Thursday 2 February 2012

PANAS BERAPI! HADI AWANG BAKAL DIPECAT! HANCURLAH PAS

Aku sedih la tengok kengkawan bloggers bercakaran sesama sendiri, bukan apa terutama sekali mereka bercakaran kerana seorang mamat yang memang tak berbaloi langsung sebenarnya kalau aku nak sebut nama dia pun, aku sampai dah naik boring sebab ada sesetengah pihak yang asyik dok cakup si KURAP NI.

Anyway, fuck the KURAP yang kononnya sokong UMNO tapi masih mejilat Anwar al juburi ni, naki sebut nama dia pun aku geli la, najis. Kita jangan sebut. Biarkan najis ini bertaburan disini dan disana, kata orang tua-tua, sepandai-pandai tupai melompat, ke tanah juga akhirnya.

Baiklah sekarang ni aku nak cerita perihal haji Hadi yang bakal menjadi seperti Asri Muda, kupasan menarik dari Kickers aku perletakkan sini untuki santapan mata korang:

Hadi Awang telah memasang joran. Bagaimanapun, umpan yang diletakkan pada mata joran, kurang memberangsangkan. Jangan tidak, yang memagut adalah mulut tua yang mempunyai terlalu banyak helah bernama Nik Aziz Nik Mat, si Mursyidul Am. Orang lain dan pemimpin-pemimpin PAS yang lain, langsung tidak menghiraukan Hadi Awang yang sudah menyatakan dia tidak akan bertanding lagi kecuali 'diminta' oleh PAS.

Layanan yang diberikan kepada Hadi Awang hampir menyamai layanan yang telah diterima oleh Allahyarham Tan Sri Asri Muda ketika bekas Presiden PAS itu berada pada fasa terakhir sebelum dia digulingkan dan seterusnya keluar dari parti PAS dan menyertai UMNO pada penghujung 1980-an.

Bezanya Asri Muda dipersalahkan berikutan kegagalan PAS menguasai Kelantan. Undang-undang darurat di Kelantan yang ditentang oleh Asri Muda menjadi punca asal Asri Muda dipinggirkan. Campurtangan Pesuruhjaya PAS pada waktu itu iaitu Nik Aziz Nik Mat menambahkan lagi parah tentangan yang perlu dihadapi oleh Asri Muda. Dan Revolusi Islam Iran pada tahun 1979 menjadi alasan mengapa Asri Muda yang dikatakan tidak lagi relevan dengan corak perjuangan politik PAS, disingkirkan.

Hadi Awang turut berhadapan dengan perkara yang serupa. Kekalahan Terengganu di tangan Barisan Nasional pada 2004 setelah menguasainya dari tahun 1999, menjadikan Hadi Awang sasaran paling baik untuk diserang dan dijatuhkan. Ditambah pula dengan sentimen kedaerahan yang menyaksikan puak Kelantan amat dominan dalam politik PAS, Hadi Awang dilihat gagal sebagai Presiden PAS.

Seperti yang diketahui, Hadi Awang merupakan seorang yang berperwatakan keras, namun hatinya lembut. Berbeza dengan Nik Aziz yang dilihat lembut dan zuhud, namun di sebalik sikap luarannya itu, Nik Aziz masih tidak dapat melupakan sejarah 1974 menjadikan dia sebagai penentang UMNO paling tegar.

Perasaan tidak senang Hadi kepada Anwar Ibrahim menjadi punca kepada masalah yang dihadapinya sekarang. Sebagai Presiden, sudah tentulah Hadi Awang tahu apa yang sedang berlaku dalam parti pimpinannya. Tambahan pula dengan penyusupan Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden, memberikan petanda kepada Hadi, kumpulan yang berkiblatkan Anwar Ibrahim kini mempunyai cita-cita yang sangat besar untuk menggunakan PAS sebagai kemudahan mereka.

Ditambah pula dengan kebisuan dan kelesuan Dewan Ulama, menjadikan Hadi Awang bersendirian dalam masalah ini. Mungkin dalam masa yang terdekat, ucapan SELAMAT TINGGAL belum lagi terpacul dari mulut Hadi Awang, tetapi kalau senario sekarang berterusan maka, ia bukanlah sesuatu yang mustahil untuk menyaksikan buat kali ketiga Presiden PAS meletak jawatan dan keluar parti setelah dimulakan oleh Ahmad Fuad Hassan pada tahun 1950-an dahulu.

No comments:

Post a Comment