Thursday, 29 November 2012

UMNO tikam kawan,Mahfuz lupa PAS selalu 'ditikam' DAP.



Kalau kawan sendiri pun para pemimpin Umno sanggup tikam, apa lagi rakyat biasa, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar). Sambil menyifatkan percubaan Tun Dr Mahathir Mohamad menghempas semua beban kesalahan ke atas Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai bukti sifat sebenar para pemimpin Umno yang suka menikam kawan untuk kepentingan sendiri, Mahfuz mengingatkan rakyat supaya bersedia dan sentiasa berjaga-jaga untuk menghadapi sifat jijik Umno itu. "Kalau kawan sendiri pun ketua-ketua Umno sanggup tikam, rakyat tentulah mereka sanggup kerjakan hingga hancur berkecai," katanya. Mahfuz menyalahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak atas apa yang berlaku itu. Dalam temubual dengan RTM menjelang Perhimpunan Agung Umno, Dr Mahathir menyalahkan pemimpin sebelum Najib sebagai orang yang merosakkan Umno.

 Padahal semua bekas pemimpin Umno yang meninggalkan parti itu menyalah beliau (Dr Mahathir) sebagai punca segala masalah yang melanda Umno sekarang. "Najib gunakan RTM untuk menemubual Dr Mahathir yang diketahui umum akan menyalahkan Pak Lah seorang sahaja atas semua perkara buruk yang berlaku ke atas Umno dan pemerintahan negara yang diterajui Umno. "Semua orang boleh agak, kalau temubual Dr Mahathir dia akan belasah mangsa kegemarannya iaitu Pak Lah dan Najib gunakan apa yang diketahui umum itu untuk cuba mengelakkan dirinya dari dipersalahkan atas pelbagai kemelut yang melanda negara ini kini," kata Mahfuz. Beliau berkata, Najib amat silap jika beliau menyangka rakyat tidak sakit hati dengan kegagalannya memerintah negara ini. "Kalau Pak Lah hanya tahu mengumumkan koridor demi koridor, Najib pula hanya tahu sebut perkataan transformasi dan selepas itu tidak tahu apa-apa untuk memanfaatkan rakyat. "Transformasi hanyalah gelembong kosong tanpa isi," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

 Malah, kata Mahfuz, Najib menjadi lebih buruk di sisi rakyat apabila dilihat gunakan RTM untuk tikam kawan. "Seperti yang didedahkan oleh seorang bekas wartawan kanan Utusan, semua orang tahu agenda media ditetapkan oleh Biro Politik Umno yang diketuai Najib. "Sebab itulah Najib dilihat memberi laluan supaya RTM boleh digunakan untuk tikam kawan sendiri demi menyelamatkan imejnya," kata Mahfuz. Oleh kerana dalam temubual itu Dr Mahathir menyatakan keyakinannya Umno akan menang besar jika tidak berlaku cah keting, Mahfuz menyifatkan Dr Mahathirlah contoh agung perbuatan cah keting dalam Umno. "Politik tikam kawan yang menjadi amalan Dr Mahathir seperti yang ditunjukkan dalam temubual itu menjadikan beliau sebagai contoh agung dan model utama perbuatan cah keting yang akan jadi ikutan dan amalan ahli-ahli Umno terutama menjelang pilihan raya umum ini," kata beliau.

TUDIAA!! Artis-artis Cun Ni Nak Masuk UMNO ke? #PAU2012




Dalam ramai - ramai manusia yang datang ke Majlis Perasmian Perhimpunan Sayap Wanita, Pemuda dan Puteri semalam, terperasan pulak gelagat awek tiga orang ni.

Mula - mulanya Mc sikit pun tak cam siapa mereka. Tapi awal petang tadi seorang sahabat Mc mengesahkan bahawa mereka ni merupakan selebriti.

Hah! Selebriti? Apa pulak kaitannya selebriti ni dengan Politik? Bukan ke selebriti dan Politik ni merupakan dua perkara yang berbeza?

Jadi, kenapa pulak diorang datang ke Majlis Perasmian semalam? Bukan ke itu menunjukkan bahawa selebriti sekarang pun dah celik dengan Politik?

Dan tak semua selebriti ni kena sokong puak - puak Pakatan Pembangkang yang bangang tahap Gila Gaban tu sahaja. Hak diorang la nak sokong sapa pun kan.

Haha... agak - agaknya, korang kenal tak dengan tiga orang awek kat atas tu? Kalau sekali pandang, mesti korang pun tak perasan macam Mc jugak. Perhatikan lama - lama. Baru korang kenal siapa diorang. Tengok... jangan tak tengok. Hehehe...

Ps: Dari kiri, Darling Ngasri, Fara Fauzana dan Anne Ngasri. Amacam? Betul tak?

Bekas Ketua Polis Negara semakin Pro-Pakatan.



Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mendakwa ada campur tangan luar, dalam tugas Polis Diraja Malaysia (PDRM) semasa beliau memimpin pasukan tersebut. Beliau berkata, semasa pimpinannya, pegawai junior dan seorang ketua polis daerah pernah menerima arahan daripada seorang menteri tanpa pengetahuannya.

 Menurutnya, tindakan menteri tersebut adalah tidak wajar dan bertentangan dengan peruntukan undang-undang. “Saya berdepan dengan menteri tersebut dan menerangkan dalam Seksyen 4 (1) Akta Polis 1967 menjelaskan hanya mereka yang dilantik sebagai Ketua Polis Negara sahaja boleh mengeluarkan arahan untuk polis. “Walaupun saya tahu beliau tidak suka dengan penerangan itu, tetapi saya menyampaikan dengan cara baik,” katanya pada sidang media isu peningkatan jenayah, semalam.

 Turut sama, Pengerusi Pasukan Petugas Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), R Sri Sanjeevam dan Penasihat MyWatch, S Gobikrishnan. Musa yang telah memegang jawatan sebagai KPN selama empat tahun mengakui ada menerima aduan daripada pegawai polis yang mendakwa menerima arahan daripada menteri. Menurutnya, pihak pengurusan tertinggi PDRM perlu melihat keadaan ini bagi memperbaiki mutu kerja dan profesionalisme polis.

Ucapan Najib di #PAU2012 ibarat 'SIPUT'


Najib Harus Jadi Kelip-Kelip Bukan Siput

ULASAN UCAPAN NAJIB

Ha Najib Razak tampil di hadapan kira-kira 2,500 perwakilan dan pemerhati Umno di PWTC dengan membuat kejutan awal membangkit semangat perwakilan agar bersedia untuk menghadapi pilihan raya. Awal-awal lagi beliau melaungkan bahawa Umno sudah pulih dari segala kecederaan dan sedia menghadapi pilihan raya bila-bila masa. Biasanya pembangkitan semangat sebegitu akan dibuat di penghujung ucapan, tetapi berlainan kali ini.
Najib: mengulangi perkara lama.
Mungkin Najib ingin membuat semakan sejauh mana perwakilan sedar atau terbangkit dengan laungan dan jaminan itu. Malangnya sikap para perwakilan tidak seghairah Najib. Perwakilan tidak memberi 'respon' sewajarnya. Ini boleh disimpulkan pengakuan Najib bahawa Umno suah pulih dan bersedia menghadapi pilihan raya itu kurang disetujui para perwakilan dan pemerhati.

Orang bawahanlah yang dapat menentukan apakah semangat Umno sudah pulih atau sedang menggeleter dan takut kehilangan kuasa dan kedudukan. Atau yang ada terlibat dengan jenayah sedang menghitung hari dan apakah bnetuk tuduhan ke atas mereka dan bila masa mereka akan ditangkap. Sebab itu ungkitan Najib itu tidak disambut meriah.

Mereka lebih arif dan mengerti sebab mereka berdepan dengan serangan dan kebangkitan semangat pembangkang. Mereka yang menyaksikan berbagai-bagai majlis dan himpunan Pakatan Rakyat yang penuh dengan manusia di semua peringkat. Jadi mereka tidak mahu berbohong kepada diri sendiri untuk bersetuju dengan Najb mengatakan Umno sudah pulih sedangkan apa yang disaksikan tidak menggambarkan keadaan itu bahkan Umno semakin parah dan pengarunya menirus macam ekor tikus di kalangan Melayu.

Thursday, 22 November 2012

Fitnah TERBARU Ostazah Ebbi terhadap @NajibRazak..



Perghh..., Ostazah Ebbi ni semakin hari semakin mengganas nampaknya sejak dia bergelumang dalam kandang Pas..

Yang terbaru, Ebbi didalam satu laman perkongsian gambar, telah menyebarkan fitnah kononnya Perdana menteri Malaysia menyokong perancangan Yahudi..

Ebbi telah menyebarkan satu risalah yang menuduh Najib Razak sebagai Ahli Freemason!!!

Bagi gua, ini memang satu tuduhan yang amat berat kerana ia melibatkan pemimpin tertinggi negara yang diketahui umum sebagai sebuah negara Islam..

So adakah wajar seorang pemimpin tertinggi negara Islam macam Malaysia ni dituduh menyokong perancangan Yahudi dan juga Ahli Freemason?

Disini gua nak tengok sama ada Menteri KDN dan juga pihak berwajib berani tak buat sesuatu pasal fitnah ni?

Walaupun korang dah sedia maklum tentang 'Kedudukan TELOR' menteri KDN kita tu.., tapi tak salah rasanya kita bagi dia peluang terakhir 'yang ke 500 kali' untuk menjalankan kewajipan beliau...

Kalau tak ada tindakan jugak, lepas PRU13 nanti biar gua je jadi Menteri kat situ.. Sekurang-kurangnya.., gua lagi macho.. Hahahaha...

Cabang PKR Perak bergolak,mahu sertai UMNO.



PKR Perak semakin celaru selepas beberapa pemimpin di lima cabang di negeri ini didakwa mula meluah rasa tidak puas hati terhadap pimpinan mereka. Bekas Ketua PKR Cabang Ipoh Barat, Fauzi Muda berkata, pemimpin di lima cabang itu ada menemuinya dan bercerita mengenai masalah dan ketidakpuasan hati mereka. Tidak mendedahkan nama cabang terbabit, Fauzi mendakwa, ketidakpuasan hati itu di tahap serius dan mungkin boleh menjejaskan peluang PKR Perak menang Pilihan Raya Umum-ke-13 (PRU13).

 “Ada antara mereka terdiri daripada ketua cabang, pengarah pilihan raya dan beberapa pemimpin kanan. “Kita tunggu dan lihat apa yang akan berlaku nanti kerana saya yakin pemimpin-pemimpin yang kecewa ini tidak akan dilayan oleh pimpinan Negeri Perak,” dedahnya kepada media,Sementara itu, mengulas pergolakan Pakatan Rakyat (PR) Tambun, beliau berkata, PKR sebenarnya mengharapkan jentera pilihan raya Pas untuk mempertahankan dua kerusi di Parlimen Tambun. Katanya, PKR Tambun perlu mengakui hubungan antara mereka dengan Pas memang sedang bergolak kerana PKR cabang itu hanya bergantung pada jentera Pas untuk mendapatkan sokongan rakyat.

 Menurutnya, wajar untuk Pas menuntut kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Hulu Kinta itu dari PKR kerana parti itu lebih banyak bekerja untuk menang PRU13. “Pas di Parlimen Tambun itu dilihat seperti orang suruhan PKR sedangkan kerusi itu bukan milik mereka. Keahlian PKR di Tambun juga tidaklah begitu banyak sebenarnya jika dibandingkan dengan Pas. “Saya berani cabar Ketua PKR Cabang Tambun, Dzulkifly Ibrahim bertanding salah satu daripada dua kerusi PKR kalau benar kerjasama mereka dengan Pas baik,” katanya.

Wednesday, 21 November 2012

HOT!! Software Pengesan AES untuk pengguna Android..




Berita baik bagi pengguna Android.., satu aplikasi telah dicipta oleh warga Malaysia yang membolehkan peranti android korang mengesan lokasi kamera AES berada..

Aplikasi ni akan mengesan lokasi AES yang berada 500 meter dari posisi kereta korang sewaktu memandu di lebuhraya..

Dan aplikasi ni juga akan membunyikan signal amaran sebaik saja kereta korang memasuki jarak 500 meter sebelum sampai ke kamera AES yang dipasang di kawasan tersebut..

Yang paling best.., aplikasi AES Detector ni FREE je beb.. Dan ia bukan di sponsor oleh Yahudi macam yang SUARAM dapat tu..


Satu perkara yang perlu korang tahu.., aplikasi ni menggunakan sepenuhnya aplikasi GPS yang ada dalam handphone atau tablet android korang..

Maknanya, tanpa GPS diaktifkan serta mempunyai signal yang kuat.., aplikasi AES Detector ni tak berkesan beb..

Dan of course la korang perlukan handphone atau tablet android untuk pasang aplikasi ni.. Kalau takat handphone Nokia cap ayam, memang tak boleh punya..

Err..., pengguna Blackberry pun tak boleh pakai aplikasi ni sebab jenama tu tak sokong sistem android.. Rugi betull!!

So.., terima kasih pada Kevin Chua yang cipta AES Detector ni.. Korang boleh download aplikasi ni didalam Play Store/Google Play dari handphone/tablet korang..

Harapnya, aplikasi ni dapat membantu korang dan gua untuk elakkan diri dari kena saman AES di lebuhraya..

Ucapan Bajet 2013 Kerajaan Negeri Kedah oleh MB Kedah




UCAPAN BAJET TAHUN 2013



OLEH
YANG AMAT BERHORMAT
DATO’ SERI DIRAJA MENTERI BESAR
KEDAH DARUL AMAN

PADA 20 NOVEMBER, 2012 / 2.30 PETANG

BERTEMPAT Di DEWAN UNDANGAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN

Assalamualaikum Warohmatullahhi Wabarakatuh dan salam sejahtera.

Alhamdullillahirobbil alamin Wassolatuwassalamu ala asyrabil anbiyaiwalmurssalin Waala alihi Wasohbihi ajmain.


Yang Berhormat Dato’ Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat,

Marilah sama-sama kita memanjatkan kesyukuran kepada Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan izin dan limpah rahmatnya dapatlah saya dan semua ahli-ahli Yang Berhormat menghadiri persidangan dewan pada petang ini.

Kita juga bersyukur di atas nikmat keharmonian, kedamaian dan kesejahteraan yang kita kecapi selama ini.

Sesungguhnya nikmat yang kita kecapi adalah terlalu luas dan tidak mampu untuk dihitung.

SAMBUNG BACA...

Negara kapiaq McD boleh tutup negara Islam 1Malaysia masih berbangga dibukanya..!!



TERHOT: 110 cawangan McDonald's Jepun ditutup McDonald's menutup 110 cawangan di Jepun kerana jualan merudum...Rangkaian restoran makanan segera terbesar dunia McDonald's hari ini mengumumkan penutupan 110 cawangan restoran mereka di Jepun...Owhh!! Jepun sudah! Malaysia pulak bila lagi?

DAP mampu tegakkan 'Survival' perjuangan Islam?



Doa untuk menghancur dan menjahanamkan Umno BN yang disebut di Stadium Sultan Muhammad IV baru-baru ini adalah bermaksud mengalahkan parti dan gabungan tersebut dalam pilihanraya umum akan datang. Dalam arena politik Malaysia, PAS dan Umno sekian lama bertanding untuk memenangi hati rakyat bagi mendapatkan kuasa pemerintahan. Dasar sekular dan nasionalis perkauman yang diperjuangkan oleh Umno BN jelas bertentangan dengan dasar PAS yang ingin menegakkan Islam yang syumul dan menyeluruh.

 Dasar Umno BN inilah yang telah membawa banyak kerosakan dalam masyarakat dan negara. Keruntuhan akhlak, gejala sosial, pecah amanah, peningkatan jenayah, kehancuran institusi keluarga, dan lain-lain adalah bahana daripada pemerintahan Umno BN selama ini. Umno BN hanya menjadikan Islam sebagai amalan ritual yang dipenjara dalam institusi, program dan majlis agama, bukan sebagai rujukan dan dasar dalam pemerintahan. Justeru, atas sebab inilah PAS berlawan dengan Umno BN dan bertanding dalam pilihanraya untuk mengalahkan parti dan gabungan tersebut. Ini kerana perjuangan dan dasarnya jauh bertentangan dan menyimpang daripada Islam yang dibawa oleh Nabi Junjungan S.A.W.

 Untuk mencapai kemenangan dalam 'peperangan' pilihanraya ini, kehancuran pihak lawan adalah sangat penting. Hancurnya Umno BN bukan bermaksud hancur dan binasa individu yang berada di dalamnya. Hancurnya Umno BN ialah parti dan gabungan tersebut tidak mampu meneruskan survival dan kelangsungan perjuangan yang berlawanan dengan Islam apabila kalah dalam pilihanraya. Kehancuran ini adalah agar rakyat Malaysia tidak lagi berada di bawah pemerintahan Umno BN yang telah menyebabkan kerosakan yang parah kepada negara. Malaysia perlu diselamatkan daripada pemerintahan yang seumpama ini.

Tuesday, 20 November 2012

KANTOI !!! MAK LAMPIR ADA 4 KENDERAAN MEWAH DALAM MASA 4 TAHUN JADI AHLI PARLIMEN ???



Zuraida Kamaruddin di lahirkan di Bengkulu, Sumatera Indonesia.Akibat kemiskinan hidup pada masa itu di Indonesia keluarganya telah berhijrah ke Singapura.Ketika itu Singapura masih lagi berada dalam Persekutuan Tanah Melayu.Selepas berlaku perpisahan antara Singapura dengan Malaysia keluarganya mengambil keputusan untuk memilih Malaysia sebagai tempat bermaustatin.Selepas itu mereka telah di beri kerakyatan Malaysia.Nama asal mereka sekeluarga juga dipercayai telah ditukar.Sebelum di pilih sebagai Ahli Parlimen Ampang pada tahun 2008 Zuraida adalah seorang penjual buah di kawasan Ampang.Selain menjual buah beliau juga secara sampingan turut menjual ubat-ubatan tradisional termasuk minyak angin.Penglibatannya dalam PKR bermula selepas dia menyertai sebuah pertubuhan pro pembangkang yang dikenali sebagai Gerakan Mansuhkan ISA.

Hasil pergaulan dan perkenalan beliau dengan orang-orang pembangkang dalam pertubuhan itu membawa beliau menyertai PKR.Kebetulan pada masa itu PKR berada dalam keadaan hidup segan mati tak mahu dan tidak ramai orang yang sanggup menerima jawatan -jawatan dalam parti.Kesempatan itu di ambil oleh Zuraida untuk menonjolkan dirinya dengan suara-suara lantangnya yang akhirnya membawa beliau berjaya memegang jawatan Ketua Wanita PKR.Zuraida yang terkenal dengan bau badan yang masam di kalangan orang-orang PKR telah dipilih oleh PKR untuk menjadi calon mereka di Ampang dalam PRU ke 13 memandangkan pada waktu itu tidak ramai orang-orang PKR yang berminat untuk jadi calon. Tuah ayam nampak di kaki tuah manusia siapa yang tahu.Zuraida menang di Ampang dan dalam masa yang sama PKR berjaya membentuk kerajaan di Selangor.Ramai orang-orang PKR yang terlopong melihat orang yang selalu diperli dengan bau badan masam sebelum itu diangkat sebagai ahli parlimen oleh pengundi-pengundi Ampang.Bermula Mac 2008 kehidupan Zuraida sekeluarga berubah setelah bergelar wakil rakyat di sebuah negeri yang diperintah PKR.Zuraida tidak perlu lagi menjual buah.Selain sibuk sebagai ahli parlimen Zuraida juga sibuk memenuhi undangan-undangan ceramah di seluruh negara untuk membongkar ‘penyelewengan dan rasuah Umno’.Sebelum menjadi wakil rakyat di negeri yang diperintah oleh PKR Zuraida hanya menggunakan kenderaan Perodua Myvi yang dibelinya pada tahun 2005.Itulah satu-satunya kenderaan yang dimiliki beliau pada masa itu.

No kenderaan : WNL 8994
No enjin : E94A84B
Model : Perodua Myvi 1.3 Ezi (Auto)
Tarikh daftar : 31.10.2005
Pemilik : Zuraida Bt Kamaruddin
KP : 580314 71 5206

Namun seperti yang kami katakan diatas tuah ayam nampak di kaki tuah manusia siapa yang tahu. Daripada seorang penjual buah dan ubat-ubatan tradisional yang hanya menggunakan kenderaan Perodua Myvi kehidupan Zuraida berubah sekelip mata selepas menjadi wakil rakyat.Beberapa bulan selepas diangkat sebagai ahli parlimen dan PKR membentuk kerajaan di Selangor Zuraida telah membeli sebuah kenderaan baru seperti berikut.


No kenderaan : WRL 575
No enjin : B5254 T2 A027402
Model : VOLVO XC90 2.5 T
Tarikh daftar : 01.07.2008
Pemilik : Zuraida Bt Kamaruddin
KP : 580314 71 5206
Harga kenderaan : RM 355,000.00

Bayangkan daripada Perodua Myvi yang berharga RM 40k terus melonjak kepada Volvo yang berharga RM 355k.Itulah yang dinamakan rezeki.Tahun 2009 tidak ada sebarang kenderaan baru yang dibeli oleh Zuraida. Manakala pada tahun 2010 Zuraida membeli sebuah lagi kenderaan seperti berikut.


No kenderaan : WTY 1547
No enjin : 2KD650 8915
Model : Toyota Hilux Double Cab 2.5 AT
Tarikh daftar : 31.05.2010
Pemilik : Zuraida Bt Kamaruddin
KP : 580314 71 5206
Harga kenderaan: RM 99,000.00 

ANDA NAK MELIHAT LAGI 2 KENDERAAN YANG MAK LAMPIR BELI ??? 

Demo AES anjuran Pakatan tak dapat sambutan.



Sekumpulan aktivis NGO pro Pakatan Rakyat mengadakan perhimpunan dekat bangunan parlimen hari ini bagi membantah pelaksanaan saman trafik melalui Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang didakwa hanya memberi keuntungan kepada pihak tertentu.

 Perhimpunan kira-kira 20 orang itu diketuai koordinator Gabungan Aktivis Bantah AES (BANTAH) Saifullah Zulkifli yang menjelaskan, NGO tersebut menolak sistem yang "mengayakan kroni". "Kita tak bantah usaha mengurangkan kemalangan. Apa yang kita marah kenapa syarikat kroni yang dapat?," kata aktivis Angkatan Muda PKR itu lagi ketika berucap dalam perhimpunan tersebut. Beliau turut mempersoalkan jumlah saman yang terlalu banyak dikeluarkan oleh sistem itu sejak ia diperkenalkan.

 "Dalam tempoh 14 hari disaman, lebih 64,000 saman dikeluarkan," katanya. Isu berhubung kontrak AES itu menjadi pertikaian utama pemimpin Pakatan, yang mempersoalkan kaitan syarikat melaksana sistem tersebut – Beta Tegap Sdn Bhd dengan Umno. Syarikat berkenaan bagaimanapun menafikan bahawa ia mempunyai hubungan dalam perniagaan yang berkaitan Umno sepertimana didakwa.

Rumah Pak Mat dirompak, anak dirogol dan doa


 
Suatu hari rumah Pak Mat dipecah masuk oleh perompak. Pak Mat dan isteri diikat dan tidak mampu berbuat apa-apa.

Perompak-perompak itu bukan sahaja mahukan duit, malahan anak perempuan Pak Mat telah dirogol manakala anak lelakinya pula telah dibelasah dengan teruk.

Tatkala itu, yang Pak Mat mampu lakukan hanyalah berdoa;
"Ya Allah, hancurkan perompak-perompak tersebut," doa Pak Mat.

Setelah mendengar doa tersebut, perompak-perompak itu terus memarahi Pak mat lalu berkata;
"Mana boleh doa macam tu, kami ni  Islam bahkan kami juga Melayu seperti anda. Jangan doakan kehancuran sesama Melayu, sesama Islam. Nanti Cina yang bertepuk tangan.

Kesokkan harinya di TV3,

" Doa Pak Mat pecah belahkan Islam"


GEMPAR!!! McDonald Kota Baru DISERANG!!!



Gua dimaklumkan bahawa premis McD di Kota Bharu Kelantan telah 'diserang' oleh pihak-pihak yang tak diketahui petang tadi..

Korang jangan salah faham ye.., McD tu bukan diserang menggunakan bom atau batu serta kayu.., tapi ianya 'diserang' dengan poster-poster membantah serangan Israel di Palestin..


Korang tengoklah sendiri poster-poster yang ditepek pada pintu masuk premis tersebut.. Mesti Israel pun takut tengok puak-puak Kelantan tu buat 'serangan' pada premis McD tu kannnn...

So.., apa kata Azhar Idrus dalam hal ni agaknya yee..? Bukannya apa beb.., sebelum ni Azhar Idrus kan suka lepak di McD Kota Bharu tu..

Gua tak tipu yee.., walaupun Azhar Idrus tak mengaku, tapi gambar kat bawah ni sebagai bukti nya... Hehehehe....



p/s: Korang agak lepas ni berani tak Kerajaan Pas Kelantan tutup McD di negeri dorang? Hihihi...
SUMBER DARI...

Artis Azhar Sulaiman mengaku murtad?




Rasa-rasanya, artis yang "mengaku" murtad ini kerana menjadi ahli UMNO dan menyokong Kerajaan BN ini mahu menyindir TG Nik Aziz berhubung dengan satu laporan akhbar yang mengaitkan kata-katanya, kononnya telah memurtadkan UMNO-DCM

Monday, 19 November 2012

'K.O BN' tunjukkan akhlak sebenar pemimpin PAS.



Tindakan Pas mengadakan solat hajat dan doa supaya Umno dihancurkan boleh menyebabkan perpecahan lebih dahsyat antara umat Islam di negara ini, kata Datuk Dr Hasan Mohamed Ali. Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor ini berkata, tindakan Pas itu lahir daripada pemikiran sempit dan dikhuatiri akan dicontohi anggota parti yang taksub dan mengamalkannya di tempat masing-masing.

 "Kita boleh membuat jangkaan bahawa sesuatu yang jauh lebih buruk akan berlaku di kalangan anggota dan penyokong dua parti terbesar yang mewakili Melayu/Islam seandainya kebodohan ini terus dilindungi dan dipertahankan," kata beliau yang juga Presiden Jalur Tiga dalam kenyataan di sini,semalam. Beliau mengulas tindakan Pas yang mengadakan solat hajat dan berdoa - 'KO BN' supaya Umno dan BN hancur di Stadium Sultan Muhammad IV Jumaat malam lepas yang dipimpin adik kepada Mursyidul Am Pas, Nik Razi Nik Mat sempena perhimpunan anjuran parti pambangkang itu.

 Hasan turut bimbang akhlak yang ditunjukkan pemimpin Pas yang bergelar ulama itu dicontohi generasi muda Muslim dan generasi akan datang dan membawa kesan buruk berganda kepada umat Islam di negara ini. PAS patut sedar kemenangan mereka pada pilihan raya umum ke-12 pada 2008 didokong bukan sahaja oleh anggota mereka, tetapi atas sebab-sebab tertentu, oleh penyokong dan anggota Umno, katanya. - Bernama

Jabatan Agama juga ada unsur songlap?



Laporan Ketua Audit Negara 2011 mendapati Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPS) menerima sejumlah wang sebanyak RM630,000 tanpa mengeluarkan resit rasmi. Laporan itu juga menemukan "kelemahan" daripada majlis itu apabila cek berjumlah RM720,000 dan wang tunai berjumlah RM3,964 tidak dimasukkan ke dalam bank dengan segera.

 Hasil penemuan itu dinyatakan dalam pemeriksaan audit secara mengejut Jabatan Audit Negara terhadap MAIPS - antara lapan agensi kerajaan yang terlibat dalam pemeriksaan itu. Empat lagi kelemahan yang dikenalpasti daripada badan yang menguruskan hal ehwal Islam negeri itu antaranya:

-Buku tunai dan daftar mel tidak diselenggara dengan lengkap dan kemas kini.

-Baki panjar wang runcit tidak bersamaan dengan wang tunai di tangan.

 -Buku tunai tidak disemak setiap hari.

- Baki wang yang tidak dapat diagihkan selepas tempoh 21 hari tidak dikembalikan untuk diakaunkan dengan segera.

 Antara semua enam agensi dan jabatan kerajaan di negeri Perlis, MAIPS berada di tahap paling rendah memuaskan dengan penarafan sebanyak dua bintang. "Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis walaupun berjaya meningkatkan tahap prestasi pengurusan kewangannya tetapi masih di tahap memuaskan buat kali ke-5 berturut-turut," laporan itu dipetik.

 Bagaimanapun, laporan itu menjelaskan prestasi kewangannya mencatatkan peningkatan apabila mengumpul pendapatan kedua terbanyak selepas Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs). MAIPS mencatat pendapatan sebanyak RM39.34 juta, manakala PKENPs memperolehi RM39.92 juta.
SUMBER DARI...

Gerakan bukan Beruk-Mahadzir Khalid.



Datuk Seri Mahadzir Khalid menyelar kenyataan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang menyifatkan Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang seperti beruk atas pokok cermai." Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (Dun) itu berkata, sebagai Menteri Besar, Azizan tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian.

 “Dia (Azizan) kata Ketua Pemuda Gerakan ‘beruk atas pokok cermai’, mana boleh kata macam tu. “Jangan cakap orang seperti itu sebab dia tu seorang ulamak,” katanya kepada media, semalam. Semalam, akhbar melaporkan bahawa Azizan mengibaratkan Ketua Pemuda Gerakan ibarat "beruk atas pokok cermai." Laporan itu menyebut, Azizan menyifatkan tindakan Keng Liang yang berterusan mendesaknya membuat penjelasan mengenai perkara yang dibangkitkan sebagai politik tidak matang.

 Azizan secara berseloroh menggadaikan situasi Keng Liang yang sering mendesak beliau umpama pepatah Melayu ‘jangan usik beruk atas pokok cermai’. “Beruk atas pokok cermai, dia tengok kita dan usik kita, jika kita pun sama layan dia, dia lagi syok goncang pokok sampai habis jatuh buah dan daun cermai. Jadi tak payahlah layan, jika kita layan sampai bila pun tak habis,” katanya.

Kedah sejahtera dibawah pimpinan PR-MB Azizan.



Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata beliau telah berjaya mentadbir Kedah tanpa banyak masalah dan berharap untuk terus mentadbir negeri ini sehingga pilihan raya akan datang. "Syukur kerana saya dah pertahan Kedah tanpa sebarang kegagalan. Saya dapat ketuai bala tentera saya untuk memerangi musuh, musuh politik saya," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini.

 Azizan berkata Kedah juga merupakan negeri dikuasai pembangkang yang paling kurang "diganggu". "Saya tengok surat khabar, di Kelantan, Selangor hampir setiap hari orang dok usik. Di Pulau Pinang dulu pun selalu. Saya takada masalah. Saya harap semua projek kerajaan negeri terlaksana dengan baik," katanya yang akan berusia 68 tahun esok.

 Sementara itu, Azizan berkata kerajaan negeri akan membina lebih banyak projek perumahan selain projek perumahan oleh kerajaan pusat yang merancang membina 2,000 rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat (PPR) iaitu 1,000 di Changlun dan 1,000 lagi di Kota Setar. "Di peringkat negeri BDB (anak syarikat kerajaan negeri Bina Darulaman Berhad) akan mula bina (rumah) di Sungai Petani dan Kuala Ketil. Di Pokok Sena pula oleh Seri Temin (satu lagi anak syarikat). Di Kubang Pasu pun ada tetapi lambat sikit kerana kita kena buat perancangan baharu," katanya.

PAS jangan perasan,DAP mahu Anwar jadi PM.



DAP hari ini mengulangi pendirian calon Perdana Menteri apabila menang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) adalah seperti yang telah disepakati Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, pihaknya telah bersepakat dalam memilih calon Perdana Menteri iaitu Anwar sendiri dan tiada perubahan dalam keputusan itu setakat ini. Menurutnya, PR telah mempunyai kesepakatan dalam pemilihan calon pihaknya dan isu siapa menjadi Perdana Menteri tidak perlu dibangkitkan lagi.

 "DAP tidak mempunyai calon sebagai Perdana Menteri walaupun Pas dan PKR telah mempunyai calon. "Kita telah sepakat mengatakan Anwar menjadi Perdana Menteri, jadi kalau ada parti lain ada mahu mencalonkan pemimpinnya, itu terpulang. "Apa yang penting, keputusan antara pemimpin yang sepakat memilih Anwar sebagai Perdana Menteri apabila PR berjaya menawan Putrajaya dan tiada perubahan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Mampukah Hadi Awang jadi PM selagi Anwar masih ada dalam Pakatan?



Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau tiada masalah sekiranya Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi perdana menteri seperti yang disyorkan oleh seorang perwakilan Dewan Ulama di Muktamar PAS ke-58. "Tiada masalah... tiada masalah. Tak ada apa. Kita boleh bincang dengan baik," kata Anwar ringkas ketika ditanya pemberita selepas merasmikan Konvensyen Halatuju Pendidikan Negara di Universiti Selangor (Unisel) Shah Alam semalam.

Sabtu, perwakilan Dewan Ulama PAS Pusat, Hairun Nizam Mat Hussain menegaskan Abdul Hadi merupakan calon terbaik untuk menjadi perdana menteri. Bagaimanapun, pada sidang medianya, Abdul Hadi berkata seorang pemimpin diajar dalam Islam bahawa tidak boleh minta untuk menjadi pemimpin. "Kita anggap (jawatan itu) satu amanah berat dan besar. (Ia) satu tanggungjawab. Apa yang penting kita ambil alih Putrajaya dulu. "Siapa jadi PM, diterima oleh rakyat. Yang menyatukan rakyat. Tegakkan keadilan untuk rakyat, kita terima... Saya sanggup jadi nelayan balik," kata Hadi.

 Bagaimanapun, menurut Sinar Harian, pada Himpunan Kebangkitan Rakyat yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad ke-IV Jumaat lalu, Penasihat DAP Lim Kit Siang mengumumkan dan melantik Anwar menjadi perdana menteri kerana, katanya, beliau merupakan calon yang paling layak. Lim berkata, pendirian itu dibuat untuk menyelamatkan negara daripada amalan rasuah yang semakin berleluasa.

1 rumah 3 ketua,'cacamarba' keluarga Pakatan



Pakatan Rakyat (PR) dilihat tidak mampu menubuhkan sebuah parti di bawah satu lambang sepertimana dilaksanakan Barisan Nasional (BN). Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, PR yang dianggotai Pas, PKR dan DAP tidak mampu mentadbir negara ini memandangkan masing-masing mempunyai agenda berbeza. Menurutnya, berbeza dengan BN yang sentiasa bersatu dan bijak mengendalikan perbezaan antara ketiga-tiga kaum iaitu Melayu, Cina dan India di bawah satu parti.

 “Mereka (PR) sering melaungkan untuk melaksana sistem dua parti yang dilakukan Amerika Syarikat. “Namun jika dilihat secara intelektual sudah menggambarkan mereka tidak mampu untuk bersatu memerintah negara,” katanya pada sidang media di sini, semalam. Terdahulu, Ahmad Husni menghadiri Program Mengimarahkan Perpustakaan 1Malaysia di Kampung Tengku Hussein Baru, di sini. Beliau mengulas berhubung keputusan Muktamar PAS yang akan menyarankan kempen untuk menjadikan Presidennya, Datuk Abdul Hadi Awang sebagai Perdana Menteri berbanding pemimpin lain jika PR menang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

 Ahmad Husni berkata, kerakusan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung DAP, Datuk Lim Guan Eng yang turut mengidamkan jawatan Perdana Menteri ditambah dengan keputusan perwakilan PAS telah mendedahkan kepincangan dalam PR. “Kecelaruan semakin jelas berlaku antara parti dalam PR sekali gus menyekat peluang mereka untuk menang besar dalam PRU13 dan memberi peluang kepada BN untuk menang besar berbanding pilihan raya 2008,” katanya.

Palestin terus derita,masyarakat kita gembira Burger McD percuma.



Pihak Israel mengancam untuk meningkatkan serangan ke atas Gaza, biarpun usaha gencatan senjata giat dijalankan bagi menghentikan serangan yang memasuki hari kelima semalam.

 Bedilan tentera Israel telah meragut enam lagi nyawa yang terdiri daripada tiga orang kanak-kanak dan seorang bayi berusia 18 bulan. Angka korban terbaharu itu kini menjadikan jumlah rakyat Palestin yang terkorban meningkat kepada 52 orang.



 Serangan udara yang dilakukan turut menggegarkan dua pusat media di bandar ini menyebabkan sekurang-kurangnya lapan orang wartawan cedera dan salah seorang kehilangan kaki, kata jurucakap kesihatan, Ashraf al-Qudra kepada agensi berita AFP. Sementara stesen televisyen Rusia, RT memberitahu pejabatnya di Genting Gaza musnah dalam serangan yang dilakukan semalam. Namun semua kakitangannya selamat.

Sunday, 18 November 2012

Janda mengamuk cari MB Khalid.



Lebih 10,000 orang wanita berstatus ibu tunggal akan memfailkan saman terhadap Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan kerajaan negeri Selangor kerana gagal melunaskan pemberian elaun untuk golongan itu yang dijanjikan kerajaan Pakatan Rakyat semasa Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) pada 2008.

 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, Datuk Johan Abdul Aziz memberitahu, Tetuan Kamaruddin & Partners telah dilantik sebagai wakil untuk memfailkan saman tersebut. Beliau yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat berkata, saman berkenaan akan difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 22 November ini. "Pada keesokan harinya pula (23 November) satu piket secara aman akan diadakan di hadapan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri untuk menghantar memorandum kepada Menteri Besar berhubung tuntutan tersebut," katanya pada Majlis Sepetang Bersama Ibu-Ibu Tunggal DUN Semenyih di sini semalam. Lebih daripada 2,000 ibu tunggal dijangka akan menghadiri piket tersebut.
sumber dari...

PM Najib boleh kosongkan Putrajaya dengan segera-Pakatan.



Belum pernah jalan perjuangan untuk menawan Putrajaya secerah sekarang, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memetik kata-kata Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat. “Saya masih ingat perbincangan dengan Tok Guru Nik Aziz. Kata beliau, setelah begitu lama dalam perjuangan, belum pernah nampak jalan menawan Putrajaya secerah ini, Insya-Allah. Ini doa, mudah-mudahan berhasil. “Maka, dengan itu saya ulang. Sama ada pilihan raya Disember ini atau awal tahun depan, insya-Allah kita tawan Putrajaya,” katanya disambut sorakan semangat.


 Berucap depan kira-kira 40,000 orang pada Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu, Kelantan , Anwar berkata, Pakatan mahu membawa negara ke arah lebih baik, bukan sekadar menggantikan Umno BN. “Tapi orang tanya untuk apa? Sekadar ganti ketua menteri, perdana menteri, ganti parti memerintah? Untuk anjakan kepada sistem nilai, fahaman etika dan tatakelola kerajaan,” katanya. Beliau kesal kerajaan pemimpin Umno BN tiada keberanian berhadapan ‘tauke-tauke’ besar menyebabkan kekayaan negara berlegar di kalangan individu tertentu sahaja. Turut berucap ialah Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Pemimpin Kanan DAP, Lim Kit Siang dan Timbalan Presiden PAS merangkap Pengarah Program, Mohamad Sabu.

 Ia ialah program kedua selepas siri Himpunan Kebangkitan Rakyat dilancarkan di Taman Seremban Jaya Negeri Sembilan 2 November lalu. Program bermula jam 5 petang dengan acara Ekspresi Anak Muda yang diwarnai persembahan kebudayaan dan ucapan pimpinan muda Pakatan. Konvoi motosikal dari NGO R untuk Royalti yang bergerak dari beberapa Dewan Undangan Negeri (DUN) tiba jam 4.15 petang. Antara persembahan menarik perhatian hadirin di luar stadium ialah tarian Sewang dari orang Asal Kuala Betis dan gendang Siam dari penduduk Tumpat. Artis, Abby Abadi pula penceritakan pengalamannya bersama PAS dan Pakatan Rakyat. Sham Kamikaze pula menunjukkan kemahiran memetik gitar dengan memainkan dua lagu.
sumber dari...

Gula-gula PRU DAP P.Pinang memang 'sedap'.



Kerajaan Negeri Pulau Pinang membuat keputusan menaikkan kadar Bantuan Biasiswa Kecil kepada pelajar miskin sekolah menengah sebanyak RM120 setahun mulai tahun 2013. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, ini bermakna mulai tahun depan pelajar miskin Tingkatan Satu hingga Tiga akan menerima RM600 manakala pelajar Tingkatan Empat dan Lima pula akan menerima RM840 setahun berbanding sebelum ini hanya RM480 dan RM720 setahun. Katanya, kenaikan kadar bantuan itu menyebabkan kerajaan negeri terpaksa membelanjakan RM2 juta tahun depan.

 “Kenaikkan bantuan itu bagi menampung keperluan pelajar miskin untuk membeli buku kerja dan rujukan serta keperluan harian yang semakin meningkat serta bagi memastikan kuasa beli pelajar miskin dapat dikekalkan,” katanya di Komtar, di sini,. Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, kenaikan kadar bantuan antara 17 hingga 25 peratus itu adalah yang tertinggi berbanding negeri lain di negara ini. “Kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang prihatin terhadap masalah rakyat mampu menaikkan kadar bantuan itu kerana mendapat lebihan Bajet Negeri setiap tahun sejak 2008. Kejayaan Bajet surplus ini dicapai walaupun perbelanjaan bertambah sebanyak 55 peratus berbanding ketika diperintah Barisan Nasional (BN). Seramai 2,567 pelajar daripada 123 sekolah di Pulau Pinang akan mendapat faedah daripada kenaikan Bantuan Biasiswa Kecil Negeri itu.

 Pemilihan penerima bantuan itu adalah diproses melalui system computer online oleh Kementerian Pelajaran Malaysia berasaskan merit, kedudukan kewangan keluarga dan kegiatan ko-kurikulum. Pejabat Pelajaran Pulau Pinang pula akan memperakukan senarai nama pelajar yang layak menerima bantuan itu kepada kerajaan negeri untuk kelulusan. Mana-mana keluarga di Pulau Pinang yang mendapati anak mereka tercicir daripada senarai itu boleh menghubungi Pejabat Daerah atau ADUN PR untuk dipertimbangkan. Sehubungan itu beliau juga menafikan tuduhan liar pihak tertentu bahawa Bajet surplus dicapai kerana kerajaan negeri mengurangkan perbelanjaan. “Surplus naik 312 peratus pada 2011 kepada RM138 juta berbanding 2010 kerana urustadbir CAT yang memberi penekanan kepada tender terbuka kompetitif, pengistyiharaan aset pemimpin kerajaan negeri termasuk Ketua Menteri kepada orang awam, mendedahkan isi kandungan kontrak kerajaan dengan syarikat swasta dan memastikan kesederhanaan baik dalam perbelanjaan secara berjimat dan berhemah atau kehidupan tidak mewah tetapi sederhana pemimpin dan pegawai kerajaan negeri.

 “Lagipun surplus ini dikongsi dengan rakyat menerusi pelbagai program bantuan emas seperti warga emas, anak emas, mahasiswa emas dan pelajar emas. Di samping itu, kerajaan negeri juga melaksanakan Agenda Ekonomi Saksama (AES). “Pulau Pinang akan menjadi negeri pertama membasmi kemiskinan di Malaysia pada 2013 dengan mewujudkan mekanisma untuk menjamin setiap keluarga memperoleh sekurang-kurangnya RM770 sebulan. Mana-mana keluarga yang mempunyai pendapatan kurang RM770 sebulan akan ditambah nilai atau “top-up” oleh kerajaan negeri setiap bulan hingga genap RM770,” katanya.
sumber dari...

Selepas 25 tahun buat dosa SB minta maaf pada PAS



KOTA BHARU: Seorang bekas polis yang bertugas dengan Cawangan Khas (SB) selama 25 tahun, Abdullah Omar memohon maaf atas segala dosa yang beliau lakukan terhadap PAS sepanjang bertugas sebagai polis.

"Dosa apa yang saya tak buat terhadap PAS sepanjang lima pilihan raya yang lepas...saya tidak mahu sebut di sini, biar saya dan Allah sahaja yang tahu.

"Tetapi maafkanlah saya, saya sudah bertaubat," katanya yang tampil sebagai perwakilan Taiping yang menyokong usul Pilihan Raya yang dibawa PAS Pusat.

Abdullah juga merupakan bekas OCPD Taiping pernah bertugas sebagai SB selama 25 tahun berterima kasih kepada PAS kerana sanggup menerima beliau yang pernah berdosa dengan PAS dan rakyat.

"Saya berbesar hati hari ini diangkat untuk berucap di Muktamar walau pun baru dua tahun bersama PAS, paling terharu PAS boleh terima orang yang berdosa seperti saya," katanya.

Harus jual beli, guna khidmat dan makan di kedai produk walauapun berasal dari Yahudi


gambar sahabat
Harus jual beli, guna khidmat dan makan di McDonald, KFC, TESCO, JUSCO, MAXIS, INTEL dan lain-lain produk walauapun berasal dari Yahudi atau Non-Muslim selagi mana : -

a) produk mereka disahkan bersih dan halal oleh JAKIM ( jika di Malaysia) serta tempoh lesen masih hidup,

b) cara transaksi dan urusniaga yang dibuat adalah bertepatan dengan Islam,

c) tiada sebarang perintah oleh kerajaan yang berwajib untuk memboikot mereka bagi mencapai sesuatu maslahat kebaikan untuk Islam,

d) tiada sebarang bukti secara bertulis dan penghebahan rasmi syarikat bahawa mereka membantu dan menyumbang khas kepada serangan ke atas Islam, yang mana ia dibuat atas nama syarikat dan bukan salah seorang individu dalam syarikat sahaja.

Walaubagaimanapun, mendapat pahala bagi sesiapa yang melakukan boikot terhadap mana-mana barangan atau syarikat didasari oleh keyakinannya terhadap hasil kajiannya sendiri yang mendapati penglibatan yang tidak sihat tadi itu ada pada syarikat atau mana-mana pengeluar barangan. Tatkala itu, boikot adalah wajib ke atas dirinya sahaja dan digalakkan bagi sesiapa yang yakin dengan info yang dikeluarkannya.

Saturday, 17 November 2012

Ketika PM @NajibRazak bersekongkol mahu bantu Palestin, PAS doakan kehancuran sesama Islam!!!

Petikan berita BERNAMA:

KUALA LUMPUR 16 Nov. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerima panggilan daripada Presiden Mesir, Mohamed Morsi membincangkan serangan terbaru tentera Israel dan serangan udara di Gaza.

Dalam panggilan telefon selama 15-minit, kedua-dua pemimpin melahirkan hasrat untuk bekerjasama menamatkan keganasan semasa di Gaza.

Satu kenyataan dari Pejabat Perdana Menteri menyatakan bahawa kedua-dua negara bersetuju mendapatkan broker kuasa antarabangsa untuk mempengaruhi Israel menghentikan pencerobohan tenteranya terhadap rakyat Palestin.

Najib dan Morsi juga menggesa Hamas untuk mengelak daripada tindakan yang akan meningkat konflik ke dalam konfrontasi lebih besar.

Serangan udara Israel sejak dua hari lalu telah mengorbankan 19 penduduk Palestin termasuk enam kanak-kanak dan seorang wanita mengandung.


Ketika umat Islam sedang dimurtadkan di DUMC selepas iftar, PAS kata JAIS bersekongkol dengan UMNO serbu GEREJA dan ganggu majlis ibadat orang lain.

Ketika Ahli Parlimen Lembah Pantai kata umat Islam di negara ini juga patut diberikan hak dan kebebasan untuk memilih agama pilihan mereka (murtad), PAS kata kenyataan beliau diputar belitkan dan beliau sebenarnya mahu berdakwah di gereja.

Dan ketika umat Islam Palestin sedang disembelih, ini pula doa PAS kepada saudara seIslamnya sendiri:

Anda adililah sendiri siapa sebenarnya PAS ini. Hendak harapkan mereka syahid di Palestin?!! Umat Islam MURTAD di tanahair sendiri pun mereka kata bukan isu besar. Kerana pada mereka, syurga sebenar yang mereka kejar adalah Putrajaya.

Dan jangan lupa yang mereka kini berkiblatkan pemimpin yang pro-Yahudi:



Anwar pernah tidak tarik balik kenyataan di atas ini?!! Dia ke Washington minta maaf kepada para pelobi Zionis lagi ada.

Jadi apakah kita semua tidak mempunyai akal fikiran yang waras?!! Apakah kita masih lagi mahu mengangkat manusia munafik, khawarij dan alat kafir harbi DAP sebagai pemimpin kita?!!

Cukup-cukuplah. Marilah kita bertaubat. Rasanya sudah cukup banyak petunjuk yang Allah SWT berikan kepada kita mengapa UMNO perlu menjadi pilihan kita semua pada PRU yang akan datang ini.

DAP secara terang bantah Hudud,PAS masih lena tidur.




DAP menegaskan ia tidak pernah bersetuju dengan pelaksanaan hukum hudud di negara ini. Pengerusinya Karpal Singh berkata, kedudukan parti itu mengenai isu hudud tidak boleh dikaitkan dengan sebarang kompromi dan ia adalah dasar kepada kewujudan parti itu.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib semalam bahawa pakatan pembangkang secara umumnya bersetuju dengan pelaksanaan hudud sekiranya mereka dapat membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum ke-13. "Kenyataan Harun adalah nakal dan jauh menyimpang dari kebenaran," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau turut membidas Harun yang berkata Pas telah menjelaskan pandangannya dengan DAP beberapa kali apabila kedua-dua parti duduk bertukar pendapat. "Sudah tentu saya sentiasa tidak bersetuju dan telah memberi sebab secara terbuka dengan berkata demikian berdasarkan peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan dan interpretasi peruntukan-peruntukan tersebut oleh mahkamah tertinggi di negara ini," katanya.- Bernama

PEMUDA PAS KELANTAN TENTANG NURUL IZZAH


Pemuda Pas Kelantan dah sedar diri ke? Betul ke kain rentang ni dari Pemuda Pas Kelantan? Mc tak percaya la ini kerja Pemuda Pas. Sebab Pemuda Pas sekarang ni mana ada telur lagi. Pemuda Pas yang wujud sekarang, hanyalah kaki angguk dan kaki ikut saja.

Mereka dah tak berani bersuara untuk lawan kepimpinan. Telur mereka kena ikat. Kalau dulu, bab-bab agama ni, Pemuda Pas akan tentang tanpa kompromi, tapi sekarang, nak bersuara bantah Nurul Izzah pun takut.

Ye la, kalau bantah Nurul Izzah, takut kena sembur dengan kepimpinan Pas dan kepimpinan Pakatan Haram. Lebih-lebih lagi kalau kena sembur dengan Anwar, mau terkencing-kencing dalam seluar gamaknya.

Jadi senang cakap, Mc rasa kain rentang ni Pemuda UMNO yang buat. Pemuda UMNO buat, sebagai wakil kepada Pemuda Pas Kelantan, kesian tengok dorang macam takdak telur, jadi UMNO tolong la buat.

Dulu Pemuda Pas kata nak demo bantah Nurul Izzah, lepas tu 'cancel' sebab takut dengan Anwar, alasan sms layang. Kali ni dorang naik kain rentang, tapi akhirnya dorang kata, kain rentang ni Pemuda UMNO yang naikkan.

Macam-macam hal la.. he he.. nampak sangat Pemuda Pas sekarang ni baling batu sembunyi tangan, telur dah takdak!

Wajib Simpan Resit ini Untuk Ke Sorga PAS?




Keris kongsi daripada tulisan 
MctheoryBuat pertama kalinya Keris tengok ada kedai runcit yang benar-benar berani buat macam ni. Siap sediakan resit ke surga lagi.

Kalau Nik Aziz atau pimpinan Pas datang ke kedainya tentu mereka berasa bangga dengan pencapaian taksub yang telah terserap kedalam taukeh kedai runcit ni.

Apa nak dikata, bershopping sambil beramal kata orang Pas. Kalau dah beli barang kat kedai ni. Jangan lupa simpan resit, sebab itu pakej khas untuk orang Pas ke sorga.

Memang tegar tahap gaban la sapa yang buat ni. Sebab tu bila Nik Aziz hina Allah dan Rasul pun masih ada mangkuk ayun Pas yang menyokongnya. Sebab tegar gila babis macam ni la.

la nie : Islam untuk semua?..Bila Nurul Izzah kata pasal murtad kenapa mereka 

Top Bloggers Pro-BN di P.Pinang akan beralih arah?




In the new turn of event, something hot and shocking is happening in northern Malaysia and involving BN's top bloggers.

They were contacted by their political enemy and were lured to join them!

My god! This is very serious because if they decide to join in, there goes BN's cyber team who has set profesional standard to the rest of cybertroopers in Malaysia! Read this offer to the Penang bloggers :

I wonder if BN Penang jusy pretend not to know and do nothing about this big issue?? If they don't care, I bet they have to answer to DS Najib Razak!! 

Antara Abby dan Fathul Bari...



Adapun Abby Abadi, seorang pendatang baru dalam PAS dan ketua Ulama Muda di pejabat Umno yang bernama Fathul Bari tidak ada kena mengena dan tidak ada sebarang hubungan.

Mungkin keduanya tidak kenal mengenal dan mungkin juga tidak pernah bersua jumpa.

Yang menariknya ialah Cik Puan Abby Abadi ini adalah seorang seniwati yang ada kedudukan dan ada pasaran dalam industeri perfileman.

Kita tidak tahu di mana dia mengaji dan mendapat didikan agama? Tetapi di tengah memanjat puncak kerjayanya di dunia hiburan, dia terjun ke dalam arena perjuangan PAS dan berazam memupuk dan menegakkan akidahnya dan akidah umat.

Dia menerima Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Haji Abdul Hadi Awang sebagai pemimpinnya.

Manakala Syeikh Fathul Bari, seorang yang berstatus ulama muda, sudah tentu berpendidikan agama yang tinggi, jika tidak masakan dia dikenali sebagai ulama, anak bekas Mufti Perlis.

Di mana dia mengaji tidak penting lagi tetapi dia adalah seorang ulama dan seorang pendakwah.

Tetapi dia terjun dalam perjuangan Umno dan menerima Datuk Seri Najib dan Tan Sri Muhyiddin Yasin sebagai pemimpinnya.


Tentulah pelik. Seorang penghibur yang statusnya dalam agamanya adalah seorang awam saja memilih parti yang memperjuangkan Islam dan dipimpin oleh para ulama. Dunia yang digelumanginya selama ini adalah amat berbeza dengan cara hidup pemimpin dan penyokong PAS.

Mungkin 10 tahun dulu tidak tahu apa-apa tentang luar dan dalaman PAS selain daripada yang didengarnya PAS adalah sebuah parti pembangkang yang memperjuangkan Islam. Yang dikatakan perjuangan Islam itu mungkin dia tidak tahu.

Tetapi sekonyong-konyong dia masuk PAS dan duduk sepentas dengan pemimpin-pmimpin yang antaranya tok-tok guru yang berserban dan berjanggut. Dia berazam untuk menghabiskan dunianya di situ.

Manakala ulama muda Fathul Bari pula sebagai anak mufti tentulah terdidik dari kecil dalam suasana Islami, dan sebagai ulama muda tentulah pergaulan dan hidupnya sentiasa dalam kawalan yang baik. Imej dan gambaran luarannya pun dilihat sebagai orang beragama. Mengikut bahasa orang dulu gayanya itu adalah lebai.

Peliknya dia tidak memilih parti yang memperjuangkan Islam seperti yang disertai Abby tetapi dia menyertai Umno yang perjuangannya sejak mula adalah sekular nasionalis. Baik di bawah Dato’ Onn Jaafar, di bawah Tunku Abdul Rahman Putra dan lain-lain tidak menjadikan Islam sebagai dasar perjuangan.

Semua tokoh Umno itu tidak menolak Islam sebagai agama mereka tetapi mereka tidak menerima Islam sebagai garis perjuangan politik. Kesemuanya berkata bahawa Islam tidak sesuai bagi dijadikan dasar politik dengan dalih Malaysia tidak didiami oleh orang Islam saja.

Abby Abadi yang terhad pengetahuan dan fahamannya tentang Islam tidak memilih parti seperti Umno itu tetapi ulama muda yang terididik dalam suasana Islami memilih Umno dan menolak PAS yang disertai oleh majoriti ulama.

Ajaib. Itulah kehendak Allah. Abby tidak memiliki kitab dan tidak pandai baca kitab menyertai perjuangan politik Islam, Fathul Bari memiliki banyak kitab dan pandai baca kitab tidak menyertai parti Islam tetapi menyertai parti nasionalis.

Saya tidak hendak menyamakan kejadian Abby dan Fathul ini dengan zaman kelahiran Rasulullah SAW di Mekah dulu. Orang Jahililyah Quraisy tidak pernah baca kitab. Yang baca kitab ialah Yahudi Bani Israil. Orang Quraisy dengar orang Yahudi menunggu kelahiran Nabi Akhir Zaman.

Apabila Nabi lahir, yang menunggunya tidak menyambutnya, tetapi Arab yang tidak tahu tentang isi kitab menerima kenabian itu.

Itulah kebesaran Allah. ~ SL

Friday, 16 November 2012

PAS PANDAI BERMAIN WAYANG !! PERJANJIAN SULIT PR BUNAG HUDUD


KUALA LUMPUR – Seorang bekas ahli seumur hidup PAS yang dikenali sebagai Cikgu Zainon Ismail (CN Al-Afghani) mendakwa parti berkenaan telah menandatangani perjanjian rahsia dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk mengugurkan terus perjuangan berkaitan hudud dan negara Islam di Malaysia.

Beliau mendakwa, perjanjian itu telah ditandatangani pada 18 Disember 2009 antara Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Di antara (kandungan perjanjian) ialah apabila Pakatan Rakyat berkuasa di Putrajaya, pemerintahan ini tidak akan menyentuh pasal hudud dan negara Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyertai sesi perbincangan bertajuk Merealisasikan Saranan Mengembalikan Pas Ke Landasan Asal dalam Wacana Mengembalikan Pas Ke Landasan Asal yang diadakan Ahad lalu di sini.


SAMBUNG BACA...

BILA ORANG PAS KATA AKHBAR HARAMAKAH AKHBAR FITNAH


Buah pedih untuk akhbar fitnah no 1 Pas..Pewakilan Pas sendiri pun tak percaya dengan berita berita yang dibawa oleh harakah..Tapi yang tak boleh blahnya ada jugak pencacai yang duk percaya 100% berita dari harakah yang tah dari mana dia kutip..

Lidah rasmi Pas hari ini dikritik hebat oleh pewakilan yang membawa usul agar sebuah jawatan kuasa khas ditubuhkan dan mendesak pas pusat menstruktur semula sidang editor lidah rasmi tersebut..

Muktamar Dewan Pemuda Pas Pusat hari ini meluluskan Usul yang dibawa oleh Ketua Pemuda Pas Wilayah Persekutuan, Kamaruzzaman Mohamad. 

Usul itu diluluskan dengan majoriti besar oleh para perwakilan pada Muktamar Dewan Pemuda Pas Pusat.

Kamaruzzaman berkata, usul itu dibawa selepas pihaknya menyedari bahawa mutu pemberitaan dalam Harakah semakin merosot dan kurang kredibiliti."Kita juga menyedari bahawa Harakah semakin jauh dari matlamat asal penubuhannya,"


SUMBER DARI..