Wednesday, 29 June 2011

Polis : Jangan datang KL pada 9 julai 2011 ini.

 
Pihak polis telah memberikan nasihat kepada orang ramai agar menjauhkan diri daripada kuala lumpur untuk tempoh sekurang-kurang nya sehari pada 9 julai 2011 bagi mengelak sebarangan kemungkinan kerana pada hari tersebut kuala lumpur di jangka lumpuh akibat berlaku nya tiga perhimpunan besar yang melibatkan bersih 2.0, pemuda umno dan perkasa.

Sila baca bawah ;

Orang ramai dinasihatkan supaya menjauhkan diri daripada Kuala Lumpur menjelang 9 Julai ini, kata pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh. Menurut beliau dengan ibu negara pada hari berkenaan dijadikan lokasi bagi tiga perhimpunan besar, beliau menjangkakan kesesakan lalu lintas yang teruk.

“Saya ingin nasihatkan orang ramai supaya jauhkan diri dari Kuala Lumpur. Cuma untuk sehari. Pergilah mana-mana. Akan terdapat kesesakan lalu lintas,” katanya.

Namun, beliau enggan mengesahkan atau juga menafikan bahawa seluruh ibu negara akan lumpuh menjelang 9 Julai kerana perhimpunan berkenaan.

“Mungkin khabar angin, mungkin tidak. Saya tidak boleh beritahu secara khusus apa yang kami akan lakukan kecuali akan terdapat kesesakan lalu lintas yang teruk,” katanya kepada Malaysiakini.

Amar Singh berkata beberapa jalan utama akan ditutup tetapi beliau memberi jaminan polis telah mempunyai rancangan untuk mengatasi perkara berkenaan.

Menurut spekulasi jalan-jalan sekitar lingkungan 10 km dari pusat bandar akan ditutup dengan pihak polis membuat sekatan jalan sehari sebelum tarikh berkenaan.

Pada Sabtu itu, KL akan menyaksikan tiga demonstrasi berasingan dengan yang terbesar anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) yang menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya negara.

Pemuda Umno dan kumpulan pendesak Melayu, PERKASA juga telah menyatakan hasrat mereka untuk berhimpun bagi membantah tindakan BERSIH.

Pada perhimpunan BERSIH pada tahun 2007, tidak kurang 40,000 rakyat turun ke jalanan menuntut pilihan raya yang adil dan bersih.

Meskipun perhimpunan itu lebih seminggu lagi, namun pihak polis terus menekan penyokong BERSIH dan mereka yang dikaitkan dengan perhimpunan berkenaan.

Setakat ini, hampir 100 orang ditangkap dan kenyataaan mereka telah dirakamkan oleh pihak polis sejak seminggu lalu. -

Selepas Klip Video Johari Abdul Kini Klip Video Chegubard Pula Bakal Menyusul

Selepas Klip Video Johari Abdul Kini Klip Video Chegubard Pula Bakal Menyusul




Kecoh sehari dua mengenai Video Klip Dato Johari Abdul ketawa Besar ketika menyaksikan Video Seks Dato Seri Anwar Ibrahim. Gomo pun sebenarnya risau Rakaman Video Gomo turut ada sekali kerana Gomo juga salah seorang yang menyaksikan Video Seks Anwar Ibrahim di sebuah Hotel 2 sehari selepas Joe Bedul Kaki kencing ni menyaksikan video seks berkenaan.

Tapi tak mengapa kerana seingat Gomo sepanjang menyaksikan Video Seks Anwar tersebut Gomo tak putus putus menympah seranah Anwar Ibrahim kerana dah memang jelas dan nyata pelaku video seks adalah Dato Seri Anwar Bin Ibrahim.

Tapi bagaimana dengan Chegubard? Apakah kita semua masih ingat bahawa Chegubard juga merupakan salah seorang yang menyaksikan Video Seks Anwar Ibrahim selang beberapa jam Dato Johari Abdul menyaksikan video Seks berkenaan?

Video Chegubard Ketika menyaksikan Video Seks Lakonan Porno Dato Seri Anwar Ibrahim link

Monday, 27 June 2011

Video: Aksi Johari Abdul Menonton Video Seks Anwar Ibrahim

Sepertimana yang dijanjikan, sekarang sampailah masanya untuk kita melihat siapa dia Johari Abdul yang sebenarnya.

Video dibawah ini dirakam tanpa disedari oleh Johari Abdul sewaktu dia bertemu dengan geng Datuk T untuk menonton aksi seks Anwar Ibrahim pada 21.Mac.2011



Friday, 24 June 2011

GEMPAR!! PAKAR AMERIKA SAHKAN ANWAR IBRAHIM PELAKU SEKS!! video inside mampus la Anwar!


AIDCNews – 24/06/11 – Mahkamah Mahkamah Majistret, Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku yang melakukan seks dengan seorang wanita dalam video seks tersebut dan pengesahan itu telah dibuat oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS).

Kenyataan itu terkandung dalam fakta kes yang dibacakan di Mahkamah Majistret hari ini selepas Trio Datuk T, Datuk Shazryl Eskay Abdullah, Datuk Shuib Lazim, dan Tan Sri Rahim Thamby Chik mengaku bersalah atas tuduhan menayangkan video seks, di bilik Seri Makmur Hotel Carcosa Seri Negara di sini antara 10 pagi dan 12 tengah hari pada 21 Mac lalu.

Shazryl Eskay didenda RM3,000, Shuib Lazim didenda RM1,500, manakala Rahim Tamby Chik pula didenda RM1,000 atas kesalahan tersebut.

“Keputusan analisis dilakukan oleh pakar-pakar dari Dartmouth College, Handover, New Hampshire, AS mengesahkan ketulinan video itu, tidak ada proses mereka cipta (tampering) atau superimpose (gambar bertindih) dilakukan, berasal dari DVR camcorder yang dirampas oleh Shazryl Eskay”, kata Timbalan Pendakwa Raya Kamalluddin Md Said ketika membacakan fakta kes pagi ini.

Menurutnya, pihak polis juga turut mendapatkan rakaman CCTV dari sebuah apartment di Ampang dan mengesahkan bahawa Anwar Ibrahim and Shazryl Eskay berada di lobi bangunan apartment itu pada 21 Februari, iaitu hari yang sama rakaman seks itu dilakukan.

Laporan pengesahan ketulinan dan identiti pelaku dibuat oleh profesor Hany Farid dan Lorenzo Torresani dari Dartmouth College di Hanover, New Hampshire, AS pada 4 Jun lalu.

Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah, peguam Abdul Rahim memberitahu media bahawa pakar-pakar AS itu telah memperakui 99.99 peratus pelaku seks itu adalah Anwar Ibrahim.

Oleh itu, beliau mencadangkan supaya Anwar sewajarnya dikenakan pertuduhan di bawah seksyen 192, 193 atau 199 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu, menafikan identitinya dalam video tersebut.

Rasanya dalam video ni pun kita boleh tengok benarkah orang itu Anwar atau tidak.. muka dah jelas kelihatan, itu pun masih nak nafikan.

PANAS!! VIDEO SEKS TERBARU CIPTAAN PKR!!?


"Kepada rakyat Malaysia, berhati-hati. Teman mendapat maklumat dari sumber dalaman PKR sendiri bahawa mereka merancang membuat satu videoklip palsu ataupun mengubahsuai videoklip Eskay sehingga menimbulkan keraguan; dan video palsu itu akan dicetak dengan banyak dan ditaburkan kepada rakyat disegala pelosok negara.

Kaum-kaum durjana ini kemudian akan membuat lapuran polis mendakwa UMNO, BN dan Kerajaan bertanggungjawab kononnya menyebar videoklip itu.

Setelah rakyat nanti terpengaruh dengan video palsu itu, mereka akan bawak cerita konon jelas dari video palsu itu bukan Anwar Ibrahim. Dan rakyat akan terpengaruh dan percaya sebab mereka sudah menerima video palsu itu.

Teman nasihatkan pihak berkuasa dan Kerajaan supaya mengambil tindakan pre-emptif. Jangan tunggu nasik jadi bubur; jangan sampai rakyat terpengaruh saperti cerita 'gambar si-mata lebam'!!!

Adios amigos, grasias senor.

Punggah - dah bagi dah loan RM1.4b tak cukup loan lagi RM2b

Satu lagi projek Rent-Seeking?
RM2b lagi setelah RM1.4b habis digunakan
Menurut laporan Business Times Singapura yang disiarkan pada 16 Jun 2011, CIMB Bank secara rasmi mengambil alih Asia Petroleum Hub Sdn Bhd, yang mempunyai hubungan rapat dengan UMNO. Ini kerana syarikat ini telah menghabiskan pinjaman RM1.4 bilion dari CIMB, namun gagal menyempurnakan projek Asia Petroleum Hub, malah merancang untuk mengumpul RM2.0 bilion lagi untuk mengisi lubang hitam perbelanjaan.
Asia Petroleum Hub ialah satu projek mega yang mengambil tempat di Wilayah Pembangunan Iskandar, selatan Johor (berdekatan dengan Tanjung Pelepas). Mengikut rancangan asal, projek bernilai RM1.4 bilion ini memiliki kemudahan pelabuhan pelbagai jenis - mampu mengendalikan kapal pelbagai skala, dengan bilangan 3,000 kapal setahun, dan 30 juta tan produk petroleum.
Dalam satu kenyataan pada Julai 2007 oleh Asia Petroleum Hub Sdn Bhd, projek ini pada asalnya dijangka siap pada tahun 2009. Namun demikian, penyempurnaan projek berkenaan belum mencecah 65% sehingga hari ini, dan RM1.4 bilion telah habis digunakan.

Kos pembangunan Asia Petroleum Hub secara keseluruhannya bergantung kepada kemudahan yang ditawarkan CIMB. Business Times memetik sumber dalaman bahawa CIMB menawarkan bridge loan selama tiga tahun, bernilai RM1.4 bilion kepada Asia Petroleum Hub Sdn Bhd pada tahun 2006.

Lebihan kos sekurang-kurangnya RM2 bilion
Sebagaimana yang diketahui, Asia Petroleum Hub Sdn Bhd telah mengeluarkan RM840 juta pada tahun 2009 untuk membayar kos perbelanjaan projek tersebut. Tetapi, kos projek tersebut terus melonjak, mengakibatkan kosnya melebihi anggaran RM1.4 bilion sebelumnya.
Menurut sumber, sehingga penghujung tahun 2010, tunggakan perbelanjaan modal (accumulate capital expenditure) termasuk faedah pinjaman telah melebihi RM1.4 bilion, namun projeknya hanya siap sehingga 64%. Oleh sebab modal yang dikumpulkan gagal untuk menampung perbelanjaan, maka Asia Petroleum Hub Sdn Bhd merancang untuk mencari pelabur agar RM2.0 bilion disuntik lagi untuk mengisi "lubang hitam" yang tidak berpenghujung. Dengan kata lain, projek yang pada asalnya dianggarkan RM1.4 bilion kini telah mengalami lebihan kos sekurang-kurangnya 142% (atau bersamaan RM2.0 bilion)!
Pada dasarnya, adalah sesuatu yang lumrah apabila berlaku lebihan kos dalam projek pembangunan kerajaan, terutamanya GLCs atau mereka yang merentir (rent-seeking) kerana hubungan yang rapat dengan UMNO atau BN - adalah "pakar" dalam hal "lebihan kos".

Terlalu besar untuk gagal
Di bawah kerangka merentir ini, "kos yang tinggi" ini biasanya diselindungi dengan pelbagai projek pembangunan, disalurkan ke dalam poket parti politik, institusi, korporat dan individu tertentu, melalui pelbagai cara. Ia adalah hasil daripada politik naungan (Political Patronage) yang diamalkan kerajaan UMNO-BN - menggunakan kerajaan atau institusi kewangan yang dikuasai kerajaan sebagai tiangnya untuk menyokong kepentingan ekonomi kroni.
Disebabkan sokongan kerajaan di sebalik tabir, maka perentir (rent-seeker) ini bersikap untuk membazir sewenang-wenangnya. Terlalu besar untuk gagal (Too big to fail) - kerana mereka percaya bahawa kerajaan akan menghulurkan tangan agar projek itu diselamatkan pada akhirnya. Dan sikap inilah yang menyebabkan kegagalan banyak projek mega pada akhirnya.
Projek Asia Petroleum Hub adalah permainan rent-seeking yang tebal dengan politik naungan, berlegar-legar di keliling mereka yang mempunyai hubungan rapat dengan UMNO.

Rent-Seeking dan politik naungan
Pemilik projek ini, iaitu Asia Petroleum Hub Sdn Bhd pada asalnya adalah syarikat yang dimiliki KIC Oil & Gas Group of Companies (KIC) dan Trek Perintis Sdn Bhd (yang dikawal UMNO). KIC memegang 90% saham, dan 10% selebihnya dipegang Trek Perintis.
KIC adalah terminal service provider di Malaysia, diasaskan oleh Abdul Rashid Mohd Isa Al-Qadiry dan Faidzan Hassan Al-Qadiry, yang kini merupakan pemegang saham terbesar. Trek Perintis pula adalah syarikat proksi UMNO yang dikuasai Abdul Azim Zabidi, Bendahari UMNO ketika zaman Abdullah Ahmad Badawi menerajui UMNO. Azim dilantik pada zaman Abdullah untuk mengurus harta di bawah UMNO.
Abdullah Ahmad Badawi menjadi Penaung Amanah Al-Wariseen, tabung amanah yang digerakkan Kumpulan KIC. Pada masa yang sama, Reezal Merican Naina Merican, Ketua Penerangan Pemuda UMNO, juga bekas Setiausaha Politik Abdullah, adalah nama yang muncul dalam lembaga pengarah tabung amanah tersebut.

Rombakan struktur saham
Namun, menurut laporan New Straits Times pada 14 September 2007, selepas satu rombakan struktur saham, pegangan saham KIC dalam Asia Petroleum Hub Sdn Bhd berkurang dari 90% kepada 40%, dan saham pegangan Trek Perintis telah bertambah dari 10% kepada 20%.
Pada masa yang sama, dua syarikat iaitu Seaport Terminal Sdn Bhd dan Teori Selatan Sdn Bhd bangkit untuk menjadi pemegang saham Asia Petroleum Hub, masing-masing memegang 35% dan 5% saham. Seaport Terminal Sdn Bhd dimiliki Syed Mokhtar Al-Bukhary (gambar kiri), usahawan terkenal yang sering dikaitkan dengan UMNO, sementara Teori Selatan pula adalah sebuah syarikat persendirian yang dikawal oleh Tunku Ibrahim Ismail (Sultan Johor sekarang) yang pada ketika itu Tunku Mahkota.
Pendek kata, Kumpulan KIC telah mengagihkan 50% saham pegangannya dalam Asia Petroleum Hub Sdn Bhd kepada istana Johor, UMNO dan Syed Mokhtar yang berhubungan rapat dengan UMNO.

Hubungan kontaktor dengan UMNO
Di samping itu, maklumat menunjukkan bahawa kontraktor yang menerima projek ini tidak kurang datang dari mereka yang berhubungan rapat dengan UMNO. Senarai kontraktor seperti berikut, ZAQ Construction Sdn Bhd, Mott MacDonald Sdn Bhd, Nam Fatt Corporation Bhd, Kencana Petroleum Bhd, Muhibbah Engineering Bhd dan Qi-PMC Sdn Bhd.
Asia Petroleum Hub Sdn Bhd adalah kontraktor utama projek ini, dan ZAQ Construction Sdn Bhd adalah Managing Contractor, bertanggungjawab untuk melantik dan mengagihkan projek kepada sub-kontraktor. Bos dan Pengarah ZAQ Construction ialah Zainal Rafique, adik beradik kepada Zamani Rafique, iaitu seorang lagi Pengarah. Seorang lagi adik-beradik mereka, Zulkifly Rafique adalah pengasas firma guaman Zul Rafique & Partners - antara orang rapat Perdana Menteri Najib Razak. Najib merombak semula harta parti dan memasukkannya di bawah Temasek Padu, dan melantik Zulkifly untuk menjaga syarikat ini.
Qi-PMC Sdn Bhd dan ZAQ Construction mempunyai struktur pegangan saham yang sama, dan Zamani sebagai Pengarah ZAQ Construction, juga salah seorang pengarah Qi-PMC. Apa yang menarik, Zulhasnan Rafique, Menteri Wilayah Persekutuan ketika zaman Abdullah menyandang jawatan PM, adalah adik beradik Zulkifly. Zulhasnan juga dilihat sebagai orang rapat Abdullah Ahmad Badawi (gambar kanan).
Nam Fatt Corporation Bhd, Kencana Petroleum Bhd dan Muhibbah Engineering Bhd adalah sub-kontraktor dalam projek ini. Antaranya, Kencana Petroleum adalah syarikat tersenarai yang dimiliki Mokhzani Mahathir, anak kepada mantan PM Mahathir Mohamad.

Sub-kontraktor menjadi mangsa
Jika dilihat kepada perkembangan akhir projek Asia Petroleum Hub, tidak kurang sub-kontaktor yang menjadi mangsa kepada skandal kewangan projek ini. Antaranya, Muhibbah Engineering Bhd memaklumkan kepada Reuters baru-baru ini, bahawa hutang setinggi RM370.8 juta masih belum dibayar kepada syarikatnya, sehingga akhir tahun 2010.
Selain itu, Nam Fatt Corporation Bhd juga menyaman ZAQ Construction melalui tribunal dan menuntut agar ZAQ membayar hutangnya. Sebagaimana yang diketahui, ZAQ memberi dua kontrak kepada Nam Fatt Corporation Bhd, yang jumlahnya bernilai RM550.3 juta. Menurut kenyataan Nam Fatt Corp. Bhd, ZAQ belum menjelaskan hutang sejumlah kira-kira RM39 juta sehingga akhir tahun 2010, dan Nam Fatt menuntut pampasan RM65.86 juta daripada ZAQ Construction.

RM1.4 bilion hilang entah ke mana?
Menurut jumlah hutang yang didakwa dua sub-kontraktor di atas, projek Asia Petroleum Hub ini sekurang-kurangnya memikul hutang RM400 juta (tidak termasuk pampasan kerugian kontaktor). Mengapa satu projek yang mendapat pinjaman RM1.4 bilion dari CIMB gagal menjelaskan hutang RM400 juta?
Kini, adalah menjadi satu tanda soal, sama ada RM1.4 bilion yang pada asalnya digunakan untuk menampung kos pembinaan - dihabiskan kerana lonjakan kos, atau disalurkan ke dalam poket rent-seeker?

Apa yang pasti, projek yang belum diselesaikan (dijangka hanya selesai 64%) ini memerlukan lebih banyak dana untuk diteruskan. Menurut laporan media, pelaburan RM2.0 bilion diperlukan lagi untuk memenuhi keperluan kos pembinaan. Namun demikian, persoalan pokoknya, adakah RM2.0 bilion ini mampu menutup lubang hitam yang tiada penghujungnya?

*Neo Chee Hua ialah Assistant Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Diterjemah dan disunting dari teks asal yang disiarkan pada 21 Jun 2011.

Kesudahan kes video seks dalam jangkaan, dakwa Anwar

Ketua Pembangkang Parlimen, Anwar Ibrahim mendakwa bahawa keputusan pertuduhan "Datuk T" lantaran penayangan satu klip video seks yang mengheret nama dirinya itu "sudah dijangka".

Malah, Anwar berkata, "Saya tak terkesan sama sekali. Eekmal (pembantunya) lebih terkesan, dia yang beritahu saya apa yang berlaku secara terperinci. Dan saya jangka..." Beliau meneruskan, "Siapa yang tidak tahu sistem yang ada sekarang? Dan tentunya media UMNO akan menyerang, cuba nak hidupkan balik kes yang sudah mati..."

Ketika diminta untuk mengulas isu ini, Anwar berkata, "Saya jangka, sebab tu semalam saya sebut, ini hanya satu wayang kerana yang mendakwa ialah Gani Patail. Rundingan Rahim dan Dato Seri Najib sudah berlaku mengambil masa lebih dari tiga bulan, (untuk) kes yang semudah ini. Jadi, sewajarnya rakyat tahu, apa permainan mereka. Dan tentunya digunakan medan mahkamah ini sekadar untuk melemparkan fitnah."

Beliau mempersoalkan, "Hal-hal yang melibatkan yang nyata, bukti, mengenai pembunuhan, rogol, penyeksaan, itu semua ditutup. Yang digembar-gemburkan ialah fitnah, walaupun saya sudah menafikan sekeras-kerasnya, itu yang menyebabkan saya terdorong untuk buat laporan polis. Walaupun saya tahu, keterbatasan sistem ini, tetapi kalau kita tak buat laporan polis, mereka akan berkata 'maknanya sudah bersalah'.

Anwar diminta wartawan untuk mengulas isu ini, selepas berucap dalam seminar bertajuk "Social Market Economy; an Alternative for Malaysia?" anjuran Kajian Dasar & Konrad Adenauer Stiftung, di Quality Hotel, Shah Alam, tadi

Monday, 20 June 2011

tidak kompromi salah laku-puteri umno jerlun ditangkap khalwat!!!


Ini lah sebaik-baik tindakan oleh ketua puteri umno. Jangan kompromi dengan sebarang salah laku mana-mana ahli puteri umno samada berjawatan [macam yang kena tangkap neh] ataupun ahli biasa. Mereka memang patut dihukum kerana mencemar imej umno yang juga kerajaan kepada rakyat malaysia.

Memang memalukan di saat umno heboh memperkatakan isu video seks anwar ibrahim dan mat sabu tiba2 puteri umno pula kena tangkap. Di harap tiada mana2 ahli umno melakukan perbuatan yang sama lagi. Bukan apa, dalam pada umno sibuk bongkarkan salah laku orang lain rupa-rupanya terbongkar salah laku sendiri.

Sudah tentulah akan di ejek rakyat nanti. Sebab itu amatlah molek jika mereka menjaga kelakukan + nafsu masing2 agar gerakan menghancurkan anwar ibrahim dan mat sabu dalam isu fitnah video seks berjalan lancar. Baca bawah ;

Pergerakan Puteri UMNO Malaysia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pemimpin atau ahlinya yang terlibat dengan salah laku moral, apatah lagi disabitkan bersalah oleh pihak mahkamah.

Ketuanya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, beliau akan membawa sebarang isu kesalahan tingkah laku, lebih-lebih lagi yang melibatkan kesalahan yang diputuskan oleh pihak mahkamah ke peringkat Majlis Tertinggi UMNO sekiranya perlu.

“Kita tegas dalam menghadapi kerenah disiplin Puteri UMNO, tidak kira di peringkat kepimpinan negeri, bahagian atau cawangan, kita akan ambil tindakan.

“Tiada tolak ansur dalam isu salah laku atau moral, terutamanya pemimpin, mereka membawa imej Puteri dan kita tidak mahu imej Puteri dirosakkan dengan unsur-unsur tidak bermoral,” katanya yang ditemui di Parlimen, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Puteri tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang disabitkan kesalahan oleh mahkamah perundangan Malaysia dan memandang serius dengan kesalahan sedemikian.


Beliau diminta mengulas mengenai kes Ketua Puteri UMNO Bahagian Jerlun, Yusmawati Yaacob, 31, yang hari ini didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Jitra atas tuduhan khalwat dengan seorang lelaki, Mohd Jasmi Ismamil, 47. -mynewshub-

PAS Kedah gugur Mahfuz dan Taib Azzamuddin

GUGUR!!!

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dan anggota Parlimen Baling Datuk Taib Azamuddin Md Taib masing-masing digugurkan sebagai Timbalan Pesuruhjaya II dan III PAS Kedah bagi penggal 2011/2013.

Keputusan menggugurkan dua nama besar parti itu diputuskan dalam mesyuarat khas Badan Perhubungan PAS negeri di Kompleks PAS Kedah di Batu 9, Kota Sarang Semut, dekat sini, malam tadi.

Menteri besar merangkap pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata tempat mereka masing-masing digantikan oleh exco kesihatan, Dr Ismail Salleh dan bekas ADUN Belantek, Md Isa Shafie.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi kekal sebagai Timbalan Pesuruhjaya I manakala jawatan setiausaha, bendahari, ketua penerangan dan pengarah pilihan raya negeri turut berubah.

Jawatan-jawatan itu diisi oleh pegawai khas (penerangan) menteri besar, Musoddak Ahmad, exco pertanian Datuk Ir Amiruddin Hamzah dan bekas setiausaha PAS Kedah, Senator Yusuf Husain.

Musoddak mengambil alih jawatan setiausaha PAS negeri daripada Senator Yusuf yang dilantik pengarah pilihan raya PAS Kedah manakala Ir Amiruddin dilantik bendahari menggantikan exco agama dan pelajaran Datuk Taulan Mat Rasul.

Azizan berkata jawatan ketua penerangan PAS Kedah yang sebelum ini disandang Ir Amiruddin diserahkan kepada setiausaha politik beliau, Mohamad Sanusi Md Nor manakala penolong setiausaha diisi wakil Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Kedah, Aizat Zakaria.

"Perubahan ini dibuat bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 supaya sesuai dengan perubahan peringkat PAS Pusat dalam muktamarnya awal bulan ini," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) Kolej Universiti Insaniah (KUIN) dengan Bank Islam Thailand di Seri Mentalon hari ini.

Beliau berkata Ahmad Yahya dikekalkan sebagai ketua Dewan Pemuda manakala exco kebajikan dan pembangunan Wanita, Siti Aishah Ghazali (ketua Dewan Muslimat) dan Sheikh Mohamad Abdullah (ketua Dewan Ulama).

Bagaimanapun Pemimpin yang digugurkan daripada senarai jawatankuasa kepimpinan baru parti secara automatik tersenarai sebagai anggota jawatankuasa (AJK) Dewan Harian PAS Kedah, kata Azizan.

bernama

Ketua Puteri UMNO Jerlun di tuduh berkhalwat



Ketua Puteri UMNO Bahagian Jerlun, Kedah hari ini didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Jitra atas tuduhan khalwat dengan seorang lelaki.

Yusmawati Yaacob, 31 tahun didakwa mengikuti Seksyen 9(1) Akta Kanun Acara Jenayah Syariah Kedah 1988 manakala pasangannya, Mohd Jasmi Ismamil, 47, dituduh mengikut Seksyen 9(2) akta yang sama.

Sabit kesalahan, boleh didenda RM2,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Kedua-dua pasangan itu ditahan sepasukan Pegawai Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Daerah Kubang Pasu dalam sebuah rumah di Taman Tengku Sarina, Jitra, jam 1:20 pagi, 11 Mei lalu.

Kedua-dua pasangan itu mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.
Hakim Sheikh Kamaruslan Mustapha menetapkan 4 Julai depan, tarikh sebutan semula kes.
Ini kerana peguambela tertuduh, Sukri Zakaria dan pendakwa syarie, Juliana Ramli perlu mengemukakan hujah masing-masing kepada mahkamah dalam tempoh dua minggu.

Apakah ini hasil dari pengedaran video lucah hasil penengeluaran Datuk T.....

sumber

BENGGANG!! KJ SAMA DENGAN BERUK, BERUK SAMA DENGAN KJ!!


Sebenarnya dah lama Mc tak membantai si KJ beruk ni dalam blog. Bukan apa malas la nak tunjuk UMNO ni bermusuh sama sendiri, walaupun dalam hati amatlah menyampah tengok beruk KJ ni dok berlakon sana sini. Tapi bila Mc baca satu laporan mengenai komen 'bahalol' si beruk KJ ni kat satu artikel, Mc rasa dia ni dah melampau dah.

Kepandaian tak sebijak mana, keberanian pula tak la sehebat mana, tapi lagak macam superhero, mulut tak jauh macam juboq ayam. Orang macam KJ ni tunggu masa nak kena sepak saja. Apa masalah dia dengan Tun Dr M pun Mc taktau la, dengki benar dia dengan Tun.

Nak bandingkan KJ dengan Tun Dr M, ibarat langit dan bumi. KJ cuma jadi Pemuda UMNO cabuk, yang tak ada pangkat menteri atau timbalan menteri, manakala Tun Dr M sudah menjangkau dari Perdana Menteri malah jika disebut nama Tun Dr Mahathir, boleh dikatakan sampai Amerika pun orang kenal.

Apa ada dengan KJ? Naik jadi Ketua Pemuda pun sebab bapak mertua yang tolong kempen. Konco-konco yang dok sokong KJ ni pun sebab berkepentingan. Mc ada dengar blogger upahan KJ dapat upah ribuan ringgit untuk membela dan menyanjung KJ di alam maya ni.

Kalau kita bagus, tak perlu mengupah orang suruh puji, itu bukan ikhlas, itu nak cari mati. Orang yang kita upah, bukan menyanjung dengan ikhlas, tapi dengan duit. Duit ada, lu baik, duit tak ada, lu mampus.

Tapi si KJ ni ramai orang menyampah hinggakan takdak orang nak puji dia. Member-member dia pun menyampah dengan perangai berlagak si KJ ni, cuma tak berani cakap depan, diaorang cakap belakang. Cakap depan, habis la sumber kewangan.

Mc bagi nasihat pada KJ, nikmatilah tempat Ketua Pemuda tu setakat mana yang boleh. Hang buat kerja hang KJ, jangan dok kacau orang lain. Mulut juboq ayam hang tu simpan elok-elok, salah cakap kang nanti kena ketuk pulak.

Sesungguhnya inilah orang yang telah memusnahkan UMNO/BN semasa PRU ke 12. Tapi masih tak sedar diri dan berlagak bagus. Biasa la beruk, mana nak faham bahasa manusia. Berukk berukk..
nak tau kenapa Mc marah sangat dengan KJ? baca artikel di bawah,
BENGGANG!! KJ SAMA DENGAN BERUK, BERUK SAMA DENGAN KJ!!


KUALA LUMPUR – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin hari ini mahu Dialog Antarabangsa Langkawi (LID) yang dicetuskan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kira-kira 16 tahun dulu dihentikan penganjurannya.

Beliau turut ‘menyindir’ Dr. Mahathir dengan mengulang kembali ungkapan ‘dah lama dah’ yang pernah diucapkan bekas Perdana Menteri itu sewaktu mengumumkan persaraannya dulu

” Dah lama dah… patut berhenti dialog cam ni,” katanya yang dipetik dari laman Tweeter beliau di sini hari ini

LID dicetuskan oleh Dr. Mahathir sejak 1995 bagi merapatkan hubungan dengan negara-negara Afrika yang menghadapi masalah yang hampir sama iaitu kemiskinan dan masalah negara yang pernah dijajah.

Dalam perkembangan yang sama, beliau turut mengkritik kehadiran Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe ke negara ini bagi menghadiri persidangan tersebut.

” Robert Mugabe tiba di Malaysia. Apa yang kita dapat dengan menjemput pemimpin macam dia?,” katanya dalam laman yang sama. sambung baca sini
Korang tak angin ke dia kata macam tu? sila komen sikit..

10 PERKARA YANG WAJIB DIKETAHUI OLEH MELAYU ISLAM MENGENAI DAP!!


1.    DAP yang ditubuhkan pada 1966 sebenarnya adalah parti cawangan PAP (parti pimpinan Lee Kuan Yew di Singapura) di Malaysia. Kemasukan Singapura ke dalam Malaysia pada 1963 telah menimbulkan konflik antara kerajaan Perikatan dengan PAP kerana PAP telah memainkan sentimen perkauman dan memperkenalkan slogan "Malaysian Malaysia" (mendesak hak sama rata untuk semua kaum).

Sentimen perkauman berterusan yang dimainkan oleh PAP telah menyebabkan Singapura disingkirkan dari Malaysia pada 1965. PAP memohon untuk terus bergiat aktif di Malaysia tetapi ditolak oleh kerajaan Malaysia. Oleh itu, PAP telah menubuhkan cawangannya di Malaysia iaitu DAP untuk meneruskan perjuangannya (DAP = PAP. Ibarat orang sama cuma tukar baju saje. PAP berjaya melahirkan proksinya. Lihat sungguh licik puak komunis-zionis ini mengatur strategi politiknya untuk memecahkan penguasaan Melayu di Malaysia).

2.    PAP pernah meletakkan calonnya menentang parti Perikatan pada Pilihanraya Umum 1964. PAP bertanding di 9 kerusi dan telah memenangi 1 kerusi melalui calonnya C.V. Devan Nair. Penyertaan PAP ini telah mendapat bantahan keras daripada Perikatan. PAP berhasrat menggantikan MCA sebagai juara suara kaum Cina.                                                                                                           

3.    DAP dan Parti Gerakan (sebelum menyertai BN) didakwa menjadi dalang dalam mencetuskan peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969. Kejayaan menawan Pulau Pinang dan memenangi beberapa kerusi di Selangor dan Perak pada Pilihanraya Umum 1969 telah mencetuskan rasa keterujaan yang hebat di kalangan penyokong mereka.

Penyokong mereka telah melakukan perarakan kemenangan di Kuala Lumpur dan apabila melalui kawasan Melayu mereka telah mengeluarkan kata-kata menghina kaum Melayu. Perarakan balas telah dilakukan oleh penyokong UMNO untuk meraikan kemenangan Perikatan memenangi Pilihanraya Umum 1969 itu.

Penyokong UMNO telah berkumpul di hadapan rumah MB Selangor Datuk Harun Idris di Kampung Baru. Berita rombongan penyokong UMNO dari Gombak yang sedang menuju ke rumah Datuk Harun diserang oleh pelampau Cina telah menyebabkan berlakunya tindak balas dari orang Melayu. Lalu berlakulah peristiwa berdarah paling buruk dalam sejarah negara.


4.    DAP pernah menderhaka kepada Sultan Perak apabila mengancam untuk memulaukan majlis angkat sumpah ADUN. Ini kerana DAP tidak berpuas hati kerana wakilnya tidak dilantik sebagai MB Perak walaupun DAP memenangi kerusi terbanyak dalam PRU 2008. Jawatan MB diserahkan kepada PAS (Nizar Jamaluddin) kerana Undang Tubuh Negeri Perak menghendaki hanya orang Melayu sahaja yang boleh memegang jawatan MB.

5.    DAP sekali lagi menderhaka kepada Sultan Perak apabila Pengerusinya Karpal Singh telah mengugut akan menyaman baginda kerana tidak berpuas hati dengan baginda yang tidak memperkenankan permohonan  kerajaan Pakatan Rakyat untuk membubarkan DUN Perak. Ini kerana 3 DUN PR telah mengisytiharkan diri mereka sebagai Bebas yang menyokong BN. Ini menyebabkan kerajaan PR tumbang di Perak selepas 11 bulan memerintah. sini

6.    ADUN DAP, Teresa Kok telah mengarahkan imam di sebuah masjid di Selangor agar tidak menggunakan pembesar suara semasa melaungkan azan Subuh kerana mengganggu ketenteraman awam. Ini menyebabkan dia ditahan di bawah ISA kerana perbuatannya itu mengancam keselamatan negara. sini

7.     Kerajaan DAP P.Pinang telah merobohkan banyak gerai orang Melayu dan dalam masa terdekat beberapa kampung tradisi Melayu  di kawasan pulau sedang menunggu nasib untuk dirobohkan. Alasan yang diberi adalah untuk tujuan "pembangunan". Sebenarnya mereka memiliki niat jahat untuk menghalau orang Melayu dari kawasan pulau.


8.    Seorang ADUN DAP telah dihalau keluar dari dewan oleh Sultan Johor, Almarhum Sultan Iskandar semasa pembukaan sidang DUN Johor pada 2008 kerana enggan mematuhi etika berpakaian (dia enggan memakai songkok - betapa rasisnya puak DAP ni). sini

9.     DAP mendesak kerajaan supaya membenarkan bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng pulang ke Malaysia. Alasan yang diberikan ialah Chin Peng yang sudah tua tidak mampu lagi mengancam keselamatan negara. DAP sanggup menutup mata di atas kekejaman yang dilakukan oleh PKM semasa pemberontakan mereka dahulu.

10.DAP mengamalkan politik perkauman yang sangat bahaya. Setiap kali PRU dan pilihanraya kecil diadakan, mereka akan meniupkan api perkauman dengan modal bahawa kerajaan tidak melayan kaum Cina dengan adil dan memberi keistimewaan lebih kepada kaum bumiputera. Mereka menghasut rakyat khususnya kuam Cina untuk membenci kerajaan dan orang Melayu. Sepatutnya DAP ini DIHARAMKAN dan DIHALAU keluar dari Malaysia kerana telah memecah belahkan perpaduan kaum.     

sumber dari

Saturday, 18 June 2011

Bila Bini Mat Sabu Bela Lakinya Dengan 'Fitnah'


Isteri Mat Sabu, Normah Alwi menyifatkan apa yang sedang berlaku sekarang adalah satu fitnah. Malah katanya, dia sedih dan kecewa kerana ‘fitnah’ lama ke atas suaminya diungkit semula sebelum dan selepas muktamar. Normah juga mengatakan musuh politik Mat Sabu cuba ‘menembak peluru busuk ke arah suaminya’.

Mat Sabu telah ditangkap khalwat dengan seorang wanita bernama Norma, berstatus isteri orang di Bilik 121, Hotel Perdana, Kota Bharu pada tahun 1995. Ketika ditangkap Mat Sabu hanya bertuala hijau, manakala Norma pula tidak bertudung dan sedang memegang sesuatu yang dikatakannya sebagai ubat buasir. Suami Norma yang bernama Bukhari merupakan kawan baik Mat Sabu sendiri!

Normah Alwi boleh menggunakan helah dan alasan yang digunakan oleh Wan Azizah. Tetapi yang pastinya, Mat Sabu memang ditangkap berkhalwat dan ketika ditangkap oleh penguatkuasa, dia memang berada di dalam bilik hotel bersama wanita terbabit.


Fitnah apakah yang dimaksudkan oleh Normah Alwi? Adakah penangkapan tersebut merupakan satu fitnah? Atau sebenarnya Normah Alwi sebenarnya tidak mempunyai alasan lain untuk membela suaminya yang tercinta, Mat Sabu selain hanya mampu memikirkan bahawa peristiwa tersebut hanyalah satu fitnah.

lagi

Pintu rundingan ditutup

Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak akan berunding lagi dengan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) berhubung pengurusan pilihan raya di negara ini kerana ruang sudah pun diberi sebelum ini.

“Kita telah memberi ruang kepada mereka untuk berunding dan mereka telah berjumpa kita November lalu untuk berbincang mengenai beberapa tuntutan kononnya bagi mewujudkan sistem pilihan raya lebih baik.

“Kita terima sesetengah pandangan mereka tetapi tidak setuju dengan beberapa tuntutan yang tidak munasabah. Mereka kata (mereka) sedia bincang. Kalau hendak bincang kenapa perlu berhimpun?

“Pintu rundingan dengan kumpulan tersebut sudah tertutup. Kita tidak tertarik lagi untuk bertemu mereka,” kata Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Beliau menegaskan, tindakan kumpulan tersebut untuk berdemonstrasi pada 9 Julai ini tidak sekali-sekali akan mengubah dasar dan sistem pilihan raya yang telah ditetapkan dan berjalan dengan sempurna selama ini.

“Mereka boleh berhimpun dan terus mencemuh kita, tetapi kita tidak akan tunduk kepada tuntutan kumpulan tersebut,” kata beliau kepada Sinar Harian dalam pertemuan di ibu pejabat suruhanjaya itu di sini, semalam.

Beliau berkata demonstrasi jalanan tidak berkesan dan bukan cara terbaik untuk menyelesaikan rasa tidak puas hati berhubung satu-satu isu.

Telah terbukti demonstrasi yang diadakan sebelum ini hanya menimbulkan kesusahan kepada orang ramai, termasuk peniaga, pemandu teksi dan mengakibatkan kerugian berjuta-juta ringgit.

“Semua pihak tidak setuju demonstrasi, tetapi mereka memilih kaedah tersebut; macam mereka ada agenda lain. Jadi tidak guna lagi untuk bincang,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai tuntutan Bersih, Abdul Aziz menyangkal tuduhan kumpulan tersebut bahawa SPR tidak bebas dan tidak telus sebab terpaksa selalu tunduk dengan kehendak kerajaan.

“Pada hemat saya kumpulan tersebut sendiri yang menjadi alat dan tunduk kepada kemahuan parti-parti tertentu. Kita sudah tengok siapa di belakang kumpulan tersebut. Orang boleh agak siapa dalang mereka,” kata beliau.

Mengenai tuduhan Bersih kononnya SPR berat sebelah dalam pengendalian pilihan raya, Abdul Aziz berkata:

“Kalau kita berat sebelah, mesti tidak ada parti pembangkang menang baik dalam pilihan raya umum atau pilihan raya kecil. Mereka tahu hakikat ini, tetapi mereka sengaja hendak buat kacau.”

ISA : Pemuda tidak akan undur walaupun setapak


KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
ISA : Pemuda tidak akan undur walaupun setapak
18 Jun 2011 (Sabtu)

1. MUBARAK mendesak kerajaan agar menangkap perancang Himpunan BERSIH 2.0 di bawah Akta Keselamatan Dalam negeri [ISA]. Ini satu ugutan yang keterlaluan dan melanggar lunas demokrasi. Saya nasihatkan MUBARAK agar tidak menjadi Husni Mubarak 2.0 yang suatu ketika dahulu bermaharajalela dan menangkap siapa sahaja yang menentang beliau tanpa sebarang bicara.

2. Mereka mahu ugut siapa ? Kami sudah menegaskan kepada semua bahawa kami hanya akan berhimpun secara aman dan menunjuk perasaan kami membantah sistem demokrasi yang masih pincang dan mendesak supaya beberapa tuntutan kami yang mewakili sebahagian besar rakyat diterima dengan baik oleh pihak kerajaan. Apa masaalah MUBARAK ? apa masaalah kerajaan ? untuk tidak menunaikan permintaan sebahagian rakyat biar pun tidak semua rakyat dalam negara ini membuat tuntutan serupa, justeru apa yang kami minta adalah untuk keadilan dan ketelusan.

3. Kita tidak minta lebih. Kita tidak meminta suatu yang merugikan mana - mana pihak termasuk kerajaan. Apa yang kita minta ialah padang yang sama rata, alat yang serupa dan suasana yang mengizinkan ketelusan berlaku dan dilihat berlakunya ketelusan dalam sistem demokrasi khasnya sistem pengendalian pilihanraya dalam negara ini.

4. Setelah permintaan kita selama ini gagal dilayan dengan baik oleh pihak berwajib, himpunan BERSIH 2.0 adalah sebagai langkah untuk menunjuk perasaan dan menarik perhatian bahawa permintaan kita adalah serius dan tidak boleh dipandang ringan oleh mereka.

5. Cara mahu menangani Himpunan BERSIH 2.0 ialah dengan mengawal himpunan ini agar tidak terdedah kepada provokasi pihak yang tidak bertanggungjawab dan menunaikan permintaan rakyat tersebut. Bukan dengan ugutan dan tangkapan . Jika ugutan dan tangkapan itu mereka fikir boleh menakutkan rakyat, maka saya fikir mereka silap dan 1001 kali silap.

6. Insyaallah, saya sendiri akan berada di saff hadapan dan jangan fikir ISA itu boleh mengendurkan semangat saya dan melemahkan kesungguhan saya apalagi mahu menakutkan saya. Saya yakin ini adalah perjuangan rakyat yang mahu menuntut kebenaran, keadilan, ketelusan dan kejujuran dalam sistem pengendalian demokrasi negara dan ia adalah suatu yang dituntut oleh Islam justeru Islamlah pelopor keadilan, ketelusan dan kejujuran ini.

7. Saya menyeru semua rakan - rakan anak muda dari seluruh negara agar gembira dan tenang. Himpunan BERSIH 2.0 adalah untuk keamanan dan kesejahteraan negara. Rakyat juga tidak perlu resah, peniaga tidak perlu bimbang dan orang ramai tidak usah gundah, himpunan ini aman jika mana - mana pihak termasuk pihak polis tidak mencetus provokasi. Saya yakin, yang rasa tidak aman ialah UMNO dan BN, yang resah ialah UMNO dan BN dan yang gundah ialah UMNO dan BN.

8. Malaysia bukan negara polis. Maka usahlah kerajaan menangani masaalah rakyat dan tuntutan mereka dengan kekerasan dan tangkapan. Tapi, kalau kerajaan fikir mereka mahu jatuh cepat dari jadual yang telah ditentukan, silakan lah berbuat sesuka hati. Saya tidak boleh jamin apa - apa.

9. Saya menyeru buat kesekian kalinya, datanglah ke Kuala Lumpur pada 9 Julai 2011 nanti dengan happy dan enjoy membawa semangat "Visit Day" dan Kuala Lumpur adalah destinasi anda kali ini. Melancunglah dalam negeri ! bukankah ini slogan kerajaan.Pelancungan pada 9 hb Julai 2011 ini adalah bertemakan Keadilan dan Ketelusan di samping menikmati Kota Raya negara kita sendiri.

10. Datang jangan tak datang. Saya tunggu anda semua pada 9 hb Julai 2011 kelak . Salam perjuangan dari saya mewakili seluruh warga Dewan Pemuda PAS Malaysia .


Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Thursday, 16 June 2011

PIHAK FRU dan POLIS boleh ambik cuti .. PERKASA nak pertahankan keamanan negara!!!


Bersih 2.0 - bersih vs perkasa?

BERSIH 2.0 mempunyai matlamat yang baik dan murni bagi mendesak satu pilihanraya yang adil dan bersih. Himpunan ini jelas dengan objektif dan matlamat demi kebaikan negara. Sebarang penyelewengan yang dilakukan secara terang-terangan untuk menjamin kemenangan parti pemerintah akan menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat.
Bila mana pelbagai salahguna kuasa mula dilakukan oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), serta penyalahgunaan media secara berleluasa, maka penyelewengan ini mesti diperbetulkan.

Pas memilih jalan demokrasi bukan sahaja bersama Pakatan Rakyat malah dengan sesiapa sahaja yang menuntut keadilan dalam sistem pilihanraya. Hanya dengan satu sistem yang adil sahaja keadilan dan hak rakyat, yang juga termasuk rakan-rakan dan saudara mara pihak polis dapat dijamin.

PERKASA cetus provokasi
Tiada tindakan pihak polis membuatkan seolah-olah negara ini tiada undang-undang kerana ada badan NGO yang mengatasinya sehingga pelbagai kenyataan yang terang-terangan bersifat provokasi boleh dikeluarkan dengan bebas.

Dato' Ibrahim Ali, secara lantang membantah perarakan aman Bersih 2.0 dengan mengerahkan ahli-ahli Perkasa-nya turut berarak pada hari yang sama, semata-mata untuk menentang dan bertembung dengan kumpulan Bersih 2.0.
Disebabkan itu, PAS menyarankan supaya pihak polis mesti menghalang perhimpunan Perkasa yang lebih bersifat provokasi dan memungkinkan berlakunya perkara yang tidak diingini.

Pertemuan dengan SPR

Pas akan mengadakan dialog dan perundingan dengan pihak SPR sebelum perhimpunan Bersih 2.0 berlangsung.

Pertemuan ini sangat penting bagi memastikan tuntutan Bersih 2.0 dapat dipenuhi, dan pihak kerajaan perlu faham kenapa rakyat membantah SPR. Ini juga membuktikan PAS bukanlah sebuah parti yang suka mencetuskan suasana gawat dengan demonstrasi aman.
Himpunan ini adalah jalan keluar terakhir bagi memperlihatkan kepada pihak kerajaan betapa seriusnya kemarahan rakyat kepada ketidakadilan sistem yang sedang berjalan kini.

Pengeluaran kad pengenalan kepada warga asing gugat kedaulatan negara

Sebagai contoh, katanya tindakan JPN mengeluarkan kad pengenalan kepada warga asing di Selangor, Kedah dan juga Kelantan sebagaimana yang dilaporkan kepada pihak polis bukanlah satu isu kecil dan remeh yang boleh dipandang sebelah mata.

Begitu juga isu pendaftaran pengundi baru yang sangat luar biasa di Selangor, Kedah dan Pahang telah menimbulkan pelbagai bantahan dan kebingungan rakyat.

Semua usaha ini memperlihatkan seolah-olah SPR dan JPN mempunyai konspirasi bersama Umno dan Barisan Nasional bagi memastikan kemenangan berpihak kepada mereka.


Dipetik daripada blog Ketua Penerangan Pas Pusat, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man

BERSIH 2.0 : Mesej dari Ustaz Nasaruddin Tantawi

1. Biarpun berhadapan dengan ugutan dan halangan, langkah derap Dewan Pemuda PAS Malaysia memobilisasi kebangkitan rakyat guna mendesak satu sistem demokrasi yang adil dan pilihanraya yang telus, sekali - kali tidak terjejas semata - mata kerana tindakan nakal pihak tertentu termasuk UMNO dan Perkasa. Biar 1000 laporan polis yang mereka lakukan, mereka tidak mungkin mampu memadam semangat anak muda yang menuntut keadilan dan ketelusan dalam sistem demokrasi negara ini justeru keadilan dan ketelusan tersebut juga menjadi sebahagian daripada tuntutan Islam.

2. BERSIH 02 adalah manifestasi dari kebangkitan anak muda yang mula bosan dan kecewa dengan sikap kerajaan UMNO dan BN mempermainkan rakyat dan mempersenda sistem demokrasi. Kepincangan demokrasi ala malaysia ini masih ketara, apabila pihak Pakatan Rakyat terus dikekang daripada mendapat hak yang sama untuk akses dengan media sedang Barisan Nasional sepenuhnya memanipulasi media arus perdana [seperti RTM] untuk memberi maklumat satu hala atau sebelah pihak kepada rakyat. Laporan kajian Kebebasan Media 2011 oleh Freedom House, kedudukan Malaysia jatuh ke tangga 143 daripada 196 negara. Manakan tidak ....
  • Kementerian dalam negeri [ KDN ] gagal meluluskan permohonan permit Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan Hata Wahari menerbitkan akhbar harian "Utusan Rakyat"
  • Sehingga kini hasrat DPP Malaysia mahu melihat lahirnya sebuah akhbar harian "Purnama" yang dimohon permitnya lebih sedekad yang lalu masih tidak kesampaian.
  • Begitulah nasib yang menimpa Harakah, Suara Keadilan dan Rocket. Bukan sahaja tidak dibenarkan terbit secara harian, ianya terhad untuk ahli sahaja dan terus menerima tekanan dari pelbagai sudut.
3. Undi pos pula akan terus menjadi tali hayat Barisan Nasional agar mereka terus berkuasa dan mampu melangsungkan tradisi "membelasah" rakyat dengan penyalahgunaan kuasa dan rasuah. Lihat sahaja laporan Global Financial Integrity yang mendakwa sebanyak RM 889 bilion tiris dan mengalir keluar dalam tempoh lapan tahun antara 2000 - 2008. Begitu juga laporan Ketua Audit Negara yang terbaru, sebanyak RM 28 bilion telah tiris dalam perbelanjaan dana awam.

4. Undi pos juga akan terus menjadi sandaran Barisan Nasional untuk terus kekal berkuasa lalu membuli rakyat dengan kenaikan harga minyak, kenaikan harga barang, kenaikan tarif bil elektrik, saman ekor serta "membelenggu" anak muda dengan lingkaran hutang PTPTN. Undi pos adalah satu makenisme yang paling strategik untuk mengekalkan survival kuasa politik Barisan Nasinoal sedang ia tidak lagi relevan dalam sistem demokrasi moden hari ini.

5. Sebahagian mereka menempelak hasrat BERSIH 02 kononnya tidak lagi relevan kerana Pakatan Rakyat telah memenangi 4 buah negeri dan hampir menguasai keseluruhan kerusi di Wilayah Persekutuan. Menang di 4 buah negeri bukan bermakna kami telah berpuas hati dengan tahap ke"bersihan" sistem pengendalian pilihanraya dalam negara ini. Saya percaya, jika pilihanraya benar - benar dikendalikan sebersih - bersihnya dari sebarang manipulasi dan sistem demokrasi dilangsungkan dengan telus dan adil, Pakatan Rakyat mampu menang sekurang - kurangnya di 8 buah negeri pada pilihanraya umum 2008 yang lalu malah berkemungkinan besar mampu memperolehi simple majoriti bagi menguasai parlimen.

6. Antara kepincangan demokrasi yang diamalkan dalam negara kita Malaysia ialah tindakan mereka yang mahu menghalang hak rakyat berhimpun secara aman seperti Himpunan BERSIH 02. Setelah mendengar janji daripada penganjur BERSIH 02 bahawa ia akan dilangsungkan secara aman, mereka masih mengugut rakyat agar tidak menyertai himpunan tersebut. Selayaknya pihak berkuasa mengambil langkah mengawal himpunan BERSIH 02 sebagaimana mereka boleh mengawal himpunan dan perarakan puluhan ribu manusia pada hari sambutan kemerdekaan, malam citrawarna dan sebagainya.

7. Pihak berkuasa juga sayugianya menghalang hasrat pihak - pihak lain selain BERSIH 02 yang terlebih dahulu telah mengisytiharkan hasrat menganjurkan himpunan pada hari yang sama dan di tempat yang sama, kerana ia adalah satu bentuk provokasi yang boleh mencetus ketidaktenteraman suasana himpunan tersebut. Saya hairan kenapa Perkasa atau lainnya mahu mengadakan himpunan pada hari yang sama dan tempat yang sama ? Ertinya merekalah yang mahu mencetus provokasi dan suasana tidak aman bukan pihak BERSIH 02.

8. Andai mereka mahu menduga pengaruh, mereka boleh menganjurkan himpunan serupa pada 10 hb Julai iaitu sehari selepas BERSIH 02 atau pada 8 hb Julai iaitu sehari sebelumnya. Kenapa mereka begitu terdesak mahu mengadakan himpunan mereka pada hari yang sama ? mereka marah rakyat mahu sertai BERSIH 02 kerana himpunan itu kononnya demontrasi jalanan yang sia - sia, tetapi mereka juga mahu menganjurkan himpunan untuk menunjukkan bantahan mereka terhadap BERSIH 02 ! Alangkah dangkalnya mereka berfikir !

9. Benarkan dahulu rakyat menyertai BERSIH 02 pada 9 hb Julai untuk membantah sistem pengendalian demokrasi dan pilihanraya yang pincang dalam negara ini. Maka keesokkan harinya, bolehlah mereka pula berhimpun untuk membantah himpunan BERSIH 02 jika mereka tidak berpuas hati atau kiranya mereka kurang sabar, boleh sahaja mereka berhimpun pada 8 hb Julai untuk melahirkan bantahan mereka danbenarkan BERSIH 02 berlangsung dengan aman tanpa sebarang provokasi pada 9 hb Julai 2011. Apakah kerajaan UMNO dan BN perlu diajar sedemikian rupa erti demokrasi ?

10. Saya mengharapkan anak - anak muda tidak terpengaruh dengan taktik kerajaan Barisan Nasional dan proksi - proksi mereka yang cuba mengugut untuk membatalkan BERSIH 02 justeru itulah yang akan meletakkan Barisan Nasional terus selesa menghadapi pilihanraya umum ke 13 secara berat sebelah dan tidak telus. Insyaallah, Dewan Pemuda PAS Malaysia dan seluruh warganya akan terus berada di saf hadapan memimpin kebangkitan anak muda bersama rakan - rakan dari Angkatan Muda Keadilan dan DAPsy.