mb kedah
ALOR SETAR - Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah telah memberi perkenan untuk melantik semula Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh sebagai Exco Kerajaan Negeri, namun tarikh mengangkat sumpah belum ditetapkan.
Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, berikutan itu kemungkinan rombakan dalam portfolio lapan Exco yang mengangkat sumpah 28 Februari lalu akan dirombak semula.
"Kita kena tengok semula, ada yang tak rombak, ada yang perlu rombak sedikit. Setakat ini, saya sendiri belum jumpa Phahrolrazi atau Ismail bincang perkara ini," katanya pada sidang media di kediaman beliau selepas menerima lawatan Datuk Seri Anwar Ibrahim