara pengakuan paksa dan khianat oleh para mangsa sebagai satu perbuatan taubat susah dipercayai orang awam.

Anwar turut berkata konspirasi ini sememangnya mempunyai kaitan penuh dengan Najib dan isterinya Rosmah apabila Saiful sendiri mengakui pernah berjumpa dengan Najib di kediamannya untuk mengadu bahawa beliau diliwat.

“Kenyataan awal Najib bahawa beliau telah bertemu dengan pengadu untuk berbincang masalah biasiswa adalah penipuan besar, yang selepas itu ditarik balik disebabkan ledakan di media sosial dan juga blog-blog di Internet.

"Ia adalah jelas bahawa Najib dan Rosmah tidak mahu dilihat berkait dengan konspirasi ini, pada masa mereka sendiri turut terlibat dalam pelbagai skandal yang dibangkitkan di parlimen yang sehingga kini tidak dijawab,” kata beliau.

Konspirasi ini akan dimainkan sehingga beliau dipenjarakan, kata Anwar kerana prospek kekalahan Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat sudah hampir menjadi realiti.

“Najib ingat dengan memusnahkan karier politik saya, ia akan juga memusnahkan prospek Pakatan Rakyat untuk berkuasa. Dengan itu, tiada yang tidak akan dikorbankan untuk memastikan saya dijatuhkan hukuman supaya kerajaan Barisan Nasional pimpinan Umno akan terus berkuasa,” tegas Anwar.

Anwar mendakwa Hakim Zabidin telah menunjukkan dengan jelas bahawa beliau tidak saksama dalam pembicaraan ini.

“Saya kata sedemikian kerana anda telah berkali-kali menolak untuk mengundurkan diri walaupun dengan pelbagai bukti yang menunjukkan anda bias terhadap saya. Saya kata sedemikian juga kerana anda telah membutakan mata terhadap pencabulan protokol dan prosedur yang dilakukan oleh pihak pendakwaan manakala pada masa yang sama tidak mengendahkan bantahan saya terhadap pelbagai penyelewengan yang terang-bederang, yang mana akan tanpa lebih memberi amaran kepada mana-mana hakim yang adil terhadap niat jahat dan zalim pihak pendakwaan.

"Dalam perkara wajib untuk seorang hakim, Al-Quran mengarahkan agar: ‘Dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, anda mesti berlaku adil’,” tambah Anwar.

Sementara itu, Najib, Rosmah, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd Rodhwan Mohd Yusof yang enggan menjadi saksi pembelaan Anwar akan disepina ke mahkamah.

Sepina juga akan dimohon dikeluarkan kepada doktor Hospital Pusrawi Dr Mohamad Osman Abdul Hamid, jururawat Yazihan Jusoh dan seorang pembantu rumah dari Indonesia yang hanya dikenali sebagai 'Suliati'.

Menurut peguam Karpal Singh yang dipetik Malaysiakini sebagai berkata, pihak pembelaan telah membuat permohonan dan menjangka saksi berkenaan akan tampil di mahkamah.

Ditanya sama ada, mereka boleh menolaknya, Karpal berkata tidak boleh dan sekiranya mereka berbuat demikian, waran tangkap boleh dikeluarkan ke atas mereka.

"Ia hanya boleh diketepikan. Setakat ini, belum ada permohonan untuk berbuat demikian,” katanya

Siapa yang Liwat Saiful: Anwar atau Plastik?

NOTA EDITOR: Saiful mengaku kepada doktor Muhammad Osman Abdul Hamid beliau masukkan plastik dlm jubor beliau. Soalnya adakah Saiful diliwat Anwar ataupun dia diliwat PLASTIK?

18SX: Plastik Apa Yang Liwat Juboq Saiful?

‘Saiful beritahu plastik dimasukkan ke duburnya


Saksi pembelaan kedua, bekas doktor di Hospital Pusrawi Dr Mohamad Osman Abdul Hamid dalam keterangannya berkata Mohd Saiful Bukhari Azlan, pegandu dalam kes liwat yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahunya bahawa objek plastik dimasukkan ke dalam duburnya seperti dinyatakan dalam laporan perubatannya.

dr mohamed osman abdul hamid pusrawi hospital saiful bukhari azlan anwar ibrahim sodomy 2 interview 040908 07Apabila diasak oleh ketua pendakwaan Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, Dr Osman (kanan) bersetuju bahawa Saiful mendakwa beliau diliwat oleh seorang VIP tetapi juga mempertahankan kenyataannya bahawa bekas pembantu Anwar itu juga mengakui objek plastik dimasukkan ke duburnya.

Beliau merupakan doktor pertama ditemui Saiful pada 28 jun 2008.

Saksi yang berasal dari Myanmar dan mendapat pendidikan perubatannya dari Universiti Yangon berulang-kali menafikan cadangan oleh Peguam Cara Negara II itu bahawa beliau tidak menulis plastik dimasukkan ke dubur selepas pemeriksaan dijalankan.

Jelasnya, Saiful datang ke Pusrawi pada 28 Jun, 2008 dan mengadu kesakitan di duburnya.

Selepas menjalankan pemeriksaan, beliau dapati tiada kesan koyakan atau berdarah di kawasan berkenaan dan ketika itu Saiful memberitahu dia diliwat dengan objek plastik dimasukkan ke duburnya.

Hospital Pusrawi Emergency ward 280708.jpg“Saya ada catatkan ini selepas Saiful beritahu saya selepas pemeriksaan dijalankan dan ada masukkan sebuah protoskop,” katanya.

Menjawap soalan Yusof, Osman berkata memasukkan plastik bukan meliwat. Beliau juga menafikan bahawa nota perubatan itu ditambah kemudiannya.

Yusof: Nota (mengenai objek plastik berkenaan) dicatatkan kemudian?

Osman: Nota ditambah selepas pasca pemeriksaan.

Yusof: Saya andaikan dia tidak kata sebarang plastik.

Osman: Dia (Saiful) ada beritahu saya.

Karpal, dalam pemeriksaan balas, kemudian bertanya sama ada nota dicatakan pada hari selepasnya. Osman bagaimanapun menafikannya dan berkata ia dicatatkan pada hari yang sama.

mKini

Monday 22 August 2011

Ni ke pemimpin yang dilantik menjadi Timbalan Presiden PAS? Hua hua hua

Ulamak atau Pak Lawak?

Hak bebas beragama dipermain

BANGI - Kebelakangan ini kes-kes murtad dalam kalangan orang Melayu Islam dan golongan saudara baru semakin menjadi-jadi. Fenomena ini tidak harus dibiarkan berterusan kerana ia adalah isu penting agama Islam.

Pengerusi Penaja Pertubuhan Dakwah dan Kebajikan Sosial Islam Malaysia (Perdim), Ustaz Mohd Farhan Abdullah Al-Hafiz berkata, menukar agama dilarang keras oleh Islam.

“Perkara itu tidak boleh dipandang remeh, jika tidak ditangani segera ia akan menjadi suatu gejala menggugat agama Islam sebagai agama persekutuan di samping melemahkan kekuatan kaum Melayu.

“Di Malaysia isu murtad dan menukar agama (meninggalkan Islam) adalah isu sensitif yang boleh mencetuskan rusuhan serta perlu ditangani secara tegas tetapi penuh hemah keran dikhuatiri ada sesetengah pihak cuba mengambil kesempatan mentafsirkan Perlembagaan Persekutuan sebagai strategi mempengaruhi orang Islam untuk menukar agama,” katanya.

Menurutya, pihak berkuasa seperti Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam negeri-negeri serta pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) perlu bertegas dan bersungguh-sungguh menangani gejala murtad.

“Isu ini serius jangan dipandang sepi, jika tiada maklumat berhubung isu murtad dilaporkan pihak berwajib tidak menjalankan siasatan dan akan bertindak hanya pada maklumat. Sekiranya perkara ini semakin parah apa yang mampu dilakukan lagi.

“Selain melihat perundangan sebagai pengawalan, perhatian utama perlu diberikan kepada usaha dakwah secara besar-besaran bagi mengukuhkan kesedaran dan kefahaman agama dalam kalangan umat Islam sendiri,” katanya.

Mohd Farhan berkata, tumpuan utama harus diberikan kepada generasi muda terutama remaja yang mudah terpesong dan terikut-ikut sesuatu ajaran sehingga memesongkan akidah kerana kebanyakan daripada mereka hanya mewarisi Islam daripada ibu bapa dan penghayatan Islam tidak masuk dalam jiwa.

LAGI

TUDIAA!! UMNO Bahagian Alor Setar Makin Celaru???




Dua tiga hari ni blog-blog pakatan Kedah memainkan cerita mengenai UMNO Bahagian Alor Setar yang di ketuai oleh Ahmad Bashah sekarang ni dah kacau bilau, tunggang langgang.

Dalam cerita yang depa bawah tu, kalau Mc nak kata tak betul pun dak, betul pun dak. Biasa la bangsa Melayu ni, cerita tu sikit saja, tapi dok nak bagi sedap, depa pi tokok tambah habis la.

Memang tak di nafikan UMNO Bahagian Alor Setar memang ada masalah dalaman yang tak pernah selesai. Namun Ketuanya hanya berdiamkan diri dan menyuruh orang lain diam sama. Harap-harap orang lupa, macam tu kot dia pikiaq.

Baca cerita di bawah,

Ni ada cerita panas terbaru UMNO Bahagian Alor Setaq, pertikaian besar antara Ketua dgn Naib Ketua Bahagian hingga menyebabkan minggu lalu Naib Ketua UMNO Bahagian Alor Setar letak jawatan!


Konon ceritanya Naib Ketua ni tak puas hati dengan Tok Mat Bashah asyik sabotaj programnya. Buat program kat mana pun semua disekat, kononnya sebab Naib Ketua ni terlebih semangat Melayunya jadi Toh Bashah takut undi Cina lari... Pulak dah. Sepatutnya makin kuat Melayu, makin dpt tempat dalam UMNO.. Tapi dah terbalik perjuangan UMNO, takut bukan main dekat abang Long depa MCA. (sejak bila UMNO takut kat MCA?)


Satu lagi kroni Bashah tak puas hati dengan Naib Ketua ni sebab dah berani kondem UMNO dan memuji pentadbiran Ustaz Azizan. Aitt takkan puji MB pun tak boleh?? Memang patut Naib Ketua ni puji Ostaz Jijan (gelaran oleh UMCO) kerana sekian lama dok berjuang dlm UMNO, mai masa Ustaz Azizan baru bagi dapat gelaran 'Dato'.


Memanglah Dato' tu anugerah Tuanku, tapi lesen besaq yang turun sign utk cadangan apa-apa anugerah istana dibuat oleh jawatankuasa yang dipengerusikan oleh MB. Kalau MB tak sign habuk pun tarak.

Cerita ni Mc ambil kat SINI

Sememangnya ada tokok tambah cerita ni. Namun jika benar Naib Ketua ni dah mula puji Ostat Jijan, maknanya, ada something wrong la. Sama ada dia nak lompat masuk Pas, atau jadi tali barut Pas dalam UMNO. Sebab kat Bahagian Alor Setar pun dah ada tali barut Pas. Takkan nak tambah sekor lagi kot?

Lain-lain tu Mc rasa si penulis tu nak tambah bagi sedap cerita saja. Apa nak buat, bulan-bulan puasa pun depa nak buat cerita bohong. Lantak la, dosa tanggung sendiri. Kita yang baca ni, ambil tahu sudah, percaya jangan.

Apa pun, masalah UMNO Alor Setar perlu diselesaikan segera. Minta Tuan Presiden UMNO campur tangan untuk selesaikan masalah. Selepas Kuala Kedah, Alor Setar pula goyang.

Bila agaknya masalah UMNO kat Kedah ni nak selesai?