Friday 26 August 2011

Tarik balik lesen hiburan




ALOR SETAR - Kerajaan Negeri kesal dengan tindakan segelintir pengusaha pusat hiburan di sekitar daerah Alor Setar yang enggan menunaikan janji tidak membenarkan umat Islam memasuki premis itu sepanjang bulan Ramadan.

Sehubungan itu, Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi menegaskan perkara itu akan diserahkan kepada Pejabat Daerah Kota Setar untuk tindakan lanjut dan pengusaha terbabit bakal berdepan kemungkinan lesen operasi khas sempena bulan Ramadan ditarik balik.


Pusat karaoke fokus orang Islam

Menurutnya, berdasarkan tinjauan dilakukan, pihaknya mendapati ada dua kategori pusat hiburan dikenal pasti menumpukan kaum iaitu pusat hiburan karaoke memfokuskan orang Melayu Islam, manakala satu lagi pusat hiburan menjurus kepada bukan Islam.

“Berdasarkan pemantauan, kita mengenal pasti tiga pusat karaoke memfokuskan orang Islam gagal mematuhi keseluruhan syarat lesen operasi khas bulan Ramadan seperti gagal meletakkan papan tanda amaran tidak membenarkan umat Islam memasuki premis selain gagal mempamerkan sijil lesen khas itu untuk tatapan pengunjung.

“Bagaimanapun, perkara berbeza berlaku di pusat hiburan memfokuskan bukan Islam apabila papan tanda amaran diletakkan, manakala mana-mana umat Islam yang memasuki premis mereka tidak dibenarkan masuk oleh pekerja yang bertugas.

“Kita serah perkara ini kepada Pengerusi Jawatankuasa Pusat Hiburan (pegawai daerah) untuk menentukan bentuk hukuman termasuklah mengenakan hukuman maksimum menarik semula lesen operasi pusat hiburan yang diberikan,” katanya kepada Sinar Harian selepas menjalankan tinjauan terhadap kira-kira lapan premis pusat hiburan meliputi pusat karaoke dan disko di sekitar daerah Kota Setar, awal pagi semalam.

Turut menyertai tinjauan selama dua jam itu ialah Exco Kesihatan, Dr Ismail Salleh, Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri, Zulkifli Yahya dan Setiausaha Pas kawasan Alor Setar, Adnan Saad

kosmo

3 comments:

  1. Sesungguhnya orang-orang kafir akan terus menarik orang Islam mengikuti mereka. Janganlah tunduk dengan mudah dengan desakan mereka. Mereka tidak beriman dan tidak akan bersyukur ..

    ReplyDelete
  2. kesian.. ade benda di sebaliknya.

    muafaris.com

    ReplyDelete
  3. dah mai dah haaa...

    apa la nak jadi ngan dunia la ni

    ReplyDelete