Showing posts with label air kedah. Show all posts
Showing posts with label air kedah. Show all posts

Thursday, 2 June 2011

RAKYAT MENGELUH, KERAJAAN NEGERI BERPELUK TUBUH

AIR oh Airr…


Dulu depa janji, menang pilihanraya nak selesai masalah ayaq… Laa ayaq tak naik, lori ayaq yang duk naik …”

Penduduk Kg Sg. Senam, Sik , Kedah yang tidak puas hati dengan masalah air yang melanda sejak lebih sepuluh tahun lalu. Masalah ini didakwa berpunca dari  tekanan air yang rendah untuk sampai ke kawasan berkenaan.
Sebagai jalan penyelesaian pihak SADA melantik kontraktor luar bagi menghantar bekalan air menggunakan lori iaitu 2 kali sehari pada sebelah pagi dan malam.  Namun air yang dibekalkan ini tidak mampu menampung kegunaan harian penduduk sekitar. Lebih memilukan apabila tiba waktu puncak, musim perayaan, kenduri kendara dan kematian.


Kecewa dengan janji kerajaan dan muak sering dibelenggu masalah ini, penduduk mengambil inisiatif sendiri mencari sumber air termasuk mengorek telaga serta membuat sistem takungan air dengan harapan dapat mengurangkan bebanan yang dihadapi. Namun, kepayahan penduduk dikejutkan pula dengan ancaman virus kencing tikus yang boleh meragut nyawa di kawasan sumber air yang diusahakan  penduduk.

 
“Alahai malang sungguh nasib depa ni.. Tak dak orang mai jenguk ka..” Perkara biasa yang diungkapkan bila timbul sesuatu isu. Tidak cukup ayaqkah di daerah Sik.. “Awat ayaq kat tasik beris dan empangan muda tak cukup ka nak bersih bagi kami..” Persoalan ini harus ditujukan kepada Datuk Seri Azizan Razak yang  memimpin Kerajaan Negeri Kedah.

 Daerah Sik bukanlah asing bagi Datuk Seri Azizan Razak, setiausaha politik beliau adalah orang Sik manakala individu yang bertanggungjawab tentang ayaq di Kedah bekas DO Sik dan wakil Pegawai Seranta SADA pun anak jati Sik. “ Apa lagi alasan masalah ayaq di Sik tidak boleh selesai, atau depa ni sengaja tak mau layan masalah kami..yang depa dok nampak balak saja..” Keras tapi penuh bermakna luahan hati penduduk di Kg. Kenangan, dan Kg. Sg. Senam.

Anda sebagai pemimpin fikir-fikirkanlah..