Tuesday, 31 May 2011

KERAJAAN PAS KEDAH KEJAM ANIAYA PELAJAR



Kerajaan PAS Kedah telah memecat seorang Timbalan Dekan dan 6 orang pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN) yang didakwa terlibat dalam demonstrasi membantah kelemahan pentadbiran KUIN dan kerajaan negeri.

Perkembangan ini menunjukkan bahawa kerajaan negeri tidak boleh menerima sebarang teguran. Ini berbeza semasa mereka menjadi pembangkang, setiap saat setiap hari pelbagai kutukan dan kritikan mereka lemparkan kepada pentadbiran kerajaan negeri di bawah BN. Tetapi kini apabila mereka sudah berkuasa, baru mereka rasa bagaimana susahnya menjadi pemerintah. Dan paling penting, mereka tidak tahan mendengar kritikan.

Itulah sikap pembangkang. Mereka melaung-laungkan slogan kebebasan bersuara. Mereka kononnya berjuang memartabatkan demokrasi di negara ini. Namun, apabila terkena batang hidung sendiri, mereka ibarat cacing kepanasan. Cakap tak serupa bikin.

Keengganan Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Azizan Abdul Razak menemui pelajar-pelajar KUIN tersebut juga memperlihatkan betapa tidak rasionalnya pembangkang dalam menangani kecaman. Bagi mereka, apabila rakyat berdemonstrasi menentang kerajaan BN itu dinamakan demokrasi, tapi apabila mereka pula berkuasa dan rakyat mengkritik mereka, ia tidak demokratik dan perlu diambil tindakan tegas. 

Tindakan pemecatan itu, secara tersiratnya merupakan amaran kepada mana-mana pihak supaya tidak menentang kerajaan PAS Kedah. Jika menentang buruk padahnya. Inilah juga yang bakal mereka praktikkan sekiranya berjaya memerintah Malaysia. Mana-mana pihak yang cuba berdemonstrasi membantah dasar-dasar mereka pasti akan disumbat ke dalam penjara @ ISA tanpa banyak bicara. 

23 comments:

  1. haa...tu la dia ...dah terjelepak ....terjelepuk laa...baru hang tau....

    ReplyDelete
  2. ALKISAH....
    Timbalan dekan dan 6 pelajar KUIN di pecat....hanya kerana menyuarakan perasaan mereka dalam demo/protes.... ishk…ishk...ishk.... kalau la IPTA ikut cara KUIN@kerajaan negeri ni apa la kata orang PR kan.. hahahha… Presiden PAS pun boleh kena sound ngan MB....UPM/UKM/UITM berapa banyak mat2 and minah2 demo? tak kira la pro pakatan atau pro kerajaan....

    kat KUIN ni pun satu masalah juga.....ada pulak klasifikasi ILMU SEKULAR vs ILMU AGAMA...tolonglah ILMU yang baik semuanya drpd ALLAH....ilmu sekular nih disalahlabelkan.....sebagai contoh bila kata kajian kesihatan tak betul sebab BUKAN KUASA ALLAH!!itu kesalahan yang sangat SILAP!! Tolonglah woiii itu semua daripada ALLAH tambah sahajalah dengan doa dan tawakkal!!!!

    Ada juga yang mempertikaikan anak2 sekarang lebih terarah ke MRSM dan SBP, ramai mak bapak yang tak mahu hantar anak2 ke sekolah agama...pandangan saya mudah, kalau semua nak jadi ustaz sapa nak jadi Dr...apa salahnya amik medic? Bukanya dalam pengajian medic tak bleh belajar agama....malah dengan dipertontonkan kekuasaan ALLAH secara LIVE depan mata, saya yakin ramai yang makin sayangkan agama... ramai juga Dr saudara baru terbuka hati mengikat islam sebagai agama!!! huh

    SEKARANG SIAPA LEBIH ADIL DAN TERBUKA?

    ReplyDelete
  3. HELLO MY FIREND ILKE IT..POST

    ReplyDelete
  4. Bagaimana bentuk teguran, maaf saya ketinggalan cerita negeri kedah ni.

    ReplyDelete
  5. tak layan blog Be End..

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum awat jadi lagu nie heheh...slogan x serupa bikin, manusiakan durjana heheh

    ReplyDelete
  7. cheq dh mai dh.. =D
    kwn2 sy di kedah kata si azizan ni bagus juga dia tak campur aduk urusan kerjaan negeri dgn politik pas, betul ke?

    ReplyDelete
  8. Ye FM.. semua kakitangan awam kerajaan dilayan samarata tanpa mengira parti politik. mereka tak takut2 lg mcm zmn pemerintahan umno yg kolot dulu, ugut2 buang kerja jika undi pembangkang dsbg nya. bukalah mata kawan2... semua ni fitnah belaka, tolong lah jgn percaya semua akhbar2 kerajaan.

    ReplyDelete
  9. betul ke dop citew niw?? sumber mai mne? maap le......cheq quwang sket isu utara ni

    ReplyDelete
  10. Mungkin lepas ni ada org kata Pas pun 2x5 dgn Umno juga yg suka buang org sesuka hati spt masa pemerintahan mereka dulu yg menukar 24 jam mana2 pegawai kerajaan negeri yg nampak tak sebulu.

    Tapi benarkah Azizan begitu berkuasa hingga boleh buang staf KUIN? Jika tanya staf SUK di Wisma Darulaman mereka ada pandangan berbeza mengenai Azizan. MB kini dikatakan tak pernah campurtangan urusan pentadbiran, tak spt zaman MB dulu2 yg kata mereka suka campurtangan kerja kakitangan kerajaan.

    ReplyDelete
  11. Saya dah mai.thanks sudi mai belog saya

    ReplyDelete
  12. jika ke melaka..... http://alaihomestay.blogspot.com/

    ReplyDelete
  13. http://youtu.be/izlB3dQPFII - kenyataan akhbar oleh MB berhubung kes ini

    ReplyDelete
  14. Came to Say Hi To You! Follow Me Back! Good morning. Have a nice day. http://fotisbazakas.blogspot.com

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum,
    Saya pun dah mai sini, singgah baca belog politik lak......ish ish ish....macam macam cerita nu...baguih jugak ambik tau serba sikit

    ReplyDelete
  16. Hanya orang yang tidak tahu bersyukur akan nampak buruk pada perkara yang baik. Mata hati mereka tertutup, sukar hendak betulkan lagi. Kecuali kalau diberi peluang oleh Allah sekali lagi.

    ReplyDelete
  17. wow agak kejam..smua politik punya pasal ..
    politik2...huhu

    ReplyDelete
  18. sy xske pas... klu dia memerintah Malaysia.. rakyat msti makin mundur... penuh dgn muslihat2 dan janji2 kosong.... jgn jadi mcm yahudi....

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum..

    Ceq singgah sini balik noh :)

    ReplyDelete
  20. kah kah kahakhkhakhakhaka....wa singgah sambil ngomen bro..!!!

    ReplyDelete
  21. Adehh susah jugak macamtu :(

    ReplyDelete
  22. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete