Saturday 4 February 2012

CILI KASI TARUK! BUKTI PAS SEMAKIN DITOLAK DI PERAK!





Program pembangkang yang menampilkan Bob Lokman tenggelam apabila program itu sengaja diadakan berdekatan dengan program yang dianjurkan oleh Penduduk Kampung Pisang dan Taman Tasik Idaman.

Program Bicara Sungai Rapat bertujuan untuk menjelaskan kepada rakyat terutamanya pengundi dalam Dun Sungai Rapat isu-isu semasa yang telah di manipulaikan oleh pembangkang antara isu-isu semasa adalah:

-Isu setinggan dalam Dun Sungai Rapat
-Isu ekonomi negeri Perak
-Isu untuk membantu rakyat seperti Bantuan Rakyat 1 Malaysia, Skin Amanah Rakyat 1 Malaysia, bantuan persekolahan ,bantuan boucer tunai dan bermacam-macam lagi yang cuba dipesongkan oleh pembangkang bahawa itu adalah haram.Antara penceramahnya ialah

YB Dato Hamidah Osman Adun Sungai Rapat, YB Dato Rosli Husin Adun Trong, Bekas Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ustaz Hasbolah Alias dan bekas Ketua AMK Perak saudara Faizal. Turut hadir memberi sokongan adalah Timbalan Ketua Bahagian UMNO Gopeng Mej(B) Roslan, Naib Ketua Bahagian UMNO Gopeng Haji Mukhti semua ketua-ketua cawangan dalam Dun Sungai Rapat, ketua-ketua wanita cawangan UMNO.

Rata-rata penduduk di Kampung Pisang dan Taman Tasik Idaman sudah membenci Bob Lokman kerana dalam ceramahnya asyik membohong dan menipu sahaja. Kalau dahulu mungkin boleh sampai 1000 ke 2000 tetapi kini 500 pun susah.

Idea Bob Lokman dengan mengungkit kisah lamanya untuk dikongsi bersama penonton dianggap sudah basi. Rakyat kini perlukan sebuah kerajaan yang cakap serupa bikin bukan hanya pandai menipu rakyat.



Bob Lokman berceramah ala Anwar Ibrahim, katanya hari ini kita menang sebelum subuh kerajaan Islam dilaksanakan....betul ke Bob ...siapa kau nak buat negara Islam......



Ini adalah Rosdi bekas Ketua Dewan Pemuda Pas Batu Gajah nampak keseorangan dan sedih apabila Bob Lokman tengah berceramah hanya beberapa orang sahaja yang mendengar tidak seperti dulu lagi. Ini membuktikan Pas dan Pakatan Rakyat sudah tidak diterima rakyat apa lagi setelah pejuangan Islam telah dihapuskan oleh mereka semata-mata hendak ke Putrajaya bersama Anwar Ibrahim.



Ini adalah India yang mengundang Anwar menari bersama-sama mereka di Kinta valley yang Sungai Rapat Online siarkan disini



Pemuda-pemuda UMNO seramai 400 orang sudah sentiasa menggempur kubu pakatan pembangkang bila-bila masa sahaja. Mereka ini cukup bersemangat tetapi biasalah pembang jika terlibat dengan UMNO sahaja mereka akan dibeli, itulah fitnah terancang yang dibuat oleh pemimpin mereka Anwar Ibrahim.







No comments:

Post a Comment