Wednesday 8 August 2012

Serap SB & FRU ke bahagian siasatan jenayah.. nie dak dok kalut ligan isu politik jaa..!!!



Fauzi: Kurangkan SB untuk bantu CID banteras jenayah

Bagi mengurangkan kadar jenayah, pihak polis dicadangkan supaya membuat serapan tugas-tugas bahagian tertentu, termasuk anggota Cawangan Khas (SB) dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) ke Bahagian Siasatan Jenayah (CID).

Ini kerana, kata bekas pengarah CID Bukit Aman Datuk Fauzi Shaari, beban tugas CID bertambah sehingga boleh mengganggu fokus pegawainya sedangkan SB dan FRU tidak memerlukan tugas yang rumit.

"Itulah pihak yang bertanggungjawab kena buat redeploymnet (penugasan semula). Kalau CID (macam) sekarang, nampaknya tidak boleh tangani kerana siasatan terlalu banyak.

"Jadi kenapa tidak kita serapkan alihkan sebahagian daripada apa yang kamu sebut tadi, (antaranya) unit ketenteraman awam, FRU, pasukan lapangan dan polis marin (ke bahagian CID.

BACA LAGI...

Tuesday 7 August 2012

"Majlis Makan Malam Dana Akhirat" Satu Lagi Kerja Parti Ajaran Sesat TUESDAY, AUGUST 7, 2012




Aku tak faham dengan perjuangan PAS ni yang cukup gemar memainkan Islam sampaikan semua nak dilacurkan mereka asalkan rakyat yang mudah percaya itu mengikuti mereka ke lembah durjana.

Macam banner diatas ni anda boleh lihat tajuk nya "Majlis Makan Malam Dana Akhirat"

Dana Akhirat kepala bapak dia puak puak PAS. Yang anjur majlis puak PAS, yang duk kena bayar nak makan dimajlis tu rakyat. Yang raih keuntungan untuk program tu Pimpinan PAS. Tang mana pulak Dana Akhirat?

Cukup lah parti PAS yang sudah jauh terpesong dari landasan Islam yang sebenar. makim lama makin sesat apa yang dibawa PAS ini. Cukuplah bodohkan rakyat Malaysia terutama umat Islam dengan dakyat sesat serta songsang anda itu. Bertaubatlah!!!

Anwar Ibrahim Pertahan Perkahwinan Pasangan Gay Malaysia




Anwar Ibrahim gembira dengan apa yang berlaku, malah beliau sebenarnya sudah lama memperjuangkan hak GAY GAY yang ada dirantau ini terutamanya Malaysia. Kisah Paderi Gay dari Malaysia yang berkahwin telah mendapat sokongan Anwar Ibrahim.

Baca kisah selanjutnya LAGI

Oic... Ini Jawapan Kedah pasai apa depa tak boleh guna tema PR...!!! Kedah kekal tema ‘55 Tahun Merdeka Terus Berbakti’



ALOR SETAR - Kedah kekal dengan tema ‘55 Tahun Merdeka Terus Berbakti’bagi sambutan hari kemerdekaan peringkat negeri walaupun Pakatan Rakyat (PR) mengumumkan tema ‘Sebangsa Sejiwa Senegara’ bagi negeri-negeri PR.

Exco Penerangan, Abd Ghani Ahmad berkata, keputusan itu dipersetujui dalam mesyuarat Exco sejurus majlis pelancaran sambutan kemerdekaan dan Kibar Jalur Gemilang pada 17 Julai lalu.

“Kita hormati keputusan Sekretariat PR yang mengumumkan tema ‘Sebangsa Sejiwa Senegara’ pada 1 Ogos lalu. Namun pelancaran tema Kedah dibuat lebih awal dan tidak wajar untuk menarik balik,” katanya.

Beliau percaya tidak timbul pertikaian dalam penggunaan tema itu kerana hasrat asal adalah untuk memilih tema berbeza dengan Pusat iaitu ‘Janji Ditepati’.

“Kedah kekalkan tema ini kerana sudah diwar-warkan sejak awal, tambahan pula pemasangan kain rentang sudah dibuat. Yang penting tema kita berbeza dengan Pusat, yang jelas membuktikan diselitkan dengan kempen politik Barisan Nasional (BN),” katanya.

lagi..

Thursday 2 August 2012

Adun Pas NAFI kahwin dengan Ostazah Abby..



Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim menafikan beliau telah bernikah dengan artis Abby Abadi, yang bulan lalu menyertai Pas sebagai ahli seumur hidup.

Wakil rakyat Pas itu menegaskan, segala apa yang diperkatakan menerusi blog dan twitter pro-Umno sejak awal minggu ini adalah satu fitnah dan tohmahan yang tidak benar sama sekali.Katanya, itu semua adalah permainan politik yang mahu menjatuhkan karierbeliau.

“Cerita itu tidak betul, saya pun tidak tahu macam mana isu ini boleh timbul. Mungkin cerita ini sengaja diada-adakan oleh musuh-musuh politik bertujuan menjatuhkan karier politik saya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Ditanya pernahkah beliau berjumpa Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abd Manan sebelum ini, Mohd Zaki, 41, menjelaskan, beliau hanya baru sekali berjumpa dengan Abby ketika artis itu diundang menjadi penceramah dalam sebuah program dianjurkan dikawasan beliau 3 Julai lalu.

“Saya berharap hentikan segala penyebaran cerita yang tidak benar ini terutama pada bulan Ramadan ini kerana sesungguhnya fitnah itu adalah satu perbuatan buruk dan tolong hormati bulan Ramadan yang penuh barakah ini dengan tidak menyebarkan sebarang fitnah.

“Saya masih memberi masa untuk pihak yang bertanggungjawab menyebarkan cerita ini agar tarik balik kenyataan fitnahnya itu sempena Ramadan ini dan jika dia enggan berbuat demikian, baru saya akan fikir untuk mengambil langkah seterusnya yang dirasakan wajar demi membersihkan nama saya,” kata bapa kepada lima cahayamata ini.

Abby pantas menjawab dakwaan mengenai perkara itu menggunakan medium laman sosial Twitter sebagai platform menafikan mempunyai sebarang hubungan dengan Mohd Zaki tetapi tetap meminta peminatnya untuk mendoakan semoga jodohnya cepat sampai.

Seorang pengikut Twitternya @wariechemanan bertanyakan “hai abby...betulkah cerita saya dengar you dah kahwin dengan YB Kelaboran” dan Abby menjawab pertanyaan itu sambil menegaskan itu semua adalah fitnah semata-mata.

Abby turut menambah, ini bukan kali pertama dia mendapat ‘jodoh’ hasil cakap-cakap orang ramai dan menerima gosip sebegini sebagai asam garam dan lumrah kehidupan apabila dirinya terbabit dalam dunia politik. ~sinarharian