Wednesday, 29 February 2012
Badrol Amin Gugup Jumpa Media!!!
CCTV Kantoikan Badrulamin
Persoalan mengapa Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Badrulamin Bahron enggan membuat laporan polis walaupun mendakwa 20 orang membelasahnya ketika ditangkap khalwat di sebuah hotel di Pantai Balok di sini kelmarin terjawab apabila siasatan pihak hotel itu mendapati dakwaan dia dipukul tidak benar.
Perkara itu disahkan sendiri oleh pengurus keselamatan hotel tersebut yang berkata, rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) hotel itu mendapati tidak ada kelibat sekumpulan lelaki seramai 20 orang memasuki hotel itu antara pukul 2 hingga 3 pagi Sabtu lalu.
Beliau turut menegaskan, tiada seorang pun pekerja hotel yang ternampak begitu ramai lelaki bagaikan samseng memasuki hotel dan seterusnya menuju ke bilik penginapan Dr. Badrulamin sebagaimana didakwa.
Menurutnya, hotel tersebut mempunyai CCTV di setiap laluan di tangga dan lif, bukannya di laluan menuju ke bilik penginapan.
"Namun, rakaman CCTV yang kami lihat kembali mendapati tidak ada rakaman yang membuktikan ada orang masuk beramai-ramai ke hotel kami pada waktu tersebut.
"Kenyataan bahawa hotel ini boleh dimasuki kumpulan samseng sewenang-wenangnya untuk membelasah pelanggan adalah sangat mencemarkan imej hotel ini,'' katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam..
Azizan Akan Tumbang Sebelum PRU13
>> THURSDAY, MARCH 1, 2012
Berdasarkan sumber dalaman PAS, gerakan menyingkirkan Azizan akan dilakukan oleh kelompok PAS Kedah yang tidak senang dengan cara beliau mengendalikan isu pelantikan semula dua orang ahli jawatankuasa eksekutif (exco) kerajaan negeri berkenaan.
Utusan melaporkan bahawa terdapatnya desakan kepada PAS Pusat agar mengarahkan Azizan bercuti dan tidak dilantik semula sebagai menteri besar jika pakatan PAS-PKR-DAP memerintah Kedah.
Hanya lapan daripada 10 exco dilantik semula semasa istiadat pelantikan exco 28 Febuari lalu di Istana Anak Bukit.
Dua exco yang tidak dilantik itu, Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail Salleh telah mengeluarkan surat menyatakan keengganan mereka dilantik semula berikutan terdapatnya krisis yang berlaku antara mereka dengan Azizan.
“Mereka bertekad untuk menjatuhkan Azizan dari kerusi Menteri Besar, malahan ada yang berazam menamatkan karier politik beliau dalam pilihan raya akan datang.
“Selain itu, mereka juga mendakwa Azizan sudah tidak layak menjadi pemimpin PAS Kedah kerana langsung tidak mahu mendengar nasihat exco dan kepimpinan parti,” kata sumber berkenaan.
Menurut sumber berkenaan, Azizan bukan sahaja menerima tekanan daripada penyokong dua exco berkenaan, malah turut menghadapi keadaan yang “kritikal” memandangkan PAS Pusat akan mengadakan mesyuarat esok bagi membincangkan kemelut Kedah esok.
“Dalam mesyuarat itu, naib presiden PAS Salahuddin Ayub akan menbentangkan beberapa cadangan dan syor yang akan menekan Azizan untuk menerimanya, walaupun sebelum ini beliau menyatakan menteri besar mempunyai kuasa untuk memilih exco tanpa merujuk kepada presiden PAS, Datuk Seri hadi Awang,” katanya.
Selain tekanan dari PAS, Azizan turut berkemungkinan menghadapi uasaha penyingkirannya daripada kumpulan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila beliau mengeluarkan kenyataan hanya akan akur kepada perintah Hadi sahaja.
Kenyataan itu jelas sumber berkenaan, seolah-olah Azizan memperkecilkan Anwar sebagai Ketua Pembangkang dalam Pakatan Rakyat (PR).
Selain itu, ketika ditanya sama ada Azizan akan akur dengan keputusan PAS Pusat, sumber berkenaan menjelaskan, kumpulan ulama di Kedah juga tidak menyebelahi Azizan, ditambah dengan Dewan Pemuda PAS negeri yang dilihat masih belum membuat keputusan untuk menyebelahi mana-mana pihak.
“Ini belum lagi mengambil kira bagaimana ada di kalangan pemimpin pusat yang tidak menyenangi beliau,” kata sumber itu lagi yang menjelaskan Azizan mempunyai tekanan yang begitu hebat.
Masalah Azizan, demokrasi subur dalam PAS
Subky Latif, 29 Feb 2012
SYUKUR Dato Seri Azizan Razak sebagai Menteri Besar menangguhkan angkat sumpah dua Exco Kedah yang belum bersedia menyambung khidmatnya setahun lagi. Beliau menangguhnya seminggu lagi sama ada kedua Exco itu sedia menyambung khidmat atau berundur.
Beliau tidak segera menggantikan dengan orang lain.
Tentunya Ustaz Azizan menggunakan demokrasi yang ada dalam partinya mendengar pandangan dan nasihat pihak lain antaranya PAS Pusat bagi menangani perkembangan demokrasi PAS di Kedah.
Apa pun perkembangan itu mengejutkan semua pihak apabila berlaku di saat PRU 13 sudah di ambang – mungkin esok atau lusa atau tahun depan. Tentulah semuanya bertanya apakah ia satu krisis atau sekadar memenuhi kehendak dan amalan demokrasi.
Dalam demokrasi semua orang menerima perlantikan, boleh menolak, boleh berundur, bersedia ditamatkan perkhidmatan, setuju disambung perkhidmatan, boleh menyatakan tidak setuju pada kerajaan dan boleh tidak bersetuju dengan Menteri Besar.
Sejak menjadi Menteri Besar tahun 2008 tidak pernah menangguh angkat sumpah mana-mana Exco dan tidak ada yang minta tangguh perlantikan perkhidmatannya. Exco yang ditangguhkan angkat sumpahnya itu baru beberapa bulan diangkat atau diangkat semula sudah jadi Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah oleh Ustaz Azizan.
Bukan Ustaz Hadi Awang atau Mursyidul Am minta mereka dijadikan Exco dan Timbalan Pesuruhjaya PAS. Azizan menggunakan demokrasi melantik mereka.
Orang tidak mahu mendengar jika perkembangan itu benda biasa dan bukan satu krisis dalam bentuk apa jua. UMNO tentunya syok walau pun ia terkejut kerana Azizan dapat mengawal parti sejak menggantikan Ustaz Fadzil Noor sebagai Pesuruhjaya hingga dapat membentuk kerajaan dan dapat mengawal kerajaan dengan baik.
Penyokong Pakatan Rakyat dari jauh tentu cemas dengan kejadian itu, kerana kalau ia krisis, ia boleh mengurangkan peluang untuk menyambung kemenangan.
Umum berpendapat dengan gaya pimpinan dan pentadbiran Azizan, PAS dan Pakatan payah dikalahkan oleh UMNO, tetapi boleh jatuh oleh masalah PAS sendiri. Jika kerajaannya tumbang bukan kerana UMNO kuat dan berada pada jalan yang betul, tetapi kerana kejutan amalan demokrasi yang terbuka bebas dalam PAS.
Demokrasi yang ada dalam UMNO menyebabkan ahli UMNO takut kepada UMNO dan takut kepada pemimpin UMNO. Sekali pun mereka cah keting pemimpin-pemimpin mereka, tetapi ia dibaut diam-diam di belakang. Mereka tidak berani mengata UMNO dan pemimpin di kedai kopi atau berterangan.
Mungkin kerana takut dicantas dan amat malang bagi ahli UMNO kalau tidak termasuk dalam senarai orang-orang pemimpin parti.
Orang PAS tidak takut pada PAS dan tidak takut pada pemimpin. Mereka takut pada Allah saja. Tetapi mereka hormat parti dan hormat pemimpin. Demokrasi yang mereka faham disesuaikan dengan ajaran syura mereka digalakkan menegur apa yang dirasakan tidak tepat, dan membisu terhadap ketempangan adalah satu sikap salah dan tidak jujur.
Dalam suasana keterbukaan dan amalan demokrasi yang bebas itu orang PAS merasa bebas untuk memberi pandangan kedua tentang pentadbiran dan kepimpinan pemimpinnya. Orang kecil bebas bercakap tentang kerajaan, parti dan pimpinan sesuai dengan kedudukannya di kedai kopi dan sesama mereka.
Yang besar seperti Timbalan Pesuruhjaya di samping ada pandangannya yang tersendiri tentang perkara-perkara tentu bebas memutuskan untuk tidak menyambung perkhidmatan dalam kerajaan seperti yang dibenarkan oleh demokrasi dan politik terbuka.
Dua anggota Exco itu bertindak mengikut apa yang dibenarkan semangat perlembagaan dan oleh demokrasi. Cuma pimpinan pusat merasa perlu campur tangan. Apa jua keputusan seperti berundur dari Exco boleh ditimbang semula dan apa juga perbezaan pandangan sesama sendiri dibenarkan oleh demokrasi untuk diselesaikan secara perbincangan.
Azizan bersetuju menangguhkan angkat sumpah semula dua Exco itu kerana dia mahu semua ahli Exco berkhidmat hingga penggal sekarang tamat iaitu apabila DUN dibubarkan bagi pilihan raya baru. Seluruh ahli PAS Kedah yang susah payah menegakkan kerajaannya sekarang dan yang pertama baginya tidak mahu kejadian itu menyebabkan ia tidak dapat menyambung kemenangan.
Sejak jadi Menteri Besar inilah ujian besar baginya. Dia diperhatikan bagaimana dia dapat menggunakan kebijaksanaannya menggagalkan UMNO mendapat manfaat atas isu itu.

Adakah kini Giliran Azizan jadi kambing korban?
YUSOF HARUN
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abd Razak kini menempuh hari-hari penuh dramatik macam dalam filem James Bond 007 dengan tidak ketahui kerjaya politiknya berstatus “esok masih ada” atau “tiada esok bagi mu”.
Namun Azizan bukanlah ejen perisik M15 bergelar Double O-Seven, tapi seorang ulama yang cuba mencorakkan politik Kedah mengikut kaedahnya atau fahaman Islam berpandukan ilmu dipungut hasil pengajian di pelbagai universiti.
Pas tak mahu kalah dalam PRU 13 kerana kalah bermakna mereka hilang kuasa mentadbir Kedah. Kemenangan hanya boleh dicapai jika Pas Kedah seia dan sekata dengan DAP dan PKR serta perpaduan dalam Pas itu sendiri tidak menghala ke arah perpecahan.
Pada peringkat ini, Pas Kedah gagal bendung krisis dari melimpah ke kedai-kedai kopi mengakibatkan sarapan rakyat sejak kebelakangan ini dihidangkan dengan senario panas.
Pada mulanya mengikut cerita, dua Exco menolak kepimpinan Azizan selaku Menteri Besar kemudian dengar ada dua lagi mengikut yang dua itu kerana keempat-empat konon mahukan seorang Menteri Besar yang baru.
Walaupun DAP dan PKR cuba menyembunyikan tangan dalam hal ini, namun bagi mereka yang arif kedua-dua parti politik ini juga suka melihat Kedah mempunyai Menteri Besar lain. Azizan dilihat terlalu kemelayuan dan tak sesuai sebagai bos Pakatan Rakyat di Kedah.
Banyak lagi isu yang disebut sebagai faktor kepimpinan Azizan sudah tidak releven. Beberapa tahun lalu Azizan berkeras kekalkan syarat 50 peratus kuota rumah di Kedah harus dimiliki Melayu. DAP dan masyarakat Cina bantah, tapi Menteri Besar yang mendapat sokongan orang Melayu itu tak ambil peduli.
Kedah juga satu-satunya negeri “pembangkang” yang guna kereta Proton Perdana bagi jemaah Exconya berbanding Perak (masa PR berkuasa) menukar kepada Toyota Camry setelah mereka berkuasa. Terbaru, Azizan guna kuasanya selaku Menteri Besar bertindak terhadap enam pelajar Kuin yang berdemonstrasi terhadap Auku - lima digantung pengajian dan seorang dipaksa bayar denda. Kes ini mengheret Azizan berseteru dengan Aziz Bari dan Pakatan Rakyat di peringkat pusat yang perjuangkan pemansuhan Auku.
Azizan tak peduli pandangan PR atau Anwar Ibrahim, malah secara sinis menempelak Pas yang terbawa-bawa dengan buku jingga. Katanya buku jingga bukanlah al-Quran. Sehingga rencana ini ditulis, Pas Pusat secara unprecedented campur tangan dengan membawa Salehudin Ayub sebagai perantara, konon bagi mendamai puak-puak bertelagah. Maknanya krisis kali ini serius.
Campur tangan Pas Pusat beri isyarat bahawa Azizan kini tidak lagi boleh bermaharajalela menentukan siapa dia suka menjadi Exco atau siapa bakal dipecat. Pas mahukan status quo - maksudnya semua Exco terdahulu dikekalkan semula.
Justeru jika dilihat politik Kedah, jawatan Menteri Besar dan nasib malang yang membelenggu penyandangnya mengingatkan kita kepada kisah legenda Mahsuri. Kini di tengah-tengah gelombang dan pukulan arus laut dari Pulau Mutiara, Azizan seperti lemas dipukul bayu - mungkin tempias daripada sumpahan zaman silam.
Sesetengah pihak mengandaikan masa depannya semakin kabur sehingga ada merasakan bosnya Datuk Seri Haji Hadi Awang pun sukar memanipulasi agar kedudukannya khusus selaku Menteri Besar selepas PRU 13 selamat.
Kesan daripada kedudukan Azizan dan dari krisis itu sendiri menunjukkan bahawa ulama dalam Pas semakin dipinggirkan. Azizan dianggap seperti the last mohiccan mempertahankan kedudukan ulama daripada diranap oleh pengaruh Erdogan. Sebelum ini Pas Selangor juga berdepan krisis melibatkan Hasan Ali dengan Menteri Besar sehingga Pas terpaksa memecatnya dari parti itu kerana tidak sehaluan dengan dasar liberal PKR Selangor di bawah Khalid Ibrahim.
Dalam konteks ini, PKR dan DAP nampak orang macam Nizar Jamaluddin, mantan Menteri Besar Perak sebagai pemimpin liberal yang serasi dengan mereka. Dewan ulama yang dianggotai ulama-ulama hebat kadangkala lebih berani berdialog dalam media dari mengambil pendirian tegas. Kerana itu dan juga dipengaruhi faktor lain, ulama yang dilihat sebagai pewaris nabi sudah tidak lagi dihormati oleh sebahagian besar ahli-ahli Pas apatah lagi DAP dan PKR.
Kemenangan Erdogan dalam Pas sehingga Pas tergelincir dari wadah perjuangan asal adalah kerana kelemahan ulama itu sendiri. Mereka tidak berani berdepan parasit dalam parti.
Dilihat sejarah kebangkitan ulama dalam Pas sejak revolusi Islam Iran dalam tahun 1970-an bakal menjadi sebahagian daripada sejarah sedih.
Kalau ulama sendiri membenarkan Azizan dikorbankan maka apalah opsyen Azizan pada ketika dia hampir menjadi seorang lagi kambing korban percaturan politik daripada tangan ghaib?
Ramai pemimpin terkorban kerana mempertahankan prinsip sama seperti lebih ramai pula yang mengorbankan prinsip kerana mengejar cita-cita politik dan impian ke Putrajaya.
Azizan berjaya buktikan bahawa beliau bukanlah ulama berserban kerana songkok pun mampu memperlihatkan imej alimnya. Tetapi itu dulu sewaktu Azizan seorang ahli politik belum berjawatan. Cabaran sewaktu menjadi Menteri Besar rupa-rupanya lebih besar daripada cabaran yang mencabarnya sebagai ulama selama ini.
Nampaknya sumpah Mahsuri dan sumpahan kepada penyandang jawatan Menteri Besar Kedah bukanlah cerita yang dibuai oleh tok selampit, rupa-rupanya ramai sudah pun menjadi mangsa.

Laporan Polis yang membuktikan Setiausaha Agung UMNO telah berbohong..
JINGGA 13 menyelar kenyataan bohong Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, sehingga kini, tidak ada laporan polis dibuat yang mendakwa adanya penglibatan Umno dalam kejadian itu tersebut sewaktu Himpunan Aman Hijau 2.0 di Padang Kota Lama , Pulau Pinang .
JINGGA 13 melalui JINGGA 13 Pulau Pinang telah membuat laporan polis pada 28 Februari 2012 bertempat di IPD Bandar Perda . Bukit Mertajam yang turut disertakan rakaman gambar bukti tindakan provokasi dan brutaliti yang dilakukan oleh UMNO yang rata-rata memakai topi berlogokan UMNO dan tertera. "UMNO Seremban" serta termasuk dikenalpasti beberapa orang yang merupakan ahli pemuda UMNO Balik Pulau.
Kesemua rakaman gambar adalah membuktikan bahawa secara nyata penglibatan UMNO dalam insiden yang turut mencederakan wartawan Kwong Yit Poh, Adam Chew yang menerima 8 jahitan di lengan dan Lee Hong Chun , dipukul dengan topi keledar oleh kumpulan tersebut .
Beserta ini Jingga 13 sertakan laporan polis serta rakaman gambar bahawa UMNO terlibat dengan rusuhan dan bertindak brutaliti serta provokasi dalam insiden Himpunan Hijau 2.0 di Pulau Pinang .
JINGGA 13 juga yakin bahawa ADUN Telok Bahang yang juga merangkap Ketua UMNO Balik Pulau , Datuk Seri Dr. Mohd. Hilmi Yahya mengetahui siapakah dalang sebenar disebalik tindakan liar pemuda UMNO menyerang wartawan dan rakyat yang berhimpun dengan aman tersebut. Ini kerana berdasarkan laporan UMNO Balik Pulau , kira-kira 50 orang pemuda UMNO Seremban bersama Pemuda UMNO Balik Pulau sebelum itu mengadakan Program Gotong Royong Perdana bertempat di Sekolah Agama Rakyat Wungai Pinang , Balik Pulau sebelum pergi ke Padang Kota Lama.
JINGGA 13 menyelar sikap tidak bertamadun dan penafian amalan demokrasi yang dilakukan oleh mereka yang terlibat yang turut bertindak biadap dan kurang ajar serta melanggar tatasusila dan kesopanan kepada rakyat yang berhimpun secara aman serta juga turut bertindak melampau terhadap Ketua Menteri Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang .
Kenyataan Setiausaha Agong UMNO tersebut ternyata bertindak mengiyakan segala tindakan zalim dan brutaliti oleh ahli-ahli mereka tanpa rasa bersalah kepada rakyat . Datuk Seri Tengku Adnan Mansor adalah merupakan bukti bagaimana tidak bertanggungjawab UMNO terhadap segala tindakan brutal yang semakin memuncak dilakukan oleh UMNO dalam siri serangan dan provokasi yang mengugat kestabilan dan kehormanian termasuk mewujudkan sentimen perkauman .
JINGGA 13 mendesak agar UMNO menghentikan segala tindakan yang melampau , zalim dan kejam . Rakyat semakin takut dengan UMNO yang dilihat sebuah parti yang terdiri para samseng yang akan membelasah rakyat bila-bila masa sahaja jika tidak mengikuti telunjuk mereka. Ini amalan 'budaya samseng' yang membuktikan UMNO semakin tersepit dan ditolak oleh rakyat .
JINGGA 13 menyeru seluruh rakyat Malaysia agar menolak budaya politik sempit , brutal dan zalim yang diamalkan oleh UMNO yang turut dipersetujui oleh Pimpinan Tertinggi UMNO . Presiden UMNO dan seluruh pimpinan UMNO harus dipertanggungjawabkan terhadap segala amalan kotor tersebut .
MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI
Kenyataan Media
JINGGA 13
29 Februari 2012
Guan Eng mahu IGP tindak tegas
WARTAWAN SINAR HARIAN
29 Februari 2012
29 Februari 2012

SHAH ALAM - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mahu Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengambil tindakan tegas bagi mengelakkan insiden sekumpulan pemuda, didakwa ahli Umno dan Perkasa,
mengepung kereta beliau dan menyerang orang ramai di Georgetown, Ahad lalu ketika Himpunan Hijau daripada berulang.
Selain itu, Guan Eng juga mahu Ketua Polis Negara mengambil tindakan ke atas anggota polis yang tidak berbuat apa-apa untuk menghalang kumpulan pemuda terbabit daripada menghampiri kereta dan cuba untuk menyerangnya.
"Adalah jelas bahawa tinkah laku anggota-anggota polis yang berdiam diri dan tidak menghalang mereka yang mengganas rakyat Pulau Pinang itu tidak boleh diterima.
"Saya berharap bahawa tindakan yang keras sekarang akan diambil oleh pihak polis ke atas mereka yang bersalah agar peristiwa-peristiwa seperti ini tidak berlaku lagi di Negeri Pulau Pinang," kata beliau dalam surat kepada Ismail, hari.
Guan Eng berkata, bantahan anti-Lynas, Ahad lalu di Dataran Pidato, Padang Kota Lama, Pulau Pinang telah diganggu oleh ahli-ahli Umno dan Perkasa yang telah membuat rusuhan di kawasan itu.
"Sebelum saya sampai ke situ pada pukul 6.30 petang, saya difahamkan bahawa perusuh-perusuh itu telah cuba memaksa orang awam dan pembantah anti-Lynas balik rumah dan meninggalkan tempat itu.
Ramai pula yang ditolak dan dipukul sehingga mereka jatuh, termasuklah wanita-wanita. Adalah nasib baik bahawa mangsa-mangsa tersebut tidak bertindakbalas balik," katanya lagi.
Semalam, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menafikan Umno terlibat dalam kekecohan Himpunan Hijau di Padang Kota, Pulau Pinang pada Ahad lepas, yang mengakibatkan dua petugas media cedera.
Beliau berkata sehingga kini, tidak ada laporan polis dibuat yang mendakwa adanya penglibatan Umno dalam kejadian itu.
Kata Ketua Menteri, insiden ini adalah kali kedua wartawan dan orang awam diugut dan diganas tanpa tindakan keras diambil ke atas mereka oleh polis.
"Sebelum ini, pada 1 Julai 2011 dua orang wartawan telah dipukul oleh peserta-peserta demonstrasi yang melibatkan ahli-ahli Umno dan Perkasa di Komtar dan selepas itu juga di Jambatan Pulau Pinang. Sehingga sekarang, tiada tindakan yang diambil terhadap mereka yang memukul wartawan itu.
Guan Eng berkata, selaku Ketua Menteri Pulau Pinang, beliau telah dijemput dan telah menggunakan carutan perkauman dan kata-kata ancaman seperti “You jaga”.
"Jika tidak kerana rakyat umum yang melindungi saya, saya percaya bahawa saya sendiri akan diserang.
"Saya difahamkan bahawa sebelum saya sampai, sudah berlaku kekecohan di mana ada beberapa orang awam diserang dan dipukul kumpulan ahli Perkasa dan Umno ini.
"Semua laporan polis yang berkenaan dan rakaman video telah dibuat dan diberikan kepada pihak polis," katanya.
Semalam, Ketua Wira Perkasa Pulau Pinang, Mohd Rizuad Mohd Azudin menjelaskan tindakannya menunjukkan kasut di hadapan kereta Guan Eng Ahad lalu kerana tidak berpuas hati dengan kepimpinan beliau.
Guan Eng dilantik sebagai Ketua Menteri selepas Pilihan Raya Umum 2008.
Rizuad berkata, Guan Eng mampu meluangkan masa untuk menghadiri Himpunan Hijau 2.0 sebagai membantah projek Lynas di Gebeng, Pahang demi modal politiknya.
"Guan Eng didapati mengambil kesempatan dalam perhimpunan itu untuk berucap sambil memperkecilkan kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi slogon 1 Malaysia yang dianggapnya sebagai satu pembohongan.
"Padahal, beliau sendiri sebagai Ketua Menteri belum menyelesaikan beberapa persoalan yang dikemukakan oleh beberapa badan bukan kerajaan melibatkan masalah penduduk negeri. Tetapi beliau lebih sibuk dengan hal yang berlaku di negeri lain," katanya
Isu di Kedah - Apa jua masalah yang timbul.. ayuh kepadaNYA jua kita meminta petunjuk..!!
Esok (1 Mac) ahli2 PAS pakat puasa, malam Solat Hajat
Alor Setar - Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kedah, Ustaz Musodak Ahmad meminta semua ahli PAS di negeri ini supaya berpuasa sunat pada 1 Mac diikuti dengan bacaan Yasin dan Solat Hajat selepas Solat Maghrib.
"Program ini hendaklah diadakan di tempat masing-masing, di seluruh negeri ini bagi memohon pertolongan dari Allah untuk menyelamatkan perjuangan Islam di negeri ini serta di seluruh dunia amnya.
"Islam menganjurkan apabila ditimpa masalah maka sebaiknya kita memohon petunjuk dan pertolongan dari Allah untuk mengatasinya," ujarnya.
Semasa hayatnya Presiden PAS Almarhum Datuk Fadzil Noor pernah berpesan supaya memohon pertolongan dari Allah dengan didahului dengan 'sabar dan solat'. Ada ulamak mentafsirkan antara kaedah sabar ialah dengan berpuasa.

Tuesday, 28 February 2012
CILI KASI TARUK! MENTERI BESAR KEDAH DIARAH BERCUTI DAN SERAH TUGAS KEPADA TAULAN RASUL!
Lapan orang Exco telah dilantik semula. Manakala dua orang lagi Exco yang sebelum ini telah memutuskan untuk tidak menyertai barisan Exco Kedah yang ‘diperbaharui’, tetap tidak bersama-sama barisan Exco berkenaan.
Taulan Mat Rasul dan Hamdan Che Khalib yang sebelum ini turut bersama-sama dalam kumpulan Phahrolrazi Zawawi dan Dr. Ismail Salleh, rupa-rupanya kecut perut apabila diancam akan diambil tindakan disiplin oleh PAS Pusat.
PAS akan mengeluarkan surat penolakan Exco oleh Phahrolrazi dalam Malaysiakini. Tujuannya mudah, PAS mahu rakyat Kedah melihat dan menghilangkan persepsi bahawa PAS Kedah sedang bergolak dengan hebat. PAS Kedah hendak menimbulkan tanggapan bahawa penolakan jawatan Exco oleh Phahrolrazi adalah disebabkan faktor enggan disambung tugas dan tanggungjawab sahaja walaupun sebenarnya Phahrolrazi Zawawi tidak berpuas hati dengan Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak yang telah ‘merampas’ tugasnya sebelum ini.
Bagaimanapun, kumpulan yang diketuai oleh Phahrolrazi Zawawi boleh menarik nafas lega apabila ‘orang dalam’ pucuk pimpinan utama PAS mengesahkan bahawa Azizan Abdul Razak akan ditolak keluar daripada saf kepimpinan utama selepas Pilihanraya Umum nanti. Dengan kata lain, PAS Kedah tidak bersendirian membenci Azizan Abdul Razak, tetapi yang lebih buruk lagi ialah, kebencian keterlaluan barisan kepimpinan PAS Pusat terhadap Menteri Besar Kedah itu.
Kemelut yang melanda kepimpinan PAS Kedah menyaksikan campurtangan Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS. PAS Pusat akhirnya masuk campur setelah mendapati kemelut ini tidak akan berakhir walaupun majlis angkat sumpah Exco berjalan dengan lancar dan baik.
Kehadiran barisan Exco PAS pada majlis angkat sumpah hari ini adalah di atas permintaan PAS Pusat, bukan di atas kerelaan Exco-Exco tersebut. Kerana itulah, tukang-tukang propaganda PAS dikerahkan membuat propaganda kononnya, tidak ada kemelut yang berlaku di Kedah, sebaliknya ia hanyalah pukul canang UMNO dan Barisan Nasional. Walau bagaimanapun, tukang-tukang propaganda tersebut tidak pula dapat menerangkan siapa sebenarnya yang memulakan kemelut tersebut kalau bukan Phahrolrazi Zawawi dan Hamdan Che Khalib serta Taulan Rasul dan Dr. Ismail Salleh.
Seperkara yang sangat jelas ialah, Dewan Ulama PAS Kedah (DUPK) dan kumpulan Adnan Saad masih tetap dengan pendirian mereka walaupun telah dinasihati oleh Salehuddin Ayob agar tidak memberikan imej negatif kepada PAS Kedah. Kumpulan Adnan Saad masih lagi berpendirian, selagi Azizan Abdul Razak masih menjadi Menteri Besar dan Pesuruhjaya PAS Kedah, mereka tidak akan memberikan kerjasama walaupun pada PRU akan datang...SAMBUNG

KASI PANAS!! Krisis MB Kedah, Nik Aziz mula campur tangan?

Satu pertemuan tertutup telah diadakan antara Exco Kedah dengan Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 24 Februari 2012 di Seri Mentalon, Alor Star. Antara Exco yang hadir dalam pertemuan tersebut adalah Phahrolrazi Zawawi, Dr. Ismail Salleh, Dr. Hamdan Che Khalib, Taulan Mat Rasul, Abdul Ghani Ahmad dan Amiruddin Hamzah.
Dalam pertemuan tersebut, Nik Aziz telah diminta pendapatnya berhubung keengganan Exco-Exco tersebut untuk terus berkhidmat di bawah Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak.
Nik Aziz diharapkan mampu memberikan penyelesaian kepada kemelut yang sedang melanda kepimpinan Kedah. Bagaimanapun, berdasarkan perbincangan yang dibuat dengan Mursyidul Am PAS itu,Phahrolrazi dan tiga orang kawannya yang cuba menggulingkan Azizan Abdul Razak, tidak berjaya memperolehi apa yang mereka inginkan.
Dalam pertemuan berkenaan, Phahrolrazi, Dr. Ismail Salleh dan Taulan Mat Rasul melahirkan rasa tawar hati untuk terus memegang jawatan Exco. Jika dikehendaki, mereka ingin terus memegang jawatan dalam parti, tawaran untuk jawatan Exco, mereka akan tolak dan begitulah sebaliknya.
Suara hati ketiga-tiganya itu amat mudah difahami. Ketiga-tiganya telah tidak dapat menjalankan tanggungjawab mereka selaku Exco dengan berkesan. Sebaliknya, ketiga-tiga Exco ini kerapkali menimbulkan masalah kerana kekerapan mereka melancong ke luar negara dengan menggunakan wang negeri. Pada masa yang sama, banyak kerja-kerja negeri yang tidak dapat diselesaikan oleh Exco-Exco berkenaan, sebaliknya taraf hidup mereka pula yang kelihatan berubah secara drastik.
Usaha Azizan Abdul Razak mengambilalih sendiri tugas-tugas mereka, termasuklah memberikan kontrak kepada kontraktor yang menyelenggara jalanraya di seluruh Kedah, menyebabkan Phahrolrazi yang berkira-kira dengan keuntungan besar, mengamuk sakan. Itu yang menjadi pemula kepada krisis kepimpinan PAS Kedah. Dan Phahrolrazi tidak berselindung menyatakan kekecewaannya berhubung kontrak penyelenggaraan jalanraya yang diserahkan kepada sebuah syarikat yang menurutnya adalah kroni UMNO walaupun selama tiga tahun, peluang menyelenggara dan membaiki jalanraya langsung tidak digunakan sebaik-baiknya oleh Phahrolrazi Zawawi.
Satu perkara yang amat sukar untuk diterima oleh Exco-Exco berkenaan adalah tentang bidang kuasa Menteri Besar Kedah. Mereka
tidak berpuas hati dan berasa pelik kerana Menteri Besar Kedah yang enggan berterus-terang tentang perlantikan semula Exco. Azizan Abdul Razak sebelum ini menyatakan, hak melantik barisan Exco adalah hak Menteri Besar. Terpulang kepada dirinya sendiri untuk melantik semula Exco yang telah dilantik sebelum ini atau sebaliknya.

Kenyataan Azizan Abdul Razak itu tidak disenangi oleh Phahrolrazi yang merupakan salah seorang daripada anggota Anwarinas atau penyembah Anwar Ibrahim si Israel. Beranggapan Azizan Abdul Razak perlu sentiasa tunduk dan patuh kepada kehendak Majlis Syura atau paling tidak pun Presiden serta Mursyidul Am, Phahrolrazi cuba mengundang campurtangan kedua-duanya.
Ternyata Azizan Abdul Razak lebih faham struktur kuasa dalam PAS berbanding Phahrolrazi Zawawi mahupun Taulan Mat Rasul yang sedang berkira-kira hendak menjadi Menteri Besar Kedah.
Dalam pertemuan tersebut, kenyataan Nik Abdul Aziz nyata tidak menyenangkan Phahrolrazi dan kawan-kawannya. Nik Aziz mengingatkan mereka tentang kerugian besar yang akan dihadapi oleh PAS Kedah ekoran tindakan mereka itu. Ditambah pula dengan tempoh pentadbiran PAS Kedah yang sudah hampir mencapai penghujung penggal, tindakan Exco-Exco berkenaan akan merugikan PAS secara keseluruhannya.

Nik Aziz yang sedar, tindakan Phahrolrazi dan kawan-kawannya akan mengundang masalah yang lebih besar, memberi nasihat kepada Phahrolrazi agar memikirkan tindakannya semasak-masaknya memandangkan tindakan sebegitu tidak memberikan keuntungan kepada jemaah PAS. Lebih pedih lagi ialah apabila Nik Aziz memberi amaran yang cukup keras kepada Phahrolrazi dan kawan-kawannya.
Bersedia berhadapan dengan tindakan undang-undang dari parti sekiranya, tindakan Phahrolrazi dan kawan-kawannya menyebabkan PAS rugi besar!
Phahrolrazi akui ada perbezaan pendapat dengan Azizan

Bagaimanapun, katanya, jika pimpinan Pas Pusat mahu beliau kembali menjadi Exco, beliau bersedia mempertimbangkannya tetapi dengan syarat-syarat tertentu dan pendapatnya diambil kira.
Beliau yang menyifatkan masalah beliau dengan Azizan, yang juga Pesuruhjaya Pas negeri, sebagai masalah peribadi berkata beliau berhak untuk tidak terus menjadi Exco kerana sebagai Exco beliau perlu taat kepada ketua dan jika tidak beliau perlu "keluar".
" Dalam organisasi kita hendaklah setuju dengan pemimpin kita. Kalau ada banyak perkara yang tak setuju kita tak boleh duduk dalam organisasi itu. Sebagai kerajaan kita ada tanggungjawab bersama, kalau tak setuju kena ada cara untuk kita tak susahkan mereka (ketua). Menteri Besar ada pendapat dia sendiri. Pendapat itu perlu dihormati.
"Perbezaan pendapat itu memang biasa. Kalau dalam 10 perkara, perbezaan pendapat hanya satu, dua tak apa tapi kalau dah enam, tujuh, ia tak wajar. Tindakan seperti ini perlu (tidak sambung untuk jadi Exco) adalah supaya organisasi lebih tenang," katanya pada sidang media di kediamannya di sini, hari ini.
Phahrolrazi adalah seorang daripada dua Exco yang menghantar surat kepada Azizan bagi menyatakan keengganan mereka dilantik semula ke jawatan itu. Seorang lagi adalah Datuk Dr Ismail Salleh yang merupakan Timbalan Pesuruhjaya II Pas negeri.
Hari ini, hanya lapan anggota exco kerajaan negeri mengangkat sumpah jawatan di hadapan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Datuk Seri Tunku Annuar Sultan Badlishah di Istana Anak Bukit, di sini. Kelazimannya kerajaan negeri Kedah mempunyai 10 exco.
Phahrolrazi berkata keputusan beliau untuk tidak dilantik semula menjadi exco dan sebabnya ada dimaklumkan kepada Exco yang lain dan empat lagi Exco mempunyai pandangan yang sama dengan beliau.
"Tapi bila hantar surat kepada Menteri Besar (untuk tidak sambung menjadi Exco), hanya saya dan Dr Ismail yang berbuat demikian. Secara peribadi saya merasakan ia tidak serius. Saya ada alasan saya, begitu juga Dr Ismail. Saya telah menjelaskan perkara itu kepada Dewan Ulama Pas Kedah dan mereka bersetuju untuk saya tak sambung. Saya juga sudah memberi penjelasan kepada pimpinan Pas Pusat daripada Presiden sampai ke bawah," katanya.
Mengenai andaian beliau mahu menjatuhkan Menteri Besar, katanya, jika beliau mahu berbuat demikian beliau tidak sepatutnya berhenti menjadi Exco kerana ia lebih mudah.Ditanya sama ada dia masih ada masa untuk menerima pelantikan semula kerana tempoh pelantikannya masih ada sehingga 7 Mac depan, beliau berkata pimpinan Pas Pusat yang melihat perkara itu sebagai serius perlu campur tangan.
Bagaimanapun, Phahrolrazi yang masih bercuti sehingga 1 Mac ini berkata beliau dimaklumkan Menteri Besar telah mempersembahkan senarai nama 10 Exco yang tidak termasuk namanya dan Dr Ismail kepada Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang juga Yang di-Pertuan Agong.
" Di Kedah ni lain, Exco dilantik setiap tahun. Menteri Besar angkat sumpah sekali je (sahaja) lepas pilihan raya," katanya.
Ditanya sama ada masalah beliau dengan Azizan itu boleh diselesaikan melalui perbincangan dengan Menteri Besar itu, beliau berkata perbincangan telah diadakan tetapi masalah perbezaan pendapat itu masih berlaku dan kerana itu memerlukan campur tangan pusat.
Pada sidang media itu, Phahrolrazi turut menafikan masalah itu ada kaitan dengan kumpulan "Erdogan" atau "Anwarinas", serta pertembungan antara kumpulan profesional dan ulama dalam Pas.
"(Dalam hal ini) saya merujuk kepada Dewan Ulama. Tak berlaku pertembungan. Di Kedah sebenarnya tak berlaku perkara itu. Di peringkat nasional mungkin," katanya.
Ditanya adakah tindakan beliau dan Dr Ismail ini akan memberi kesan kepada Pas dan kerajaan negeri memandangkan keputusan itu dibuat ketika pilihan raya umum semakin hampir, katanya, beliau tidak meletakkan jawatan sebelum ini kerana kerajaan negeri belum stabil dan beliau yakin itu tidak menjejaskan Pas.
"Menteri Besar dah cakap kerajaan Kedah teguh dan mendapat sokongan yang baik. Dia boleh lantik orang lain sebagai Exco," kataya.
Mengenai jawatan dalam parti, Phahrolrazi berkata beliau akan memikirkan semula mengenai jawatannya sebagai Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kedah. - Bernama
Meruncing sangatkah pergolakan di Kedah?
Oleh: ZULKIFLI YAHAYA
Sudah agak lama tidak sibuk dengan pertanyaan yang bertalu-talu melalui lisan, telefon dan SMS. Tapi itulah yang berlaku ekoran tercetusnya isu kononnya berlaku pergolakan dalam kepimpinan kerajaan negeri Kedah yang melibatkan Exco dan Menteri Besar. Ia benar-benar mengganggu tumpuan terhadap kerja utama.
Kepimpinan PAS Kedah di semua peringkat tiba-tiba saja diberikan satu tugas luar jangka iaitu menjawab pertanyaan semua pihak yang ingin tahu; sama ada dari dalam atau luar parti. Pergolakan dalam PAS bukan tidak pernah berlaku di negeri ini tetapi rakyat biasa tidak peduli waktu itu berbanding setelah PAS menerajui sebuah kerajaan sekarang.
Sifat ingin tahu adalah naluri semulajadi manusia, justeru mereka tidak boleh diperbodohkan dengan jawapan seringkas, "Tidak ada apa-apa, ini cuma ribut di cawan kopi." Apatah di lagi di zaman manusia berkomunikasi di alam maya melalui pelbagai peralatan canggih. Semua orang menagih jawapan yang pasti.
Sukar juga untuk mengukur sebesar mana krisis yang berlaku di Kedah ini tetapi yang pasti ia tidaklah sebesar yang digambarkan oleh media-media primitif pro BN juga laman-laman maya pro mereka. Bagi jentera propaganda BN sekecil mana pun krisis, jika berlaku pada PR maka ia mesti dieksploit habis-habisan. Cerita sejengkal jadi sehasta, secupak jadi segantang.
Sebuah akhbar harian primitif pro BN menjadikan pergolakan isu ini sebagai berita utama akhbar mereka dengan tajuk 'Azizan diboikot, 5 Exco PAS Kedah pulau mesyuarat khas bersama MB'. Kononnya ia berlaku dalam mesyuarat bersama Menteri Besar, Ustaz Azizan Razak. Walhal mesyuarat yang dimaksudkan adalah mesyuarat lajnah politik yang membincangkan mengenai persiapan pilihanraya. Dua dari Exco yang dimaksudkan ialah Dato' Dr. Hamdan Mohd Khalib dan Ustaz Abdul Ghani Ahmad. Mereka bukan ahli jawatankuasa lajnah politik, maka mereka tidak diundang ke mesyuarat tersebut. Timbalan Pesuruhjaya, Dato' Phahrolrazi Zawawi sedang bercuti manakala Dato' Amiruddin Hamzah mempunyai urusan rasmi di Kuala Lumpur jadi tidak dapat hadir manakala Dr. Ismail Salleh juga tidak dapat hadir bersebab.
Ia satu contoh bagaimana media BN mengeksploit isu melalui pembohongan. Begitulah juga dengan cerita yang mengaitkan kononnya konspirasi Datuk Seri Anwar Ibrahim menjatuhkan Ustaz Azizan, strategi puak Erdogan, perebutan jawatan, perebutan projek dan perang puak; semuanya karut dan merapu.
Empat tahun PAS memimpin PR mentadbir negeri Kedah penuh dengan kecemerlangan. Pelbagai kejayaan dicatatkan. Menteri besar dibantu oleh 10 orang Exco. Ustaz Azizan tidak mentadbir negeri seorang diri. Pelbagai potfolio yang terdapat diagihkan kepada kesemua Exco. Jika natijahnya ialah senarai kejayaan yang mampu dicatatkan kerajaan negeri, maka ia bukan buah tangan menteri besar seorang. Demikian sebaliknya jika masih terdapat kegagalan dalam potfolio tertentu maka ia bukan kegagalan menteri besar seorang. Ia juga kegagalan Exco berkenaan atau semua pihak yang sepatutnya menjayakan potfolio berkenaan.
Ada kalangan rakyat membangkitkan mengapa pelaksanaan Islam tidak sehebat di Kelantan? Orang pertama yang bertanggungjawab ialah Exco yang memegang potfolio agama. Di luar parti sana terdapat Dewan Ulamak PAS serta ribuan ulamak dalam PAS. Mereka pun bertanggungjawab juga. Sejauhmana mereka berperanan dan memberi sumbangan membantu Exco berkenaan? Ada yang membangkitkan perihal pertambahan pusat hiburan. Tentulah ia urusan Exco kerajaan tempatan. Saya menyebutnya sekadar contoh. Cuma nak ceritakan bukan semua kelemahan yang berlaku mesti diletakkan kesalahan di atas kepala menteri besar sedang kerja kita cuma peluk tubuh, cekak pinggang dan tuding jari.
Berbeza pendapat dalam mentadbir adalah perkara biasa kerana pemikiran manusia tidak boleh diklonkan. Cuma yang perlu ada pada kepimpinan ialah kebijaksanaan menguruskan perbezaan. Dalam setiap pertikaian selalunya manusia memikirkan cara meminimumkan perbezaan melalui kaedah 'menang-menang.' Semua pihak tidak menang seratus peratus tetapi tidaklah rugi seratus peratus. Tetapi jika kaedah 'aku saja yang betul', ‘hang mengaji mana?’ ia boleh mengundang malapetaka. Apatah lagi jika pandangan pihak luar lebih digunapakai berbanding Exco, atau rakan jamaah.
Dalam jamaah Islam apa saja isu yang berbangkit bukan masalah besar kerana konsep syura digunakan, sebarang pertikaian rujuklah kepada syura. PAS tidak boleh dikesampingkan dalam apa jua isu. Sekali lagi apa yang dicatatkan di sini tiada kena mengena dengan yang hidup atau mati. Dewan Ulamak terutamanya kena bertegas dari awal dan sepanjang masa untuk memantau pentadbiran negeri. Direstui atau tidak bukan persolannya kerana mereka bertanggungjawab dalam persoalan hukum hakam terhadap Allah bukan terhadap manusia. Bertindak terus jika ada yang tersasul. Bukan menghimpun 4 tahun sekali untuk bertindak dengan 'hukuman' yang sangat mengejutkan pula.
Apa sebenarnya pergolakan yang berlaku di Kedah? Saya sedar Harakah bukan medan untuk mendedahkan segalanya, lebih baik serahkan pada pucuk pimpinan jamaah untuk selesaikan. Berwalaklah (patuh) dengan arahan dan jika tidak mampu beruzlahlah.
Jangan terburu nafsu dalam bertindak kerana ia bukan akhlak seorang haraki. Kata orang cinta itu buta. Orang yang sedang ghairah bercinta hanya nampak kekasih hatinya sebagai satu-satunya manusia yang mesti dicintai. Dia lupa untuk mencintai ibu bapa, saudara mara, pelajaran atau pekerjaan. Kadang-kadang sampai lupa mencintai dirinya sendiri.
Sama saja ragamnya dengan orang yang memusuhi seseorang. Keghairahannya hanya untuk memusuhi musuh yang satu, seolah-olah musuh utama yang lain bukan musuh. Golongan yang bermusuh ini seolah-olah lupa untuk melihat implikasi terhadap perpaduan jamaah, menyemai kehodohan akhlak dalam membelasah dan memburukkan peribadi sesama sendiri, meluntur semangat perjuangan aktivis parti di semua peringkat, imej parti yang rosak menjelang pilihanraya, memberi peluru kepada musuh untuk memanipulasi, menjahanamkan siqah dan walak ahli terhadap kepimpinan dan meletakkan parti dalam keadaan yang sukar untuk berhadapan dengan rakyat. Mereka lupa musuh mana yang lebih utama. Ini pun buta juga.
Semoga Allah memberi petunjuk kepada kita semua dan mengampunkan kesilapan kita jika tersasul di luar sedar. Wallahuaklam
UMNO KEDAH jadikan SEKOLAH K'JAAN sebagai harta mak bapak mereka...
oleh Din Pendang

Inilah salah satu kelaku Hudoh UMNO yang rakyat tak suka... menggunaan premis kerajaan persekutuan sebagai tempat ceramah... Awat dok guna sekolah nie PADANG AWAM dah tak ada dah kaa... DEWAN SERBAGUNA dah tak ada dah ka... MARKAS sendiri macam PAS tu tak ada dah kaaa....
Itu laa dasar menumpang dok berlagak macam negara nie harta dia mak bapak depa punya itu yang main belasah jaa semua.... SEKOLAH tu tempat budak sekolah nak belajaq yang hangpa dok berpolitik dalam tu apa kejadahnya... satu lagi hamgpa boleh dok masuk sekolah mai puak PR tak boleh pulak.. bukan kata puak PR.. MENTERI BESAR kedah pon hangpa tak bagi jugak...
Sudah-sudah laa buat kelaku hudoh nie meluat dah aihh....

Wednesday, 15 February 2012
TERPANASS!! Pas Kedah RANCANG Keluar dari Pakatan Rakyat, disebabkan Anwar?!!
Nampaknya akibat sokongan Anwar Ibrahim kepada Israel, menyebabkan masalah pepecahan dalaman Pas yang selama ini retak, menjadi hampir belah.
Mc mendapat maklumat dari 'orang KITA dalam Pas' yang memberitahu, semalam Pas Kedah membuat mesyuarat, ada perbincangan mengenai seruan Nik Aziz yang mahu Anwar menyaman World Street Journal (WSJ) atau menarik balik kenyataan menyokong Israel. Sesungguhnya isu tersebut dipandang serius oleh semua umat Islam.
Walaupun ramai diantara kita yang andaikan kenyataan Nik Aziz itu hanyalah drama dan lakonan politik semata-mata. Namun sebagai orang Islam yang masih waras dan berpegang pada ajaran Islam sebenar. Kenyataan Nik Aziz tu sebenarnya relevan untuk Pas meneruskan sisa-sisa perjuangannya. Memang sepatutnya Nik Aziz perlu berkata begitu untuk membina kembali maruah Pas yang selama ini telah di hina dan di cerca kerana menjadi pencacai dalam Pakatan.
Mungkin kerana terlalu lama Pas menjadi pencacai dalam Pakatan, hingga organisasi dalaman Pas yang dahulunya begitu utuh kini sudah mula nak runtuh. Semuanya akibat dari sikap terbuka Pas yang kononnya 'setia kawan' pada Dap, hingga membiarkan segala keputusan yang sepatutnya memihak kepada Pas, namun diberikan kepada Dap.
Akibatnya..Pas di lihat bagaikan tidak berkuasa dan relevan kerana hanya menjadi pak turun dalam setiap keputusan Pakatan Pembangkang.
Manakan tidak, Pas digelar pencacai, perjuangan Pas yang dulunya mahukan negara Islam, kini sudah jadi negara kebajikan. Dari hukum hudud, kini undang-undang sekular pun Pas dah layan, kalimah Allah pun dah boleh bagi kongsi-kongsi. Bible Melayu pun Pas sokong untuk edarkan, orang Islam berbuka puasa dalam gereja pun Pas angguk. Demi Anwar dan Dap, Pas sanggup ber'tuan'kan Ambiga (pejuang Murtad) semasa Bersih 2.0 dan banyak lagi perkara mungkar Anwar dan Dap yang Pas sokong, hingga kita lihat Pas hanya pencacai dalam Pakatan haram.
Mungkin semalam, Allah sudah bukakan hati pemimpin-pemimpin Pas Kedah yang sebahagiannya menyokong untuk mencerca Anwar kerana menyokong Israel laknattulah. Apa lagi yang boleh Anwar nafikan? Kenyataan Anwar menyokong Israel semasa di temubual WSJ begitu jelas dan nyata untuk Anwar mengelak seperti mana yang beliau lakukan dalam kes video seks dan hal-hal sebelumnya.
Malah video Anwar menyokong Israel juga telah tersebar di laman-laman blog. Anda boleh melihatnya dibawah.
Atas sebab demikianlah Pas Kedah merancang dan menyokong penuh Pas Pusat untuk menarik diri dari Pakatan Rakyat. Mana ada umat Islam yang waras otaknya yang sanggup menyokong Israel laknattulah. Mana ada umat Islam yang masih boleh mengucap dua kalimah syahadah sanggup sokong 'keselamatan negara Israel' yang sememangnya merampas negara Palestin, negara Islam. Mana ada orang Islam dalam dunia ni, yang sanggup buat kenyataan macam Anwar buat. Mana ada? Hanya Anwar saja umat Islam mangkuk yang berani buat kenyataan demikian.
Dalam mesyuarat semalam, Mc diberitahu, Adun Kubang Rotan diantara insan paling lantang mengkritik Anwar Ibrahim dan mahu Pas keluar dari Pakatan. Ada yang menganggap, isu Anwar menyokong Israel ini disebabkan sumpah laknat Saiful Bukhari yang memakan diri Anwar sendiri, malah ada adun PKR mahu menyertai Pas dan malu untuk bersama PKR.
Mungkinkah puak Pas sudah sampai tahap hilang sabar dengan Anwar dan Dap?
Mampukah Pas berdepan dengan Anwar untuk memaksa Anwar untuk menarik balik kenyataannya dalam WSJ, dan menyamannya? Atau Anwar hanya akan menuduh semua ini hanyalah konspirasi UMNO.
Beranikah Pas memperjuangkan Islam sebenar dengan menarik diri dari Pakatan dan tidak mahu lagi bersekongkol dengan Anwar dan Dap. Atau Pas akan lemah lutut bila berhadapan dengan Anwar yang sedang pulang dari luar negara
Subscribe to:
Posts (Atom)