Tuesday 7 February 2012

BN TIDAK MUNGKIN TUMBANG


KEKADANG kesan ramai sangat mahu jadi YB @ mahu jadi calon, maka adalah dua tiga parti bakal mahu menentang BN dan menangnya belakang kira sehingga bukan menguntungkan pembangkang; tetapi lebih kepada menguntungkan BN sendiri dan inilah strategi BN yang kekadang kita terlepas pandang.

Semua parti pembangkang sekarang akui kuat sangat dan boleh kalahkan BN dan mereka lupa ramainya orang itu, belum tentu akan menolak BN sebab ada yang boleh berubah pemikiran di saat-saat akhir kerana adanya pemanis yang diberikan ketika mahu mengundi.

Pembangkang yang berpecah ini lupa yang UMNO ada ahli sekitar 500,000 orang dan dari mana saja mereka ini? Kita kena fikirkan dan bukan dilihat sambutan yang konon hebat dan ini kekadang menjerat leher kita sendiri.

Ahli UMNO sekitar 500,000 orang dan ahli PBS, UPKO dan PBRS belum lagi kita kira dan ini menandakan KDM pecah 6 termasuk ada yang masih ramai di PKR dan ada juga KDM dalam UMNO di samping SAPP dan STAR.

Nah, makanya jangan terlalu ghairah kala sekarang ini bukan seperti zaman PBS mula memerintah dulu yang KDM 100% bersatu dan juga sokongan kalangan Cina ketika itu yang menyebabkan BERJAYA lingkup tersungkur.

Kita jangan lupa di samping ahli UMNO ramai sangat yang ada tambahan pengundi PTI yang dapat IC dan kerjasama Jabatan Pendaftaran dan Imigresen/ juga SPR; maka laluan agak sukar meski kelihatan senang kerana kita tidak tahu ada lagi penipuan-penipuan yang bakal dilakukan meski dikatakan oleh mereka di TV; konon sudah dibuang pengundi tidak benar. Apakah kita percaya media TV dan utusan yang memutarbelit fakta?

Di samping yang dikatakan, BN punya jentera yang kukuh, digunakan kakitangan dan kelengkapan kerajaan yang begitu mudah dan ini ditambah dengan teknik penipuan kerja sama SPR, JPN dan agensi kerajaan yang terpaksa akur perintah atasan.

Masalah yang paling utama ialah DANA BN bukan sedikit dan ini boleh mempengaruhi rakyat yang miskin sebab pemberian itu besar ertinya; kala orang Sabah ini merupakan penduduknya yang mendapat anugerah TERMISKIN di Malaysia. Nah, miskin itu kata Nabi menghampiri kufur dan bila kufur, maka apa saja akan akur dan inilah yang terjadi di Sabah. Hakikat!

Saya meramalkan, kalaulah ini terus berlaku dan pandangan saya semua akan 'putih mata' dan yang untung nanti ialah kepimpinan parti yang memang kalau benar jadi barua BN akan dapatwang berjuta dan ahli yang menjadi ekor ini terkapai-kapai dan kesannya KDM dalam bencana kesan permainan Kuala Lumpur.

Fikirlah secara logik dan dalam perjuangan ini yang harus kita fikirkan bukan kita tetapi anak bangsa, cucu cicit mendatang yang kelak menjadi pelarian di tanah air sendiri.

No comments:

Post a Comment