Tuesday, 31 January 2012

PANASS!! Ustaz Azizan Bakal Mengikut Jejak Langkah Hasan Ali!!



Kalau mengikut situasi sekarang, Menteri Besar Kedah sudah diserang dari segenap sudut, penyerangnya pula bukan dari pihak kerajaan tapi pihak sebaris dengannya. Semua ini terjadi akibat dari kedegilan beliau untuk menarik balik hukuman yang beliau kenakan terhadap pelajar KUIN mengikut AUKU. Akta yang paling dibenci oleh golongan Mahasewel dalam negara kita.


Belum baca boleh klik

Pas Sokong AUKU atau Kebebasan Mahasiswa?

Ostat Azizan sokong AUKU?

SAMM dan PKR kata Azizan MB Bebal

Apakah Ustaz Azizan bakal mengikuti jejak langkah Zulkifli Noordin dan Hasan Ali? Di pecat daripada parti kerana mengingkari arahan dan perjuangan Pakatan Haram?

Dalam isu KUIN dan AUKU ini, Ustaz Azizan langsung tidak mengaku kalah atau cuba menoleh kebelakang memikirkan perbuatannya.

Beliau begitu bertegas hinggakan beliau mencabar Pas Pusat untuk mengambil tindakan terhadap beliau.

Malah beliau juga menasihati Pas pusat atau pihak lain supaya berdiam diri dan tidak masuk campur dalam pentadbiran KUIN dan juga negeri Kedah.

Apakah Ustaz Azizan bakal menghadapi nasib yang sama seperti rakan-rakan lamanya dulu?

Sama-sama lah kita tunggu, apa yang akan jadi lepas ni.

SUMBER

CABARAN USTAZ AZIZAN KEPADA PAS PUSAT...


"Saya tidak takut kepada desakan supaya saya dipecat"
FASAL 82  
Tatatertib


Semua ahli-ahli PAS hendaklah:

(a) Taat dan patuh kepada hukum-hukum dan ajaran-ajaran Islam yang menjadi dasar PAS itu.
(b) Taat dan patuh kepada Perlembagaan Parti serta Aturan dan Peraturannya.

(c) Taat dan patuh kepada arahan-arahan dan perintah-perintah Parti.
(d) Melaksanakan kewajipan-kewajipan yang ditugaskan oleh Parti sedaya upaya yang boleh.
(e) Menjaga dengan cermatnya segala rahsia-rahsia Parti.
(f) Mengamal akhlak Islam.
(g) Mengawal diri supaya tidak melakukan sebarang tindakan yang menyalahi atau merugikan kepentingan Parti.
(h) Menerima PAS sebagai satu-satunya wadah perjuangan Islam bagi dirinya di dalam negara ini.

Itu salah satu dari Perlembagaan PAS yang telah dipersetujui dari dahulu lagi. Persoalan yang MKT hendak timbulkan disini adalah jika PAS benar-benar mengikut Perlembagaan ini maka secara tidak langsungnya mengikut hampir keseluruhan Perlembagaan UMNO/ Barisan Nasional. Bukankah Perlembagaan UMNO/Barisan Nasional ini adalah ciptaan orang-orang kafir? 

Mengapa hal ini PAS tidak menggunakan Perlembagaan Islam seperti yang terkandung di dalam Al-Quran? Sepatutnya PAS kena letakkan Al-Quran sebagai rujukannya. Itu yang perlu diutamakan.

Ditambah lagi mengenai perihal Tindakan Tatatertib, sepatutnya PAS menggunakan tindakan seperti Rasullah mengawal disiplin dan akhlak umatnya. Bukannya fasal-fasal seperti di atas yang jelas mengcopy-pastekan perlembagaan yang seblum ini dicanang sebagai kafir.

MKT cuma letak satu sahaja contoh dimana PAS tidak menggunapakai perlembagaan partinya. 

(a) Taat dan patuh kepada hukum-hukum dan ajaran-ajaran Islam yang menjadi dasar PAS itu.

i)  Taat ke para-para ahli PAS dengan hukum dan ajaran-ajaran Islam?
ii) Ada ker Islam mengajar pengikut-pengikutnya memaki hamun? 
iii) Ada ker Islam mengajar pengikutnya menyokong membabi buta seorang yang jelas-jelas peliwat dan penzina? 
iv) Ada ker Islam menyuruh berdusta? memfitnah? mencerca? 

Itu baru sikit, selebihnya MKT letakkan pemahamannya di bahu para pembaca semua. Sepatutnya PAS sudah pecat ramai ahlinya sebab melanggar Fasal 82 ni. 

P/S dari MKT : Berani ke PAS pecat semua ahlinya termasuk Nik Aziz kerana memaki hamun menggunakan perkataan Celako! tu?...hehehehe....

P/S dari MKT II : Dulu Hassan Ali sebab melanggar Fasal 82(g) ni, sekarang ni adakah Azizan juga akan dikenakan tindakan yang sama sebab mempertahankan AUKU? MKT nak tengok berani ke tidak PAS ni...hehehehe...
(g) Mengawal diri supaya tidak melakukan sebarang tindakan yang menyalahi atau merugikan kepentingan Parti.

TUDIAA!! Johari Abdul Nak bunuh diri kerana tak dapat jadi calon??




Pada PRU ke 13 ni Sungai Petani akan ada calon kawasan Parlimen yang baru. Diimport dari seberang laut iaitu Pulau Langkawi. Seorang ahli tertinggi PKR Kedah yang Anwar Ibrahim cukup percaya kepadanya hinggakan mengalahkan kepercayaan  Anwar kepada Johari Abdul iaitu Datuk Wan Salleh bekas ADUN Angkat Langkawi.

Patutlah digunakan alasan ini klik sini untuk hendak melindungi nafsu politiknya yang semakin hari semakin membesar. Jika Pakatan Rakyat memenangi PRU ke-13 maka janji yang diterima adalah beliau akan dilantik menjad Menteri Penuh. Mungkin Menteri Pengangkuan kot...sebab terkenang janjinya semasa PRU ke 12 pasal hendak turunkan harga feri di Langkawi.


Johari Abdul pula setelah dilihat gagal dalam membela Anwar semasa isu Datuk Trio T, maka akan digugurkan untuk memberikan laluan kepada calon kesayangan Anwar ini. Mengikut sumber-sumber dari penyokong PKR sendiri, Johari jarang ada di dalam kawasannya. Hinggakan para-para penyokong cukup payah hendak berjumpa dengan beliau. Mungkin Johari Abdul ini dianggap liabiliti baru oleh PKR Pusat. Jadi sebelum teruk, baik singkirkannya.



Tahniah kepada PKR kerana meletak calon Wan Salleh, hehehehehe... mudah lah Team Media Kedah nak buat kerja lepas ni. Opss terlupa pulak, dengar kata DAP pun ada hati juga hendak  letak calon di Parlimen Sungai Petani ni. Lantaklah korang lah...

Kami peduli apa!!..

P/S: Patutlah si Pak Wan Salleh ni jarang ada di Langkawi. Rupa-rupanya memasang angan-angan besar di sebelah darat nun. Rumah sewa kat Langkawi sudah bayar ke belum?...hehehehe...sekadar bertanya sahaja...

PANASS!! Hasan Ali Mengamuk Lagi!!


Hasan Ali mengamuk lagi, kini di Shah Alam. Road Show yang dilakukan oleh Hasan Ali ini, memang menarik minat dari pelbagai pihak untuk mendengarnya, samaada dari UMNO, Pas ataupun atas pagar. Namun ianya memberi cabaran sengit terhadap Pas dan Pakatan Haram, kerana kegagalan Pas dan Pakatan Haram memperkembangkan syiar Islam dihentam habis-habisan.








Untuk cerita lanjut sambung baca SINI

Monday, 30 January 2012

Yahudi & Anuar Ibrahim yang anda perlu tahu!!!


SUMBER

AL-YAHUD?


(Lambang "satu-mata" gerakan Zionis Yahudi antarabangsa Illuminati. Adakah ianya satu kebetulan sama dengan lambang "satu-mata" PKR?)

Salam 2 all.
“Saya menyokong usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel”, begitu petikan wawancara bersama Anwar Ibrahim menurut lapuran terbaru sebuah media yang dikuasai Yahudi, Wall Street Journal.
Dan itulah persoalan yang hangat diperbincangkan didunia cyber, kedai kopi, disurau masjid dan banyak tempat lain! Ramai yang bertanya, apa kejadahnya Anwar membuat kenyataan saperti yang dilapurkan di Wall Street Journal itu? Wartawan WSJ tersebut menyatakan “Anwar hanya tidak menyebut samada dia akan membuat sebarang hubungan diplomatik dengan Israel” jika dia menjadi Perdana Menteri.
Umum mengetahui Kerajaan Malaysia adalah antara satu-satunya Kerajaan didunia ini yang tidak mengiktiraf rejim zionis Israel, malah kita langsung tidak ada sebarang hubungan diplomatik dengan negara haram Israel. Didalam paspot antarabangsa Malaysia tercatat jelas rakyat Malaysia dilarang mengunjungi Israel! Pendirian kita terhadap rejim zionis Israel jelas dan konsisten sejak merdeka lagi!
KERAJAAN & RAKYAT MALAYSIA TIDAK MENGIKTIRAF REJIM ZIONIS ISRAEL!

DR NOVANDRI MENELANJANGKAN CYBERTROOPERS ANWAR ISRAEL!

Macam biasa cybertroopers anwar ISRAEL sudah mula menyerang blog-blog pro UMNO dengan mengatakan bahawa Anwar takde kat Thailand sewaktu dia dikhuatiri telah mendatangi 2 Siam Doll di Thailand tahun lepas. Maka mereka pun mengatakan Anwar ada bukti yang dia tidak berada disitu.

Alah, sama macam ALIBI ANWAR ISRAEL, masa perbicaraan kes liwat dia, dia dok hingaq kata dia ada ALIBI kukuh dan dia langsung tak takut, alih-alih perbicaraan sudah habis pun, satu haram ALIBI pun kita tak nampak, aku sampai hari ini tertanya-tanya mana ALIBI Anwar Israel ni? Takdak ka mamu? mana pi semua ALIBI tu?

Biasa la Anwar nak cuba menipu rakyat lagi, mujurlah Dr Novandri seorang doktor yang hensem dan berkaliber telah mematahkan serangan cybertroopers murahan berkunyit milik Anwar Israel dengan begitu hebat sekali, Dr Novandr di dalam blognya telah mencabar Anwar untuk menunjukkan passportnya yang original untuk melihat COP IMIGRESEN.KLIK SINI

Foto boleh diragukan lagi tapi cop imigresen tidak boleh ditipu.

ilustrasi cop imigresen yang perlu Anwar buktikan.

So, macam mana? Mahukah Anwar Ibrahim menyahut cabaran yang sangat mudah ini?

Dan jika Anwar Ibrahim benar-benar dapat membuktikan bukti yang semudah cop imigresen, MiM jangka jika video bersama 2 Thailand Doll itu dikeluarkan, rakyat akan sukar untuk mempercayainya. Dan Anwar Ibrahim serta politik beliau yang mendapat menafaatnya!

It is a very simple work but huge political mileage for Anwar Ibrahim.

Tetapi, apakah beliau akan buat kerja tidak masuk akal sama seperti enggan menunjukkan jam Omega milik beliau walau pun sidang akhbar di adakan di rumah beliau sendiri?

Kita tunggu dan lihat!Dalam masa yang sama, kita tentu tergelak besar dengan ketidakcerdikan sesetengah blogger pembangkang yang cuba mempertahankan boss mereka, Anwar Ibrahim.

Isu yang cuba dipertahankan ialah Anwar Ibrahim didakwa berada di Thailand pada 12 - 13 Januari tahun lepas.

Bloggers pembangkang menggunakan alasan bahawa Anwar Ibrahim menghadiri sidang media Majlis Pimpinan Pelingkup Rakyat (PR) pada tarikh yang sama di dalam video tersebut.

Tetapi yang memperlihatkan kebangangan bloggers tersebut ialah walau pun tarikhnya sama tetapi video adalah di sebelah pagi manakala sidang akhbar di sebelah petang!

Lihat keratan nukilan kurang cerdik blogger pembangkang dan MiM terangkan :

Pathetic!

APA NI ANWAR ISRAEL? How can you go so cheap? Jam Omega sampai ke la kita tak nampak, ni sekarang lu main drama PASSPORT plak, eh cite pasal passport ni teringat pulak kisah SI KITOL yang bawak passport bagi kat kaki peliwat ni, nasib baik si KITOL tak kena liwat...he he he..

SUMBER

PAS MEMANG AHLUL NERAKA KALAU TIDAK MENJAWAB ISU ANWAR PERTAHAN YAHUDI ISRAEL!


Aku dengan rendah hati kat sini nak mencabar PAS supaya menyatakan pendirian mereka tentang ayat Anwar kat bawah ni:

“Saya menyokong usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel”, begitu petikan wawancara bersama Anwar Ibrahim menurut lapuran terbaru sebuah media yang dikuasai Yahudi, Wall Street Journal.

Dari semalam lagi kita semua dah dedahkan kenyataan Anwar tu, jadi sekarang ni kita nak tau apa pendirian PAS sebenarnya, tantawi dah bersuara, tapi aku yakin lepas Nik Aziz yang bebal tu bukak mulut mesti si Tantawi akan kata UMNO dah putar belit kenyataan dia. Ini semua biasa.

Kalau Nik Aziz yang dah nyanyuk tu nak sokong, aku tak kisah, sebab aku tau dia pun tak tau apa yang dia sedang buat dalam dunia politik ni sebenarnya. Aku suka Nik Aziz bercakap, sebab setiap kali dia bersuara maka rakyat makin tahu dia ni dah bukan dia lagi. Orang PAS sendiri pun takut bila Nik Aziz bersuara sebenarnya.

Tapi aku lebih berminat nak tau pendirian Haji Hadi dan lain-lain pemimpin PAS, adakah kamu menyokong kenyataan Anwar itu? Atau adakah kamu marah dengan kenyataan dia dan tidak bersetuju dengan kenyataan tu? Aku nak tau adakah korang menyokong ISRAEL? Kalau senyap itu tandanya korang SOKONG YAHUDI ISRAEL tau!

Atau korang ni memang jenis manusia takde telor nak bersuara terhadap Anwar? So macamana? Rakyat sedang memerhati ni. Kita semua nak tahu apa pendirian PAS, jangan bagi aku cerita kata ini semua adalah putarbelit oleh UMNO, tolongla wei kita bukan bodoh, benda tu ada kat online.

Aku nak cabar PAS ni? Kalau korang tak jawab maka terbuktilah kamu adalah satu parti yang hanya menjual agama untuk tarikan saja, ALLAH sudah meletak parti korang di satu persimpangan dimana korang kena pilih satu pendirian!

ISLAM ATAU YAHUDI ISRAEL!?

Sementara menanti keputusan dan jawapan dari PAS, mari kita baca apa yang ditulis oleh YB Zul Kulim KAT SINI

PANASS!! Anwar Arahkan 'Orang' Untuk Sekat Hasan Ali!!




Dalam pada PAS heboh mengatakan Hassan Ali tidak akan mendatangkan sebarang carik dan luka kepada politik PAS – parti itu nampaknya bersusah payah membuat kenyataan media; dikumpulkan seluruh saf PAS Selangor bagi berdepan dengan Hassan Ali.

Tajuk kenyataan kepada media amat mudah dan senang faham:-

- PAS tidak takut langsung dengan jelajah Hassan Ali;

- PAS Selangor berada di dalam keadaan yang terbaik;

- tidak ada sebab masyarakat Melayu perlu risau dengan hakikat PAS
tidak lagi menjadi ‘tokan besar’ dalam menjaga agama;

- hubungan baik dalam saf PAS Selangor akan terus terpelihara;

- Hassan Ali tidak membawa apa-apa kebaikan kepada PAS;

- Hassan Ali seorang lelaki kecewa yang tidak mendapat tempat;

Maka, dikeluarkan segala macam fakta songsang yang boleh menjadikan perkara-perkara di atas diterima pakai oleh orang PAS secara keseluruhannya.

Ironinya, menurut seorang ‘pekerja’ di PAS Selangor – ini semua kenyataan media yang sudahpun diusahakan oleh pihak lain. Pejabat PAS Selangor menerima ‘fax’ draf kenyataan media malam kelmarin. Bahasanya lebih kasar. Termasuk menggelar Hassan Ali sebagai ‘pecacai politik’ UMNO – pengangkat najis UMNO dan sebagainya. Menurut kakitangan terbabit, fax tersebut berasal daripada Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor. Sebelum ini ada juga beberapa surat yang difaks daripada nombor yang sama.

Kenapa yang Anwar pula jadi ‘GENTAR’ dan ‘CEMAS’ dengan Hassan Ali? Apakah Anwar lupa bahawa Hassan Ali adalah ulama’ pertama yang berada di rumahnya selepas beliau dipecat pada tahun 1998? Apakah Anwar lupakan jasa Hassan Ali yang berjaya meyakinkan PAS sekitar tahun sama bahawa Anwar suci, bersih lagi maksum? Sudah lupa?

Nampaknya, Hassan Ali akan menjadi mangsa serangan ‘bersiri’ PAS (dengan arahan Jeneral Anwar Ibrahim). Tukang tembak yang sudah dikenal pasti: Dr Rani, Khalid Samad dan sesekali akan diikuti oleh Azmin Ali.

Azmin dikatakan akan MEMBOGELKAN Hassan Ali sebogel-bogelnya – termasuk beberapa permohonan yang dikatakan berkepentingan peribadi
Hassan Ali kepada MB sebelum ini.

Simpati dengan Hassan Ali; nampaknya dia seorang kena berlawan dengan dua parti sekaligus. Masak.

Ada yang kata, Anwar jadi cemas kerana ada ‘benda’ yang Hassan Ali tahu – tetapi tidak pernah didedahkan kepada umum. Kalau didedahkan…maka maruah Anwar akan terburai sekali lagi. Apa dia agaknya rahsia Anwar yang ada dalam poket Hassan Ali gamaknya….kita kena tunggu lah nampaknya.

Arahan Anwar supaya dilakukan ‘character assassination’ kepada Hassan Ali akan dipikul oleh PAS Selangor…

Masyarakatlah harus menilai, di tahap mana PAS pada ketika ini.

gelagat anuar

PANASS!! Ceramah Hasan Ali di Serbu!!


Walaupun Pas Bukit Gantang dan Anwar Ibrahim sendiri mengeluarkan arahan supaya orang Pas tidak menghadiri ceramah Hasan Ali, namun masih ramai yang berdegil  dan turun untuk mendengar sendiri luahan dari hati nurani seorang bekas Exco Pas Selangor tersebut.

Ternyata, masih ramai orang Pas yang menyokong perjuangan Islam sebenar, daripada perjuangan Islam politik ala Pas.

Sumber gambar Mc ambil dari Sungai Rapat Online


Lihatlah betapa ramainya orang..


Lepak atas motor pun ada..



Penuh sampai ke luar pagar..




Terbukti untuk memperjuangkan Islam Dr Hasan Ali tidak keseorangan, ramai umat Islam sentiasa akan bersamanya kerana perjuangan menegakkan Islam yang dibawanya adalah satu perjuangan yang suci.


Syabas Dr Hasan Ali, kerana perjuangan sebegini amatlah ditunggu-tunggu oleh masyarakat Islam di Malaysia.


Tolak parti yang 'mempolitikkan Islam' carilah Islam sebenar untuk di dokong.

Friday, 27 January 2012

KUNYIT HANGIT! BILA ANWAR NAK BERSIHKAN NAMA DIA PASAL VIDEO CHINA DOLL TU?


Anwar ni tau malu ke ??? Cabar la macam mana pun dia tak kan buat apa-apa. Telor dia dah tertalan kedalam. Kalau dia betul-betul bukan pelaku dan Movie Star video Chinadoll tu, dah lama dia saman dan angkat sumpah. Sama juga lah macam kes Liwat II dia tu.

Berkaitan video panas aksi Anwar dan Chinadoll tu seblum ni juga pernah mendapat cabaran dari pelbagai pihak. Eskay pernah cabar Anwar saman. Blogger yang dedahkan video berkenaan kepada umum iaitu Papa Gomo juga pernah cabar Anwar untuk saman. Apa Anwar buat ? Dia buat "dek" je.

Seluruh rakyat Malaysia juga menunggu dan menanti ni. Kini Datuk Shuib Lazim juga turut mencabar Anwar untuk bawa pakar sendiri menganalisis video terbabit.

Datuk Seri Anwar Ibrahim dicabar melantik pakar forensik antarabangsa untuk menganalisis rakaman video seks yang didakwa membabitkan Ketua Pembangkang itu seperti didedahkan kepada media pada 21 Mac tahun lalu.

Cabaran itu dibuat oleh salah seorang ‘Trio Datuk T’, Datuk Shuib Lazim, 70, bertujuan menentukan bahawa Anwar bukan pelaku di dalam rakaman video tersebut.

Shuib berkata, sekiranya pihak forensik antarabangsa mendapati pelaku itu terbukti bukannya Anwar, ketua pembangkang itu perlu segera menyaman ‘Trio Datuk T’ yang terdiri daripada beliau sendiri, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Datuk Shazryl Eskay Abdullah.

Ujarnya, di dalam mahkamah kelak mereka bersedia memberi keterangan termasuk menayangkan rakaman video yang dikatakan lebih dahsyat berlaku di Thailand pada 12 dan 13 Januari 2011.

‘‘Saya sendiri telah menonton rakaman video ini selepas diberikan oleh Datuk Eskay. Saya percaya Datuk Eskay sedia membuat pendedahan mengenai rakaman video ini di dalam mahkamah jika Anwar bertindak menyaman kami.

‘‘Kami sedia untuk membongkarkan perkara ini demi kebenaran. Kami sedia berbuat demikian demi masa depan dan nasib rakyat negara ini,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan kenyataan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Senator Ezam Mohd. Noor yang Anwar tidak berani menyaman individu seperti Datuk Shazryl Eskay Abdullah, Datuk S. Nallakaruppan dan Ummi Hafilda Ali walaupun ketiga-tiga mereka telah secara terbuka mendedahkan kesalahan moral Ketua Pembangkang itu.

Ezam berkata, ini kerana Anwar sendiri tahu dakwaan mereka adalah benar dan banyak lagi ‘pekung’ akan dibuka sekiranya kes dibawa ke mahkamah.

Shuib berkata, beliau bersama dua rakannya itu sehingga hari ini sebenarnya masih menunggu untuk menerima tindakan saman daripada Anwar.

‘‘Anwar nampak sangat tidak berani menyaman rakan-rakan yang pernah rapat dengannya. Anwar hanya setakat berani saman akhbar Utusan Malaysia sahaja.

‘‘Mengapa saman Utusan Malaysia. Jika rasa hebat samanlah kami, sebab kami yang pernah mendedahkan rakaman video yang didakwa membabitkan dirinya,’’ katanya lagi.

Mengenai rakaman video di Thailand yang dikatakan berlaku lebih dahsyat, Shuib mencabar Anwar untuk menyatakan di manakah Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berada pada tarikh 12 dan 13 Januari 2011.

‘‘Cuba periksa pasportnya di manakah Anwar berada pada ketika itu. Cuba tanya isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail di mana Anwar pada masa itu,’’ katanya lagi.

Dalam pada itu Shuib satu masa dahulu pernah bersahabat rapat dengan Anwar berkata, Ketua Pembangkang itu tidak perlu takut untuk bertindak menyaman ‘Trio Datuk T’ jika merasakan beliau berada di pihak yang benar. - Utusan

Apa macam Bang Nuar? Ada berani ka?

sumber

Wednesday, 25 January 2012

EKSKLUSIF!! Pemuda Pas Serah Borang Masuk UMNO!! #SaveKedah


sedikit ucapan sebelum serahan borang

penyerahan borang

check dulu...

siap kira lagi, nak confirm.. hehe..


Seramai 73 Pemuda Pas Kampung Paya Pekan Lama Pulai, Baling, Kedah. menyerahkan borang kepada Ketua Bahagian UMNO Baling, Datuk Azeez Rahim pada majlis penyerahan yang dilakukan di tepi padang bola.

Penyerahan borang UMNO itu dilakukan selepas perlawanan bola sepak persahabatan diantara Pemuda Kampung Paya dengan Pemuda UMNO bahagian.

Dengan penyerahan borang ini, bermakna Pemuda Pas Kampung Paya Pulai lumpuh sama sekali. Ini adalah gelombang pertama penyerahan borang. Mc dikhabarkan akan ada lagi beratus orang Pas bakal menyertai UMNO, terutamanya Pemuda Pas di kawasan Baling.

Mc dah kata, rakyat Kedah dah muak dengan janji-janji palsu kerajaan negeri. Adun tak buat kerja, ahli parlimen pun sama. Kerajaan negeri tak ambil berat langsung, tak pantau apa yang terjadi disetiap kawasan dun dan parlimen. Janji tinggal janji, cukup 5 tahun nanti, janji manis datang lagi.

Kawasan perkampungan sekeliling Gunung Pulai sekarang ni, ada masalah serius yang membabitkan dengan kerajaan negeri. Isu ini akan jadi ISU KEDUA terbesar, Selepas Madrasah Salihiah! Isu ini isu rakyat, isu yang boleh merebahkan terus kerajaan negeri Kedah dari pemerintahan mereka.

Nak tau isu apa.. sabarr.. pembongkaran akan dimulakan nanti!

Betoika nie..??? Air tercemar sebab tebang balak tak terkawal... Azizan hang pie cek sat..!!



Terpaksa guna air tercemar
WARTAWAN SINAR HARIAN
January 24, 2012
air-tercemar
BALING - Lebih 2,000 penduduk di Mukim Siong kecewa berikutan terpaksa berdepan dengan bekalan air yang kotor dan tercemar sejak beberapa bulan lalu sehingga menjejaskan kesihatan mereka.

Bekalan air masyarakat (air bukit) dalam keadaan kotor dan berkelodak terutama ketika waktu hujan sehingga menimbulkan perasaan kurang senang penduduk sekitar yang hanya bergantung kepada bekalan berkenaan.

Bekas Pengerusi Bekalan Air masyarakat Kampung, Weng Ibrahim Ahmad, 63, mendakwa masalah itu berlaku berikutan kesan pembalakan yang tidak terkawal sehingga memberi kesan kepada kualiti air sungai.

“Sebelum ini air jernih. Bila ada pembalakan, air semakin keruh dan berkelodak. Kami tidak menyalahkan mereka yang mengambil balak, itu hak mereka. Tetapi kami kecewa kerana masalah ini tidak dipandang serius oleh pihak sepatutnya.

“Walaupun ramai yang sedia maklum mengenai masalah ini, tiada tindakan sewajarnya yang diambil untuk membedung masalah ini dari terus menghantui penduduk. Sampai bila kami perlu berdepan dengan masalah air kotor ini,” katanya.

Menurutnya, walaupun keadaan air tidak bersih, mereka terpaksa menggunakannya termasuklah untuk bekalan minuman berikutan tidak mempunyai pilihan lain.

“Kualiti air memang jauh berbeza selepas wujudnya aktiviti pembalakan yang tidak terkawal. Penduduk tiada hak untuk menghalang mereka menghentikan penebangan balak. Mereka ada hak untuk mengutip hasil, tetapi tidak seharusnya memandang remeh dengan masalah yang dihadapi penduduk.

“Kami tidak dapat bertahan lagi kerana ia melibatkan bekalan air penduduk, sampai bila kami harus berhadapan dengan masalah ini,” katanya.

Weng Ibrahim berkata, sebelum berbangga dengan hasil balak, pihak berkenaan seharusnya memikirkan soal rakyat yang merana akibat kesan pembalakan melampau.

“Saya menyeru kepada pihak sepatutnya datang ke sini dan lihat sendiri masalah bekalan air kotor ini dan menilai sendiri apakah sebenarnya yang berlaku kepada penduduk di daerah ini. Saya percaya, bukan di kampung ini sahaja, penduduk kampung lain turut berhadapan masalah sama.

“Kebanyakan penduduk kecewa dengan keadaan ini. Sehubungan itu, kami (penduduk) memohon agar masalah ini mendapat perhatian pihak berwajib. Hasil balak yang melonjak tidak membawa makna sekiranya rakyat yang menanggung derita,” katanya.

GEMPAQ !! Pejabat penghulu milik K'jaan Negeri yang Mat Bashah duduk secara haram ada orang nak bubuh "BOM"

Kisah Dato' Mat Bom


Oleh: Mat Kering Bakaq Bata

Gelaran 'bom' cukup biasa di Kedah untuk golongan kaki auta, putarbelit dan muhong besaq. Kalau sebut nama seseorang yang belakangnya ada BOM maka tanpa perlu diperjelaskan orang dah tahu sebab apa dia digelar begitu.. Misalnya Umag Bom, Saleh Bom, Pak Din Bom dll.

Terbaru, Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah Dato' Ahmad Bashah pulak seolah-olah nak ambilalih kerja 'mengebom' apabila menyifatkan panggilan palsu yang kononnya ada bom di Pusat Khidmat beliau adalah usaha terdesak mereka yang semakin takut dengan gerak kerja UMNO Kedah.

Polis pun siasat tak habih lagi sapa punya angkara yang buat panggilan bom tu, tiba-tiba Tok Mat Bashah lebih laju dari polis buat keputusan. Hang tau mana mereka yang buat panggilan tu adalah 'orang yang semakin takut dengan gerak kerja UMNO Kedah'. Besar kemungkinan orang tu ialah orang UMNO sendiri yang anti Tok Mat Bashah, yeelah orang dalam tu saja yang tau nombor telefon pejabat depa. Tak mustahil juga Mat Bashah sendiri yang buat sebab nak cari publisiti murah. MK tak tuduh cuma sebut kata 'tak mustahil'.

Inilah berita syok sendiri yang dipetik dari portal UMNO Kedah:
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah Datuk Paduka Ahmad Bashah menyifatkan panggilan palsu yang kononnya ada bom di Pusat Khidmat beliau adalah usaha terdesak mereka yang semakin takut dengan gerak kerja UMNO Kedah.

Sambil menyifatkan orang yang membuat panggilan berkenaan sebagai pengecut dan dayus beliau berkata panggilan itu sengaja dibuat bagi menakutkan petugas pusat khidmat beliau dan menjatuhkan semangat ahli UMNO Kedah.

"Namun kita tidak gentar dengan sebarang ugutan. Malahan saya yakin ugutan ini tidak akan berhenti tetapi akan berlaku lagi pada masa akan datang terutama kita semakin hampir dengan pilihan raya umum".

"Awal bulan ini berlaku tindakan menconteng bangunan UMNO Negeri Kedah dan sekarang ugutan terhadap pusat khidmat saya. Kita tidak gentar malahan akan terus mengiatkan usaha menawan kembali Kedah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Parti MCA Kedah, di sini, malam ini.

Beliau mengulas mengenai panggilan palsu mengenai ada orang meletak bom di pusat Khidmat Anggota Dewan Undangan Negeri Kawasan Bakar Bata pada petang ini. Selepas siasatan polis, tidak dijumpai sebarang bahan berbahaya.