Tuesday 7 August 2012

Oic... Ini Jawapan Kedah pasai apa depa tak boleh guna tema PR...!!! Kedah kekal tema ‘55 Tahun Merdeka Terus Berbakti’



ALOR SETAR - Kedah kekal dengan tema ‘55 Tahun Merdeka Terus Berbakti’bagi sambutan hari kemerdekaan peringkat negeri walaupun Pakatan Rakyat (PR) mengumumkan tema ‘Sebangsa Sejiwa Senegara’ bagi negeri-negeri PR.

Exco Penerangan, Abd Ghani Ahmad berkata, keputusan itu dipersetujui dalam mesyuarat Exco sejurus majlis pelancaran sambutan kemerdekaan dan Kibar Jalur Gemilang pada 17 Julai lalu.

“Kita hormati keputusan Sekretariat PR yang mengumumkan tema ‘Sebangsa Sejiwa Senegara’ pada 1 Ogos lalu. Namun pelancaran tema Kedah dibuat lebih awal dan tidak wajar untuk menarik balik,” katanya.

Beliau percaya tidak timbul pertikaian dalam penggunaan tema itu kerana hasrat asal adalah untuk memilih tema berbeza dengan Pusat iaitu ‘Janji Ditepati’.

“Kedah kekalkan tema ini kerana sudah diwar-warkan sejak awal, tambahan pula pemasangan kain rentang sudah dibuat. Yang penting tema kita berbeza dengan Pusat, yang jelas membuktikan diselitkan dengan kempen politik Barisan Nasional (BN),” katanya.

lagi..

No comments:

Post a Comment