Thursday 21 June 2012

Kedah Darul Disco : Takan nak bagi jadi macam BUKIT BINTANG kot?


ini gua ambik dari fb KedahLanie.. gua tambah garam lagi bagi masin..


Tu dia aihhhh.....
MB lena ka?
EXCO lena ka?
YB lena ka?
SENATOR lena ka?
DATUK BANDAR lena ka?
D.O lena ka?
AHLI MAJLIS lena ka?
Penyokong PAS lena ka?
Penyokong UMNO lena ka?
Penyokong PR lena ka?
Penyokong BN lena ka?
Ini benda tak elok dan maksiat
Takan nak bagi KEDAH jadi macam BUKIT BINTANG kot?

Monday 18 June 2012

KETUA AMK SIK AJAK PENDUDUK SELAMA KEDAH MATI SYAHID MENENTANG KERAJAAN MALAYSIA

Dari zaman ke zaman, terdapat segelintir manusia yang sebenarnya sangat dangkal tentang agama yang mereka anuti tetapi dek kerana kepetahan dan kefasihan mereka bertutur, maka mereka pun diangkat sebagai pengajar, penceramah, bahkan mursyid biarpun gelaran-gelaran berkenaan langsung tidak bertepatan dengan apa yang terdapat pada diri mereka sendiri.

Itulah yang berlaku kepada Ketua AMK Sik yang berceramah di Padang Awam Taman Cempaka, Selama Kedah pada 23 Mei lalu apabila dia cuba berijtihad kononnya, amalan solat dan mengerjakan segala titah perintah Allah Taala yang lain, tidak menjamin masuk syurga.

Sebaliknya jalan pintas untuk ke syurga adalah MATI SYAHID. Dan untuk menyedapkan ceritanya dia pun memetik kata-kata yang kononnya bersanadkan kepada Ibrahim Libya, salah seorang pengikut PAS tegar yang sangat meyakini bahawa Kerajaan UMNO-BN pada waktu itu adalah kafir dan akhirnya dia terbunuh dalam pertempuran dengan pihak polis di Memali, Baling.

Sunday 17 June 2012

SPRM Minta Ummi Serah Bukti Baru Anwar & Azmin Songlap RM3billion.




Oleh: HHalem.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali, sebelum ini pernah menyuarakan bahawa siasatan berhubung akuan berkanun bekas Penolong Gabenor Bank Negara (BNM), Datuk Abdul Murad Khalid mengenai pemilikan 20 akaun oleh Anwar dan Azmin Ali akan dijalankan,jika bukti baru yang berkaitan dikemukakan.

Kemudian pada Selasa lalu, Ummi Hafilda menyatakan beliau ada menyimpan bukti-bukti baru yang kukuh berhubung kes wang 20 akaun yang di songlap oleh Anwar dan abang beliau Azmin Ali dan bersedia menyerahkannya kepada agensi SPRM, sekiranya diminta berbuat demikian.

Hari ini, Utusan melapurkan Ummi Hafilda Ali telah menyerahkan bukti-bukti baru tersebut kepada SPRM semasa Anwar dan Azmin berada dan bermaharajalela di Pejabat Timbalan Perdana Menteri dan Pejabat Menteri Kewangan, pada satu ketika dahulu.

"Ekoran laporan akhbar tersebut, saya difahamkan pengarah siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali mengarahkan pegawainya untuk menemui saya pada hari itu juga”

"Pegawai yang saya temui itu memaklumkan SPRM akan membuka semula siasatan berhubung pemilikan akaun Anwar dan abang kandung saya sendiri iaitu Azmin, berdasarkan bukti baru itu," – Ummi Hafilda.

Selain itu, hari ini, Mingguan Malaysia juga menulis;

"Dalam akuan berkanun yang diikrarkan di hadapan pesuruhjaya sumpah di Kuala Lumpur pada 26 Oktober 1999 itu, Abdul Murad menyatakan akaun tersebut diuruskan kroni Anwar membabitkan aset, saham dan wang bernilai RM3 bilion”

Sehubungan itu, Ummi meminta Anwar, Azmin serta isteri Azmin iaitu Shamsidar Taharin supaya bersedia disiasat oleh SPRM sekiranya diminta berbuat demikian dalam masa terdekat ini.

Banyak sangat kes-kes terhadap Anwar dan Azmin yang dibawa kemahkamah dan dalam siasatan tetapi kesemuanya menemui jalan buntu. Apa yang kita harapkan kali ini ialah mereka akan betul-betul tersangkut atau sekurang-kurangnya membuat mereka tidak tidur malam terutama menjelang PRU13.

Yang menjadi tandatanya pada penulis sehingga hari ini ialah bagaimana dokumen-dokumen tersebut boleh berada ditangan Ummi.? Siapa kah diantara adik-beradik Azmin Ali yang banyak sekali menyimpan dokumen sulit beliau.?

Diolah dari sumber UtusanOnline.

ULAMAK TERKEMUKA DUNIA MENYOKONG KERAJAAN MALAYSIA! BUKTI PAS SESAT





HIMPUNAN Fiqh Mentaati Pemimpin yang sedang berlangsung di PWTC sekarang sebenarnya bukan setakat himpunan biasa, ia adalah satu perhimpunan yang mengumpulkajn tokoh-tokoh ilmuwan dan cendekiawan Islam dari serata dunia membincangkan tentang ketaatan kepada pemimpin.

Taat kepada yang makruf tapi menentang kepada yang mungkar, itulah isinya yang boleh disesuaikan dengan senario politik sematas.

Penulis tidak rasa orang PAS tahan walau 5 minit duduk mendengar pembentang kertas kerja. Dalam pembentangan yang pertama, ada pulak soalan tentang kekecohan baru-baru ini yang ditimbulkan PAS dengan mengarahkan ahli partinya menangguhkan ibadah haji tahun ini demi untuk mengundi dalam pilihanraya dan bagi jentera parti, persiapan parti itu menghadapi pilihanraya.

Menurut Mantan Timbalan Syeikhul Azhar Mesir, Sheikh Mahmoud Abdel Ghany Mahmoud Ashour, setakat seratus ribu orang pun masih lagi tidak menjejaskan proses pengundian di negara ini (itu kalau betulah 100 ribu orang yang pergi ke Mekah).

Kuota haji negara kita ditetapkan pada 1% rakyat atay 28,000 orang, lebih kurang. Kalau pandangan Sheikh Mahmoud diambil kira, pandangan PAS itu memang berlawanan dengan Islam.

Sudah tentu ada balaci PAS yang sudah teruk dirosakkan otaknya akan menyanggah pendapat itu dengan memetik kitab dan rujukan dari ulama yang entah siapa-siapa. Tambahan pulak bila dewa hidup mereka Nik Aziz sudah endorse ‘cadangan’ Ketua Penerangan PAS itu.

Sengaja disebutkan ‘cadangan’ sebab walaupun berjawatan Ketua Penerangan, apa yang keluar dari mulut Tuan Ibrahim masih lagi dipandang sebagai mewakili pandangan peribadinya sahaja, bukan pandangan parti, walaupun hal itu hal berkenaan parti.

Pelik tapi itulah satu dari berpuluh jenis gila dalam PAS.

Pembentang yang kedua, Mantan Dekan Fakulti Syariah Universiti Al-Azhar, Dr. Hamed Mohamed Abdel Rahman lagi hebat. Beliau yang kagum dengan negara ini turut memberikan pandangan positif mengenai Islam di negara ini.

Mau cair telinga balaci PAS mendengar pendapat beliau yang mengulas pelbagai aspek agama dan pentadbiran, termasuk hukum hudud. Maklum di mata mereka tidak ada apa mengenai Islam di negara ini yang betul, semuanya salah belaka.

Penulis juga tertarik dengan pandangannya bahawa pihak yang menggunakan hudud untuk mendapatkan undi adalah mencari keredhaan manusia, bukan keredhaan Allah swt, sedangkan itulah (keredhaan Allah swt) itulah yang paling penting pun.

Penulis suka nak ingatkan, ini pandangan yang mewakili Universiti Al-Azhar, universiti yang menjadi kebanggaan majoriti penyokong dan pemimpin PAS, walaupun Nik Aziz dapat degree dari sebuah Universiti di India.

Malah sekarang pun, PAS masih galak merekrut lepasan Universiti Al-Azhar sebagai lapisan entah nombor berapa dalam saf kepimpinan mereka. Maklum, dalam PAS, jawatan bermula dari Presiden sampai ke Mursyidul Am, relatifnya adalah jawatan seumur hidu. Kena menunggu sehingga pemegang jawatan mati dulu baru boleh ada pegganti.

Maka itu penting direkrut dari muda dan lulusan Al-Azhar adalah salah satu kriteria utama.

Tapi sekarang Ulamak dari Universiti tersebut pun galak menyokong Malaysia dan pandangan kenapa hudud bukan satu keutamaan dalam masyarakat Islam. Having said that, kita bukan menolak hudud cuma hukum ini belum sesuai untuk dilaksanakan di Malaysia kerana komposisi masyarakat yang berbeza.

Alah, Haji yang rukun fardhu itu pun boleh tangguh kerana undi, apatah lagi 
hudud yang bukan fardhu itu.

SUMBER

Umno BN dalam dilema untuk hadapi PRU13


Mohamad Shafiq Rohaizad Buyong, 17 Jun 2012

Dalam dekat ini mood pilihan raya umum ke-13 semakin dirasai. Setiap di antara kita tidak kira ahli politik, pelajar, mahupun orang kampung sedang mencongak tarikh bilakah parlimen akan dibubarkan untuk memberikan laluan kepada PRU13. Walaupun parti pemerintah khususnya UMNO masih lagi berteka-teki berkenaan tarikh keramat tersebut, namun perang bendera antara parti politik sudah pun bermula, tidak kira daripada parti pemerintah mahupun dari parti pembangkang sekali pun.

Hal ini sudah menjadi tanda yang jelas bahawa PRU13 tidak lama lagi, dan boleh diadakan pada bila-bila masa sahaja atau paling lewat sekali pun pada hujung tahun ini. Dalam misi menongkah perjalanan menuju tarikh PRU13 yang bakal menjelma, setiap parti politik, kerajaan mahupun pembangkang semakin giat memenangi hati rakyat. Dalam keghairahan menuju PRU13, beberapa perkara yang harus diberi perhatian, terutamanya daripada parti UMNO itu sendiri. Hal ini disebabkan, UMNO boleh dikatakan sedang sakit dan harus diubati sebelum PRU13 berlangsung.


UMNO Ketandusan Pemimpin Muda

UMNO boleh dikatakan ketandusan pemimpin-pemimpin muda yang berkaliber, berani, dan berjiwa besar. Itulah yang jelas daripada pandangan perspektif penulis. Persoalannya, dimanakah pemimpin-pemimpin muda UMNO yang lain? Ketua Puteri, Ketua Putera UMNO Malaysia boleh dikatakan sebagai golongan pelapis di dalam legasi kepimpinan UMNO. Dalam hal ini penulis tidak dapat melihat dengan lebih jelas apakah peranan yang dimainkan oleh kedua-dua pemimpin muda ini, adakah sebagai memenuhi jawatan yang beri atau pun mahu menjadi popular dengan jawatan yang disandang.

Dalam ruangan yang terhad ini penulis ingin memuji peranan yang dimainkan oleh saudara Khairi Jamaluddin selaku Pemuda UMNO Malaysia, yang kiranya ketika ini boleh dikatakan antara pemimpin muda UMNO yang menyerlah daripada kalangan pemimpin-pemimpin muda UMNO lain. Tidak keterlaluan jika penulis katakan bahawa sesetengah anak-anak muda, mahupun mahasiswa mulai kagum dengan kredibiliti, karisma, dan keberanian beliau dalam mengurus sesuatu isu. Kekaguman sesetengah anak muda terhadap beliau bermula dengan keberanian Khairi untuk berdebat dengan saudara Rafizi Ramli berkenaan isu PTPTN.

Hal ini disebabkan belum ada lagi dalam kalangan pemimpin UMNO yang sanggup mahupun berani menyahut cabaran untuk berdebat berkenaan isu-isu semasa secara terbuka melainkan debat melibatkan antara Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Datuk Seri Shabery Cheek berkenaan isu harga minyak yang diadakan beberapa tahun lepas di Dewan Syed Nasir Dewan Bahasa dan Pustaka. Bukan lambang parti menjadi pokok perbincangan kali ini, tetapi menjadi kayu ukuran utama ialah penampilan pemimpin muda itu menjadi contoh atau ikon kepada pemimpin-pemimpin muda lain yang untuk terus berani tampil ke hadapan berkongsi idealisme, walaupun idealisme itu bertentangan dengan kehendak masyarakat.

Dalam pada masa yang sama Khairi juga turut aktif dalam memberi respond mahupun maklum balas berkenan isu-isu semasa melibatkan golongan muda mahupun mahasiswa. Isu terbaru yang mendapat perhatian beliau adalah berkenaan pembekuan pinjaman PTPTN terhadap mahasiswa baru unisel. Walaupun pendapat yang diberikan oleh Khair lebih kepada mewakili lidah UMNO/BN namun sekurang-kurangnya beliau berani memainkan peranan sebagai pemimpin muda yang harus peka berkenaan isu-isu semasa terutama melibatkan golongan mahasiswa. Persoalan yang harus dijawab oleh saf kepimpinan UMNO sekarang adalah ke mana menghilangnya pemimpin-pemimpin muda UMNO yang lain? Persoalan atau di leman inilah yang harus ditangani oleh UMNO dengan lebih cermat dan serius sekiranya masih lagi bercita-cita untuk kekal di Putrajaya

Penulis melihat pada ketika ini hanya Perdana Menteri sahaja Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin yang betul-betul serius untuk memastikan UMNO terus kekal di Putrajaya. Jika kita melihat kepada kedua-dua pemimpin ini mereka bukanlah dalam kalangan pemimpin muda malah boleh dikategorikan sebagai pemimpin yang sudah separuh abad bergelumang dalam kancah politik negara. Siapakah yang ingin memimpin UMNO jika kedua-dua pemimpin ini tidak terdaya lagi? Jika UMNO masih lagi memilih untuk melihat pemimpin muda tidak mampu menerajui kepimpinan parti, terutama saf kepimpinan yang lebih tinggi seperti Majlis Tertinggi UMNO pandangan itu adalah dangkal sama sekali.

Hal ini disebabkan, jika kita melihat kepada kepimpinan Pakatan Rakyat, jelas dan nyata bahawa mereka ramai dibarisi pemimpin-pemimpin muda yang berkaliber seperti Mohamad Azmin Ali Timbalan Presiden PKR, Saifuddin Nasition Ismail Setiausaha PKR, Ustaz Nasaruddin Tantawi Ketua Dewan Pemuda Pas, Dato Seri Nizar Jamaluddin, Shamsul Iskandar Ketua Angkatan Muda PKR dan ramai lagi. Jika diamati nama-nama di atas, barisan pemimpinan ini amat dikenali dalam kalangan anak muda mahu pun mahasiswa. Sebab kenapa? Kerana mereka ini sentiasa mengambil berat dan juga cakna berkenaan isu-isu golongan muda berbanding pemimpin UMNO.

UMNO harus sedar bahawa zaman sekarang bukanlah zaman orang lama untuk terus berkuasa tetapi zaman yang mana orang lama harus memberi laluan orang muda untuk berkuasa. Dalam erti mudahnya orang lama perlu memberi laluan kepada pimpinan muda untuk berada dalam kedudukan mereka sekarang, ini jelas supaya idea dan pembaharuan-pembaharuan dalam parti dapat dilaksanakan, mengikut acuan politik semasa.

UMNO/BN Kurang Idealisme

Ternyata UMNO/BN ketika ini sangat tandus dengan idealisme. Mengapa penulis berkata demikian? Hal ini disebabkan, rakyat khususnya golongan muda ingin melihat serta menilai apakah idealisme atau dasar yang ingin dibawa UMNO/BN pada PRU yang akan datang dan bukannya meminta rakyat memutarkan kembali memori yang mana UMNO/BN pernah berjasa dalam membangunkan negara. Ya, UMNO pernah berjasa pada negara dan orang Melayu suatu ketika dahulu, Itu memang benar. UMNO/BN juga harus sedar bahawa rakyat ketika kini bukan mahu melihat apa yang telah dilakukan oleh UMNO suatu ketika dahulu, walaupun bermanfaat hanya sedikit untuk khabarkan, tetapi yang paling penting rakyat mahu melihat apakah dasar atau pun idea yang ingin dibawa oleh UMNO/BN untuk perancangan 5 atau 10 tahun akan datang.

Hal ini sangat berlainan dengan PR yang mana gabungan PAS, PKR, dan DAP sangat sarat dengan idealisme-idealisme yang membuatkan rakyat berfikir, menilai setiap dasar yang dikemukakan dan dasar itu akan dilaksanakan sekiranya mereka membentuk kerajaan kelak. Perkara inilah yang tiada di dalam UMNO itu sendiri. Mengapa ia terjadi? Hal ini disebabkan PR dibarisi ramai pemimpin muda yang sarat dengan idealisme dan juga memahami jiwa dan kemahuan anak muda seiringan politik semasa, berbanding dengan UMNO yang dibarisi ramai pemimpin sudah mencapai umur separuh abad. Malah, ramai dalam kalangan pemimpin UMNO tidak memahami jiwa-jiwa golongan muda. Sebab itulah golongan muda menjauhi UMNO yang perkiraan mereka UMNO tidak lebih sebuah parti politik untuk orang-orang lama dan veteran sahaja.

UMNO kini boleh digambarkan sebagai baju lama yang telah terlalu usang untuk dipakai. Justeru, baju yang lama yang telah lapuk perlulah diganti dengan baju yang baru dan lebih elok dan mengikut trend semasa. Bukan bermakna baju yang lama harus dibuang begitu sahaja tetapi perlulah diubah suai sedikit supaya bersesuaian dengan peredaran zaman