Saturday 19 November 2011

Masa untuk KJ pulak nak sahut cabaran DEBAT LEMBU oleh Rafizi..!!

Fidlot: PKR cadang debat KJ-Rafizi 12 Dis

PKR mengeluarkan surat undangan rasmi kepada Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin untuk berdebat berhubung dakwaan skandal projek lembu National Feedlot Corporation (NFC) Sdn Bhd.

Pencabarnya Pengarah Strategi PKR Mohd Rafizi Ramli melalui surat itu berkata, tindakan itu diambil ekoran kesedian Khairy, seperti dilaporkan media sebelum ini.

"Mengambil kira jadual kerja seperti yang saudara suarakan dalam media, saya mencadangkan supaya debat tersebut diadakan pada hari Isnin, 12 Disember 2011," surat itu dipetik.

Katanya, notis sebulan itu diharapkan dalam memberi ruang kepada Khairy melapangkan masanya.

Berhubung tempat dan format debat, beliau mencadangkannya dipersetujui setelah tarikh dimuktamadkan.

"Saya percaya saudara adalah seorang pemimpin Umno yang berjiwa besar dan memiliki kekuatan intelek yang mengkagumkan. Kesudian saudara untuk membahaskan isu-isu rakyat melalui NFC akan dikenang orang muda selama-lamanya," katanya.

Khairy pada 16 November lalu dilaporkan menerima cabaran Mohd Rafizi atas alasan beliau secara prinsipnya sentiasa bersedia berdebat dengan sesiapa pun.

Bagaimanapun, ia bergantung kepada masa kerana mesyuarat agung Umno akan berlangsung tidak lama lagi.

Mohd Rafizi sebelum ini tampil mencabar Khairy ekoran jawab menjawab mereka di media.

Dalam isu ini, PKR dilihat konsisten mengkritik projek yang dianugerahkan pada keluarga menteri pembangunan wanita Datuk Seri Shahrizat Jalil.

Sementara itu, desakan berterusan supaya debat itu menjadi kenyataan terus berkumandang dari dalam PKR.

Timbalan Ketua Penerangan Pemuda PKR (AMK) Najwan Halimi dalam kenyataannya berkata, sehingga tahap ini Khairy kini tiada alasan lagi menolak undangan itu.

"Kami berharap debat ini akan dapat diadakan dalam suasana penuh hemah dan secara intelektual berdasarkan hujah dan fakta-fakta kukuh," katanya.

No comments:

Post a Comment