Wednesday 14 December 2011

Shahrizat, ramai nak selakkan kain hang rupa-rupanya......

Selepas Ketua Audit Negara mendedahkan penyelewengan sebahagian RM250 juta dana NFC yang diterima oleh keluarga Shahrizat, seorang menteri pintu belakang, pelbagai pihak telah menyuarakan bantahan dan mendesak agar Shahrizat bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku.

Pihak yang paling awal mendesak beliau meletakkan jawatan ialah daripada kalangan Ahli Parlimen penyokong kerajaan sendiri. Ini diikuti oleh desakan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat.

Namun Shahrizat terus membisu dan tidak memberikan apa-apa respons terhadap dakwaan Ketua Audit Negara, mahu pun desakan agar melepaskan jawatah menteri yang beliau sandang melalui pintu belakang.

Beliau menunggu sehingga Perhimpunan Agung Umno barulah mula bersuara dengan harapan akan mendapat sokongan daripada pihak umno khususnya wanita umno. Maka bermulalah pencak silat Shahrizat mempertahankan hak suaminya untuk membela lembu.

Bersandarkan kepada jawatan Ketua Wanita Umno, beliau dengan berani dan garangnya memberi amaran tidak akan terus melemparkan senyuman sebaliknya 'akan menyelak kain' jika pelbagai pihak masih terus membangkitkan isu 'lembu kondo'.

Walaupun begitu, isu lembu kondo bukan sahaja tidak mahu lari daripada beliau, sebaliknya semakin ramai pula yang berebut-rebut nak tolong selak kain Shahrizat selepas tamat Perhimpunan Agung Umno.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir telah pun bersuara supaya Shahrizat pergi ikut suami bersama lembu-lembu kondo dan cuba memperbetulkan kain yang semakin terlondeh. Dan pada waktu ini, pelbagai pihak berlumba-lumba menyatakan kesediaan untuk tolong selak dan londehkan kain Shahrizat.

Itulah, cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. Nasib mu la mami Shahrizat.... - wbm@rhaen
Sudah 3 pemimpin BN desak Shahrizat letak jawatan
KUALA LUMPUR- Sejak pendedahan skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) yang mengaitkan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, sekurang-kurangnya tiga pemimpin besar BN secara terbuka mendesak beliau meletakkan jawatan parti dan kerajaan.

Terbaru, desakan dari Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Abdul Ghapur Salleh yang juga Ketua Umno Bahagian Kalabakan yang mahu Shahrizat meletak jawatan sebagai Ketua Wanita Umno dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat.

Ghapur berkata isu yang membabitkan Shahrizat itu cukup memalukan dan telah menjejaskan BN dan Umno secara keseluruhan.

Sebelum ini bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir juga turut memberi isyarat agar Shahrizat melepaskan jawatan demi survival perti politik itu.

Tun Mahathir walaupun tidak secara formal meminta Shahrizat meletak jawatan namun isyarat ‘untuk kebaikan parti’ telah cukup memberi satu jawapan mudah buat Shahrizat untuk meletak jawatannya agar beliau tidak menjadi liabiliti kepada parti.

Seorang lagi Ahli Parlimen Kinabatangan yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Bung Moktar Radin antara yang begitu lantang meminta Shahrizat meletak jawatan bahkan beliau berulang kali mendesak Ketua Wanita Umno itu berbuat demikian.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional itu mengaku isu NFC yang membabitkan Shahrizat itu sudah menjadi liabiliti bagi Umno.

Skandal NFC membaitkan sejumlah RM250 juta dana awam yang telah diberikan kepada syarikat milik suami Shahrizat bagi tujuan menjalankan projek penternakan lembu pada tahun 2008.

Bagaimanapun Laporan Ketua Audit Negara 2010 merumuskan projek tersebut berdada dalam keadaan kucar kacir.

Ekoran itu, PKR membuat pendedahan demi pendedahan yang mendakwa telah berlaku penyelewengan terhadap dana tersebut.

Dalam pendedahan mereka, dana RM250 juta itu antara lain telah digunakan untuk tujuan berikut:
  • Membeli dua buah Kondominium mewah 'One Menerong' (RM13.8 juta)
  • Membiayai Umrah atas nama suami dan anak lelaki (RM31,580)
  • Perbelanjaan peribadi (RM26,400)
  • Membeli Mercedes Benz CLS350 (RM534,622)
  • Membeli dua lot tanah di Putrajaya (RM3.36 juta)
  • Percutian mewah (RM455,423)
http://blog.marhaen.info/laman-utama/1-artikelmarhaen/2399-shahrizat-makin-ramai-nak-selakkan-kain

1 comment: