Tuesday 8 January 2013

DAP tak layak jadi kerajaan.. ~ Tun Mahathir



Perubahan mengejut keputusan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP merupakan satu helah politik parti itu untuk memancing undi Melayu menjelang Pilihan Raya Umum ke-13, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

 DAP, katanya, terpaksa memperbetulkan keputusan rasmi pemilihan yang dikeluarkan pada 15 Disember lalu berikutan kesemua lapan calon Melayu mengalami kekalahan teruk dalam pemilihan parti itu.

 Beliau berkata, strategi DAP yang mengubah keputusan pemilihan tiga minggu selepas pemilihan sebenar berlangsung itu hanya bertujuan memperbodohkan Melayu.

 "Itu bukan silap (DAP). Cara (pemilihan) itu betul tetapi apabila DAP mendapati tiada langsung pemimpin Melayu dalam DAP, dia (DAP) kata dia silap.

 "Tak kan lah begitu bodoh sekali sehingga nak kira undi pun tak tahu. Kalau dia (DAP) tak tahu nak kira undi, tak payah lah nak jadi kerajaan.

 "Itu satu political 'ploy' (helah politik). Ini semua mengarut. Sebenarnya, semua calon Melayu tidak terpilih langsung," katanya apabila diminta mengulas kesilapan keputusan pemilihan CEC DAP baru-baru ini.

No comments:

Post a Comment