Saturday 1 October 2011

Adakah Kempen Memakai BAJU KUNING setiap SABTU merupakan retorik PAKARAN RAKYAT sahaja...?


Takkan takut lagi nak pakai baju Bersih setiap Sabtu kot?

Harakahdaily melaporkan:
KUANTAN, 29 Sept: Mahkamah Sesyen di sini, semalam membebaskan tanpa melepaskan dua ahli PAS yang ditangkap di Rompin 2 Julai lalu kerana memakai baju kuning berlogo Bersih 2.0.

Mohd Fadzli Ramly, 33, seorang peguam ialah AJK Pemuda PAS Pahang sementara Abdul Manaf Md Hassan, 41, merupakan AJK PAS Dun Tioman.

Ketika dihubungi, Mohd Fadzli berkata beliau masih belum berpuas hati dengan keputusan berkenaan dan mahkamah masih belum memulangkan baju-T yang dirampas daripadanya sebelum ini.

"Ini tuduhan mengarut dibuat akibat rasa terdesak kerajaan Umno dan BN hendak menyusah dan menakut-nakutkan rakyat yang menuntut pilihan raya bersih dan adil.

"Kami akan ambil tindakan saman ke atas kerajaan," katanya yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS kawasan Dewan Undangan Negeri Tioman.

Sebelum ini mereka dituduh di bawah Seksyen 47 Akta Pertubuhan kerana memakai baju sebuah pertubuhan haram. - Hrkh.
Portal PAS Perak pula melaporkan:
BATU GAJAH: Pendakwa raya Majistret Batu Gajah telah membuat keputusan menarik balik pendakwaan tuduhan terhadap Salleh Yusof atas dakwaan memiliki baju Bersih 2.0 pada 26 September lalu. Setelah mendengar reprentasi peguam tertuduh, pendakwa raya telah berpuas hati dan bersetuju untuk menarik balik pertuduhan ke atas Salleh.

Tertuduh Sdr Salleh telah ditahan sebelum Perhimpunan Aman BERSIH 2.0 kerana memiliki dan menjual baju BERSIH telah dibebaskan tanpa dilepaskan. Beliau melahir rasa syukur dan gembira dengan keputusan itu. " Semangat saya tidak pernah luntur malah bertambah kukuh, saya akan terus berjuang walau apa jua cabaran yang akan ditempuh", katanya selepas keputusan mahkamah. - PAS Perak.
Aku tak faham sungguh pasai apa kempen pakai baju kuning setiap Sabtu macam tak dapat sambutan, takkan takut kut?

Kalau ikut 2 berita atas tu, patutnya pakai baju Bersih 2.0 pun takdak masalah dah.

Ada sapa yang rajin tolong kira berapa orang yang pakai baju Bersih 2.0 di Dewan Milanium hari ni?

No comments:

Post a Comment