Tuesday 31 May 2011

Dah 3 tahun, orang Siam Kedah baru tahu PAS pegang MB?


Dewan Perhimpunan Penyokong Pas (DHPP) Kedah mendedahkan masyarakat Siam di Kedah enggan mendekati Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini kerana menganggap bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mahdzir Khalid masih memegang tampuk pentadbiran Kerajaan Negeri sehingga kini.

Bagaimanapun, Setiausaha DHPP Kedah, William Khor Eng Hin berkata, persepsi itu berjaya diubah DHPP sejak mereka mendekati masyarakat Siam, terutama di kawasan Padang Terap bermula tahun lalu dan hasilnya sedikit demi sedikit orang Siam sudah mula memahami perjuangan PR Kedah.

Menurutnya, bukti jelas masyarakat Siam kini bukan lagi undi deposit tetap Barisan Nasional (BN) dan UMNO dapat ditunjukkan melalui penganjuran Pesta Songkran anjuran Kerajaan Negeri di Kuala Nerang apabila program itu dibanjiri lebih 4,000 masyarakat Siam seluruh Kedah yang kini sudah mula menyedari perubahan cuba dibawa PR.

“Saya bersama Exco Kerajaan Negeri, Tan Chow Kang mula-mula mendekati masyarakat Siam pada tahun lalu dan respons yang diberikan ketika itu agak kurang memberangsangkan apabila tidak sampai 50 orang yang datang mendengar ceramah anjuran kami.

“Kami bertanya sebab apa mereka enggan menerima kehadiran dan terkejut apabila mereka mendakwa bimbang tidak mendapat bantuan ‘Menteri Besar, Datuk Seri Mahdzir Khalid’ dan ‘Kerajaan Negeri BN’ sekiranya mendekati PR.

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete