Tuesday, 29 November 2011

PANAS!! AKIBAT TEKANAN POLITIK BADROL BAKHTIAR BAKAL TINGGALKAN KEDAH!!



Dulu Azraai Khor bekas jurulatih pasukan Kedah yang diganggu dengan tekanan politik. Kini Badrol Bakhtiar pula dikatakan akan mengalami masalah yang sama seperti bekas jurulatih itu. Apa dah jadi ni?

Mc diberitahu, keluarga Badrol ni lebih kepada penyokong kerajaan pusat. Pro-BN. Sebab itu ada diantara pengurusan KFA (Persatuan Bola Sepak Kedah) yang sememangnya didalangi oleh kroni-kroni kerajaan negeri Pas, yang menekan beliau hingga dikatakan beliau mahu meninggalkan pasukan Kedah dan menyertai pasukan Johor.

Apa la punya baghal puak Pas ni. Si Badrol tu, merupakan pemain 'emas' dalam Malaysia. Kalau pasukan Kedah lepaskan Badrol, Mc percaya beratus lagi pasukan lain yang akan berebut-rebutkan beliau. Tolonglah wahai Pas, tolonglah asingkan politik dengan sukan. Sukan tu sukan la, politik tu politik la. Apa yang susah sangat?

sambung baca

Umno umpan wang jatuhkan PAS sejak 1960-an

RANTAU PANJANG, 29 Nov: Umno mempertahankan tradisi lama, menggunakan umpan wang dan hiburan bagi menarik sokongan rakyat.

Wang menjadi pengantaraan bagi memaksa ibu bapa hadir pada majlis penyampaian apa-apa sahaja bantuan di bawah kerajaan pusat.

Dan sekarang kesempatan digunakan sepenuhnya dengan memaksa ibu bapa datang ke sekolah bagi menerima wang sebanyak RM100 bagi pihak anak mereka. Sebelum wang disampaikan mereka dipaksa mendengar ceramah politik Umno.

Begitu juga hiburan dan artis menjadi ‘sajian’ tetap Umno apabila mahu menghimpunkan orang ramai. Program Bekwoh anak Kelantan anjuran Umno di Stadium Bukit Jalil baru-baru ini juga mengundangkan artis.

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, wang digunakan Umno sejak tahun 1960-an lagi bagi membeli wakil rakyat PAS.

“Orang lama tentunya masih ingat lagi peristiwa turn about - about turn, di mana lima Adun PAS diculik dan dikurung di Kuala Lumpur,” katanya pada ceramah di Markas PAS Rantau Panjang malam semalam.

Hadir sama Speaker Dun Kelantan, Datuk Nasuruddin Daud, bekas Menteri Besar Pakatan Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin, Yang Dipertua PAS Rantau Panjang, Abdul Fatah Harun dan Adun Gual Periuk, Ustaz Mohamad Awang.

Peristiwa yang tercatat dalam sejarah itu berlaku pada 1968 selepas Umno (Perikatan) gagal dalam misi merampas Kelantan sejak pilihan raya umum 1959.

Lima Adun PAS yang diculik dalam misi tersebut termasuk Adun Kota Bharu Timur, Saufi Idris; Adun Tok Uban, Abdullah Yusof; Adun Pasir Puteh Tenggara, Abdul Rahman Mohd Salleh; Adun Tanah Merah Barat, Yusof Abdul Latiff dan Adun Tanah Merah Timur, Che Omar Mohamad.

Menurut Che Omar mereka ditempatkan di sebuah rumah di Jalan Pekeliling, Kuala Lumpur selama sebulan dengan kawalan ketat pegawai polis.

Mereka diugut dan dijanjikan dengan pelbagai tawaran sekiranya bersetuju menjatuhkan kerajaan PAS.

Sebagai helah bagi melepaskan diri akhirnya mereka bersetuju dengan tawaran dibuat Umno. Kemudian kelima-lima Adun terbabit dibawa pulang ke Kelantan menjelang persidangan Dun diadakan.

Bagaimanapun selepas sampai di Kota Bharu mereka mendedahkan peristiwa sebenar yang berlaku, sehingga usul undi tidak percaya pada 1968 terhadap kerajaan PAS gagal.

Husam berkata, taktik menumbangkan kerajaan PAS berterusan dilakukan sehingga sekarang, di mana keadaan dianggap kritikal berlaku pada 2004 ketika PAS menang dengan majoriti kecil.

“Ramai Adun PAS diumpan dengan tawaran lumayan, namun mereka tidak tergoda dengan umpan kebendaan itu sehingga kerajaan PAS dapat bertahan sehingga ke hari ini,” ujarnya.

Nizar juga mendedahkan taktik luar biasa turut digunakan pemimpin Umno bagi menumbangkan kerajaan Pakatan di Perak pada 2009.

Menurutnya rampasan kuasa melalui kudeta itu sebenarnya bukan hanya untuk menyelamatkan Umno, sebaliknya mengangkat keperibadian pemimpin tertentu.

“Pemimpin Umno sanggup lakukan apa sahaja termasuk mengulangi misi merampas Perak pada 2009 semata-mata bagi menyelamatkan Putrajaya.

“Malah Datuk Seri Najib pernah mengeluarkan kenyataan mahu berjuang mempertahankan Putrajaya sehingga sampai ke tulang,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan penganalisis politik dari beberapa universiti yakin Umno dan BN tidak dapat mempertahankan kerajaan di Perak pada pilihan raya umum akan datang.

Kata mereka momentum rakyat terutamanya bukan Melayu dilihat semakin jauh daripada BN.

'Politik meracau' Umno bakal jatuhkan Najib


KUALA LUMPUR, 29 Nov: Kenyataan terbaru Ketua Penerangan Umno bahawa Melayu akan hilang kuasa jika Pakatan Rakyat memerintah memperlihatkan sikap sebenar 'perkauman melampau' parti itu.

AJK PAS Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad berkata kenyataan Datuk Ahmad Mazlan itu juga menggambarkan Umno kini berada dalam keadaan 'meracau' dan diambang kehilangan kuasa.

"Kenyataan itu menggambarkan psikologi Umno yang berada dalam ketakutan ekoran diambang kehilangan kuasa.

"Mereka (Umno) masih belum jumpa strategi jelas, maka mereka meneruskan strategi lama dengan mencetuskan rasa takut (politic of fear) di kalangan rakyat dengan isu kuasa orang Melayu, agama dan sultan" katanya kepada Harakahdaily.

Dalam kenyaatan pagi tadi, Datuk Ahmad Maslan dipetik berkata orang Melayu akan hilang segala hak dan kuasa mereka sekiranya Pakatan Rakyat memenangi lebih banyak kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum akan datang.

Ahmad berkata, senario paling buruk berkenaan masa depan orang Melayu negara ini ialah apabila wujud “Parlimen tergantung” seperti di Australia, di mana Barisan Nasional tidak mampu melaksanakan agenda polisi-polisi ekoran hanya majoriti mudah.

“Bahasa Melayu akan hilang (kedudukan), kata selamat tinggal kepada Kesultanan Melayu, malah pembangkang DAP tidak akan hormati institusi diraja... mereka tidak pernah terima gelaran diraja meskipun mereka ditawarkan.

“Kata selamat tinggal kepada Islam sebab mereka (DAP) adalah ejen Kristian... dalam bercakap mengenai agenda Melayu, kita tidak boleh lari daripada ini,” kata Ahmad pada satu forum parti sempena perhimpunan agung tahunan 2011.

Mengulas lanjut, Dr. Dzulkefly juga menyifatkan kenyataan Ahmad itu sebagai kegagalan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak untuk membawa transformasi politiknya kepada pemimpin Umno lain termasuk Ahmad.

Najib juga ujarnya masih tindak menentu dalam mencari strategi dan pendekatan untuk mempertahankan kuasanya.

"Mungkin juga ketua penerangan Umno ini mewakili suara majoriti ahli Umno dan suara Najib (yang mahu transformasi) hanya minoriti.

"Ini juga bukti 'banyak kepala' dalam Umno yang semakin bersimpang-siur dan bercelaru. Umno tetap Umno yakni parti berteraskan perjuangan perkauman Melayu sempit, Melayu Umno, masih ramai Melayu yang terpinggir, jurang miskin-kaya paling lebar dalam etnik Melayu di negara ini" kata Dr. Dzulkefly yang juga ahli parlimen Kuala Selangor.

Sementara itu juga, beliau menjangkakan perhimpunan agung Umno yang akan dirasmikan malam ini menjadi medan anggota parti itu membangkitkan isu perkauman.

Ianya memandangkan parti itu kini berada dalam keadaan terdesak selepas hilang sokongan bukan Melayu sejak tsunami politik 2008 lalu.

Malaysia makin mundur amal demokrasi

KUALA LUMPUR, 29 Nov: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang kesal dengan kegagalan Kerajaan Umno BN menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat majmuk di negara ini mengenai konsep keadilan dalam Islam.

Abdul Hadi sewaktu membahaskan Rang Undang-undang Perhimpunan Aman sebelum ia diluluskan petang tadi berkata, kerajaan di negara Barat sendiri melakukan pembaharuan dalam demokrasi selepas merujuk kitab feqah dalam Islam.

Sebaliknya beliau berkata, Malaysia yang mendakwa sebuah negara Islam semakin mundur dalam amalan demokrasi.

"Di negara barat perubahan demokrasi purba ke demokrasi moden dilakukan daripada kajian orientalis daripada kitab-kitab feqah Islam.

"Mengapa kita yang menganut Islam yang memimpin kerajaan, dan Umno sebagai tulang belakang (kerajaan) tak boleh tunjukkan contoh yang baik dalam masyarakat majmuk," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Marang.

Menurut Abdul Hadi, kerajaan meninggalkan konsep "mendengar sebelum mengambil sebarang tindakan terhadap rakyat" seperti yang diajar dalam Islam, menyebabkan kerajaan sesuka hari meminda undang-undang yang mencengkam kebebasan rakyat.

"Dalam Islam ada budaya memberontak iaitu mengangkat senjata menentang kerajaan, itupun ditangani dengan baik dalam Islam.

"Mengikut Islam, kerajaan akan dengar aduan mereka. Kalau aduan mereka benar, kerajaan yang salah, kerajaan wajib ikut. Sekiranya aduan mereka salah, mereka degil, barulah kerajaan boleh bertindak. Konsep ini kita tinggalkan khususnya dalam negara aman.

"Saya harap kerajaan jangan salah guna kuasa majoriti yang ada pada mereka tetapi mestilah lebih berhemah dalam meminda sebarang undang-undang," katanya.

Tambahnya, RUU Perhimpunan Aman menujukkan kerajaan bertindak sebelum terjadinya perhimpunan aman sedangkan rakyat berhak menyuarakan ketidakpuasan hati mereka dalam sesuatu isu melibatkan kerajaan.

"Rang undang-undang ini terdapat kemungkinan sebelum apa-apa tunjuk perasaan sudah bertindak. Belum melihat sudah bertindak, tak diberi kebenaran.

"Setelah ada tunjuk perasaan boleh berlaku provokasi. Provokasi bukan daripada penunjuk perasaan tapi dari pihak lain. Maka berlakulah tindakan kerajaa yang zalim," katanya sambil menyifatkan RUU itu jauh terkebelakang dalam sistem demokrasi.

Sementara itu, RUU tersebut berjaya diluluskan dengan undi suara selepas dibahaskan kira-kira empat jam oleh enam wakil BN dan Pakatan.

Friday, 25 November 2011

TUDIAA!! UTUSAN FITNAH HARAKAH??!



Harakah terbitan terbaru, mendakwa laporan bersiri akhbar Utusan Malaysia adalah satu fitnah terhadap Pas Kelantan. Pas menegaskan, air di Kelantan tidak seteruk yang seperti yang digambarkan.

Pas kata air kat Kelantan tak cukup teruk. Air kat Kelantan tu kira ok la bagi depa. Mai kita tengok gambar perbezaan nyata diantara air bersih dengan air dari paip air di setiap rumah di Kelantan.


Kiri tu bersih, kanan tu dari bekalan air Kelantan.. serupa jus oren  pun ada..

Kalau macam tu punya warna pun depa kata tak teruk, Mc pun taktau nak kata apa la. Depa nak tunggu sampai jadi kaler kopi O kot baru nak di panggil teruk.

Bukti dan kajian yang dibuat, air di Kelantan mengandungi campuran e.coli dan juga beberapa kimia lain yang boleh merosakkan gigi.

Apakah itu satu fitnah dari Utusan? Siapa yang fitnah siapa sekarang?


Undilah Nik Aziz untuk nikmati semua ini..

Membongkarkan semua pembohongan Pembangkang terhadap NFC!! Seksi Suara Parpu.. kah kah kah.




Membongkarkan semua pembohongan Pembangkang terhadap NFC!!

Seksi Suara Parpu.. kah kah kah.

Pertarungan Dr M–Pak Lah di sidang Dun Kedah

Oleh ZULKIFLI YAHAYA
http://3.bp.blogspot.com/-c0muvRtYQ1U/TsDomCVcLPI/AAAAAAAAB9w/eAsUdRudgc0/s400/images%2B%252810%2529.jpgSEWAKTU sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) berlangsung dalam suasana yang ‘panas’ di Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kelantan; Kedah nampaknya masih mengekalkan rekod ketenangannya untuk tahun yang keempat.

Kritikan dan bidasan daripada pihak pembangkang adalah hal biasa namun ia berlangsung dalam suasana aman. Tiada Adun yang diperintah keluar dewan, tiada tempik sorak macam di zoo serta tidak pernah berlaku peristiwa keluar dewan beramai-ramai oleh pihak pembangkang.


Ramai yang menunggu pendedahan Exco Kerajaan Negeri, Dato’ Ir Phahrolrazi Zawawi mengenai cara perbelanjaan di zaman BN dahulu berhubung peruntukan penyelenggaraan jalan oleh Pusat.
Namun belum sempat beliau mendedahkan perkara tersebut, Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Mahdzir Khalid terlebih dahulu mengakui ‘kesalahan’.

“Kerajaan dahulu juga menggunakan lebihan wang peruntukan jalan seperti mana kerajaan negeri sekarang lakukan.

Amalan itu telah kita lakukan sejak dulu lagi,” dedah beliau sewaktu memulakan perbahasan Usul Ucapan Menjunjung Kasih sempena Persidangan Dun.

Dalam tempoh sejam lebih berucap, terdapat satu isu menarik yang diceritakan oleh bekas Menteri Besar itu.

Kononnya maklumat yang didengarnya di sebuah lobi hotel di Langkawi bahawa kerajaan negeri akan memulangkan semula tanah yang dirampas oleh kerajaan negeri di zaman pentadbiran beliau dahulu.

Mahdzir tidak menyebut siapakah pemilik tanah tersebut tetapi mungkin sebahagian besar ahli dewan tahu bahawa tanah kontroversi itu adalah milik Ting Pek Khiing, kroni kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tanah itu dirampas dahulu kerana tidak membayar cukai taksiran yang berjumlah RM14 juta. Hanya cukai premium yang dibayar. Rampasan dibuat mengikut prosedur undangundang dan telah diwartakan sebagai milik kerajaan.

Ketua Pembangkang itu tidak mahu tanah itu diserah balik hanya kerana terdapat usaha oleh orang tertentu mendesak tanah itu dikembalikan.

Beliau tidak menyebut siapakah individu yang ‘menyondol’ kerajaan negeri minta tanah tersebut dikembalikan tetapi di belakang tabir, terdapat rahsia umum bahawa individu yang dimaksudkan ialah Mahathir.

Mahdzir Khalid menaiki karier politik kerana bekas bosnya Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Abdullah dan Mahathir berseteru dalam banyak isu. Sidang Dun pula dijadikan platform untuk memanjangkan usaha menyekat dan mencantas antara dua kem yang nampaknya belum berakhir.

Kerajaan negeri tidak terbabit dengan pertikaian mereka melainkan melakukan apa yang sepatutnya mengikut prosedur dan undang-undang dengan meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan.

Sidang Dun kali ini juga dikejutkan dengan kekesalan oleh Tuanku Sultan Kedah yang pastinya ditujukan kepada Kerajaan Pusat kerana belum lagi membina dua hospital di Daerah Pendang dan Bandar Baharu, seperti dijanjikan sebelum ini.

Di Selangor, Perak dan Kelantan seringkali titah ucapan Tuanku ‘dimanipulasi’ seolah-olah mengkritik kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat, lalu ia disiarkan secara besar-besaran oleh mediamedia talibarut BN.

Berhubung teguran Tuanku Sultan Kedah mengenai isu hospital ini, ia langsung digelapkan oleh TV3, Utusan Malaysia serta mediamedia talibarut BN yang lain.

Tahun lalu hal yang sama berlaku. Tuanku Sultan melahirkan kekesalan terhadap pihak yang mempertikaian usaha kerajaan negeri membantu mangsa banjir. Sepatah pun titah ucapan tersebut tidak disiarkan oleh media-media talibarut BN.

Pelan Strategik Kedah Sejahtera mendapat pujian daripada Sultan Kedah. Menurut baginda, melalui pelan tersebut perancangan dan pelaksanaan projek pertanian, akuakultur, pembuatan, pelancongan, prasarana dan pembangunan insan telah memberi impak positif kepada ekonomi serta meningkatkan taraf hidup rakyat.

Baginda berharap semua pihak beri kerjasama dan sokongan padu kepada kerajaan agar pelaksanaan projek-projek ini berjalan dengan lancar demi faedah kepada negeri Kedah.

Isu penting yang disentuh oleh Sultan Kedah ialah sokongan baginda terhadap usaha kerajaan negeri membangunkan projek terbengkalai termasuk Bangunan Plaza Tunku Yaakob yang tidak dapat disiapkan selama 30 tahun.

Isu tersebutlah yang menjadi pertikaian pihak tertentu kononnya kerajaan negeri bertindak keterlaluan merobohkan sebuah surau wakaf. Jabatan Mufti, Majlis Fatwa Negeri Kedah dan Majlis Agama Islam Kedah (Maik) berada di bawah Tuanku Sultan Kedah.

Semua keputusan yang dibuat oleh entiti tersebut sudah termaklum kepada baginda. Jadi apabila baginda bersetuju secara umum usaha pemulihan projek terbengkalai tentulah ia termasuk yang melibatkan penggantian bangunan surau wakaf. Maka ia berjaya ‘menutup mulut’ pihak pembangkang sehingga tiada seorang pun di kalangan Adun BN berani yang menyentuhnya dalam sidang Dun kali ini.