Tuesday 19 July 2011

TUGU PERINGATAN KOMUNIS DI NILAI


Tugu memperingati komunis dibina di Nilai. Kenapa di Nilai? Kerana Nilai merupakan tempat tertubuhnya Parti Komunis Malaya (PKM) pada 30 April 1930. 

Puak ultra kiasu a.k.a komunis DAP mengiktiraf PKM (pada masa penjajahan Jepun dikenali sebagai MPAJA) sebagai pejuang kemerdekaan negara. Itulah namanya buta sejarah. PKM bukan pejuang kemerdekaan negara tapi ingin menjajah negara ini dan menukarkannya kepada sebuah republik komunis yg tidak mempercayai agama.

Persoalannya sekarang kenapa pihak berkuasa membenarkan saja pembinaannya. Apakah kerajaan tidak nampak impak daripada pembinaan tugu tersebut ibarat ingin menyuburkan semula fahaman komunis di negara ini. 

Kerajaan tidak belajar dari kesilapan. Mereka membenarkan pula penubuhan sebuah parti bersemangat komunis iaitu Parti Sosialis Malaysia (PSM). Apakah Malaysia kini sedang menuju ke arah liberal? Terlalu terikat dengan istilah 'Hak Asasi Manusia' (Human Right). Apakah selepas ini jika ada pihak mahu menubuhkan pertubuhan Yahudi SeMalaysia kerajaan akan turut membenarkannya atas tiket hak asasi manusia?

No comments:

Post a Comment