Saturday 12 November 2011

Tiada pembubaran Parlimen




NAJIB bersalam dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Spekulasi kononnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan pembubaran Parlimen bagi membolehkan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) semalam tidak menjadi kenyataan.

Najib berkata, tahun 2011 akan berlangsung tanpa Parlimen dibubarkan dan mesyuarat semalam langsung tidak membincangkan mengenai tarikh pilihan raya tersebut.

Presiden UMNO dan Pengerusi BN itu berkata, ia cuma membincangkan usaha yang boleh dibuat untuk memperkuatkan BN supaya parti itu lebih mantap untuk menghadapi pilihan raya akan datang.

"Kita juga bincang pentingnya kita kembali kepada semangat dan prinsip BN iaitu hormat- menghormati antara satu sama lain," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat itu di Menara Datuk Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.

No comments:

Post a Comment