Sunday 18 November 2012

Gula-gula PRU DAP P.Pinang memang 'sedap'.



Kerajaan Negeri Pulau Pinang membuat keputusan menaikkan kadar Bantuan Biasiswa Kecil kepada pelajar miskin sekolah menengah sebanyak RM120 setahun mulai tahun 2013. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, ini bermakna mulai tahun depan pelajar miskin Tingkatan Satu hingga Tiga akan menerima RM600 manakala pelajar Tingkatan Empat dan Lima pula akan menerima RM840 setahun berbanding sebelum ini hanya RM480 dan RM720 setahun. Katanya, kenaikan kadar bantuan itu menyebabkan kerajaan negeri terpaksa membelanjakan RM2 juta tahun depan.

 “Kenaikkan bantuan itu bagi menampung keperluan pelajar miskin untuk membeli buku kerja dan rujukan serta keperluan harian yang semakin meningkat serta bagi memastikan kuasa beli pelajar miskin dapat dikekalkan,” katanya di Komtar, di sini,. Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, kenaikan kadar bantuan antara 17 hingga 25 peratus itu adalah yang tertinggi berbanding negeri lain di negara ini. “Kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang prihatin terhadap masalah rakyat mampu menaikkan kadar bantuan itu kerana mendapat lebihan Bajet Negeri setiap tahun sejak 2008. Kejayaan Bajet surplus ini dicapai walaupun perbelanjaan bertambah sebanyak 55 peratus berbanding ketika diperintah Barisan Nasional (BN). Seramai 2,567 pelajar daripada 123 sekolah di Pulau Pinang akan mendapat faedah daripada kenaikan Bantuan Biasiswa Kecil Negeri itu.

 Pemilihan penerima bantuan itu adalah diproses melalui system computer online oleh Kementerian Pelajaran Malaysia berasaskan merit, kedudukan kewangan keluarga dan kegiatan ko-kurikulum. Pejabat Pelajaran Pulau Pinang pula akan memperakukan senarai nama pelajar yang layak menerima bantuan itu kepada kerajaan negeri untuk kelulusan. Mana-mana keluarga di Pulau Pinang yang mendapati anak mereka tercicir daripada senarai itu boleh menghubungi Pejabat Daerah atau ADUN PR untuk dipertimbangkan. Sehubungan itu beliau juga menafikan tuduhan liar pihak tertentu bahawa Bajet surplus dicapai kerana kerajaan negeri mengurangkan perbelanjaan. “Surplus naik 312 peratus pada 2011 kepada RM138 juta berbanding 2010 kerana urustadbir CAT yang memberi penekanan kepada tender terbuka kompetitif, pengistyiharaan aset pemimpin kerajaan negeri termasuk Ketua Menteri kepada orang awam, mendedahkan isi kandungan kontrak kerajaan dengan syarikat swasta dan memastikan kesederhanaan baik dalam perbelanjaan secara berjimat dan berhemah atau kehidupan tidak mewah tetapi sederhana pemimpin dan pegawai kerajaan negeri.

 “Lagipun surplus ini dikongsi dengan rakyat menerusi pelbagai program bantuan emas seperti warga emas, anak emas, mahasiswa emas dan pelajar emas. Di samping itu, kerajaan negeri juga melaksanakan Agenda Ekonomi Saksama (AES). “Pulau Pinang akan menjadi negeri pertama membasmi kemiskinan di Malaysia pada 2013 dengan mewujudkan mekanisma untuk menjamin setiap keluarga memperoleh sekurang-kurangnya RM770 sebulan. Mana-mana keluarga yang mempunyai pendapatan kurang RM770 sebulan akan ditambah nilai atau “top-up” oleh kerajaan negeri setiap bulan hingga genap RM770,” katanya.
sumber dari...

No comments:

Post a Comment