Monday 19 November 2012

1 rumah 3 ketua,'cacamarba' keluarga Pakatan



Pakatan Rakyat (PR) dilihat tidak mampu menubuhkan sebuah parti di bawah satu lambang sepertimana dilaksanakan Barisan Nasional (BN). Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, PR yang dianggotai Pas, PKR dan DAP tidak mampu mentadbir negara ini memandangkan masing-masing mempunyai agenda berbeza. Menurutnya, berbeza dengan BN yang sentiasa bersatu dan bijak mengendalikan perbezaan antara ketiga-tiga kaum iaitu Melayu, Cina dan India di bawah satu parti.

 “Mereka (PR) sering melaungkan untuk melaksana sistem dua parti yang dilakukan Amerika Syarikat. “Namun jika dilihat secara intelektual sudah menggambarkan mereka tidak mampu untuk bersatu memerintah negara,” katanya pada sidang media di sini, semalam. Terdahulu, Ahmad Husni menghadiri Program Mengimarahkan Perpustakaan 1Malaysia di Kampung Tengku Hussein Baru, di sini. Beliau mengulas berhubung keputusan Muktamar PAS yang akan menyarankan kempen untuk menjadikan Presidennya, Datuk Abdul Hadi Awang sebagai Perdana Menteri berbanding pemimpin lain jika PR menang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

 Ahmad Husni berkata, kerakusan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung DAP, Datuk Lim Guan Eng yang turut mengidamkan jawatan Perdana Menteri ditambah dengan keputusan perwakilan PAS telah mendedahkan kepincangan dalam PR. “Kecelaruan semakin jelas berlaku antara parti dalam PR sekali gus menyekat peluang mereka untuk menang besar dalam PRU13 dan memberi peluang kepada BN untuk menang besar berbanding pilihan raya 2008,” katanya.

No comments:

Post a Comment