Sunday 18 September 2011

Tanah pertanian di Kedah boleh diguna tujuan lain


http://w22.indonetwork.co.id/pdimage/54/1200354_foto028.jpg
ALOR SETAR 18 Sept. - Tanah pertanian di Kedah kini tidak lagi hanya untuk aktiviti pertanian tetapi boleh digunakan untuk maksud lain ekoran kerajaan negeri membuat pindaan terhadap Aturan Tanah Kedah, baru-baru ini.

Melalui pindaan itu, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, Kedah muncul negeri pertama yang membenarkan pemilik tanah memohon permit sementara untuk menggunakan tanah pertanian bagi tujuan lain.

"Kedah adalah negeri pertama melaksanakan pemakaian Pekeliling JKPTG Bil 1/2003 iaitu Tatacara Penggunaan Tanah Pertanian bagi tujuan yang tiada berkaitan dengan pertanian.

"Bagi membolehkan arahan ini dilaksanakan, kerajaan negeri telah mewartakan pindaan Aturan 36J dan Aturan 37 Aturan Tanah Kedah pada 31 Mac lalu," katanya kepada pemberita di sini baru-baru ini.

Azizan berkata, kerajaan negeri akan mengenakan fi permit bagi keluasan tanah yang digunakan selain daripada pertanian berdasarkan kadar sepatutnya tanah tersebut digunakan.

Katanya, kadar itu dikenakan ke atas keluasan sebenar yang digunakan dan bukannya keseluruhan lot berkenaan.

No comments:

Post a Comment