Tuesday 20 November 2012

Demo AES anjuran Pakatan tak dapat sambutan.



Sekumpulan aktivis NGO pro Pakatan Rakyat mengadakan perhimpunan dekat bangunan parlimen hari ini bagi membantah pelaksanaan saman trafik melalui Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang didakwa hanya memberi keuntungan kepada pihak tertentu.

 Perhimpunan kira-kira 20 orang itu diketuai koordinator Gabungan Aktivis Bantah AES (BANTAH) Saifullah Zulkifli yang menjelaskan, NGO tersebut menolak sistem yang "mengayakan kroni". "Kita tak bantah usaha mengurangkan kemalangan. Apa yang kita marah kenapa syarikat kroni yang dapat?," kata aktivis Angkatan Muda PKR itu lagi ketika berucap dalam perhimpunan tersebut. Beliau turut mempersoalkan jumlah saman yang terlalu banyak dikeluarkan oleh sistem itu sejak ia diperkenalkan.

 "Dalam tempoh 14 hari disaman, lebih 64,000 saman dikeluarkan," katanya. Isu berhubung kontrak AES itu menjadi pertikaian utama pemimpin Pakatan, yang mempersoalkan kaitan syarikat melaksana sistem tersebut – Beta Tegap Sdn Bhd dengan Umno. Syarikat berkenaan bagaimanapun menafikan bahawa ia mempunyai hubungan dalam perniagaan yang berkaitan Umno sepertimana didakwa.

No comments:

Post a Comment