Monday 24 December 2012

DAP boikot gelaran dari Raja-Raja Melayu???



GEORGETOWN - Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh menasihatkan bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim untuk menarik balik dakwaan kononnya DAP melarang ahlinya menerima gelaran dari Raja-Raja Melayu.

Menyangkal kenyataan Tunku Abdul Aziz, Karpal menegaskan bahawa dalam mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) yang berlangsung baru-baru ini, beliau hanya menyatakan pendirian lama partinya, iaitu mana-mana ahli DAP dilarang menerima apa-apa gelaran diberikan.

Bukannya, seperti didakwa Tunku Abdul Aziz tidak boleh terima dari pemimpin Melayu (Raja-raja Melayu). Karpal berkata, mengikut prinsip yang dipersetujui ahli parti sejak pertengahan 1990-an, Adun dan Ahli Parlimen DAP tidak akan menerima anugerah Datuk semasa dalam tempoh jawatan mereka untuk memastikan ketelusan parti dalam menyampaikan khidmat kepada masyarakat. 

Katanya, kenyataan Tunku Abdul Aziz itu sememangnya separuh benar dan dilakukan dengan tujuan dan matlamat burukkan beliau pada pandangan orang Melayu di negara ini.

“Dalam mesyuarat CEC, baru-baru ini, saya sekali menegaskan kepada ahli-ahli yang tidak mengikut prinsip parti, bakal berdepan hukuman yang diputuskan lembaga disiplin parti selepas diminta memberi penjelasan. 

“Saya langsung, tidak menyebut perkataan pemimpin Melayu (Raja-raja Melayu),” katanya dalam sidang media, di kedai kopi Air Itam, semalam.

Kelmarin, Tunku Abdul Aziz mengeluarkan kenyataan dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris bertajuk ‘DAP’s triumph of chauvinistic will’. Difahamkan teguran Karpal itu berikutan tindakan dua pemimpin DAP, Datuk Ngeh Koo Ham dan Datuk Teng Chang Khim menerima anugerah gelaran daripada pemerintah negeri, bertentangan dengan prinsip parti yang sudah lama dipegang. 

Ngeh, yang juga pengerusi DAP Perak, dianugerahkan gelaran pada 2008 manakala Teng yang juga Speaker Dun) Selangor menerima gelaran Datuk pada 2010.

Karpal mendakwa kenyataan dikeluarkan itu ditokok tambah Tunku Abdul Aziz. Beliau yang kesal dengan kenyataan yang tidak berasas itu, berkata Tunku Abdul Aziz cuma memburukkan imejnya dalam kalangan orang Melayu di negara ini.

“Kenyataan saya selari dengan polisi parti yang telah lama dipraktikkan,” katanya. Karpal dalam pada itu menambah, matlamat beliau menegaskan Ahli Parlimen dan Dun dari DAP tidak harus menerima sebarang gelaran sepanjang tempoh jawatan adalah demi memastikan ketelusan parti.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen atau Adun tamat khidmat dengan parti, tidak dihalang untuk menerima apa-apa gelaran pun.

“Oleh itu, saya minta Tunku Abdul Aziz berhenti dari terus menyerang DAP dan pemimpinnya,” katanya. Ketika ditanya, sama ada beliau sendiri pernah menerima tawaran untuk dianugerahkan apa-apa gelaran, beliau tidak mengulas lanjut mengenai pertanyaan itu.

Peserta Kembara Oren dipukul hingga pengsan..



Kembara Oren terpaksa dihentikan serta merta di Negeri Sembilan apabila seorang pesertanya dipukul dengan kayu sehingga pengsan.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi semalam, Ketua Penerangan Anak, Naraza Muda (gambar) cedera di bahagian kepala dipercayai dipukul menggunakan sebatang kayu yang tajam.

Konvoi Kembara Oren dihalang di jalan utama sebelum masuk ke kawasan Felda menyebabkan berlaku pertengkaran dan Naraza dipukul sehingga pitam.

Selain itu, kenderaan Storm milik Anak juga diserang dengan kayu sehingga cerminnya pecah Sehubungan itu, laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis (IPD) Jempol.

Kejadian tersebut juga menyebabkan Kembara Oren dihentikan serta merta kerana mendapat maklumat sekumpulan samseng sudah menunggu mereka dengan besi dan kayu tajam.

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) menyifatkan serangan Kembara Oren Selamatkan Felda di Negeri Sembilan sebagai paling teruk sepanjang siri kembara ke beberapa buah negeri sebelum ini.

Timbalan Presiden Anak, Aris Fezol berkata demikian ketika diminta mengulas kejadian peserta Kembara Oren dipukul oleh sekumpulan samseng di Felda Bukit Rokan Utara, semalam.

"Sebelum ini Kembara Oren memang disekat dan dihalang masuk tapi di Negeri Sembilan keadaan paling teruk kerana menyebabkan kecederaan peserta kita," kata beliau ketika dihubungi.

Mengulas lanjut, Aris tidak menafikan serangan tersebut dilakukan kerana Negeri Sembilan merupakan negeri Pengerusi Felda, Tan Sri ISa Samad dan Pengarah Besar Felda, Faizol Ahmad. 

"Pihak Felda sudah hilang pertimbangan kerana terlalu banyak pendedahan buruk mengenai mereka dibuat oleh Anak.

"Mereka tidak ada cara lain selain menggunakan keganasan," katanya. Tegas beliau juga, kejadian sedemikian tidak akan berlaku jika pihak polis bertindak tegas terhadap kumpulan yang menyerang.

"Mereka berani buat sebab polis tak ambil apa-apa tindakan, hanya sekadar menjadi pemerhati. 

"Selepas laporan polis dibuat di Perak semasa Kembara Oren diserang, tak ada apa-apa tindakan diambil dan ini menggalakkan pihak tertentu terus melakukan serangan," katanya.

Nik Aziz celupar pasal kutuk Umno.. - Muhyidin



Tan Sri Muhyiddin Yassin menyelar tindakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang dianggapnya celupar kerana mendakwa menyokong UMNO itu satu perbuatan yang mungkar.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, itu merupakan satu lagi bukti jelas bahawa Nik Abdul Aziz sanggup mengeluarkan fatwanya sendiri tanpa berlandaskan hukum agama semata-mata untuk mempengaruhi orang Melayu mengundi Pas.

"Nik Aziz ini selalu dia celupar.. celupar ini taulah.. terlepas cakap begitu tanpa bersandarkan apa-apa hukum.

"Dia buat fatwa sendiri sehingga banyak tokoh ulama mempertikaikan. Bukan ini saja, sebelum ini pun beliau telah buat macam-macam kenyataan seolah-olah dia sebagai tokoh agama dia layak untuk mengeluarkan fatwa sendiri.

"Negara kita ada Majlis Fatwa Kebangsaan. Kalau Nik Aziz cakap itu elok rujuk kepada Majlis Fatwa sahaja. Benarkah apa yang disebut oleh beliau itu atau itu kenyataan berunsur politik semata-mata," katanya.

Muhyiddin berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mengadakan perjumpaan dengan para pegawai pengurusan tertinggi dan profesional di negeri ini dalam majlis yang diadakan di Stadium Tertutup, Gong Badak.

Beliau mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan baru-baru ini yang menyatakan akan menentang UMNO selagi ada orang Melayu yang menyokong parti itu dan menyifatkan ia suatu perbuatan mungkar.

Kenyataan Nik Abdul Aziz itu sebagai mengukuhkan hujahnya mengapa beliau perlu terus bertanding dalam pilihan raya umum bagi memenuhi kewajipan menentang UMNO meskipun telah lama menjadi Menteri Besar dalam keadaan sering uzur.

Menurut Muhyiddin, kenyataan-kenyataan yang mempertikaikan tahap keislaman UMNO akan lebih banyak kedengaran dari mulut para pemimpin Pas menjelang pilihan raya umum dan inilah antara sebab perpecahan terus berlaku di kalangan umat Islam.

Katanya, fatwa songsang sebegini akan dikeluarkan dari semasa ke semasa untuk kepentingan politik sebagaimana amanat yang pernah dikeluarkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Dalam perkembangan lain Muhyiddin memberitahu, pendirian kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) terhadap isu hudud masih sama.

"Pendirian kita adalah jelas. Tak perlu dipanjangkan. Kita tidak menolak hukum (hudud) dan seperti yang saya sebut sebelum ini ialah bagaimana cara untuk kita melaksanakannya sahaja. 

"Dalam hal ini, ada fasa-fasa yang kita perlu ambil kira kerana ketika ini masih ramai tak faham (berkenaan isu hudud). Macam Pas pun, bila sebut hudud, dia sebut hudud Pas dan dia tak sebut hudud Islam," ujar beliau.

Saturday 22 December 2012

Jangan Lupa malam ini FINAL PERR : Kedah Vs Perak


 

Jom penyokong hijaukuning kita semua kita pi sokong pasukan Piala Emas Raja-Raja Kedah dalam aksi Final menentang Perak. Sokongan penyokong bakal menyemarakkan lagi saingan kali ini.

PULUN KEDAH PULUN!

*Tiada siaran langsung. Tiket Terbuka RM8 Astaka RM15

Mintak Pendidikan PERCUMA kena penjara... tapi ROGOL budak di BEBAS kan..!!!



Siswa 'Occupy Dataran' dihukum penjara sebulan

Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini menjatuhkan hukuman penjara sebulan dan denda RM1,000 kepada siswa 'Occupy Dataran' kerana menghalang pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menjalankan tugas semasa serbuan terhadap gerakan mahasiswa pada April lalu.

Siswa, Umar Mohd Azmi didakwa di mahkamah itu pada 23 April mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang Mohd Masran Mamat daripada "menangkap dan mengiringi" aktivis Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin.

Insiden itu didakwa berlaku semasa serbuan mengejut DBKL ke atas perkhemahan protes di Dataran Merdeka di Kuala Lumpur pada jam 8 pagi 22 April lalu.

SAMBUNG BACA

Judi semakin berleluasa di P.Pinang..



Polis menahan 79 orang termasuk 22 wanita yang sedang berjudi di sebuah bangsal di Kampung Batak, Relau, di sini, awal pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya, DSP Lai Far Him, berkata serbuan dalam "Ops Dadu" itu dilakukan selepas pihak polis menjalankan intipan di kawasan berkenaan sejak minggu lalu.

"Serbuan dilakukan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Daerah Barat Daya pada kira-kira jam 1 pagi tadi.

"Kesemua yang ditahan adalah penduduk tempatan yang berusia lingkungan 40 hingga 70 tahun," katanya. Lai berkata, ketika serbuan dijalankan kesemua mereka sedang leka bermain judi yang melibatkan pertaruhan wang tunai.

"Semasa serbuan itu, terdapat juga beberapa orang suspek cuba melarikan diri, namun polis berjaya menahan mereka," katanya.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan lanjut, polis turut merampas wang pertaruhan berjumlah lebih RM1,538 termasuk pelbagai peralatan perjudian seperti cip, meja, kerusi dan kalkulator.

Lai berkata, kesemua suspek kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya dan didakwa di mahkamah hari ini.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan jika sabit kesalahan boleh didenda RM5,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya.

Dalam pada itu, katanya, polis akan meningkatkan operasi bagi membanteras kegiatan judi haram yang semakin berleluasa di daerah barat daya. - BERNAMA

Zul Kulim dakwa Nik Aziz jadi kuda dalam Pakatan..



DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan kumpulan 'parasit' di dalam Pas akan bersungguh-sungguh memastikan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat konsisten dengan pendirian bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 seterusnya kekal sebagai pemimpin Pas.

Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Zulkifli Noordin berkata, beliau yakin dengan perkara itu kerana Nik Abdul Aziz merupakan 'bonus' kepada parti cauvinis, rasis dan ekstremis seperti DAP dalam mencapai cita-cita merosakkan perpaduan orang Melayu dan umat Islam.

Di pihak parasit dalam Pas pula jelasnya, keputusan Menteri Besar Kelantan itu adalah aset politik terbesar dalam membantu mencapai agenda Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terutamanya untuk mendapatkan sokongan pengundi Melayu-Islam.

Muhyidin luluskan RM 740ribu kepada 19 sekolah Tahfiz Kedah.



Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kelulusan peruntukan projek pembangunan berjumlah RM740,000 yang disalurkan ke 19 sekolah pondok dan tahfiz di Kedah.

Kelulusan itu membabitkan peruntukan RM50,000 kepada setiap 12 sekolah pondok serta RM20,000 bagi setiap tujuh sekolah tahfiz di Kedah.

Kelulusan itu diumumkan ketika beliau menghadiri perbincangan tertutup bersama kepimpinan guru sekolah agama rakyat dan pondok seluruh Kedah yang dihadiri lebih 2,000 orang di Sekolah Menengah Agama Taufikiah Khairiah al-Halimiah di Padang Lumat, Yan kelmarin.

Saturday 15 December 2012

PANAS!!! Norhashimah mohammad ikut jejak Musa Hassan






Memerdekakan polis dari gangguan Umno


Oleh Subky Latif

BETAPA polis dipandang rendah oleh masyarakat disebabkan gangguan orang politik telah didedahkan oleh Tan Sri Musa Hasan yang baru setahun jagung bersara dari Ketua Polis Negara.

Lebih dari sekali dia bersungut tentang campuran tangan orang politik mengganggu polis menjalankan tugasnya.

Jika sekadar sekali dua atau sekali sekala gangguan itu berlaku, tentu pegawai polis yang diketahui tinggi disiplinnya terhadap kerajaan tidak akan bersungut secara terbuka kepada umum.

Dia tidak menamakan orang politik mana yang campur tangan kerja polis itu, tetapi tentulah bukan PAS, PKR dan DAP walaupun kumpulan pembangkang itu sering mengkritik polis yang dikatakan tidak profesional menjalankan tugas.

Jika mereka yang mengganggu kerja polis itu sudah lama semua pemimpin pembangkang diseret ke mahkamah seperti yang dilakukan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pertuduhan menghalang polis menjalankan tugas. Sudah tentu ramai mereka telah dipenjarakan.

Siapa yang dituduh oleh Musa Hasan itu? Tentulah UMNO.


Memang persepsi umum merasakan orang kuat UMNO cawangan-cawangan lebih berkuasa dari Ketua Polis Daerah terutama dalam menangani urusan politik dengan pembangkang. Hingga payah hendak ditentukan sikap pihak berwajib terhadap Bersih yang tiga kali itu adakah keputusan polis atau keputusan UMNO?

Tujuan Musa membuat pendedahan itu bagi memulihkan persepsi rendah umum terhadap polis. Diakuinya pula, bukanlah senang hendak membetulkan semula imej polis disebabkan belenggu yang dihadapi polis itu bukanlah baru, bahkan sudah berlarutan.

Ada tanggapan Musa sudah dirasuk politik kerana dia menyatakan tidak puas hatinya itu pada saat UMNO/BN dikecam kiri kanan menjelang PRU13 ini. Hingga ada yang merasakan dia hendak masuk politik. Ada pula kononnya, ada parti politik mempelawa dia masuk politik.

Berkali-kali ditegaskannya dia tidak akan menyertai politik, tetapi apa yang dibuatnya sekadar mahu memebaskan polis dari gangguan politik tentunya UMNO dan mahu memulihkan persepsi buruk umum terhadap polis.

Musa memang mendapat perhatian dan sokongan masyarakat yang mahu semua perkhidmatan negara mendapat kebebasan profesional dalam menjalankan tugas masing-masing.

Ketika rencana ini ditulis belum ada reaksi rasmi kerajaan terhadap pendedahan Musa itu. Seperti sah sekarang polis dibelenggu oleh UMNO bagai persepsi kebanyakan orang bukan UMNO.

Adakah yang tidak suka dengan belenggu itu hanya Musa saja? Semua bekas polis dan anggota polis suka mereka dibelenggu? Mungkin orang yang dibelenggu itu tidak rasa mereka dibelenggu dan kalau dibelenggupun tidak mengapa kerana ia dilakukan oleh parti kerajaan. Kalau mereka tidak merasa malu kerana setia membabi buta kepada UMNO, tetapi polis Malaysia mesti malu kepada polis dunia yang negara masing-masing memberi kemerdekaan kepadanya berkhidmat secara profesional.

Kata Musa, bukan mudah untuk memulihkan kebebasan polis itu. Memang benar kiranya Malaysia terus dikuasa oleh UMNO. Polis jangan harap UMNO dan BN boleh mengubah nasib polis. Mereka sudah sedap pegawai-pegawai polis itu tunduk kepada orang kuat akar umbi UMNO.

Tuhan tidak akan mengubah nasib polis kiranya polis tidak mengubah nasibnya sendiri.

Musa sudah ada kesedaran itu. Tetapi dia sendiri menghadapkan supaya UMNO mengubah sikap terhadap polis. Musa kata, payah hendak mengubahnya.

Ia tidak payah seperti yang Musa sangka. Amat senang. Dan inilah masanya maruah polis dipulihkan iaitu memerdekakannya dengan polis tidak mengundi Barisan Nasional dalam PRU13 yang sudah dekat itu.

Kalau tok nenek polis dan anak cucu polis tidak mahu polis terus dibelenggu macam lembu Kedah, hari mengundi nanti jangan undi dacing. Pastikan kotak undi pos anggota polis itu kosong untuk BN. Kerajaan menunggu tidak akan membelenggu polis.

Mari sokong Musa memerdekakan profesionalisma kepolisian!

Betul ke Belia Malaysia sokong kerajaan BN?



Majoriti belia berumur antara 17 hingga 35 tahun di negara ini menyatakan rasa puas hati dan berikrar menyokong hala tuju yang dibawa kerajaan Barisan Nasional (BN) ketika ini.

Perkara itu didedahkan The Asia Foundation menerusi kaji selidik terbaharu mereka ke atas 2,012 belia seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak untuk tempoh April hingga Jun lalu.

Wakil negara The Asia Foundation, Anthea Mulakala berkata, kajian yang bertujuan mengetahui pandangan belia terhadap negara itu mendapati, sebanyak 48 peratus daripada mereka meletakkan kepercayaan Malaysia sedang bergerak ke arah yang betul manakala 88 peratus belia dari Sarawak pula lebih optimis terhadap hala tuju negara.

"Faktor ekonomi yang stabil, aman dan harmoni, kemajuan teknologi, peluang pekerjaan dan kaedah menangani jenayah yang lebih baik adalah punca utama sejumlah 58 peratus belia bersetuju kerajaan hari ini adalah yang terbaik.

"Bagaimanapun terdapat belia beranggapan, jika faktor jenayah dan penderaan, tekanan disebabkan pekara-pekara tertentu dalam kalangan rakyat, sukar mendapat pekerjaan dan sistem pilihanraya yang tidak seimbang terus dipandang remeh, maka sokongan terhadap kerajaan BN boleh menjadi sebaliknya," katanya kepada pemberita hari ini.

Sementara itu, Anthea berkata, kajian sama turut dilakukan ke atas peratusan daftar pemilih dalam kalangan belia yang mendapati golongan berumur antara 21 hingga 22 tahun merupakan kumpulan paling sedikit mendaftar sebagai pengundi.

Namun katanya, lebih menarik sebanyak 73 peratus daripada belia yang terpilih iaitu bermula umur 25 tahun ke atas memperlihatkan peningkatan menjadi pengundi dalam pilihan raya umum ke-13.

Jelas beliau, belia di Utara mencatat jumlah tertinggi penambahan penggundi baharu iaitu sebanyak 60 peratus manakala belia Wilayah Persekutuan dan Timur mencatat jumlah terendah iaitu masing-masing sebanyak 49 dan 44 peratus.

Beliau berkata, menurut hasil kaji selidik itu faktor tertinggi menyebabkan masih ramai golongan belia tidak daftar mengundi kerana tidak mempunyai masa dan benci kepada politik.

"Selain itu, faktor tidak pasti terhadap proses mendaftar dan tidak tahu dimana untuk mendaftar merupakan alasan kedua tertinggi golongan belia gagal menjadi pengundi," katanya.

Mustafa Ali akui Pas akan tewas di PRU13 kerana isu Saloon..



Isu saman “kelakuan kurang sopan” ke atas pasangan bukan Islam oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) di Kelantan berkemungkinan menjejaskan peluang Pakatan Rakyat (PR) dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang, kata Datuk Mustafa Ali.

Setiausaha agung PAS itu mengakui tempias akan dirasai oleh PR menjelang pilihan raya umum ke (PRU) 13 yang akan berlangsung tidak lama lagi.

“Saya tidak boleh kata langsung tidak memberikan kesan kepada pengundi bukan Islam,” kata Mustafa kepada The Malaysian Insider dalam satu temuramah.

“Ia mungkin ada beri kesan.” PAS, DAP dan PKR mendapat kemenangan bersejarah semasa PRU 2008, merampas empat lagi negeri dan memenangi 82 kerusi parlimen untuk menafikan majoriti tradisi dua pertiga gabungan Barisan Nasional (BN) daripada 222-kerusi.

Kemenangan 2008 menguatkan keyakinan PR untuk bekerja bermatian-matan pada pilihan raya umum (PRU) akan datang dan membentuk kerajaan persekutuan tetapi beberapa siri isu-isu menyebabkan mereka berada dalam keadaan defensif.

Mustafa juga menyalahkan MCA kerana membesar-besarkan isu ini dan memberi persepsi buruk kepada PR, mengkritik akhbar harian bahasa Inggeris The Star, kerana mempunyai niat jahat terhadap parti tersebut.

“Ia mungkin menyebabkan timbul persepsi kurang baik kepada PR,” tambah Mustafa. “Tindakan MCA ini adalah satu tindakan jahat.”

The Star melaporkan tentang penguatkuasa Kelantan menyaman dua pasangan bukan Islam berkhalwat baru-baru ini, jenayah di bawah undang-undang syariah, tetapi PAS dengan pantas menjelaskan ianya saman bagi kelakuan tidak senonoh.

MCA mengutuk tindakan oleh penguatkuasa negeri dan menuduh kerajaan PAS mengenakan hukum hudud ke atas bukan Islam.

Sekutu PAS seperti pengerusi kebangsaan DAP Karpal Singh, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan ketua Dewan Perhimpunan Penyokong PAS Hu Pang Chaw masuk campur dalam isu itu, dan meminta kerajaan negeri untuk menjelaskan tentang saman tersebut.

Pendandan rambut bukan Islam di Kelantan baru-baru ini dilaporkan disaman kerana mempunyai pelanggan daripada jantina berlainan, melanggar undang-undang kecil kerajaan tempatan yang melarang pendandan rambut wanita daripada bekerja untuk lelaki dan sebaliknya — mencetuskan kekecohan tentang pelaksanaan undang-undang Islam.

Akan tetapi kerajaan Kelantan menggantung peraturan-peraturan berkaitan dengan pendandan rambut dua hari lalu selepas kekecohan tersebut.

Menjelang PRU ke-13, BN berusaha keras untuk tidak menggalakkan pengundi bukan Islam daripada mengundi PR dengan mengatakan PAS akan melaksanakan kod keseksaan Islam, hudud, dan mewujudkan sebuah negara Islam.

Walaupun bukan Islam dikecualikan daripada undang-undang Syariah, sistem dua mahkamah di Malaysia menyebabkan pertindihan dan kekelabuan mengenai kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

Friday 14 December 2012

Peraturan Islam di Kelantan perlu dapat kelulusan DAP..



KOTA BHARU - Setelah lebih 21 tahun melaksana dan mempertahankan peraturan pengasingan jantina di kedai gunting rambut, Kerajaan Pas Kelantan akhirnya 'mengalah' atas alasan mengambil kira pandangan semua pihak dan faktor pilihan raya yang semakin dekat.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, mesyuarat Exco kerajaan negeri memutuskan menangguhkan serta-merta penguatkuasaan semua syarat lesen kedai gunting rambut Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) yang membabitkan masyarakat bukan Islam.

Beliau berkata, penangguhan itu termasuk kompaun yang telah dikeluarkan sebelum ini, bermaksud penggunting rambut bukan Islam boleh menggunting rambut pelanggan bukan Islam berbeza jantina.

"Perkara ini diputuskan sebelum penyelesaian terbaik diumum dalam masa yang belum dapat ditetapkan. Kita kena faham, ini adalah isu penguatkuasaan undang-undang kecil bukannya penguatkuasaan undang-undang Islam.

"Setelah mengambil kira pandangan wakil kerajaan negeri dengan organisasi masyarakat bukan Islam, kerajaan negeri membuat keputusan menangguhkannya sementara satu kajian dan penilaian dibuat," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco di sini.

Yang hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Perdagangan dan Pembangunan Masyarakat negeri, Datuk Anuar Tan Abdullah dan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi, Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan.

Sebelum ini, pengusaha-pengusaha salon dan kedai gunting rambut bukan Islam di bandar ini membantah tindakan MPKB-BRI yang menguatkuasakan peraturan pengasingan jantina.

Sayap bukan Islam dalam Pas, Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) dan DAP turut membantah keras penguatkuasaan itu dan mahu kerajaan Pas Kelantan mengkaji semula tindakan tersebut.

"Semua benda (termasuk keputusan penangguhan) adalah berkaitan dengan pilihan raya, awak beritahu saya apa perkara yang tidak ada kaitan dengan pilihan raya," katanya.

PRU13 : Umno P.Pinang janji gempur Pakatan.



UMNO Pulau Pinang telah pun menggerakkan jentera pilihan raya dengan mengaktifkan 141 pusat daerah mengundi sebagai persiapan awal, kata Timbalan Pengerusi UMNO Pulau Pinang Datuk Musa Sheikh Fadzir.

Katanya UMNO Pulau Pinang menyahut seruan Presiden UMNO dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya jentera pilihan raya parti di peringkat negeri diperkuat.

"Bagi kami di UMNO Pulau Pinang, kami sudah pun bergerak, sudah turun padang, pergi rumah ke rumah dan mengadakan ceramah. Kami terus buat kerja kami, menguatkan jentera pilihan raya," katanya kepada Bernama di sini.

Tambah Musa, “Soal calon kami serahkan kepada presiden dan akan sokong (keputusan). Kami pun nampak di peringkat bahagian di negeri ini, mereka pun tak kisah siapa yang akan jadi calon, tetapi apa yang penting adalah bekerja kuat untuk pilihan raya akan datang.

"Saya percaya selePas nasihat daripada PM dan TPM, sekarang kita dapat lihat bahawa pemimpin UMNO di peringkat akar umbi (di Pulau Pinang) akan sokong siapa saja jadi calon, tidak akan ada sabotaj daripada ahli-ahli.

Ini kerana mereka lihat keadaan politik di Pulau Pinang dan sudah pun juga merasai pengalaman (daripada pemerintahan pakatan pembangkang)," tambah beliau.

Musa juga memberitahu bahawa UMNO kini semakin diterima sebagai parti yang bukan hanya semata-mata mewakili masyarakat Melayu, tetapi kaum lain juga.

Bagi UMNO Pulau Pinang dan khususnya UMNO Bahagian Bukit Mertajam, kini boleh dilihat rakyat pelbagai kaum sering mengunjungi pusat khidmatnya untuk memohon bantuan atau urusan yang lain. - BERNAMA

Anwar jangan konfiden menang di Permatang Pauh.. ~ Jalil Majid



Umno Permatang Pauh akan menyokong penuh siapa juga calon yang diputuskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk bertanding di kawasan itu pada pilihan raya umum ke-13.

Ketuanya Datuk Abdul Jalil Abdul Majid berkata beliau yakin calon yang dipilih mampu memberi kemenangan kepada parti kerana sokongan pengundi di situ terhadap Umno dan BN.

"Saya boleh beri jaminan angota parti kita tidak akan mensabotaj (calon) dan jika ada yang didapati berbuat demikian, tindakan tegas akan diambil," katanya kepada pemberita, di Bukit Mertajam hari ini.

Abdul Jalil yang juga pengerusi BN Permatang Pauh, berkata masyarakat setempat mula menunjukkan perubahan terhadap Umno dengan hadir pada program yang dianjurkan parti.

"Saya tidak mahulah rasa selesa, tapi saya bersyukur orang di Permatang Pauh sudah mula tunjukkan perubahan dengan memberi sokongan kepada Umno.

"...malah yang hadir terdiri daripada pelbagai kaum. Ini sesuatu yang menggembirakan kita kerana sebelum ini hanya satu kaum sahaja hadir," katanya.

Menurutnya jentera Umno dan BN di kawasan itu telah memperhebatkan usaha untuk menawan 'kubu kuat' Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tersebut dan dua kerusi dewan undangan negeri (DUN) serta mengekalkan kerusi DUN Seberang Jaya.

 Abdul Jalil sebelum itu hadir menyampaikan bantuan pakaian sekolah sumbangan Lembaga Kemajuan Wilayah Utara (Perda) kepada anak-anak keluarga miskin.

Pada majlis itu 190 murid dari kawasan parlimen Permatang Pauh menerima kelengkapan sekolah bernilai antara RM100 dan RM120 seorang.

Thursday 13 December 2012

Wahai Najib Kalau Benar, Sila Debat Dengan Anwar tak payah cakap belakang-belakang


Kalau Benar, Sila Debat Dengan Anwar Wahai Najib


Hairan bin ajaib. UMNO guna segala media dalam TV, Radio, Akhbar Harian serta cyberuk2 upahan mereka untuk menyebarkan serangan mereka terhadap Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat.

Pada waktu yang sama, UMNO begitu yakin sekali dengan tuduhan-tuduhan yang mereka lemparkan kepada Pakatan Rakyat. Antara tuduhan2 jahat tersebut adalah:
  1. Anwar Ibrahim adalah seorang peliwat
  2. Anwar Ibrahim adalah seorang penzina
  3. Anwar Ibrahim adalah seorang agen Yahudi
  4. Anwar Ibrahim adalah agen Amerika dan Barat
  5. PAS telah membuang hukum Islam kerana takutkan DAP
  6. PAS telah membuang agenda Negara Islam demi DAP
  7. PAS telah membuang hudud demi DAP
  8. DAP anti Melayu dan Anti Islam
  9. Nurul Izzah sokong hak untuk murtad
  10. PAS Kelantan tak bina masjid
  11. Pakatan Rakyat tidak tepati janji

 Sekiranya semua tuduhan2 ini benar maka tiada alasan untuk Najib untuk berdebat dengan Anwar Ibrahim.

Namun, sehingga hari ini Najib Tun Razak diam membisu. Yang kita dengar hanyalah alasan-alasan dangkal serta dalih-dalih basi yang datang dari jentera UMNO dan Barisan Nasional.

Kata orang tua-tua, "Berani Kerana Benar. Takut Kerana Salah".

Kata orang tua-tua juga, "Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih"

Bagi Tulang Besi, selagi Najib takut untuk berdebat dengan Anwar, selagi itulah semua serangan-serangan UMNO dan Barisan Nasional kosong semata-mata.

TULANG BESI

Posted By Tulang Besi to Malaysia Waves

Hasil kajian Selain Malaysia, pelaksanaan sistem AES juga mendapat bantahan di negara-negara yang melaksanakannya.


KAJIAN AES MERENTASI NEGARA


Pengenalan

Salah satu elemen utama tadbir urus negara moden yang membentuk legitimasi sebuah rejim pemerintah ialah keterbukaan dari segi proses konsultasi atau rundingan berkenaan dengan penggubalan sesuatu dasar. Apabila sebuah sistem yang melibatkan kesejahteraan/kepentingan rakyat terbanyak seperti Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dilaksanakan oleh kerajaan pusat dan dilakukan tanpa persetujuan kerajaan negeri/tempatan atau rundingan terbuka bersama rakyat, seperti yang dapat dilihat di negara-negara seperti Amerika Syarikat, pelaksanaan sistem tersebut akan dibantah secara terbuka. Hal ini kerana pelaksanaan yang dilakukan secara tertutup, sepertimana yang berlaku di Malaysia, memberi isyarat bahawa pelaksanaan dasar tersebut tidak dilakukan dengan meletakkan kepentingan rakyat mendahului kepentingan kapitalisme/kronisme.

Seharusnya, dalam pelaksanaan mana-mana dasar penting, mengambil contoh negara Sweden, perancangan dan pelaksanaan sistem AES melibatkan proses konsultasi di mana rakyat diminta untuk mengambil bahagian untuk menjadikan pelaksanaan sistem AES tersebut lebih efektif. Sedangkan di Malaysia, hampir keseluruhan proses dilakukan secara tertutup, fakta-fakta berkaitan sistem AES hanya diketahui selepas kontrak pelaksanaan tersebut ditandatangani.


Pelaksanaan AES telah membangkitkan bantahan daripada pelbagai pihak. Dalam usaha mengkaji bantahan-bantahan terhadap AES, Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) mendapati corak am yang agak sama dengan perkembangan unik masing-masing di beberapa buah negara yang juga melaksanakan sistem berkenaan. Justeru, KPRU merumuskan dua perkara utama untuk penelitian kita bersama apabila membicarakan isu pelaksanaan sistem AES seperti berikut:

1.      Selain Malaysia, pelaksanaan sistem AES juga mendapat bantahan di negara-negara lain yang melaksanakannya. Hal ini kerana pelaksanaan sistem AES dilihat sebagai percubaan mengumpul hasil/meraih keuntungan oleh kerajaan dan syarikat swasta yang membekalkan/menguruskan kamera-kamera AES, pada masa yang sama membebankan rakyat dengan saman trafik.
2.      Pelaksanaan sistem AES di negara lain bukanlah cara utama kerajaan meningkatkan keselamatan jalan raya. Sebaliknya, ianya bersifat komplimentari, pembangunan bersama sistem pengangkutan awam yang sistematik, cekap, berkesan dan menyeluruh.

Penemuan Pertama

Selain Malaysia, pelaksanaan sistem AES juga mendapat bantahan di negara-negara yang melaksanakannya. Hal ini kerana pelaksanaan sistem AES ini dilihat sebagai percubaan mengumpul hasil/meraih keuntungan oleh kerajaan dan syarikat swasta yang membekalkan/menguruskan kamera-kamera AES, pada masa yang sama membebankan rakyat dengan saman trafik.

Amerika Syarikat
Kumpulan anti kamera kelajuan Camerafraud telah memperlihatkan peningkatan dalam sokongan daripada 100 orang ahli kepada 1500 orang ahli dalam tahun 2008. Pada Julai 2010, Kumpulan tersebut telah mengumpul tandatangan sebanyak 150,000 bagi menolak pelaksanaan kamera kelajuan.[1]

Penolakan penggunaan kamera kelajuan ini memperlihatkan sebanyak 13 negeri[2] di Amerika Syarikat mempunyai undang-undang khas untuk menolak penggunaan kamera kelajuan di lebuh raya-lebuh raya. Bagi negeri-negeri yang memasang kamera kelajuan, warga negeri tersebut mengambil langkah untuk menyusahkan kamera-kamera kelajuan mengambil gambat plat kereta mereka. Contoh tindakan yang diambil boleh dilihat di Maryland di mana kamera lampu merah mula dipasang pada tahun 1997 dan kamera kelajuan pada tahun 2007[3]. Para pengguna jalan raya di negeri tersebut mula menggunakan teknik NoPhoto di mana plat kereta menggunakan dua benda yang kecil yang memantul cahaya di hujung plat kereta. Dua benda ini akan memutarbelitkan gambar yang diambil oleh kamera.

Penggunaan kamera kelajuan untuk meraih keuntungan ini dapat dilihat di Washington DC apabila bandar tersebut membelanjakan sebanyak USD$52.7 juta kepada ACS State & Local Solutions untuk memasang, mengendali dan menyelenggara jaringan kamera trafik di bandar tersebut. Pelaksanaan kamera trafik di bandar tersebut pula menghasilkan sebanyak USD$85 juta dalam saman trafik pada tahun 2011.  Nilai saman trafik bagi para pemandu yang membawa kenderaan mereka dengan kadar 25 mph (40.2 km/j) melebihi had kelajuan dinaikkan kepada USD$300 daripada USD$250. Had kelajuan bagi jalan raya di kawasan luar bandar ialah 50 mph dan 60 mph di lebuh raya.[4] [5] Ini adalah berikutan sebuah laporan akhbar pada bulan Mac 2012 melaporkan bahawa bandar tersebut menghadapi USD$172 juta dalam defisit dan sebuah rancangan untuk menambah hasil (revenue)bandar tersebut adalah dengan menambah pungutan hasil ekoran program kamera trafik sebanyak USD$31 juta pada tahun 2012 dan USD$40 juta pada tahun 2013.[6]

Negeri California pula menaikkan kadar saman trafiknya kepada USD$271 di mana Lockhead Martin (syarikat pembekal kamera trafik di negeri California) akan meraih keuntungan sebanyak USD$70 bagi setiap USD$271 saman yang dikeluarkan.[7]

Bandar lain di Amerika Syarikat tidak terkecuali dengan projek meraih keuntungan melalui kamera AES. Di bandar Chicago, Datuk Bandar Rahm Emanual bergantung kepada keuntungan daripada sisem AES yang bernilai USD$30 juta dalam saman trafik untuk membiayai projek keselamatan kanak-kanak bandar tersebut. Kadar saman trafik di bandar Chicago adalah seperti yang berikut: USD$35 bagi kesalahan memandu antara 6 mph – 10mph (9.6 km/j – 16 km/j) melebihi had kelajuan di kawasan persekolahan, dan USD$100 bagi kesalahan memandu dengan kadar 11 mph (17 km/j) melebihi had kelajuan .[8] Had kelajuan bagi jalan raya adalah masing-masing 65 mph (104 km/j) bagi lebuh raya di kawasan bandar, 55 mph (88 km/j) bagi lebuh raya di kawasan luar bandar, 30 mph (48 km/j) di kawasan perumahan dan 20 mph (32 km/j) di kawasan persekolahan.[9]

Kanada
Kamera kelajuan di negara Kanada mula dipasang pada tahun 1988 di British Columbia. Pada ketika itu, 75 peratus warga Kanada menunjukkan maklum balas positif terhadap pemasangan kamera kelajuan. Namun, maklum balas itu berbeza pada tahun 2001 apabila 32 peratus daripada 2,114 respondan yang mengambil bahagian dalam satu kajian menolak pemasangan kamera kelajuan di lebuh raya. Corak am penolakan pemasangan kamera kelajuan di Kanada berbeza-berbeza.[10]

Sepertimana di Amerika Syarikat, pemasangan kamera trafik di Kanada, contohnya di bandar Calgary, di mana nilai saman trafik bagi mereka yang ditangkap oleh kamera lampu merah adalah sebanyak CAD$287 dan nilai saman trafik bagi mereka yang membawa kenderaan melebihi had kelajuan adalah sebanyak CAD$136. Selain itu, jumlah saman trafik yang dikeluarkan oleh lima simpang utama bandar tersebut adalah sebanyak 73,839 bagi tahun 2011.[11] Di bandar Calgary, Kanada, pihak berkaitan meraih keuntungan sebanyak CAD$10,042,104 pada tahun 2011 bagi kesalahan kelajuan semata-mata.

Malah majlis perbandaran Winnipeg telah mengakui bahawa program AES adalah bertujuan untuk meraih keuntungan dan bukannya untuk meningkatkan keselamatan jalan raya. Ini adalah berikutan laporan dalaman[12] yang dikeluarkan oleh majlis perbandaran tersebut yang menyatakan bahawa “the report going to the protection committee confirmed for the first time publicly that city bureaucrats are recommending the continuation of photo enforcement largely for revenue reasons and not for traffic safety purposes.”

Persoalannya adalah sama ada Kerajaan Malaysia, terutamanya Kementerian Pengangkutan juga mempunyai pemikiran yang sama seperti majlis perbandaran Winnipeg, Kanada dalam pelaksanaan kamera AES?

United Kingdom
Sudah 20 tahun kamera kelajuan dipasang di United Kingdom di mana kamera pertama yang dipasang ialah di Jambatan Twickenham di daerah Surrey. Kegagalan penggunaan kamera kelajuan bermula apabila pihak berkaitan mula diberikan kebenaran untuk menerima peratusan tertentu daripada hasil yang dijana oleh kamera kelajuan. Ini membawa kepada bilangan kamera kelajuan meningkat daripada 1,600 buah kamera pada tahun 2000 kepada 4,737 buah kamera pada tahun 2007 tetapi keberkesanannya dipertikaikan.

Contohnya kamera kelajuan yang dipasang di Jalan Stoney, di daerah West Midlands, di barat tengah England[13]. Kamera tersebut diberi gelaran “kamera trafik paling licik”. Ini berikutan kamera tersebut dipasang hitam dan ianya tersorok dalam sebuah pokok. Ianya berjaya menangkap 1,500 pelanggar undang-undang jalan raya dalam seminggu ianya mula dipasang dan membawa keuntungan kepada kerajaan tempatan sebanyak £45,000 hingga £90,000 seminggu (RM218,970-RM437,966), lantas menjadikannya ia contoh kamera trafik yang tidak digunakan untuk mengurangkan kadar kemalangan dan menaikkan keselamatan jalan, sebaliknya sebagai mesin keuntungan pihak berkaitan.

Keberkesanan kamera kelajuan terus dinafikan setelah pihak polis di daerah Avon dan Somerset menyatakan kamera kelajuan gagal untuk membawa sebarang perbezaan atau pengurangan dalam kemalangan jalan raya. Ini berikutan selepas penggunaan kamera kelajuan mula diakhirkan pada Mac 2011, kadar kemalangan jalan raya sebenarnya menunjukkan pengurangan di mana pada tahun 2010, kemalangan jalan raya di Avon adalah sebanyak 312 kemalangan dan angka ini mengurang kepada 258 kemalangan pada tahun 2011. Jalan raya di Somerset juga memperlihatkan pengurangan pasca penutupan penggunaan kamera kelajuan di mana kemalangan jalan raya pada tahun 2010 adalah sebanyak 238, angka ini menurun kepada 224 pada tahun 2011.[14]

Dalam sebuah kajian yang dilakukan di UK, papan tanda yang menyatakan kelajuan seorang pemandu dikatakan 50 kali lagi efektif berbanding kamera kelajuan dalam usaha mengurangkan kelajuan di jalan raya.[15] Semakin banyak daerah di UK yang menutup program kamera kelajuan mereka. pada tahun 2010, 5 daerah di UK, Swindon, Oxfordshire, Wiltshire, Buckingham dan Lanashire menutup program kamera kelajuan mereka.[16]

Malah sehingga Jun 2012, 1522 kamera kelajuan di UK tidak lagi berfungsi atau digunakan. Ini merupakan peningkatan sebanyak 37 peratus pada tahun 2010 dan 32 peratus pada tahun 2009. Kamera-kamera yang tidak lagi digunakan untuk menangkap para pengguna jalan raya dibiarkan di tempat seadanya sebagai kaedah pencegahan.[17]

Perancis
Akibat kekecewaan terhadap kuota penguatkuasaan kelajuan, sekumpulan pegawai polis telah mengambil tindakan untuk menutup kamera-kamera kelajuan di laluan mereka.  Ini adalah kerana, menurut kumpulan pegawai polis tersebut, mereka dipaksa mengisi kuota pengeluaran saman untuk menerima bonus dan menurut kumpulan ini, polisi keselamatan jalan raya di Perancis telah fokus kepada keuntungan dan bukannya memperbaiki keselamatan jalan raya pengguna di negara tersebut.[18]

Pada tahun 2011[19], ribuan pemandu kereta dan motosikal telah melancarkan beberapa siri demonstrasi untuk menentang langkah-langkah keselamatan jalan raya yang baru dan penggunaan meningkat kamera-kamera kelajuan.

Pada tahun 2008[20], pihak polis telah menahan dua orang warga Perancis atas dakwaan meletup dan memusnahkan beberapa puluhan kamera kelajuan di sekitar bandar Paris menggunakan dinamit. Kedua-dua warga tersebut mendakwa mereka merupakan ahli kumpulan Nationalist Revolutionary Army Faction (Finar), iaitu kumpulan yang bertanggungjawab untuk kemusnahan berpuluh-puluh kamera kelajuan. Dan sehingga tahun 2003, sebanyak 1,860 kamera kelajuan di seluruh negara Perancis telah dimusnahkan oleh golongan anti kamera kelajuan.

Penentangan ke atas kamera kelajuan melihat penyambungan di tahun 2012 di mana dua kamera kelajuan telah disembur cat dan dibakar, lantas, merosakkan kedua-dua kamera kelajuan tersebut.[21]

Pelaksanaan sistem AES di Perancis telah memperlihatkan pihak kerajaan Perancis meraih keuntungan sebanyak €639 juta dalam pengeluaran saman trafik bagi kesalahan trafik pada tahun 2011. Manakala dari 1 Januari 2012 hingga 30 Jun 2012, kamera kelajuan telah mengutip sebanyak €324 juta dalam saman[22] dan nilai sebuah saman trafik bagi memandu melebihi had kelajuan di Perancis adalah sebanyak €135.[23]  Manakala semenjak program AES dilancarkan pada tahun 2003 sehingga tahun 2012, kerajaan Perancis telah meraih keuntungan kira-kira €700 juta daripada saman trafik.[24]

Australia
Bagi negara Australia, pelaksanaan sistem AES adalah mengikut peruntukan negeri dan bukannya kerajaan persekutuan. Dan keadaan ini dapat dilihat dengan kerajaan negeri mengaut keuntungan bernilai berjuta-juta akibat pelaksanaan sistem AES ini. Negeri Victoria misalnya, pada tahun 2008 sehingga 2009,  kerajaan negeri mengaut keuntungan sebanyak AUD$397 juta dalam pengeluaran seman bagi kesalahan trafik. Angka ini melonjak kepada AUD$437 juta pada tahun 2009/2010.[25]

Kerajaan negeri Queensland juga menjangka untuk meningkatkan hasil kutipan daripada saman trafik kepada AUD$81 juta pada tahun 2013 berbanding AUD$53 juta pada tahun 2012. Jangkaan bagi peningkatan hasil ini adalah berikutan kerajaan negeri terpaksa membelanjakan sebanyak AUD$50 juta untuk mengendalikan kamera-kamera kelajuan.[26]

Manakala di New South Wales (NSW) pula, kerajaan negeri tersebut meraih keuntungan sebanyak AUD$23,100,291 di sepuluh jalan raya yang mempunyai kamera kelajuan yang paling banyak merakam kesalahan memandu melebihi had kelajuan yang paling tinggi. Malah jalan Clevelenad St Surry Hills, sebuah jalan yang hanya mempunyai 3 kamera kelajuan berjaya mengutip keuntungan pada purata AUD$1,199,146 bagi setiap kamera.[27]

Penolakan penggunaan kamera kelajuan bagi meraih keuntungan akhirnya ditolak oleh kerajaan negeri tersebut. Ini berikutan kerajaan negeri NSW menutup 38 buah kamera daripada 141 kamera kelajuan selepas ianya didapati kamera-kamera tersebut gagal untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Sebanyak AUD$10 juta telah diraih oleh 38 kamera tersebu sewaktu digunakan. Lantas, di sebalik menyelamatkan nyawa para pengguna jalan raya di NSW, kerajaan negeri tersebut telah mengakui kegagalan dan mengakui bebanan kewangan 38 buah kamera tersebut ke atas warga NSW dengan menutupi 38 buah kamera kelajuan di negeri tersebut.[28]

Penemuan Kedua

Pelaksanaan sistem AES di negara lain bukanlah cara utama kerajaan meningkatkan keselamatan jalan raya. Sebaliknya, ianya bersifat komplementari, pembangunan bersama sistem pengangkutan awam yang sistematik, cekap, berkesan dan menyeluruh.

Amerika Syarikat
Pada tahun 2011[29], Presiden Amerika Syarikat Barack Obama telah memperuntukkan sebanyak USD$8 bilion bagi pembinaan rel berkelajuan. Projek ini bukan sahaja dijangka membuka peluang pekerjaan di negera tersebut, ianya juga dijangka meningkatkan keberkesanan pengangkutan awam di Amerika Syarikat. Pada tahun 2009, terdapat sebanyak 7,700 jenis sistem pengangkutan awam di negara tersebut. Pada tahun 2011[30], warga Amerika Syarikat mengambil 10.2 bilion perjalanan menggunakan pengangkutan awam.

Bagi Belanjawan tahun 2013 negara tersebut pula[31], Presiden Barack Obama memperuntukkan sebanyak USD$476 bilion selama enam tahun kepada Kementerian Pengangkutan yang melibatkan peningkatan lebuhraya-lebuhraya, jaringan transit dan perkembangan perkhidmatan kereta api. Keberkesanan sistem pengangkutan awam Amerika Syarikat terbukti dengan jelas apabila individu-individu yang menggunakan sistem pengangkutan dikatakan dapat menjimatkan sebanyak USD$10,116 (RM30,550.32)  setahun dan penjimatan sebanyak USD$843 (RM2,545.86) sebulan.[32]

Kepentingan pengangkutan awam di Amerika Syarikat lebih jelas apabila di bandar New York, sebanyak 56.7 peratus warga New York membawa kereta, 31.1 peratus menggunakan pengangkutan awam, 1.5 peratus menggunakan teksi, 3.9 peratus menggunakan motosikal, 6.3 peratus jalan kaki dan 0.5 peratus menggunakan basikal untuk bergerak.[33]  Namun, bagi negeri seperti negeri California, penggunaan kenderaan persendirian masih diutamakan apabila sebanyak 71.4 peratus kenderaan yang dicatat adalah kereta/lori dan van. Ini berbanding dengan hanya 14.6 peratus warga negeri California menggunakan pengangkutan awam, 4.3 peratus warga California jalan kaki, 1.9 peratus menggunakan basikal dan  1.5 peratus lagi menggunakan teksi, motosikal dan sebagainya.[34]

Bagi laluan kereta api di Amerika Syarikat pula, ianya merupakan suatu jaringan yang menyentuh setiap 50 negeri dengan rancangan kerajaan Amerika Syarikat di bawah Presiden Barack Obama untuk membina 17,703 kilometer rangkaian jaringan kereta api berkelajuan tinggi yang akan disiap pada tahun 2030[35]. Kereta api berkelajuan tinggi ini akan menghubungkait bersama kereta api kelajuan biasa lantas menjadikan jaringan kereta api di Amerika Syarikat antara paling menyeluruh di dunia.

Kanada
Sejak tahun 2006, kerajaan Kanada memperuntukkan sebanyak $5 bilion kepada kerajaan tempatan untuk memajukan jaringan pengangkutan awam mereka. Malah dari tahun 2009 hingga tahun 2011, di bawah Pelan Tindakan Ekonomi Kanada, kerajaan Kanada melaburkan sebanyak $240 juta untuk pembangunan 70 jenis projek transit pengangkutan awam. Seterusnya, di bawah Tabung Pembinaan Kanada (BCF), sebanyak $8.8 bilion telah disalurkan bagi pembangunan jaringan pengangkutan awam di seluruh negara Kanada. Dan di bawah kerjasama BCF dan Major Infrastruktur Component (MIC), sebanyak $2.3 bilion daripada peruntukan kerajaan pusat telah disalurkan kepada 22 jenis projek pembinaan infrastruktur di seluruh negara Kanada.[36]

United Kingdom
Penggunaan jaringan kereta api UK memperlihatkan penggunaan meningkat saban tahun. Tahun 2010/2011 memperlihatkan kadar penggunaan yang paling tinggi dengan lebih daripada 50 bilion perjalanan oleh para pengguna telah direkod. Fakta ini menunjukkan kebergantungan warga UK yang tinggi ke atas pengangkutan awam yang efektif.

Jarak Perjalanan kilometer (bilion) Para Pengguna di Pengangkutan Awam Kereta Api UK tahun 2000-2011[37]

AES

Belanda
Di Belanda, warga negara tersebut digalakkan oleh kerajaannya untuk menggunakan baskal untuk perjalanan mereka. Meskipun warga Belanda terdiri daripada 17 juta orang, tetapi 18 juta penggunaan basikal sehari telah direkod oleh kerajaan Belanda.[38] Di samping itu, di bandar Amsterdam, terdapat 30 buah laluan bas, 16 buah laluan trem, 5 buah laluan feri dan 4 buah laluan bas metro. Malah, bas waktu malam di bandar Amsterdam adalah daripada pukul 12.30 malam sehingga 7.30 pagi[39]. Meletakkan kereta di bandar-bandar dalam negara Belanda pula terdiri daripada tiga jenis; Zon Biru (tiket masa yang bercop), P-Zon (tempat letak bermeter) dan P+R lokaliti (tempat letak kereta di luar bandar dengan pengangkutan awam kerap).[40]

Kesemua perkhidmatan pengangkutan awam di negara Belanda menggunakan kad OV-Chip. Ianya menggunakan pengisian kredit untuk digunakan di seluruh negara. Cara penggunaan kad ini adalah apabila ianya digunakan sejumlah kredit akan ditolak. Apabila seseorang itu keluar, sejumlah itu dimasukkan semula ke dalam kad tersebut.

Pembantu golongan kurang upaya pula mempunyai hak untuk menaiki pengangkutan awam secara percuma jika mereka mempunyai Pas Khas Bantuan Pengangkutan Awam (OV Begeleiderskaart). Bagi golongan kurang upaya yang tiada pembantu khas,, Pejabat Bantuan Kurang Upaya (NS) boleh dihubungi untuk membantu golongan kurang upaya ini. Terdapat 100 stesen di seluruh Belanda yang mempunyai Pembantu Perjalanan untuk golongan kurang upaya. Sesetengah stesen kereta api mempunyai jambatan mudah alih mereka yang menggunakan kerusi kurang upaya, panduan untuk mereka yang buta dan soket khas untuk alat pendengaran mereka yang pekak di kaunter menjual tiket. Bagi golongan kurang upaya yang hendak menaiki teksi, terdapat teksi khas yang mempunyai perjalanan jauh. Perkhidmatan teksi tersebut dinamakan Valys.[41]

Secara dasarnya, Belanda bukan sahaja mempunyai jaringan pengangkutan awam yang menyeluruh, ianya juga mesra golongan kurang upaya dan mengutamakan penggunaan basikal bagi setiap rakyatnya untuk bergerak. SAMBUNG LAGI...

Pendang di landa ribut


Lebih 50 rumah di Pendang rosak dilanda ribut

Gambar Hiasan
PENDANG - Lebih 50 buah rumah di tiga buah kampung iaitu kampung Bukit Cepat, Alor Nan dan Bukit Kobah dekat sini rosak teruk di bahagian bumbung akibat dilanda ribut.

Kejadian kira-kira pukul 6.30 petang semalam turut mengakibatkan pokok tumbang dan menghempap rumah penduduk sehingga ada beberapa buah rumah yang diperbuat daripada kayu roboh sepenuhnya.

Che Puan Morad, 55, berkata dia mengalami kerugian kira-kira RM20,000 apabila seluruh bumbung rumahnya diterbangkan angin kuat dan kelengkapan rumah termasuk perabot serta barangan elektrik rosak terkena hujan.

Katanya ketika kejadian dia berada di rumah bersama dua cucunya yang baru sahaja berkhatan dan tiba-tiba deruman angin kuat datang sekali gus menerbangkan bumbung rumah dalam sekelip mata.

"Masa itu hujan lebat dan disusuli angin kencang. Dalam sekelip mata sahaja saya tengok bumbung dah tak ada tapi syukur saya dan cucu selamat," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian hari ini.

Mokhtar Abd Wahab, 56, dari kampung Alor Nan berkata ketika kejadian dia sedang berehat di hadapan rumah seorang diri dan nampak angin berwarna putih memutar beberapa buah rumah sebelum melanda rumahnya.

Katanya disebabkan terlalu takut dengan kejadian itu dia segera melaungkan azan beberapa kali sambil menangis dan segera masuk ke dalam rumah bagi menyelamatkan anak dan isteri yang berada di dalam rumah.

Mohd Hazir Chat, 35, berkata dia kerugian lebih RM15,000 apabila sebahagian tingkat atas rumahnya berstruktur papan musnah keseluruhan selain dua motosikal yang berada di bahagian bawah rumahnya.

Kebanyakan mangsa kini terpaksa berteduh di dalam rumah yang tidak berbumbung dan ada yang menetap di rumah saudara mara sambil mengharap bantuan daripada pihak berkaitan bagi membaik pulih rumah dengan segera - Bernama

WOW!!! Ganjaran 3ribu dollar untuk peristerikan janda Palestin..






Palestin - Gerakan mujahidin Hamas menawarkan wang tunai sebanyak tiga ribu dollar bagi setiap lelaki yang bersedia menikahi balu di Palestin.

Hal ni dilaporkan oleh laman rasmi Hamas dan disahkan oleh akhbar Al-Mokhtsar.

Para balu terbabit terdiri dari wanita janda yang ditinggal syahid oleh suaminya akibat terbunuh ketika bertempur dengan tentera zionis Yahudi.


Tawaran itu diberikan oleh Hamas untuk meringankan beban para wanita-wanita berkenaan dan menggalakkan lelaki membantu golongan tersebut.

Menurut jurucakap Hamas.., pihak mereka mengharapkan setelah berkahwin nanti, suami yang baru akan dapat meringankan beban hidup para balu berkenaan serta mampu menjaga kebajikan keluarganya.


p/s: Pas tak teringin ke nak buat tawaran macam tu untuk Ostazah Ebbi??? Mesti ramai yang berkenan tuuu... Hihihihi...

Pengadil Korea punca utama Harimau Malaya tewas..



MISI Malaysia untuk mempertahankan kejuaraan saingan Piala AFF Suzuki 2012 berakhir apabila tewas menerusi agregat 1-3 kepada Thailand dalam saingan separuh akhir.

Kedua-dua pasukan terikat seri 1-1 ketika beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil, minggu lepas. Dalam perlawanan separuh akhir kedua yang baru berakhir di Stadium Supachalasai, Bangkok, Malaysia tewas 0-2.

Kedua-dua gol Thailand dijaringkan pada minit ke-61 dan 65. Dengan kemenangan ini, Thailand akan menentang Singapura dalam perlawanan akhir pada 19 dan 21 Disember ini.

Pada perlawanan malam ini, sebaik perlawanan bermula Malaysia lebih agresif dengan beberapa percubaan berbahaya dan seawal minit kedua, kubu pasukan tuan rumah diuji, namun rembatan dari jauh Safiq Rahim berjaya diselamatkan dengan senang oleh penjaga gol Thailand.

Selepas itu, giliran Thailand menguji gawang Malaysia apabila Pichitphong Choeichiu cuba merembat bola dari tendangan sudut Datsakon, tetapi percubaannya melambung tinggi.

Selang minit kemudian, gawang Malaysia terus diuji apabila Jakkraphan @ornsai hampir-hampir ambil kesempatan daripada kesilapan Aidil.

Pun begitu penjaga gol skuad kebangsaan, Farizal Marlias berjaya menyelamatkan keadaan. Kehadiran penyokong Thailand di stadium nyata memberi motivasi luar biasa kepada pemain untuk meneruskan corak permainan menyerang.

Thailand sekali lagi mempunyai peluang meledak gol pada minit ke-19. Rembatan Teerasil melepasi benteng pertahanan Malaysia.

Susulan serangan Thailand, Malaysia melakukan asakan dan peluang negara tiba menerusi larian solo Mat Yo pada minit ke-24. Serangan Mat Yo dipatahkan pertahanan Thailand.

Benteng pertahanan Malaysia terus huru hara apabila diasak oleh Thailand, namun Mahali menanduk keluar hantaran Datsakon pada minit ke-29.

Malaysia yang terdesak memburu gol awal terus tertekan apabila pemainnya, Fadhli Shas dibuang padang oleh pengadil perlawanan, Lee Minhu pada minit ke-44.

Beraksi 10 orang pemain nyata tidak melemahkan semangat Malaysia untuk memburu gol. Bagaimanapun tendangan percuma Safiq berjaya diselamatkan oleh Kawin dengan senang.

Babak kedua bermula, Thailand terus menggandakan asakan ke kubu Malaysia. Percubaan Apipoo Suntornpanavej tersasar.

Kesilapan pemain pertahanan Malaysia, Amar yang menanduk bola dari tandukan Panupong Wongsa akhirnya memberi Teerasil peluang untuk meledak gol pertama pada minit ke-61 sekali gus menggegarkan stadium tuan rumah.

Teerasil sekali lagi hampir membolosi gawang apabila berjaya melepasi benteng perthanan Malaysia, tetapi Farizal berjaya menyelamatkan harapan negara.

Selang satu minit kemudian, Theerathon menambah jaringan skuad Thailand sekali gus memberi kedudukan selesa tuan rumah.

Biarpun ketika Thailand dilihat lebih menguasai permainan, Malaysia tetap enggan menyerah kalah apabila tendangan Aidil pada minit ke-76 yang melepaskan dari jauh hampir membolosi gawang lawan.

Begitupun, Kawin menyelamatkannya dengan mudah. Thailand terus ghairah memburu gol ketiga apabila Anucha memecut di sayap kiri tetapi hantaran beliau tersasar.

Malaysia terus berusaha menguji benteng pertahanan Thailand, dua percubaan menerusi dua penyerang negara, Mat Yo dan Safe Sali terus gagal dilaksanakan.

Safee sekali lagi mendapat peluang di dalam kotak penalti pada minit ke-84 tetapi berjaya dipatahkan oleh pertahanan Thailand.

Malaysia yang tertekan terus mengasak, namun sepakan percuma yang diperolehi Harimau Malaya terus menemui jalan buntu apabila gagal membolosi gawang lawan sehingga kedudukan tersebut kekal ke wisel penamat. - SH

DAP mahu 'seratus hari ke Putrajaya',pembohongan yang di ajar Anwar.



Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang mahu Kongres Kebangsaan DAP ke-16 di Pulau Pinang hujung minggu ini menjadi pembuka bersejarah kepada kempen “Seratus hari ke Putrajaya” untuk rakyat mencipta sejarah dan membawa Malaysia yang baru benar-benar bersatu, demokratik dan makmur di bawah kerajaan Malaysia Pakatan Rakyat.pada PRU-13 nanti. Beliau berkata, kongres akan menghantar mesej jelas dan terang kepada semua rakyat, termasuk pemimpin, perwakilan dan ahli DAP supaya mempunyai visi, iltizam, tanggungjawab dan disiplin kuat bagi mencapai misi dan objektif kempen bersejarah itu. Kit Siang berharap semua rakyat tanpa mengira agama dan keturunan termasuk di Smenanjung, Sabah dan Sarawak bersatu sebagai satu masyarakat bagi memulih kembali kehebatan Malaysia sebagai model masyarakat majmuk yang harmoni.

 “Sudah pasti semua mata akan bertumpu kepada Kongres Kebangsaan DAP ke-16 bukan sahaja kerana kongres kali ini adalah yang terakhir tahun ini, juga seratus hari terakhir sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang dinanti-nantikan kerana sudah lama tertangguh. “Di saat menjelangnya Kongres Kebangsaan DAP ke-16 dan ketika kempen “Seratus Hari ke Putrajaya”, propagandis dan kaki putar UMNO/Barisan Nasional akan memacu lebih laju dengan politik bohong, kebencian dan menakut-nakutkan bukan sahaja memburuk-burukkan DAP dan cuba memecahkan perpaduan dalam parti, juga perhubungan DAP dengan parti lain dalam Pakatan Rakyat iaitu PKR dan PAS,” katanya dalam kenyataan media,semalam. Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, matlamatnya jelas, walaupun Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak begitu yakin bahawa UMNO/BN akan mendapatkan semula dua pertiga majoriti di Parlimen, sedangkan peluang PR dan BN masih lagi “50-50”. Menurut beliau, peluang BN dan PR sama berdasarkan perkembangan ketika “Seratus Hari ke Putrajaya” terutamanya kempen pilihan raya umum adalah penentu kepada keputusan akhir.

 Beliau berkata, berdasarkan analisis akhir, keputusan mungkin sama ada UMNO/BN memperoleh kembali majoriti dua pertiga sekurang-kurangnya 74 kerusi di dalam Dewan Rakyat, atau PR memenangi 125 kerusi dengan majoriti 28 kerusi mengatasi UMNO/BN di Parlimen. “Dalam senario yang terkemudian, PR memenangi Putrajaya dengan 125 kerusi Parlimen, kemungkinan pembahagian kerusi adalah PKR dengan 45 kerusi, manakala DAP dan PAS masing-masing 40 kerusi. “PR akan menjadi perikatan sama rata dengan tiada parti mendominasi kuasa politik seperti mana dalam BN. “BN sekarang memainkan isu sentimen dengan pembohongan apabila mendakwa DAP menakutkan pemimpin PAS dan PAS menakutkan pemimpin DAP serta orang Melayu dan orang Cina akan ditindas. “Sedangkan di bawah kerajaan PR terdiri daripada PKR, PAS dan DAP komited berkhidmat demi kepentingan semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama atau kawasan. “Hubungan kami dalam PR, adalah setara yang mana kami menghormati pandangan dan perbezaan antara satu sama lain. Ini berbeza dengan BN yang UMNO menguasai politiknya,” katanya .

Kit Siang berkata, sama ada sejarah akan tercipta pada PRU-13 dengan perubahan kerajaan di Putrajaya bergantung kepada kemampuan Pakatan Rakyat meyakinkan 13 juta pengundi Malaysia, terutamanya empat juta pengundi atas pagar terdiri daripada tiga juta pengundi baru dan satu juta pemngundi pada PRU-12. Katanya, Kongres Kebangsaan DAP ke-16 juga akan melaungkan seruan terakhir bersiap sedia untuk PRU-13 merealisasikan program dasar bersama Pakatan Rakyat untuk Malaysia yang baru, benar-benar bersatu, demokratik, adil dan makmur di bawah kerajaan PR Malaysia.