Wednesday 9 November 2011

Tudiaaa.. UMNO kedah sedia hadapi banjir, Pas Kedah dok kerat balak tak sudah ka?

UMNO Kedah telah membuat persiapan untuk menghadapi banjir yang dijangka lebih besar sekiranya berlaku dalam masa terdekat ini.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungannya Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata persiapan itu termasuk logistik, pusat penempatan, bekalan makanan kering, selimut dan dua buah bot untuk mangsa banjir.

"Laporan-laporan yang diterima menganggarkan hujan tahun ini agak lebat dan banjir luar biasa dijangka berlaku. Kita tidak tunggu sehingga ia berlaku sebaliknya membuat persiapan awal.

"Sekiranya tidak berlaku alhamdulillah, kalau berlaku kita bersedia hadapinya," katanya pada majlis 'Korban Perdana' Parlimen Jerlun.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata bekalan makanan kering disimpan di sebuah tempat tinggi dan mudah diagihkan apabila berlaku banjir.

Katanya bantuan dan pemindahan mangsa banjir dijangka dapat dilakukan lebih cepat kali ini berdasarkan pengalaman tahun lepas yang bermula di kawasan rendah.

"Semasa banjir tahun lepas, Skuad Bencana Umno yang lebih cepat bertindak menyalurkan bantuan kepada mangsa dan sekarang kami lebih bersedia menghadapinya," kata Mukhriz.

Negeri Pas banjir, UMNO pulak yang kelam kabut dari kerajaan negeri. Kerajaan Negeri Pas buat apa? Dok tebang balak tak habis-habis lagi ka? Atau dok buat persiapan nak selamatkan kroni-kroni dulu baru nak selamat rakyat.

Kalau mengikut pengalaman yang lepas, Pas lebih sibuk selamatkan kroni dari selamatkan rakyat. Depa angkut geng-geng depa dulu, kemudian baru depa kisahkan rakyat. Macam ni ka kita nak panggil kerajaan kebajikan?

Dalam kes krisis air pun sama juga. Dok angkut air bagi kat taman-taman VVIP, yang perkampungan orang susah ni, seminggu sekali pun susah nak hantar air.

Lepas rakyat marah dan komplen, puak Pas ni tuding jari kata kerajaan pusat tak bantu. Diri sendiri tak salah, orang lain juga yang salah.

Rasanya berbaloi ka bagi Pas jadi kerajaan negeri?

8 comments:

  1. memang x berbaloi depa jadi kerajaan negeri bg pndapat saya.. geram bila p a.s semak samun penuh.. mcm pekan usang ja.hmm

    ReplyDelete
  2. jangan takbur, apa dah jadi dengan johor dulu..
    mb kata kita dan bersedia hadapi banjir..la tu Allah bagi hingga tak terkata...

    ReplyDelete
  3. kita merancang,Allah tentukan..;D

    ReplyDelete
  4. singgah ye..ada balak kerat la...dulupun kerat...hujan kerja allah..kita terima je la.

    ReplyDelete
  5. "bah ni ujian allah..nak kata bala tak boleh lah kan,tak baik...tapi kita kenalah usaha berikhtiaq tk kiralah umno ker pas ker betoi dak?.."

    ReplyDelete
  6. huyoooo. jgn marah bro. kite tengok dulu betoi ke idak

    ReplyDelete
  7. xpe la.pas ke umno ke msing2 ade klmhn.kita jgn asyik tgk klmhn org len je.bek kita tgk sndiri klmhn diri kita.jgn dok mngate org je.dosa taw kalo pe yg kita dgr 2 x btol tp kita mengiakan jgak.(pesanan utk diri sndiri juga)

    ReplyDelete