Friday 9 September 2011

Jalan sekitar Alor Setar ditutup pada 14 September 2011 hgga 16 September 2011


ALOR SETAR - Beberapa jalan di sekitar bandar raya ini akan ditutup kepada kenderaan awam sempena perarakan hari Kemerdekaan ke-54 mulai pukul 12 tengah malam pada 14 September sehingga perarakan selesai 16 September ini.

Datuk Bandar Alor Setar, Datuk Mat Noh Ahmad dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, jalan-jalan yang terlibat ialah Jalan Sultan Badlishah, Kolam Air, Tunku Ibrahim dan Langgar.

"Orang ramai dinasihatkan mematuhi arahan daripada pasukan keselamatan dan tidak meletakkan kenderaan di bahu jalan-jalan berkenaan,” katanya.

Menurut kenyataan itu, raptai penuh perarakan akan diadakan pada 15 September dan orang ramai dijemput hadir untuk menyaksikan perarakan Kemerdekaan pada keesokan harinya (16 September) bermula pukul 7 pagi.

Sumber : Kosmo Online 8/9/2011

No comments:

Post a Comment