Friday, 27 May 2011

Baru sahaja YB Manikumar bagi cadangan tapi YDP dah tunjuk kuasa!!!...

                                             Ambil berat peniaga tepi jalan

ALOR SETAR - Kerajaan Negeri disaran menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi membincangkan isu peniaga tepi jalan yang berleluasa di seluruh Kedah selain meneliti proses ke arah pemutihan masalah itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Selambau, S Manikumar berkata, penubuhan jawatankuasa khas itu penting kerana isu peniaga tepi jalan tidak pernah dibincangkan secara terperinci di setiap mesyuarat pihak berkuasa tempatan (PBT) di setiap daerah, sedangkan terdapat pelbagai aduan dan tindakan penguatkuasaan dijalankan ke atas mereka.

:Menurutnya, keperluan Kerajaan Negeri untuk meneliti permasalahan peniaga tepi jalan penting memandangkan kegagalan menangani isu tersebut dengan bijak akan menyebabkan nama baik Kerajaan Negeri terjejas walaupun sebarang tindakan dilakukan berlandaskan peraturan.

“Sebagaimana masalah penjaja yang berniaga di atas rizab jalan di kawasan saya (Bukit Selambau) baru-baru ini, saya mengakui mereka berniaga tanpa mematuhi semua peraturan perniagaan sebagaimana disyaratkan PBT, bagaimanapun tindakan penguatkuasaan terhadap mereka akan menyebabkan kehilangan sumber pendapatan kerana sudah lama bertapak di sesuatu tempat.

“Sekiranya tindakan penguatkuasaan awal diambil terhadap mereka, peniaga terbabit kemungkinan tidak berniaga di situ. Bagaimanapun, setelah tindakan tidak diambil dalam tempoh masa lama, peniaga terbabit sudah bergantung pendapatan dengan berniaga di tempat itu.

“Justeru, penelitian sewajarnya isu ini perlu dilakukan terhadap kedua-dua pihak memandangkan ada pro dan kontra dalam soal kewajaran tindakan penguatkuasaan PBT diambil ke atas mereka,” katanya sewaktu ditemui Sinar Harian.

Manikumar berkata, satu proses pengumpulan data peniaga tepi jalan perlu dilakukan PBT setiap daerah untuk memastikan jumlah peniaga dan lokasi perniagaan mereka dikenal pasti bagi membolehkan urusan ‘pemutihan’ peniaga terbabit dapat dijalankan.

“Urusan ‘pemutihan’ yang dimaksudkan bukan membasmi peniaga-peniaga terbabit, sebaliknya Kerajaan Negeri menggunakan kesempatan ini untuk membantu mereka dengan menyediakan prasarana dan tapak berniaga baru yang lebih selamat dan terjamin.

“Di pihak Kerajaan Negeri, isu peniaga tepi jalan ini perlu diletakkan di bawah satu komponen khas untuk memantau dan meneliti permasalahan dialami kedua-dua pihak iaitu peniaga dan PBT bagi mengelakkan masalah berbangkit timbul di kemudian hari,” katanya.

Manikumar menegaskan cadangan yang dikemukakannya bukan untuk menghalalkan tindakan peniaga tepi jalan yang kebanyakannya berniaga tidak memenuhi syarat diperlukan, sebaliknya bertujuan memberi perlindungan kepada mereka.

“Dari sudut penguatkuasaan, sememangnya tindakan mereka salah. Tetapi kita perlu akui kegagalan kita melaksanakan tindakan penguatkuasaan awal terhadap mereka menyebabkan mereka terus bergantung harap terhadap sumber pendapatan diperoleh daripada berniaga di situ.

“Justeru, masalah ini perlu diperhalusi dengan kerjasama kedua-dua pihak termasuk Kerajaan Negeri demi kesejahteraan rakyat Kedah,” katanya.

38 comments:

  1. baca ni je lah xpayh dh beli paper..hehe..

    ReplyDelete
  2. bagus blog neyh...byk info... :)

    ReplyDelete
  3. singgah sambil baca perkebangan politik negeriku...

    ReplyDelete
  4. salam blogger semua. pererat silaturrahmi dengan saling mengunjungi.. di tunggu kunjungan agan-agan semua.

    ReplyDelete
  5. Salam Jelapang,

    Nice entry..tapi tentu lebih elok jika di akhir berita disiarkan sedikit komen pemilik blog terhadap berita yg disiarkan. Bukan apa, nanti ada pula org anggap blogger ni cuma spt posmen tukang pos berita.

    Sekadar pandangan peribadi, jangan ambil hati...

    ReplyDelete
  6. Salam....banyak kebaikan dan keburukkan yang tersorok sebenarnya...tugas kita menghebahkan agar orang tahu..kadang2 kita perlu mendapatkan cerita2 begini tanpa merujuk akbar...syabas!

    ReplyDelete
  7. ok la..dorang fikir jugak ape akan jadi dekat peniaga..bukan mcm DAP kat penang, langsung tak ambik kisah peniaga tepi jalan akan hilang punca rezeki, tolak rayuan peniaga, then terus robohkan mcm yang jadi kat batu feringghi..

    ReplyDelete
  8. Ni semua politik punya pasal.. ;)
    whatevermix.blogspot.com

    ReplyDelete
  9. politik2..rakyat jadi mangsa
    khairul
    http://gilamodified.blogspot.com
    ada chatbox tak kt cni ?

    ReplyDelete
  10. Panglima mai nie...hehehe
    Kalau tak kena...Panglima akan beri komen yea...
    Sekadar kunjungan hormat dari Panglima7 buat Jelapang.

    ReplyDelete
  11. Spa nich ya...? Jalapang tuh apa ?

    ReplyDelete
  12. Semuga negaraku aman makmur....

    ReplyDelete
  13. is thanking you for your visit! keep hugging my blog and explore my trails! happy trekking! :]

    ReplyDelete
  14. ni penyokong puak sekular-kapitalis ka? mai blog aku kita sembang pasai makcik yg hina islam dalam blog tu. nak tau jugak jawapan puak2 sekular ni

    Al-kisah Blog Seekor Makcik yang Menghina Islam...

    ReplyDelete
  15. Hi, thanks for your visit. Come back anytime, you're welcome in my blog. Happy New Week ! Greetings from Grevena Greece!!! http://fotisbazakas.blogspot.com

    ReplyDelete
  16. Tumpang Lalu. Di jemput beramai-ramai mengundi http://www.wwwow.my/Detail.aspx?cd=290411114525104 cara-caranya http://www.mialiana.com/2011/05/jom-undi-mialianacom-untuk-blogger-of.html . Sekian Terima Kasih

    ReplyDelete
  17. tanah saya tu.jangan kacau kalau tak saya roboh itu gerai

    ReplyDelete
  18. relex bos, lama tak online nii..

    ReplyDelete
  19. salam,

    dtg balas kunjungan :)

    blog politik ka ni

    ReplyDelete
  20. Salam ziarah dan salam perkenalan.
    Blog yang menarik!

    ReplyDelete
  21. kes gerai2 perniaga yang kena roboh ni kat jalan cinta sayang betui2 dekat umah saya... apa yang menjadi persoalan saya....selama hampir 10 tahun perniaga distu tak diganggu kenapa dalam masa satu ari saja ianya diganggu ....itu yang jadi persoalan saya....

    ReplyDelete