Friday 26 August 2011

PANAS! UMNO Kedah dan Pilihanraya olok-oloknya.. simulasi daa...




ALOR SETAR Ogos - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata Barisan Nesional (BN) Kedah akan mengadakan simulasi pilihan raya bagi membolehkan parti itu mengukur kelebihan dan kekurangan yang terdapat dalam jentera mereka. 
Beliau memberitahu simulasi pilihan raya itu berkemungkinan akan diadakan pada Oktober ini selepas berlangsungnya Konvensyen BN yang dijadual pada 24 Sept.
“Ini arahan UMNO Malaysia supaya diadakan simulasi pilihan raya bagi mengenal pasti persiapan peringkat bahagian dan peti undi,” katanya selepas menyampaikan sumbangan Aidilfitri di Hospital Sultanah Bahiyah di sini hari ini. 
Pada program itu juga, beliau turut mengambil kesempatan melawat Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang dimasukkan ke hospital tersebut bagi menerima rawatan susulan dan keadaan beliau semakin sihat.
Ahmad Bashah berkata boleh dikatakan keseluruhan jentera pilihan raya sedia ada dan melalui simulasi, jika ada kekurangan ia akan diperbetulkan. 
“Kita harap simulasi itu akan berjalan lancar di seluruh peti undi terpilih. Kita tidak mewajibkan semua bahagian tetapi jika ada ketua bahagian yang mahu melakukannya, kita amat mengalu-alukan,” katanya. 
Beliau berkata simulasi pilihan raya akan dibuat seperti apa yang berlaku pada pilihan raya umum sebenar seperti mengambil dan menghantar orang untuk keluar mengundi sehinggalah proses pengiraan undi. 
“Semua persiapan seperti tarikh, tempat dan peti-peti undi yang akan dipilih akan dibincangkan pada Konvensyen BN nanti,” katanya. 
Simulasi pilihan raya itu adalah susulan daripada arahan UMNO pusat selepas Majlis Tertinggi parti pada 27 Mei memutuskan langkah tersebut perlu sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum kelak. - UMNOonline

Haa.. bagus.. bagus.. Mc tersangat la sokong benda ni.. baru la kita tahu, kat mana kuat, kat mana lemah. Yang mana rajin, yang mana cuma pandai bodek. Harap-harap Mat Bashah lakukan perkara ini dengan sebaik mungkin. Cari kelemahan kita, untuk kita perbaiki kelak.

No comments:

Post a Comment