Wednesday 2 January 2013

PAS yakin mampu tawan Johor dari UMNO..



Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat berkata kenyataan Pengerusi Perhubungan Umno negeri, Datuk Abdul Ghani Othman mengenai sokongan terhadap PAS adalah tidak benar.

Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada laporan Sinar Harian hari ini menyiarkan kenyataan Abd Ghani bahawa kira-kira 90% orang Melayu Johor menolak PAS.

Ini, kata Suhaizan kerana sejak pilihanraya 1999 sokongan orang Melayu kepada PAS di Johor semakin meningkat.

“Kenyataan Datuk Abdul Ghani ini memberi maksud bahawa PAS hanya mendapat sokongan orang Melayu Johor sebanyak 10% sahaja,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Sinar Harian hari ini menyiarkan kenyataan Pengerusi Perhubungan Umno Johor Datuk Abd Ghani Othman yang menyatakan bahawa kira-kira 90% orang Melayu Johor menolak PAS.

Kenyataan Datuk Abdul Ghani ini memberi maksud bahawa PAS hanya mendapat sokongan orang Melayu Johor sebanyak 10% sahaja.

Kenyataan ini adalah tidak benar kerana sejak pilihanraya 1999 sokongan orang Melayu kepada PAS di Johor semakin meningkat. Walaupun pada tahun 2004, Kerajaan Barisan Altenatif di Terengganu tumbang dan Kelantan menang tipis tetapi sokongan orang Melayu di Johor meningkat.

Pada pilihanraya ke-12 tahun 2008, Dun Sungai Balang dalam Parlimen Muar dengan peratus pengundi Melayu 71.38%, PAS memperolehi 42.42 %.

Dun Endau dalam parlimen Mersing dengan peratus pengundi Melayu 77.81 %, PAS memperolehi 34.33 %. Dun Sri Medan dalam Parlimen Parit Sulong dengan peratus pengundi Melayu sebanyak 89.35%, PAS memperolehi 27.99 %.

Data-data ini membuktikan bahawa sokongan pengundi Melayu di Johor kepada PAS sekitar 30% bukannya 10% seperti yang digambarkan oleh Pengerusi Perhubungan Umno Johor.

No comments:

Post a Comment