Friday 9 March 2012

ANWAR IBRAHIM SIAL CUBA MALUKAN AZIZAN ABDUL RAZAK!!!


Ketua segala malapetaka di negara ini, Anwar Ibrahim telah bertemu dengan Azizan Abdul Razak di Kediaman Menteri Besar Kedah, Jalan Sultanah Bahiyah, Alor Star.
Menariknya pertemuan itu sepatutnya pertemuan sulit antara Anwar Ibrahim dengan Azizan Abdul Razak tetapi berjaya dihidu oleh pemberita. Pertemuan tersebut berlangsung dari jam 10:00 pagi sehinggalah jam 11:30 pagi. Selepas menyedari kehadiran wartawan, Anwar Ibrahim yang diketahui berkulit muka tebal, akhirnya membuat kenyataan media, sekalipun kenyataan media tidak ada dalam perancangannya. Bahkan kedatangannya ke Kedah juga cuba dirahsiakan.
Turut hadir dalam pertemuan tersebut adalah 8 orang pimpinan dan ahli PKR yang diketuai oleh Ahmad bin Kassim, Ahli Parlimen Kuala Kedah.
Dalam sidang medianya, Anwar menyatakan bahawa dia sekadar menziarahi Menteri Besar yang sedang sakit mata. Kesempatan pertemuan tersebut telah digunakan untuk membincangkan tentang pelbagai isu di Kedah.
Bagaimanapun, berdasarkan maklumat yang diterima, antara perbincangan yang dibuat antara Anwar Ibrahim dengan Menteri Besar ialah tentang cara meningkatkan pembangunan di Kedah. Atau dalam bahasa yang lebih mudah, Anwar Ibrahim membincangkan tentang pembahagian ghanimah di Kedah untuk mengembongkan kocek serta kantung para pemimpin dan ahli-ahli PKR di Kedah.
Anwar Ibrahim turut mengajar Azizan Abdul Razak tentang kepentingan Jawatankuasa Pemandu PAS Pusat yang ditubuhkan untuk mengawalselia, mentadbir dan menguruskan Kedah dengan menjadikan Azizan sebagai boneka sepertimana British menjadikan Sultan-Sultan Melayu sebagai boneka mereka dari pertengahan abad ke-18 sehingga awal abad ke-20

No comments:

Post a Comment