Wednesday 29 February 2012

Isu di Kedah - Apa jua masalah yang timbul.. ayuh kepadaNYA jua kita meminta petunjuk..!!

Esok (1 Mac) ahli2 PAS pakat puasa, malam Solat Hajat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh6x4omB56PmewWbnEx_ykshjvjZ1OAC_4_i7-FuJCRQ5jXHo2f5Xh0Gv7wpoR2aGfy5yp0w5UNRrGA5WGofZBQ7YS4hlYe5UmSDSkF_VCfGlQR61SIsaBcr14w86ST1UcAiWczHDHY-4SS/s1600/Munajat+2.jpg

Alor Setar - Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kedah, Ustaz Musodak Ahmad meminta semua ahli PAS di negeri ini supaya berpuasa sunat pada 1 Mac diikuti dengan bacaan Yasin dan Solat Hajat selepas Solat Maghrib.

"Program ini hendaklah diadakan di tempat masing-masing, di seluruh negeri ini bagi memohon pertolongan dari Allah untuk menyelamatkan perjuangan Islam di negeri ini serta di seluruh dunia amnya.

"Islam menganjurkan apabila ditimpa masalah maka sebaiknya kita memohon petunjuk dan pertolongan dari Allah untuk mengatasinya," ujarnya.

Semasa hayatnya Presiden PAS Almarhum Datuk Fadzil Noor pernah berpesan supaya memohon pertolongan dari Allah dengan didahului dengan 'sabar dan solat'. Ada ulamak mentafsirkan antara kaedah sabar ialah dengan berpuasa.

1 comment:

  1. Apabila diberi petunjuk oleh Allah nanti iaitu kalaulah PAS kalah dalam pilihan raya akan datang janganlah pula nak salahkan sesiapa. Salahkanlah diri sendiri.

    Dah banyak puak-puak ni sembahayang hajat dan memohon petunjuk tetapi setelah petunjuk dimakbul oleh Allah iaitu petunjuk yang tidak menyebelahi mereka maka mereka tidak boleh terima.

    Warga Sebelum Merdeka

    ReplyDelete