Wednesday 13 February 2013

BN perlu bersatu untuk tewaskan rejim Guan Eng.

Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata pemimpin Barisan Nasional (BN) perlu terus berganding bahu untuk mengambil alih kerajaan Pulau Pinang walaupun sokongan rakyat khususnya masyarakat Cina di negeri itu terhadap BN meningkat.


 Beliau berkata sokongan rakyat kepada BN dilihat menerusi Sambutan Tahun Baru Cina di Pulau Pinang Ahad lepas yang diserikan dengan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.

 "Sambutan (Tahun Baru Cina) baik dan ini menunjukkan sokongan rakyat meningkat tapi sama ada sudah sampai ke tahap ambil alih untuk teraju kerajaan Pulau Pinang terserah kepada para pengundi," katanya kepada pemberita selepas majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran IPOH negeri Perak semalam. Mengenai senarai calon Gerakan pada PRU-13 beliau berkata ia akan diumumkan pada masa yang sesuai

No comments:

Post a Comment