Tuesday 24 July 2012

BERSIH 2.0 : Kerajaan BN kata HARAM... tetapi MAHKAMAH kata HALAL... hangpa nak perbodo siapa sebenarnya nie..???


Cubalah lihat bagaimana mereka yg diberi amanah cuba memperbodohkan kita rakyat Malaysia...sedangkan mereka mempunya PEGUAM NEGARA untuk diberi NASIHAT....

Tapi cuba lihat bagaimana mereka lakukan kepada rakyat....







Bersih tidak haram: PM didesak pohon maaf

(Perhimpunan Bersih 2.0 yang isytihar haram oleh Kerajaan BN diputuskan halal oleh mahkamah)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri dituntut memohon maaf kepada semua peserta perhimpunan Bersih 2.0 ekoran pengisytiharan mahkamah Bersih 2.0 tidak haram.

Desakan ini dibuat pelbagai pihak ekoran keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membatalkan bahawa Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) adalah pertubuhan haram dan menyalahi undang-undang.

Sekiranya kedua-dua mereka menghormati undang-undang serta Perlembagaan negara, maka tindakan memohon maaf secara terbuka kepada rakyat adalah sesuatu yang wajar dan sangat dialu-alukan.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membatalkan pengisytiharan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Hishammuddin Hussein pada 1 Julai tahun lepas bahawa Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) adalah pertubuhan haram dan menyalahi undang-undang.

Hakim Datuk Rohana Yusof ketika membacakan keputusannya hari ini berkata, Bersih telah berjaya membuktikan kes dalam mencabar pengisytiharan kerajaan.

Beliau juga memutuskan perisytiharan Menteri Dalam Negeri sebagai ‘tercemar’.

“Oleh itu, kami membenarkan permohonan pemohon (untuk semakan kehakiman perisytiharan kerajaan) dengan tiada perintah tentang kos,” katanya.

14 Anggota Jawatankuasa Pemandu Bersih yang diketuai oleh Ambiga Sreenevasan telah menamakan Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara dan kerajaan sebagai responden.

Selain dari Ambiga, plaintif termasuk Dr Ahmad Farouk Musa, S Arul Prakkash, K Arumugam, Haris Fathillah Mohamed Ibrahim, Andrew Khoo Chin Hock, Liau Kok Fah, Maria Chin Abdullah, SP Subramaniam.

Turut serta adalah Toh Kin Woon, Wong Chin Huat, Yeo Yang Poh, Yeoh Yong Woi dan Zaid Kamaruddin.

Pada 1 Julai tahun lalu, Hishammuddin dan Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengisytiharkan gabungan itu menyalahi undang-undang, sebelum perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai.