Saturday 4 February 2012

ISU NFC MEMBUATKAN PAKATAN HARAM TAK SENANG DUDUK!


Akhirnya Ketua Audit Negara, Ambrin Buang membuat kenyataan. Dan kenyataan yang dikeluarkannya langsung tidak membantu Pakatan Rakyat, mahupun para pecacai mereka bahkan menyebabkan para pemimpin Pakatan seperti Zuraidah, Rafizi dan Saifuddin Nasution terpaksa menelan kahak sendiri. Dan walaupun cuba dipanjangkan oleh Kit Siang menerusi Twitter dan blognya, pemimpin agung DAP itu pula sekadar menambahkan lagi kebongokan Pakatan Rakyat dalam isu NFC.
Perkara paling jelas adalah Pakatan sudah salah mencucuh api. Dua entiti berbeza tetapi dari awal lagi, Pakatan yang cuba memalukan Shahrizat Jalil dengan isu kronisme dan nepotisme, memang menyembunyikan kewujudan National Feedlot Centre dan National Feedlot Corporation Sdn. Bhd.
Dari awal lagi Rafizi Ramli kelihatan bersungguh-sungguh untuk membunuh kerjaya politik Shahrizat Jalil dengan menggunakan isu NFC. Malah dari awal juga, Rafizi Ramli membuat tohmahan kononnya PINJAMAN MUDAH RM250 juta adalah GERAN atau dalam bahasa yang lebih mudah, hadiah daripada kerajaan kepada KELUARGA SHAHRIZAT JALIL.
Disebabkan itulah, timbul pelbagai permasalahan yang disebabkan oleh fitnah dan tohmahan Rafizi Ramli serta Zuraidah Kamaruddin dan Saifuddin Nasution. Pembelian dan pendedahan tentang kewujudan kondominium mewah atau lebih tepat lagi, pelaburan hartanah yang dibuat oleh NFCorp, cuba digambarkan sebagai penyelewengan DUIT RAKYAT oleh kakitangan serta konco-konco Zionis Israel itu. Dan sehinggalah sekarang, dalam sebarang keadaan dan alasan pun, PINJAMAN tersebut tetapi digambarkan sebagai DUIT RAKYAT yang telah diselewengkan oleh keluarga Shahrizat.
Menariknya di sebalik penjelasan yang diberikan oleh Ketua Audit Negara itu, para pentohmah dari Pakatan Rakyat itu masih lagi menggambarkan kononnya, lembu-lembu fidlot, ladang fidlot di Gemas, bahkan program fidlot itu sendiri sebenarnya hanyalah satu PERMAINAN SILAP MATA oleh keluarga Shahrizat Jalil untuk MENGEBAS dan MENYONGLAP duit negara sebanyak RM250 juta.
Tengok sahajalah reaksi yang ditunjukkan oleh konco-konco yang dibiayai oleh Zionis Israel itu. Penjelasan yang diberikan oleh Ambrin Buang, masih lagi cuba diputarbelit. Menyedari mereka sudah tersalah cekup dan tembelang sudah pecah, kempen baru dilancarkan. Ia tetap juga menggunakan skrip yang sama, cuma mengalami sedikit pengubahsuaian.
Rafizi dan  Zuraidah telah disaman secara peribadi oleh Shahrizat Jalil kerana menfitnahnya. Sekaligus menyebabkan mulut kedua-duanya bungkam. Taktik mengenakan Shahrizat Jalil terpaksa diubah bagi mengelakkan tindakan menghina mahkamah diambil ke atas mereka. Serangan dihalakan kepada pemilikan aset-aset yang dilihat kononnya tidak mempunyai sebarang kaitan dengan lembu dan program fidlot.
Menurut laporan Ketua Audit Negara, program fidlot tidak gagal, berjalan lancar dan mengikut kuota yang telah ditetapkan. Namun bukan itu yang mahu menarik perhatian kaum pecacai Zionis Israel seperti Rafizi Ramli, Zuraidah Kamaruddin dan Saifuddin Nasution. Yang mereka tertarik adalah untuk menumbangkan UMNO dan Barisan Nasional dengan Shahrizat Jalil sebagai mangsa terbesar mereka yang pertama!
Persoalan yang utama ialah, sampai bila sebenarnya Pakatan harus meneruskan hayat mereka dengan cerita-cerita fitnah seperti ini? Dan sampai bilakah para pecacai mereka akan terus percaya dengan fitnah serta tohmahan sebegini rupa? Atau dalam bahasa lain, sampai bilakah sebenarnya mereka baru sedarbahawa mereka telah dibodoh-bodohkan oleh pemimpin mereka sendiri dengan emosi mereka dipermain-mainkan dengan harga yang sangat murah.
Sumber: Selangor Daily

No comments:

Post a Comment