Monday 11 March 2013

HOT Blogger Pembangkang Naik Minyak Sebab Kena Liwat ??!!



Tu dia ! Blogger pembangkang ni dikatakan naik minyak selepas kena sontot dengan Anwar hahahaha...Dok la dekat-dekat lagi..Ampa jangan kecoh dulu mamat ni bukan kena liwat tapi naik minyak sebab pertahankan kaki liwat..Hihihi apa punya samdol !!

Blogger PR,Tulang Besi atau nama sebenar Rahman Talib mempertikaikan soalan sumpah laknat yang diajukan dari wartawan kepada Bapa Saiful Bukhari , Azlan Lazim.

Sidang media diadakan di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Merchant Square,Petaling Jaya,Selangor!

Ampa tengok bahasa yang dia pakai kepada wartawan, nampak cerdik kan?Yang dia marah sangat tu kenapa? dia ker yang kena liwat?


Hahahaha bahalol lah dia ni , eh ampa rasa dia ni orang Melayu Islam ke tak ? Kalau bab minta sumpah untuk sahkan yang kita ni di pihak yang betul apa masalahnya ? Kita bukan istihar keluar Islam beb..

Nak cari publisiti ke bro ???

HOT!!! AKHIRNYA ANWAR MENGAKU JUMPA NUR MISUARI.NUR



Anwar mengecam tindakan media perdana di Malaysia iaitu Utusan dan TV3 yang didakwa memfitnahnya dengan menyatakan beliau dalang keganasan di Lahad Datu.

“Mereka tuduh saya penyebab kerana pernah jumpa Nur Misuari, Misuari itu MNLF, yang serang Sabah hari ini Sultan Sulu. Misuari itu dulu adalah Gabenor Mindanao, saya jumpa dan semua pemimpin pun jumpa.

“Beliau semasa menjadi Gabenor juga pernah membuat lawatan rasmi ke Kuala Lumpur, jadi apa masalahnya?

“Tapi Umno BN mempergunakan media untuk sebar fitnah, adakah anda mahu orang membuat fitnah ini menang pilihanraya?, kita mesti benamkan mereka,” tegasnya semasa berceramah di Dataran Kemerdekaan Shah Alam semalam.

Nur Misuari bersama Sultan Sulu, Jamalul Kiram III

Sebelum ini, Anwar menafikan bahawa dia menjadi dalang pencerobohan militan Sulu di Lahad Datu. Anwar juga menafikan yang dia mengadakan agenda sulit bersama Nur Misuari seperti yang didedahkan oleh Reuters.

Walaupun gambar pertemuan Anwar dan bekas pemimpin MNLF itu disebarkan oleh banyak media dan juga laman sosial, Anwar tetap enggan mendedahkan kandungan pertemuan tersebut.

TUHAN PUN SEBELAHI SAYA.. - ANWAR IBRAHIM.



Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan fitnah terhadapnya yang kini terbongkar satu persatu, merupakan hikmah dari Allah S.W.T.

Ketua Umum KEADILAN itu berkata, setiap ketetapan dari Allah S.W.T itu ada hikmah yang tidak terjangkau oleh akal fikiran manusia.

“Siapa dua tahun lalu yang terfikir bahawa 5 Jeneral (tentera) termasuk yang berpangkat tertinggi memilih untuk menyokong Pakatan Rakyat?

“Siapa 2 tahun lalu yang pernah terfikir Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin, pendakwa kes saya pada 1998 dan ketua pendakwa kes pada 2008 sekarang menjadi peguambela saya.

“Siapa yang menjangka bapa Saiful (Azlan Lazim) tiap hari keluar masuk mahkamah sekarang meminta maaf kepada saya, Azizah dan keluarga, dengan menyatakan ada konspirasi yang melibatkan pegawai pejabat Perdana Menteri dalam kes Liwat II.

“Semua ini tidak akan berlaku tanpa iringan doa dari rakyat,” katanya.

Anwar sebelum ini terlepas dari dakwaan meliwat pembantunya, Saiful Bukhari Azlan diatas sebab teknikal. Walaubagaimanapun, peguam Anwar sendiri mengesahkan bahawa kejadian liwat tersebut berlaku diatas dasar suka sama suka.

Bapa khianati Saiful,sertai PKR untuk bela Anwar.

Bapa kepada Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim yang Jumaat lalu mengejutkan ramai dengan kenyataan berkaitan kes liwat kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini menyertai PKR. Menurutnya, penyertaan yang dibuat hari ini adalah tepat pada masanya dan secara kebetulan.



 Beliau berkata, sejak tahun 1998 lagi telah mengikuti pergerakkan PKR dengan minat yang mendalam. "Tujuan saya hadir adalah dengan niat murni untuk serahkan borang permohonan saya sebagai ahli PKR. Sebenarnya saya sudah lama suka perjuangan dalam PKR, sejak tahun 1998 lagi. "Jadi hari ini secara kebetulan dan tepat pada masanya saya sertai PKR," kata beliau kepada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini hari ini.

 Beliau menyerahkan borang keahlian kepada Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan disaksikan oleh Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad; Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul; bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Lajin Ukin dan Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani. Azlan juga disarungkan jaket dan topi berlogo PKR oleh Saifuddin sekali gus mengumumkan beliau sebagai ahli PKR.

 Mengulas lanjut, Azlan juga berkata telah bersedia menghadapi sebarang risiko dan implikasi yang bakal dihadapinya setelah menyertai PKR. Azlan juga berkata, dengan menyertai Anwar mempunyai isu tetapi di pihak lain tidak akan mempunyai isu. Saya ada hak nak buat keputusan untuk diri saya, saya sudah fikir dan implikasi yang saya hadapi. "...penyertaan dalam parti politik PKR, kebetulan dipimpin oleh Anwar, jika sebelah sana mesti tak ada isu," katanya lagi.

Sejarah Pembunuhan Rakyat Sulu Menghantui Jamalul Kiram III

Jamalul Kiram III mungkin mengandaikan tindakannya mengarahkan pencerobohan ke atas Lahad Datu, Sabah oleh sekumpulan pengganas Sulu yang diketuai adiknya, Azzumudie Kiram akan meningkatkan peluangnya untuk diiktiraf sebagai Sultan Sulu yang sah.

 Lebih-lebih lagi di saat perebutan tahtha Kesultanan Sulu yang semakin rumit apabila sehingga kini sekurang-kurangnya ada 9 orang individu berlainan tampil mendakwa adalah Sultan Sulu sebenar. Jamalul Kiram III dan adiknya Esmail Kiram II adalah antara individu yang dimaksudkan, kedua-duanya adalah warga Filipina.

 Dengan sokongan dan dukungan anggota MNLF yang diketuai Nur Misuari yang mempunyai hubungan rapat dengannya, mungkin benar ia memberi kelebihan kepada Jamalul Kiram untuk mendabik dada sebagai Sultan Sulu yang sah sekaligus menidakkan cabaran 8 individu lain.

 Andaian tersebut ternyata silap dan jauh tersasar dari jangkaan Jamalul Kiram dan pengikutnya, apabila tanpa mereka sedari tindakan pencerobohan itu sebenarnya hanya menambah kebencian orang Sabah dari keturunan Sulu kepada Jamalul Kiram dan keturunannya.

 Majoriti orang Sulu di Sabah rata-ratanya enggan bersekongkol menjayakan cita-cita peribadi Jamalul Kiram yang kemaruk mahu diangkat sebagai Sultan Sulu, lebih-lebih lagi bila pencerobohan yang berlaku di Lahad Datu menyebabkan sesetengah anggota masyarakat memandang serong pada orang Sulu di Sabah.

 Kesetiaan orang Sulu yang lahir di Sabah dan merupakan warganegara Malaysia yang sah tetap kepada tanahair tercinta ini, dan ia terbukti benar apabila ramai pemuda Sulu turut membantu menangkap dan membelasah hingga mati seorang pengikut Jamalul Kiram yang bersenjatakan M16 pengikut di Sampoerna baru-baru ini.

 Kebanyakan orang Sulu sama ada dari kalangan warganegara Malaysia mahupun di Filipina, mereka juga berkongsi satu pandangan yang sama yakni soal siapa yang layak mewarisi Kesultanan Sulu sebenarnya bukan lagi urusan Jamalul Kiram III dan keluarganya. Orang Sulu tidak akan lupa sejarah pembunuhan besar-besaran yang dilakukan oleh tentera Amerika Syarikat ke atas orang Sulu pada awal tahun 1900-an selepas mendapat restu Sultan Kiram II (1884-1936).

 Pembunuhan yang berlaku di Bud Dahu pada Mac 1906, diikuti kempen pembunuhan sama pada Disember 1911 serta pertempuran di Bud Bagsak, pada Jun 1913 yang ketiga-tiganya mengorbankan sekitar 4,000 orang rakyat Sulu hingga sekarang terus menjadi mimpi ngeri orang Sulu. Mujurlah Sultan Kiram II kemudiannya mangkat pada 1936 tanpa meninggalkan zuriat kandungnya, jika tidak, mungkin sekarang hanya tinggal beberapa puluh orang sahaja orang Sulu di seluruh dunia gara-gara sebahgian besarnya menjadi mangsa pembunuhan oleh Sultan sendiri yang dahagakan darah.

 Jamalul Kiram III yang mempunyai pertalian keturunan dari sebelah keluarga ayahnya dengan Sultan Kiram II mungkin berbangga dengan sejarah hitam itu, dan tidaklah menghairankan kenapa bila usahanya menjajah Sabah gagal, maka diusahakan pula campur tangan Amerika Syarikat dan PBB. Bagi kebanyakan orang Sulu, Jamalul Kiram sama sekali tidak layak menjadi pemimpin mereka.

 Tidak sama sekali bagi orang Sulu. Keturunan pembunuh tidak mungkin akan diiktiraf memimpin orang Sulu. Disebabkan peristiwa ngeri itulah sampai sekarang orang Sulu sukar untuk memberi kepercayaan kepada siapa sahaja yang mengaku sebagai Sultan Sulu dari susur galur keturunan keluarga Kiram. Kalau ada pun yang menyokongnya, hanya segelintir sahaja.

 Itu pun kebanyakan mereka dari jenis yang dahagakan darah dan ganas seperti pengikut Jamalul Kiram III. Peristiwa berdarah di Bud Dahu dan Bud Bagsak, Jolo, Sulu akan kekal dalam ingatan orang Sulu, dan ia akan terus menghantui Jamalul Kiram III untuk sekian lama masanya. Mimpinya untuk diiktiraf sebagai Sultan Sulu tidak mungkin menjadi kenyataan, sebaliknya akan terus menjadi ingauannya hingga ke liang lahad.

Friday 8 March 2013

KEADILANDAILY SAHKAN TIAN CHUA MENIPU.



Media rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Keadilan Daily tetap tidak berganjak dengan penerbitan artikel kontroversi, yang memetik kata-kata Naib Presiden PKR, Tian Chua yang kini semakin tertekan.

Editor, Fazallah Pit, berkata beliau dan pasukan wartawan mematuhi piawaian profesional kewartawanan dan penerbitan artikel tersebut tidak mempunyai apa-apa masalah.

"Tidak ada masalah dengan artikel. Orang ramai boleh membacanya," kata Fazallah, yang dihubungi oleh akhbar New Straits Times.

Fazallah, yang merupakan wartawan berpengalaman, berkata isu hanya berkisar kepada blogger tertentu yang didakwa memutarbelitkan artikel asal sebagai di luar konteks.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Tian Chua awal semalam yang telah menjauhkan dirinya daripada laporan berita yang telah diterbitkan Keadilan Daily pada hari Jumaat, memetik kata-kata beliau terhadap serangan pengganas di Lahad Datu.

Tian Chua, yang juga ahli parlimen Batu, berkata beliau hanya bertanggungjawab kepada petikan asalnya didalam artikel.

Apabila ditanya sama ada Keadilan Daily telah memutarbelitkan cerita asal, Chua dalam satu sidang akhbar semalam berkata dia tidak bertanggungjawab terhadap tindakan akhbar tersebut.

"Saya serahkan perkara ini kepada mahkamah. Saya tidak bertanggungjawab ke atas apa yang mereka tulis.

"Saya hanya bertanggungjawab untuk apa yang telah saya katakan dalam artikel tersebut," kata Chua.

BERAPA JUTA ANWAR BAYAR BAPA SAIFUL BUKHARI?



1. Portal Berita yang paling 'konspirasi' di Dunia ketika ini, skali lagi mengularkan berita 'konspirasi' bahawa kes liwat kedua adalah fitnah dan konsprasi politik ke atas DS Anwar Ibrahim.

2. Nampaknya Krisis Lahad Datu yang berpunca dari DS Anwar Ibrahim ingin disenyapkan dengan kononnya mengeluarkan berita sensasi sebegini.

3. Perkiraan waktu untuk bapa kepada Saiful ini keluar memberikan kenyataan sebegini amat dicurigai. Apanya tidak kerana baru sekarang inilah hendak membuka mulut kononnya.

4. Sewaktu Saiful bersumpah laknat tempoh hari, tidakpun beliau selaku bapa kepada Saiful melarang atau memberhentikan sumpah tersebut .

5. Mestilah sebagai seorang bapa yang sayang kepada anaknya perlu melarang anaknya untuk bersumpah laknat; sekiranya ia benar konspirasi politik seperti yang beliau kata pada hari ini.

6. Ada sumber yang mengatkan bahawa bapa Saiful ini, Azlan Mohd Lazim merupakan seorang penyokong kuat PKR dan  DS Anwar Ibrahim. Tambahan pula, beliau dan Saiful sebelum inipun mengalami krisis kekeluargaan menyebabkan mereka sudah lama tidak berhubung.

7. Dan diketahui lagi bahawa sememangnya Azlan Mohd Lazim ini mempunyai masalah kewangan.

8. Dengan masalah-masalah yang melanda bapa Saiful ini menyebabkan beliau cenderung dan terdedah untuk dipergunakan oleh pihak ketiga.

9. Saiful sendiri dengan tenang dan tidak melatah telah menjawab di dalam inbox Facebook beliau yang menyatakan:

"bapak dipergunakan. Sy tetap istiqamah. Tgh fikir tindakan balas selanjutnya. Sy tak mahu melatah. Salam buat rakan2 lain"

10. Perlu diingatkan adalah ini:

Yang diliwat adalah Saiful, bukan bapanya.
Yang bersumpah adalah Saiful, bukan bapanya.
Yang membawa kes ke mahkamah adalah Saiful, bukan bapanya.
Yang dianiaya adalah Saiful, bukan bapanya.
11. Malah di dalam kes perbicaaan liwat Anwar-Saiful ini pun, Karpal Singh selaku peguam bela menerangkan kepada hakim bahawa perbuatan ini (liwat) adalah SUKA SAMA SUKA.

12. Sekiranya benar Azlan ingin menidakkan anaknya sendiri, maka beliau perlulah bersumpah laknat di dalam masjid bahawa ini adalah benar konspirasi politik UMNO.

13. DS Seri Anwar Ibrahim sampai sekarang pun tidak berani untuk bersumpah laknat.

14. Gunakan Hak Untuk Berfikir Sebelum Hak Untuk Bersuara!

ANWAR DISERANG "TENTERA SULU" DI MELAKA SEMALAM..



Anwar Ibrahim terpaksa menghentikan ceramahnya di Bukit Katil Melaka semalam apabila seorang penyokong Pakatan Rakyat cedera dipercayai terkena objek keras yang tidak diketahui datang dari arah mana. Individu berkenaan mengalami luka dibahagian kepala dan terpaksa dikejarkan ke klinik yang berhampiran.

Sejurus selepas kejadian tersebut, Anwar meneruskan ceramahnya dengan menggambarkan kejadian berkenaan sama dengan insiden di Lahad Datu Sabah. Cuma bezanya menurut Anwar, di Sabah memang diketahui pihak lanun Sulu yang cuba menceroboh, tetapi beliau tak menyangka di Melaka juga ada lanun.


Sementara itu, para penyokong Pakatan Rakyat dikawasan berkenaan menyalahkan pihak Polis kerana didakwa tak mengambil sebarang tindakan terhadap pihak yang "menyerang" ceramah Anwar tersebut.

Mereka juga mempersoalkan mengapa pihak Polis membenarkan ceramah Umno diadakan tak sampai 100 meter dari tapak ceramah Pakatan Rakyat disitu. Dan mereka mengesyaki bahawa penyokong Umno yang bertanggung jawab diatas kecederaan yang dialami oleh penyokong Anwar.

Saiful kecewa Anwar gunakan bapanya untuk alihkan isu Lahad Datu.



Saiful Bukhari Azlan meminta ayahnya, Azlan Mohd Lazim kembali ke pangkal jalan kerana didakwanya "telah menjadi mangsa kerakusan politik makhluk bernama Anwar bin Ibrahim". Beliau membuat kenyataan itu dalam satu sidang media semalam selepas bapanya  memohon maaf kepada Anwar dan mendakwa tuduhan liwat terhadap ketua umum PKR itu selama ini satu konspirasi politik pada sebelah pagi..

 "Demi Allah, agama, bangsa dan negara tercinta, saya ingin tegaskan bahawa saya tidak sama sekali akan berganjak dengan dakwaan saya," kata Saiful. "Saya akan terus istiqamah dan berpegang teguh pada dakwaan saya, segala keterangan saya di mahkamah, juga sumpah laknat yang telah saya lafazkan hingga akhir hayat," katanya sambil menambah beliau telah memaafkan bapanya.

 Menurutnya, beliau tidak tahu sebab ayahnya membuat dakwaan itu pagi semalam. Katanya, beliau sendiri sebelum ini langsung tiada masalah dengan ayahnya itu dan kali terakhir berbual dengan beliau menerusi telefon semalam. Saiful yang memberitahu dia akan berkahwin dua minggu lagi, berkata, dia dan bapanya turut bercuti ke Kelantan baru-baru ini dan ada bertemu lagi dengan bapanya Isnin lalu.

 Namun, cubaan untuk menghubungi bapanya tengah hari semalam gagal kerana bapanya dipercayai mematikan telefonnya, kata saiful lagi. Menurut Saiful, beliau yakin ayahnya "menjadi mangsa politik Anwar" kerana sidang media ayahnya pagi tadi diaturkan seorang ahli parlimen Pakatan Rakyat, dan dilakukan untuk "mengalih perhatian isu pengkhianat negara".

 "Sebagai seorang anak, kasih sayang dan hormat saya kepada seorang ayah akan kekal hingga ke akhir hayat. "Kepada seluruh rakyat Malaysia, saya menyeru agar tidak terpedaya dengan permainan jijik Anwar Ibrahim," katanya yang turut ditemani peguam pemerhati kesnya sebelum ini, Zamri Idrus.

 Dalam sidang media pada sebelah pagi kelmarin, Azlan turut mendakwa segala kenyataan Saiful dalam perbicaraan liwatnya sebelum ini diaturkan oleh Zamri. Menjawab soalan wartawan, Zamri menafikan perkara itu dan mempertimbang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Azlan berhubung dakwaan tersebut.

Penceroboh Sulu tetap mahu berperang,operasi susulan diteruskan.



Tiada insiden tembakan dilaporkan berlaku di Kampung Tanduo, Lahad Datu, dalam tempoh 24 jam lalu selepas empat hari pasukan keselamatan negara melancarkan gerakan ofensif terhadap penceroboh militan Sulu di bumi Sabah. Malah, pimpinan tertinggi polis dan tentera sempat menunaikan solat Jumaat dan solat sunat hajat bersama kira-kira 200 jemaah di Masjid Al-Hudah, Felda Sahabat 16, di Lahad Datu.

 Kawasan Felda Sahabat 16 adalah markas operasi pasukan keselamatan pada Op Daulat dan terletak kira-kira 20km dari Kampung Tanduo yang menjadi kubu penceroboh militan sejak 12 Februari lepas. Gerakan Op Daulat masuk hari keempat hari ini dengan helikopter digunakan untuk menghantar anggota keselamatan ke lokasi sekitar bagi operasi menggeledah manakala jet-jet pejuang berlegar di udara membuat tinjauan.

 Walaupun tiada tanda-tanda kumpulan itu akan meletak senjata tanpa syarat oleh saki baki kumpulan itu dan dan pasukan keselamatan masih meneruskan operasi susulan, suasana di Lahad Datu mula kembali normal dengan orang ramai mula menjalani rutin harian mereka. "Selepas insiden pertempuran di Kampung Tanjung Batu (kira-kira 15 kilometer dari Felda Sahabat 16) pada 11.30 pagi Khamis yang menumpaskan 31 penceroboh, tiada tanda mereka mahu letak senjata api," kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar pada sidang media bersama Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin di Felda Sahabat 16, kira-kira 130km, dari pekan Lahad Datu,semalam.

 Pada Khamis, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang meninjau markas 'Op Daulat' di Felda Sahabat, berkata Malaysia menolak sebarang tawaran gencatan senjata dan menegaskan satu-satunya pilihan bagi penceroboh itu ialah menletak senjata dan serah diri tanpa bersyarat. Sepanjang operasi pasukan keselamatan sejak 1 Feb, polis menahan 79 orang yang disyaki mempunyai kaitan dengan kejadian pencerobohan itu. Ismail berkata lebih 50 orang itu ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) yang baru dikuatkuasa tahun lepas.

 "Mereka ditahan mengikut akta baru itu dan dibaca bersama (beberapa seksyen) Kanun Keseksaan," katanya. Najib, yang turut mengumumkan penubuhan Kawasan Keselamatan Khas Sabah merangkumi Kudat, Tawau, Kunak, Sandakan dan Lahad Datu juga dilihat meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap keselamatan mereka di kawasan pantai timur Sabah itu.

Selasa lepas, pasukan keselamatan melancarkan serangan udara menggunakan jet pejuang F18 dan Hawk sebagai gerakan pertama ke arah menamatkan krisis pencerobohan kumpulan militan selatan Filipina yang mendakwa sebagai Askar Kesultanan Sulu. Setakat ini 52 militan disahkan terbunuh. Insiden itu turut mengorbankan lapan anggota polis iaitu dua dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada 1 Mac dan enam lagi dalam serangan hendap di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna pada hari berikutnya. Artikel Berkaitan

MB Azizan 'ditikam' oleh ahli PAS sendiri,bakal hilang jawatan MB.



Sekumpulan ahli Pas mendesak Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak meletak jawatan sebagai Pesuruhjaya Pas Kedah secara baik kerana didakwa gagal membela kebajikan mereka. Desakan itu juga dikaitkan dengan peribadi Azizan yang dikatakan 'sombong' dengan mengeluarkan kenyataan memegang dua jawatan penting parti dan kerajaan negeri bukan kerana Dewan Ulama Pas Kedah.

 Tindakan itu turut menggambarkan Azizan seolah-olah tidak menghormati serta mengiktiraf peranan Dewan Ulama Pas Kedah sebagai tempat rujukan hal ehwal berkaitan parti serta kerajaan negeri. Difahamkan, dalam soal pemilihan calon Azizan lebih banyak berbincang dan mencatur kedudukan sesuatu Parlimen dan Dun bersama Ketua Penerangan Pas Kedah, Muhammad Sanusi Md Noor dan Setiausaha Pas Kedah, Musoddak Ahmad.

 Mereka juga kecewa apabila sewaktu kunjungan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ke Kedah Jumaat lalu, Azizan didakwa tidak membenarkan pertemuan diadakan antara Abdul Hadi dengan Dewan Ulama Pas Kedah. Antara beberapa dakwaan lain termasuk wujud konspirasi pemilihan calon yang perlu mengambil kira calon yang memenuhi kehendak akar umbi dan pelbagai lagi. Ahli Pas Dun Sungai Limau, Mohd Salleh Mohd Abu, 61, berkata, tindakan Azizan itu bukan sahaja menyebabkan berlaku perpecahan di kalangan ahli Pas dan kepimpinan tetapi menimbulkan masalah dalam soal pentadbiran parti.

 “Kita minta beliau berundur dengan meletak jawatan secara baik demi perpaduan ahli Pas di negeri ini,” katanya kepada media di rumahnya di Kampung Bahagia, Yan, Kedah, di sini semalam. Sementara itu, Ahli Keselamatan Pas Kawasan Jerai, Ramli Salleh, 56, berkata, mereka sendiri kini sudah dapat merasai sendiri kekecewaan individu dari kalangan parti tertentu yang sanggup bertukar parti kerana masalah kepimpinan.

 “Kita sudah bagi mandat kepada mereka untuk memimpin parti mengikut perjuangan asal tetapi mereka gagal. Ia seperti sebuah kapal yang belayar tetapi nakhoda mabuk laut, justeru nakhoda perlu ditukar supaya kapal tidak karam. “Jika keadaan ini berterusan, kemungkinan kira-kira 2,000 penyokong Pas yang kini berada atas pagar tidak teragak-agak untuk tidak keluar mengundi seterusnya sokongan terhadap Pas di kawasan ini akan merosot,” katanya