Tuesday 12 July 2011

MKK kena prihatin setiap aduan rakyat

images/stories/Julai2011/img_1398.jpgGUAR CHEMPEDAK: Majlis Ketua Kampung/Komuniti (MKK) perlulah memainkan peranan penting dalam menerima setiap aduan daripada rakyat terutama melibatkan golongan miskin dan ibu tunggal untuk dikemukakan kepada Penghulu Mukim atau Pegawai Daerah.

 
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pertanian dan Industri Asas Tani, Bioteknologi, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, YB. Dato’ Ir. Haji Amiruddin Hamzah, MKK juga perlulah menggerakkan tanggungjawab
 dalam menjalankan aktiviti kemasyarakatan di bawah seliaan Penghulu Mukim dan pengetahuan Pegawai Daerah.
“MKK perlu memantau dan melaporkan kemajuan projek-projek pembangunan dalam kampung/komuniti kepada Penghulu Mukim atau Pegawai Daerah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Pemantapan Institusi MKK/Ketua Komuniti Peringkat Daerah Yan Tahun 2011 di Dewan Serbaguna Guar Chempedak, di sini.

Amiruddin memberitahu, MKK juga perlu mengambil maklum atau melaporkan sebarang masalah yang berkaitan di peringkat kampung/komuniti kepada Penghulu Mukim atau Pegawai Daerah untuk tindakan selanjutnya.

images/stories/Julai2011/img_1394.jpg“MKK juga boleh mencadangkan projek-projek pembangunan yang diperlukan untuk kampung/komuniti kepada Penghulu Mukim atau Pegawai Daerah,” ujarnya.

Tambahnya, MKK perlu mengumpul dan menyediakan profil kampung/komuniti untuk dikemukakan kepada Penghulu Mukim atau Pegawai Daerah,” katanya.

“MKK juga berperanan dalam membantu Penghulu Mukim dalam proses daftar Sistem Pangkalan Data Kemiskinan Negeri Kedah Darul Aman (e-Sinar) dan lain-lain program pembasmian kemiskinan,” jelasnya.

Beliau berkata, MKK juga perlulah memainkan peranan dalam usaha membantu meningkatkan kemajuan kampung/komuniti.

“Tanggungjawab MKK amat penting dalam bersama-sama menjayakan setiap program atau aktiviti yang dijalankan di setiap kampung atau komuniti,” ujarnya.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Pegawai Daerah Yan, Encik Zahari Ismail

No comments:

Post a Comment