Tuesday 11 September 2012

House Bar Jalan Alor Mengkudu alor setar

                    
sumber dari youtube

PENGAWAL PERIBADI ANWAR IBRAHIM ACU PISTOL KE ARAH ORANG AWAM



Siapa anjing ni sampai dia nak buat macam tu sekali? Anjing ni wajib ditangkap beb! Bleum dapat kuasa penuh lagi, Anwar dah buat macam ni. Kalau dapat kuasa esok habis la Malaysia diperintah oleh gangster kuat meliwat dan berzina..


Pakatan rancang konvensyen mega di Bukit Jalil


KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat dalam perancangan akan menganjurkan Mega Konvensyen Pakatan Rakyat di Stadium Bukit Jalil pada 3 November nanti.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali pada sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini memberitahu perkara tersebut akan dibawa ke mesyuarat Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat esok.

"Mesyuarat hari ini telah memutuskan agar satu himpunan Mega Konvesyen Pakatan Rakyat diadakan di Stadium Bukit Jalil pada 3 November nanti.

"Dan kita berharap pihak kerajaan mahupun perbadanaan stadium dapat memberi keizinan kepada kita untuk mengadakan himpunan tersebut," jelasnya

sambung lagi...

Tu dia aihh Kaya laa orang TOBIAR macam nie..!!

Tobiar lubuk harta karun?

Mukim Tobiar yang banyak menyimpan sejarahnya yang tersendiri.

PENDANG – Bagi yang tidak mengenali Mukim Tobiar, pasti akan beranggapan tiada apa yang istimewa namun sebaliknya mukim itu menyimpan sejarahnya tersendiri satu ketika dahulu.

Sinar Harian difahamkan, tempat itu dikenali sebagai lubuk harta karun atau sebagai pengkalan duit oleh penduduk kawasan terbabit.

Penduduk, Rozali Zakaria, 78, mendakwa, perkataan Tobiar itu adalah perkataan dari bahasa Siam yang bermaksud pengkalan duit dan lubuk harta karun memandangkan kawasan itu diduduki penduduk berbangsa Melayu
yang fasih berkomunikasi dalam bahasa Siam.

“Tobiar kini dijadikan salah satu mukim yang terdapat dalam daerah Pendang.

“Nama itu kini begitu terkenal di daerah Pendang, namun bagi penduduk generasi baru mereka tidak mengetahui mengenai sejarah dan asal-usul kampung ini yang boleh dikatakan begitu menarik,” katanya

sambung lagi...

Monday 3 September 2012

HOT : INILAH HASIL DIDIK PARTI KURANG AJAR DAP KEPADA RAKYAT..?? @NajibRazak

Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang pada Isnin menyifatkan tindakan segelintir pihak memijak gambar pemimpin negara selain mahu menukar Jalur Gemilang sebagai budaya liar.
Pengerusinya Teng Chang Yeow berkata perbuatan itu tidak boleh diterima, walau apa juga alasan yang diguna pihak terbabit untuk mewajarkan tindakan mereka.
Sekalipun tidak suka dengan pemimpin, mereka tidak harus melepaskan rasa tidak geram dengan menghina gambar pemimpin, manakala Jalur Gemilang pula lambang identiti setiap rakyat Malaysia, katanya pada sidang akhbar di sini.
Beliau mengulas tindakan peserta Himpunan Janji Bersih pada malam ambang Hari Kemerdekaan di ibu kota Khamis lepas, yang memijak gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.
Segelintir peserta perhimpunan juga dilapor bangga mengibarkan bendera yang dikatakan sebagai pengganti Jalur Gemilang.


Siapa yang mulakan memijak gambar pemimpin kalau bukan DAP...cuba lihat gambar dibawah ini...



Jadi tidak hairanlah mengapa penyokong pakatan haram bertindak kurang ajar memijak gambar perdana menteri kesayangan kita...semuanya hasil didikan pemimpin-pemimin DAP, biadap dan kurang ajar...Sepatutnya Nik Aziz patut tarbiah DAP dulu baru betul....



Cuba baca apa Nik Aziz kata pula mengenai insiden menukar jalur gemilang dan pijak gambar DS Najib..

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) mengutuk perbuatan biadab peserta Himpunan Janji Bersih yang memijak gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Beliau dengan nada marah berkata perbuatan memalukan itu bertentangan dengan amalan Islam dan budaya Melayu serta individu-individu terbabit sebenarnya telah dirasuk 'pelesit'. Nik Abdul Aziz turut meluahkan kekecewaannya dengan tindakan peserta perhimpunan itu yang mahu menukar Jalur Gemilang kerana ia sudah diterima masyarakat antarabangsa.

Adakah kita sanggup membiarkan pemimpin dan penyokong sebegini mentadbir negara??... agaknya apa akan jadi jika puak-puak sebegini berjaya memerintah negara... alamatnya hancurlah negara kita...tak puas hati je..buat demo...rosakkan harta benda awam, pijak gambar pemimpin, tukar itu dan ini...fikir-fikirkanlah...
Panas !!! Laporan Polis di buat terhadap Pengkhianat Negara.






Oleh NGO dari Derah Baling dan UMNO Bhg. Baling 4 sayap. Di Balai Polis Daerah Baling.

Laporan berkaitan tindakan biadap terhadap mereka yang memijak dan menunjukan 'punggung' tehadap gambar PM, menghina bendera Malaysia serta mengedarkan risalah yang mengagungkan Komunis sebagai pejuang manakala kepimpinan Negara sebagai pengkhianat.

P/S: Kalau jumpa puak ni Ludah jer Muka atau terajang jer.....


Baik POLIS siasat kes lain lagi baguih dari dok siasat kes bendera tuu...!!!


Syabas Kepada Pengibar Sang Saka Malaya



Polis tidak perlu meneruskan siasatan terhadap mereka yang mengibarkan bendera selain dari Jalur Gemilang pada sambutan ambang merdeka anjuran Ngo malam menjelang kemerdekaan dua tiga malam lalu. Ini kerana individu yang bertanggungjawab mengibarkan bendera puteh merah berlambangkan bulan sabit berbintang pecah 11 itu sudah mengakui kerja itu kerja mereka.


Bendera Sang Saka Malaya.
Seperti mana diakui individu berkenaan menerusi blognya, mereka membawa bendera bernama Sang Saka Malaya itu bukan atas suruhan atau idea mana-mana pihak termasuk parti pembangkang, tetapi ia adalah atas inisiatif mereka sendiri.

Kata individu berkenaan mereka berbuat begitu kerana mahu tonjolkan kebenaran dan sejarah yang telah ditenggelamkan oleh pihak tertentu.

Kata individu itu juga perbuatan itu bukan untuk menukar Jalur Gemilang kepada Sang Saka Malaya itu seperti mana dituduh ke atas mereka. Mereka membawa atau mencipta semula bendera itu bagi mengimbasi perjuangan menutut kemerdekaan ke atas negara ini yang dimulakan oleh Kesatuan Melayu Malaya (KMM) dibawah pimpinan Ibrahim Yaacob. Ibrahim dan rakan-rakan adalah mereka yang awal memperjuangkan kemerdekaan tahun 1938 bukannya pemimpin Umno kacukan kolonial

sambung lagi