Sunday 18 September 2011

Kaji akta hak bersuara - azizan


Kaji akta hak bersuara

ALOR SETAR - Kerajaan perlu memberi tumpuan terhadap akta berkaitan hak rak-yat untuk bersuara, selepas Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dimansuhkan.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, selepas dua akta penting itu berjaya dimansuhkan setelah sekian lama diperjuangkan pemimpin Pakatan Rakyat (PR), kini sudah tiba masanya kerajaan mengkaji semula akta berkaitan hak bersuara.

“Saya cukup gembira de-ngan pemansuhan itu sebab sudah lama kita mahu ISA dimansuhkan cuma lambat diputuskan kerajaan. Namun ianya suatu kejayaan buat kita,” katanya.

Menurutnya, hak bersuara melalui media masih terbatas dan ianya perlu penambahbaikan untuk disesuaikan dengan keadaan semasa.

Mengulas mengenai kenyataan beberapa pemimpin PR yang masih sangsi dengan pemansuhan dua akta terbabit, selain menyifatkan ada kaitan dengan imbuhan pilihan raya umum akan datang, Azizan sebaliknya berpuas hati kerana secara dasarnya apa yang diperjuangkan PR tercapai.

“Bagi saya itu sudah cukup baik. Cuma diharap kerajaan ikhlas lakukan perubahan itu,” katanya.

Menurutnya, walaupun diwujudkan dua akta baru menggantikan akta yang dimansuhkan, pihaknya perlu meneliti apa yang termaktub kelak.

No comments:

Post a Comment