Friday 22 July 2011

Keanehan politik Pas


SEBENARNYA, kita terutama umat Islam tidak perlu terkejut dengan tindakan Kerajaan Pas Kedah yang mengubah pendirian berhubung larangan ke atas 13 jenis pusat hiburan di negeri itu sempena Ramadan.

Tindakan mengubah pendirian itu hanyalah contoh kecil bagaimana Pas kini sanggup mengorbankan apa sahaja demi kepentingan politik merebut kekuasaan bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Hakikatnya, perubahan keputusan yang dibuat tidak sampai 24 jam itu juga adalah antara beberapa tindakan ‘aneh’ Pas dalam politik sejak selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lalu.

Dalam perbualan penulis dengan beberapa penyokong Pas, mereka yang semakin tidak berpuas hati dengan corak kepimpinan dan hala tuju parti itu menggariskan beberapa tindakan Pas yang mereka lihat semakin ‘aneh’.

Keadaan itu berlaku kerana Pas kini sudah benar-benar beriltizam untuk berkongsi kuasa memerintah negara bersama-sama dengan PKR dan DAP, biar pun terpaksa mengorbankan prinsip perjuangan sendiri.

Berikut penulis paparkan beberapa tindakan dan sikap Pas yang dianggap ‘aneh’ dan tidak lagi mencerminkan perjuangan dan identiti parti itu sebagai pejuang Islam – satu pendekatan yang suatu ketika dulu membantu Pas sampai ke tahap sekarang.

* Mengubah haluan Perjuangan – jika suatu ketika dulu Pas begitu beria-ia hendak menubuhkan negara Islam tetapi kini ia sudah berubah kepada negara berkebajikan.

Perubahan dasar ini menurut sumber dilakukan kerana kepimpinan Pas percaya perjuangan menegakkan negara Islam akan membantut impian parti itu untuk berkuasa bersama-sama PKR dan DAP.

Apatah lagi Pas memahami bahawa DAP sejak dulu lagi memang menentang keras penubuhan negara Islam dan ia sekali lagi ditegaskan oleh DAP melalui Pengerusinya, Karpal Singh dalam isu pusat hiburan di Kedah baru-baru ini.

Oleh itu bagi menjaga hati dan memastikan perjuangan negara Islam tidak menjadi duri dalam daging bagi hubungan di kalangan pakatan pembangkang maka perubahan dasar perjuangan pun dilakukan kepada negara berkebajikan.

* Semakin terhakisnya kepimpinan ulama – Keputusan pemilihan parti itu baru-baru ini sudah menampakkan dengan jelas bahawa keyakinan sebahagian besar penyokong Pas bahawa golongan ulama boleh membawa parti ke puncak kuasa semakin pudar.

Oleh itu mereka membuat keputusan memberi kemenangan kepada bukan ulama untuk menduduki jawatan-jawatan penting, biar pun Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah seorang ulama.
Malahan pemimpin Pas termasuk Abdul Hadi sendiri tanpa berselindung menegaskan kepimpinan yang terpilih adalah barisan pilihan raya.

Ia seolah-olah menggambarkan perasaan putus asa di kalangan sesetengah pemimpin dan ahli Pas untuk menaruh harapan kepada golongan ulama bagi mengarak panji-panji parti itu meraih kemenangan menawan Putrajaya bersama-sama PKR dan DAP.

Ketika ini sudah tidak ada lagi perhitungan apatah lagi perasaan membelek kembali sejarah bagaimana Pas ditubuhkan dan siapakah yang bertanggungjawab meletakkan parti itu pada tahap sekarang.

* Menolak kerjasama dengan UMNO tetapi sedia ‘tunduk’ kepada DAP. - Sejarah perjalanan politik negara sudah membuktikan bagaimana pemimpin dan ahli Pas menolak sebarang kerjasama dengan UMNO biar pun demi kepentingan orang Melayu dan umat Islam.

Sebaliknya, Pas bukan sahaja membuka pintu seluas-luasnya untuk menjalin kerjasama politik dengan PKR dan DAP tetapi juga bersedia ‘tunduk’ dengan kehendak kedua-dua parti berkenaan.

Semua itu berlaku kerana berdasarkan kepada pilihan raya umum 2008, Pas terlalu yakin kedudukan pembangkang kini semakin kukuh dan mampu menumbangkan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang.

Namun Pas sama sekali tidak mahu memikirkan bagaimana dalam kerjasama itu parti lebih banyak ruginya daripada untung.

Malahan walaupun Pas turut berkongsi kuasa di Selangor dan Pulau Pinang namun Pas tidak ada suara untuk menegakkan perjuangan berlandaskan Islam.

Ia kerana di kedua-dua negeri itu segala-galanya ditentukan oleh DAP manakala Pas hanya mengikut sahaja.
* Bersikap ‘double standard’ - Walaupun sebagai sebuah parti Islam, Pas sepatutnya menegaskan yang benar itu benar yang salah tetap salah, namun dalam banyak perkara Pas lebih banyak meletakkan kepentingan politik mengatasi segala-galanya.

Ia jelas apabila Pas turut bermati-matian mempertahankan pemimpin-pemimpin pembangkang yang terlibat dalam masalah moral.

Biar pun bukti semakin jelas dan nyata namun demi kepentingan politik kekuasaan, Pas sanggup bersekongkol dan mengeluarkan pelbagai kenyataan demi mempertahankan golongan berkenaan.

* Membiarkan diri diperalat - Demi kepentingan politik kekuasaan juga, Pas sanggup diperalatkan oleh PKR dan DAP serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang sehaluan dengan pembangkang.

Ia terbukti apabila Pas terlibat dalam demonstrasi haram bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil.
Walaupun hakikatnya selama ini Pas sudah menang banyak kerusi termasuklah memerintah Kelantan sejak 21 tahun lalu, di Terengganu selama sepenggal dan kini di Kedah melalui satu pilihan raya yang telus dan adil, namun Pas tetap mahu bermain politik.

Justeru Pas bersedia berganding bahu dengan Pengerusi pertubuhan haram Bersih, Datuk S.Ambiga yang suatu dulu ditentang oleh parti itu kerana cuba menggugat kesucian agama Islam.

Tetapi Pas bersedia memaafkan Ambiga dengan menurunkan penyokong-penyokongnya ke jalanan. Jumlah penyokong Pas lebih ramai berbanding PKR dan DAP. Kedua-dua parti itu sememangnya bergantung kepada Pas sama ada dalam pilihan raya mahupun demonstrasi.

Demikianlah beberapa perkara berkaitan perjalanan politik Pas yang semakin aneh dari semasa ke semasa dan ia diketengahkan oleh kalangan mereka sendiri.

Sebagai kesimpulan fikir-fikirkanlah apa yang dicoretkan oleh seorang penyokong Pas dalam sebuah blog yang menyokong parti berkenaan.

Antara lain individu tersebut bertanya;
‘‘Kenapa Pas dah lari daripada matlamat dan perjuangan yang asal? Mana matlamat nak membentuk sebuah negara Islam? Apa yang dah berlaku?

‘‘Kenapa semuanya berubah bila bergabung dengan PKR? Adakah Islam digunakan sebagai alasan politik Pas semata-mata? DAP tetap dengan perjuangan mereka, perjuangan yg bertentangan dengan Pas, tetapi kenapa hingga hari ini Pas hanya tutup mata? Adakah ini semata-mata untuk meraih undi daripada kaum lain sehingga sanggup membelakangkan perjuangan asal… apa dah berlaku dalam Pas ni?

Terserahlah kepada pemimpin-pemimpin Pas menjawab persoalan ini, apa yang pasti pendekatan politik parti itu kini semakin merugikan mereka.

sumber

30 comments:

  1. Bagus blog ni... Banyak fitnah...

    ReplyDelete
  2. Lain kali fikir dan kaji dulu sebelum tulis. Nabi saw bersabda, 'Barangsiapa yang buat suatu benda jahat, maka dia akan dapat dosa daripada kejahatan yang dia lakukan dan dosa daripada kejahatan orang yang ikut dia, berpanjangan sampai hari kiamat.' Berat ni... Tak sebelah sesiapa pun. Tak tulis pasal apa pun, yang penting kena ingat, kiri kanan ada malaikat...

    ReplyDelete
  3. Salaam, apa yg saya tau, ustaz azizan hanya menguatkuasa undang2 yang sedia ada. Ada salah faham untuk menutup semua pusat hiburan di sana. Sebenarnya, premis2 berkenaan bersetuju untuk tidak membenarkan muslim memasuki premis pada bulan ramadhan. x da nak tutup nak larang benda lain.

    Untuk negara berkebajikan, x da masalah. jika sebelum ini mereka katakan negara islam, adakah seperti negara islam seperti yang diwar2kan oleh BN. Yang penting isi yang nak disampaikan sama. ya negara berkebajikan yang perlu dibina menurut cara islam. ingat saudara, perubahan atau perlaksanaan perlu secara berperingkat dan hikmah. dalami ilmu feqah supaya tidak tertipu dengan tipu daya syaitan.

    Boleh rujuk banyak link2 di internet. jangan malu bertanya dan putus asa. saudara mempunyai kelebihan untuk menulis. gunakanlah dengan sebaiknya. Semoga Allah bersama saudara dan kita semua.

    ReplyDelete
  4. Ramai jugak geng2 kedah dah belot dengan PAS..apa cerita?

    ReplyDelete
  5. saya setuju sangat pos ini, ada disebut dalam kitab suci melayu, baginda rasul melayu najib tun razak bersabda:

    "sesungguhnya, orang beriman itu jadi perdana menteri, maka grooming bini 1-2 billion, pasti masuk syurga".

    kita juga wajib ikut sunnah rasul melayu kita, buat banyak2 hab hiburan, bukan macam pas, pi bagi haram last2 sebab tu pemimpinnya semua papa kedana, bodoh!.

    apapun, marilah kita kembali ke agama kita yang diabawa rasul najib tun razak, ingatlah pas ini semuanya jelmaan syaitan iblis hantu sebagaimana disebut dalam kitab suci melayu kita yakni utusan melayu, pasti masuk syurga melayu dapat tender projek biar bini hudoh asalkan anak PM.

    amin.

    ReplyDelete
  6. wutever...knp nk menidakkan sesuatu yang berlandaskan islam, owner blog ni bkn islam ke? pelik la, tak kisah la pembangkang or penyokong, klu pihak yang ingin menegakkan islam, follow jer la, klu fikir diri tu islam la kn...

    ReplyDelete
  7. Buat pos mcm ni saja nak famous.. Pos mcm ni la org akn suka baca.. ala kontroversi la katakan..
    Apa pun tahniah owner blog.. tatkala anda membaca komen2 ni, pasti rasa suka pun ada, senyap pun ada, senyum pun ada, apa pun x ad.... Tapi, think twice.... "x semua apa yg kita tulis ni benar aja dong... pasti akn ad kelemahan... pasti Allah SWT sdh catit semua ni... ala bukan owner blog ni saja.. semua manusia ni pasti akan dicatit amalannya.. peeewweeett...............

    ReplyDelete
  8. :-). Teruskan menulis utk kebaikan.

    ReplyDelete
  9. viist here,,,semoga sukses selalu

    ReplyDelete
  10. Pelik tapi benar...susahnya nak melaksanakan hukum Allah di negara Islam...Bayangkan Islam di negara bukan Islam...adakah mereka akan ikut kata orang Islam....PASti tidak sebab nak buat masjid pun susah di negara bukan Islam. Di Danok, Thailand...pusat hiburan di tutup ketika penganut Buddha berpuasa....Indonesia menutup pusat hiburan di bulan Ramadhan....Sekarang yang menetang hukum Allah adalah orang Islam sendiri...jika kerajaan arahkan pusat hiburan ditutup di bulan Ramadhan PASti akan tutup. Masalahnya....kerajaan orang Islam yang ada takut kepada golongan minoriti bukan Islam...Takbir!

    ReplyDelete
  11. Penulis blog ni kurang pendidikan agama. Entah2 solat 5 waktu pn xcukup. klau ckup pn, mesti lewat. Senang ckp, kuage penulis ni mesti xtutup aurat. Entah2 hukum feqah pn xtau. Penulis blog ni sy dapati, ianya jenis sanggup jual agama untuk kesenangan dunia. Pada sy, bia kn merana. Asalkn beragama. Aku Islam, Aku Umat Nabi Muhammad SAW. Aku Terima dan Ikut Semua Yang Dikatakan oleh Baginda. Pada Aku, Tiada Zaman Moden, yang ada cuma Zaman Jahilliyah (sekarang) Tapi aku bukan maksom. Pas jelas nampak Islam walau ada kekurangan. BN terang-terangan Kafir walau ada melayu. Wlpn Pas akn mghncurkan DUNIA, aku sggup join menentang Al Masih DAJJAL.. Kebanyakn ahli Barisan Neraka tidak pndai membaca Al-Qur'an. Mereka langsung tidak mngetahui ttg agame. Nau'zubilLAH..

    ReplyDelete
  12. Hang ni anjing umno tau menyalak jer. Hang mana tau hukum hakam agama. auw-auw anjing umno menyalak, hahaha. anjing umno. hhaaha.

    ReplyDelete
  13. ermmmm...hati aku tetap pada yang SATU

    ReplyDelete
  14. Aii...
    Stop politik dlu la..
    Saye pikir saye nak bersihkan diri dlu di bulan suci ni..
    sape yang nak ikut??!!

    ReplyDelete
  15. Banyaknya pencacai kat sini. Haluuuuu pencacai yang bagus, apabila PAS telah menyimpang jauh, pencacai harus bangun menentang supaya PAS sentiasa berada dilandasan yang betul dan bukannya terus2 menjadi kerbau di cucuk hidung. Haluuuuu skrg perjuangan PAS dah hampir sama dengan perjuangan BN - dah tiada bezanya...bukalah mata tu sikit pencacai oooiii

    ReplyDelete
  16. sudahlah tak usah diributkan, selesaikan dengan kepala dingin...

    ReplyDelete
  17. kita menulis je..supaya mereka dapat memilih.gd luck..xsemua orang akan suka kita

    ReplyDelete
  18. singgah sini.....mengeratkan silaturrahim...

    ReplyDelete
  19. Sebenarnya, hal tersebut bagus. tapi akan lebih bagus untuk selama-lamanya!!!! untuk hiburan yang merusakkan

    ReplyDelete
  20. SALAM
    MASA UMNO TERANG2 BUAT BENDA YANG BUKAN BUKAN DULU HANG KT MANA LOKLAK NYA BLOQ

    ReplyDelete
  21. Hay hay..


    salam kenal yah!!!
    info nya keren

    ReplyDelete
  22. Hay salam kenal!!!

    i love it's info cool!!

    ReplyDelete
  23. “ Seorang mukmin itu dapat melihat dosanya sebagaimana melihat gunung yang ada di atasnya, ia takut sekali kalau – kalau gunung itu jatuh di atas dirinya. Adapun orang munafik itu melihat dosanya, sebagaimana melihat lalat yang terbang melalui hidungnya, lalu melihat lalat tersebut dinyahkan saja supaya terus terbang. “
    (Hadith riwayat Bukhari )

    Seorang alim telah berkata: "Cucilah empat perkara dengan empat perkara:

    1.Cucilah wajahmu dengan airmatamu
    2.Cucilah lidahmu dengan zikir kepada Penciptamu
    3.Cucilah hatimu dengan rasa takut kepada Tuhanmu
    4.Cucilah segala dosa-dosamu dengan bertaubat kepada Penguasamu.

    Atas sebab-sebab inilah rasa takut ini perlu ada pada diri kita. Tanpanya, manusia akan terus lalai. Bila tiada rasa takut pada Allah, semua perkara dilakukan dengan timbangan nafsu semata2. Setiap kali melakukan dosa, mereka tidak ada langsung rasa takut kepada Allah. Di akhirat nanti, nerakalah tempatnya. Nau'zublillah...

    ReplyDelete