Showing posts with label MAT SABU. Show all posts
Showing posts with label MAT SABU. Show all posts

Monday, 10 December 2012

Patut la Ameno meluat sangat kat Mat Sabu...




Mat Sabu memang terbaik...
Patut lah Umno meluat sangat kat Mat Sabu...

Memang cara ucapan dia agak melucukan, tapi tepat dan padat menghentam tepat ke sasaran iaitu kebobrokan Umno sebagai parti karat penipu Melayu nombor satu negara.

Hancurlah Umno parti rasuah...
Hancurlah Umno parti rasis penipu Melayu...
Hancurlah Umno parti kroni dan anak bini...

Monday, 10 October 2011

AKIBAT KECELUPARAN MAT SABU!!!


Drs. Harun Jaafar,

Setelah mendengar Budget 2012, akibat keceluparan mulut Mat Sabu, para bekas anggota tentera sama ada balu, duda dan sebagainya akan mendapat 'durian runtuh' sebanyak RM3,000 setiap keluarga secara one-off.

Begitulah antara pandangan yang dilontarkan oleh rakyat Malaysia dalam beberapa blog selepas pembentangan Bajet 2012 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak petang semalam.

“Itulah jasa Mat Sabu kepada bekas-bekas pejuang yang kalau tak ditimbulkan isu ni, aku confirm depa-depa ni tak merasa duit pampasan ni.

“Dan mereka ini PATUT BERTERIMA KASIH kepada Mat Sabu kerana mengutarakan isu Bukit Kepong dan secara tak langsung nasib mereka terbela,” tulis seorang yang menghantar komen dalam Tranungkite online yang ditulis perkataan penuh Harakahdaily.

Seorang lagi menulis, Kanang Anak Langkau pun dapat pingat kali kedua baru-baru ini atas jasa sebagai perwira negara, mungkin kebetulan kot atau ada agenda di sebaliknya.

“Bajet kununnya menghargai pejuang...dah 54 tahun baru nak ingat bagi...berapa orang yang dapat...berapa orang yang tak sempat dapat?” satu lagi pandangan yang dilontarkan.

Najib mengumumkan petang semalam bahawa kerajaan akan memberi sumbangan RM3,000 secara one-off kepada setiap bekas anggota pasukan keselamatan serta duda dan balu mereka, kesemuanya hampir 62,000 orang untuk membantu meringankan kos sara hidup.

"Mereka yang apabila telah mendengar panggilan Pertiwi untuk berkhidmat, telah menyahutnya tanpa berlengah. Ini termasuklah lebih 48,000 bekas anggota polis khas dan polis tambahan yang pernah berkhidmat menjaga keselamatan negara semasa zaman darurat.

"Mereka terdiri daripada anggota Home Guard, Special Constable, Extra Police Constable, Auxilliary Police, Women Auxilliary Police, Women Special Constable, Border Scout dan Jungle Scout,” kata Najib.

Komen yang disiarkan melalui Malaysiakini pula, ada pandangan yang mengatakan kerana marahkan Mat Sabu, akhirnya bekas anggota polis khas dan polis tambahan yang pernah berkhidmat menjaga keselamatan negara semasa zaman darurat mendapat faedah.

“Di sinilah pentingya Malaysia mempunyai pembangkang yang kuat. So, sebelum marah Mat Sabu, perlu fikir sejenak,” tulisnya.

Pandangan lain pula: Yang tu baru Pakatan sound melalui Mat Sabu, kerajaan dah bagi insentif kepada bekas anggota pasukan keselamatan. Belum pun kerajaan Pakatan memerintah lagi. Kalau betul-betul nak terbela nasibnya, undilah Pakatan! Insyaallah tak ada siapa yang akan tercicir, semuanya terbela, termasuk bekas anggota pasukan keselamatan...

Antara komen lagi:

“Di sini Mat Sabu ialah hero. Tanpa dia jangan mimpilah depa nak pandang kat hampa. tu pun jangan, ada lagi yang dok marah kat dia.

“Kepada bekas tentera, balu, duda tu ingat sikit......terima kasih kat Mat Sabu...kalau tak tak merasalah duit tu...”

-harakah-

http://bilahrotan.blogspot.com/2011/10/akibat-keceluparan-mat-sabu.html

Sunday, 2 October 2011

PANAS! Mat Sabu Orang Paling Gembira Bila Chin Peng Balik Malaysia!!




BEKAS Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng yang tinggal dalam buangan di Bangkok, Thailand kini berada dalam keadaan tenat, menurut sumber risikan daerah.


Chin Peng yang baru menyambut kelahirannya yang ke 87 pada 21 Oktober lalu dirawat di sebuah hospital swasta terkemuka di Bangkok sejak Rabu lalu.


Kesihatan beliau dilaporkan bertambah buruk dan ahli keluarga serta teman-teman rapat termasuk dari Malayaia diminta melawat pemimpin berkenaan.


“Dia sangat uzur. Kami difahamkan doktor telah memaklumkan kepada ahli keluarganya supaya melawat beliau dalam waktu terdekat,” kata pegawai risikan berkenaan.


Difahamkan beliau telah mendapatkan rawatan rapi sejak dua bulan yang lalu.
Berdasarkan laporan berita, Chin Peng mempunyai empat orang abang.


Seorang daripadanya merupakan bekas guru besar di Ipoh sementara seorang lagi merupakan ahli perniagaan di Pulau Pinang. Manakala dua yang lain bekerja sebagai jurutera di New Zealand.


Sumber turut melaporkan beliau kini dibantu oleh dua pembantu di Bangkok dan ingatannya semakin merosot sejak beberapa bulan yang lalu.


Chin Peng, yang dilahirkan di Sitiawan, Perak, kini tinggal di Bangkok selepas permohonan terakhirnya menerusi saluran undang-undang untuk menetap di Malaysia ditolak oleh mahkamah pada 2008.


Beliau dipercayai mempunyai saudara mara khususnya di Perak dan di Butterworth.
Pada 1940, dia diterima untuk menyertai PKM dan ketika berumur 23 tahun, Chin Peng dilantik sebagai setiausaha agungnya.


Dalam satu temuramah bersama The Star pada 2009 Chin Peng juga menaruh harapan untuk mati di tempat kelahirannya, Setiawan di Perak.


Tetapi beliau berkata, jika harapannya itu tidak dapat dipenuhi, beliau ingin abu mayatnya dibawa balik untuk ditanam di samping kubur bapanya. - mStarOnline




Haa.. macam mana orang Malaysia, boleh ka Chin Peng nak balik Malaysia ni. Tak dapat balik masa hidup, masa mati pun jadilah. Nak balik tanam kat Malaysia saja.

Bagaimana pulak dengan lelaki melayu komunis terakhir? Takkan taknak perjuangkan isu ni. Ni bapak komunis melaya nak balik tanam kat Malaysia, Mat Sabu tunggu apa lagi? Buat la kempen apa yang patut.

lagi

Thursday, 22 September 2011

Mai kita Tengok Mat Sabu..Kesiannya tengok Mat Sabu!! Kesian sungguh!!




Tengok video di atas, tu kumpul duit sebab nak jamin Mat Sabu la tu. Selamat la duit jaminan dikurangkan dari rm50,000 hingga ke rm15,000. Kalau tak mana la Mat Sabu nak cekau duit ye? Tu la akibat didakwa mahkamah kerana menghina pejuang kemerdekaan dan sokong komunis! Kalau ikut mau letak rm100,000 biar tercirit nak bayar!

Jangan terpedaya dengan lakonan simpati si lelaki melayu komunis terakhir ni. Sebagai Timbalan Presiden Pas takkan lah tak ada duit untuk bayar ikat jamin rm15000? Kerajaan Dap Pulau Pinang tak boleh bantukah? Pas Pusat takkan nak tengok saja?

Husam Musa boleh keluar juta-juta untuk bayar blogger, takkan rm15000 tak mampu nak keluarkan kot.. ini semua taktik lapuk nak tarik simpati.

Kerajaan Pas Kedah baru beli kereta Mercz baru yang harga rm800,000 dengan number plet rm60,000, takkat tak boleh huloq sikit tolong Mat Sabu kot?

Kat Selangor Khalid gagap baru jual tiga bangunan kerajaan, termasuk Kompleks PKNS dan SACC Mall, mesti ada juta-juta duit Khalid sekarang ni. Takkan tak boleh tolong Mat Sabu kot??




Kesian sungguh tengok Mat Sabu ye?

Pandai berlakon sejak kawan dengan Anwar dan Dap ni.

sumber

Siapa karut, Mat Sabu ke Zainal Kling?


Subky Latif

MAT Sabu menyarankan supaya sejarah ditulis semula disebabkan oleh sejarah kemerdekaan tidak ditulis dengan betul. Maka sekalian penyokong kerajaan mengira Mat Sabu mengarut.

Dalam reaksinya atas kontroversi Mat Sabu itu, Prof. Zainal Kling, jika di barat dipanggil Prof. Kling saja berpendapat Tanah Melayu tidak pernah dijajah British. Pro Mat Sabu pula mengiranya karut juga.

Saranan Prof. Kling disukai oleh Tun Dr. Mahathir. Prof. Khoo Kay Kim rasanya tertarik dengan saranan itu. Prof. Ramlah Adam pula tidak menyanggahnya.

Kesemua mereka tidak suka dengan saranan Mat Sabu; tidak tertarik supaya sejarah itu ditulis semula. Tetapi sedarkah kita saranan Zainal Kling itu telah membantu menguatkan saranan Mat Sabu supaya sejarah negara kita ditulis semula.

Saranan Zainal Kling bercanggah dengan isi sejarah yang sudah ditulis. Semua buku sejarah yang diguna di sekolah rendah, menengah dan universiti mengatakan Tanah Melayu pernah dijajah.

Semua orang baik jadi ahli politik pro kerajaan dan pembangkang, yang tidak terlibat dengan politik, buta huruf dan berpelajaran, sebelum dan selepas 31 Ogos 1957 merasakan Inggeris pernah menjajah negara mereka.

Bagi ketua sekalian profesor itu sejarah yang diketahui oleh semua orang adalah tidak betul.

Mat Sabu kata, penulisan sejarah saja yang tidak betul. Dia tidak kata sejarah yang melibatkan British itu tidak betul. Maka menganjurkan supaya sejarah bertulis itu dibetulkan. Prof. Kling tak suruh sejarah itu ditulis semula tetapi padanya sejarah yang difaham oleh semua orang itu adalah tidak betul.

Persoalannya adakah hendak dibiarkan ia tidak betul dan adakah hendak diajar juga yang dikatakan tidak betul itu kepada murid-murid dan orang ramai?

Ini telah menjadikan semua orang bercelaru dan keliru tentang sejarah yang diketahui itu dan sejarah yang ada itu juga bercelaru dan mengelirukan.

Justeru itu saranan Mat Sabu supaya ditulis semula sejarah sudah payah ditolak.

Jika sejarah itu tidak ditulis semula, orang sudah tidak tahu apakah sejarah yang diajar itu boleh dipakai atau tidak, sedang di bawah dasar yang ditentukan oleh menteri pelajaran sekarang Tan Sri Muhyidin Yasin, sejarah adalah mata pelajaran teras yang wajib lulus.

Adakah hendak ajar yang Mat Sabu kata tidak tepat dan Zainal Kling kata tidak betul?

Kesimpulannya buku sejarah itu kena buat yang baru. Nilai semula mana yang betul dan mana yang diselewengkan.

Antara yang kena jelaskan macam mana sebelum merdeka dulu Semenajung Tanah Melayu boleh ditukar menjadi Malaya. Sebelum datang ke Tanah Melayu, semua peta dunia menamakan negara kita ini Semenanjung Tanah Melayu. Buku sejarah dunia pun mengenalinya Semenanjung Tanah Melayu.

Selepas British datang ia ditukar menjadi Malaya. Buku sejarah dunia dan peta dunia pun memanggilnya Malaya. Universiti yang pertama ditubuhkan sebelum merdeka dulu dinamakan Universiti Malaya atau Univercity of Malaya. Hingga sekarang nama itu dikekalkan.

Siapa yang menamakannya Malaya? Inggeriskah atau Raja-Raja.

Jika Inggeris datang untuk berkhidmat kepada para Sultan, mengapa orang Inggeris tidak guna bahasa yang dipakai oleh Sultan dan yang digunakan oleh orang Melayu? Mengapa digunakan dalam pentadbiran dan urusan rasmi dalam bahasa Inggeris iaitu bahasa yang tidak difahami oleh rakyat dan tidak juga diketahui oleh para Sultan?

Bila sekolah diadakan, sekolah Melayu ada setakat darjah enam saja, tetapi sekolah Inggeris sampai darjah sembilan. Kalau Inggeris itu datang untuk berkhidmat saja bagaimana mereka ada kuasa menukarkan sesetengah sultan.

Sebelum Inggeris datang ke Perak, Perak sudah ada sultan. Bila ia datang ia boleh tukar sultan itu dengan Sultan Abdullah. Bila ada masalah dengan Sultan Abdullah dibuangnya Sultan Abdullah ke pulau di tengah laut dekat Afrika dan digantinya sultan baru.

Bila Inggeris datang semula selepas Jepun kalah, ditukarnya Sultan Selangor dengan yang baru dan Sultan Terengganu pun digantikannya dengan yang lain.

Kalau sekadar hendak menolong sultan, masakan sampai boleh menukar sultan.

Tentang bahasa pula, hingga hari ini Bahasa Melayu belum boleh menggantikan bahasa Inggeris gara-gara adanya kuasa Inggeris sebelum merdeka dulu.

Apa hendak kita tentang sejarah seperti itu?

Dan kalau yang dijajah Inggeris itu sekadar Melaka, Pulau Pinang dan Singapura, mengapa perjuangan kemerdekaan itu dituntut oleh orang Perak, Kedah, Selangor, Kelantan, Johor, Pahang, Terengganu, Negeri Sembilan dan Perlis.

Tuntut merdeka untuk Pulau Pinang dan Melaka sajalah! Sepatutnya kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 itu tidak diisytiharkan di Kuala Lumpur. Proklamirkan di Melaka dan di Pulau Pinang saja, tidak perlu libatkan negei lain di Semenanjung.

Zainal Kling tentu setuju. Kalau dia tidak setuju, dialah yang karut. Bukan Mat Sabu.

Wednesday, 21 September 2011

Kerja Karut Terbaru K'jaan Najib lakukan di bumi Malaysia..!!


Karut, mana ada kes sejarah dibicara di mahkamah
BUTTERWORTH, 21 Sept: Peguam Mohamed Hanipa Maiden menganggap kes yang melibatkan Mohamad Sabu sebagai kes 'karut' kerana mana ada kes yang berhubung sejarah dibicarakan di mahkamah melainkan di Malaysia.

Sepatutnya, kata beliau ia dibawa ke medan pentas akademik bukan ke mahkamah seperti mana hari ini.

Pagi tadi, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu telah dibebaskan pada pukul 12.15 tengah hari dengan ikat jamin RM15 ribu.
(Gambar: Mohamad bercakap kepada media selepas dibebaskan oleh mahkamah.)
Jika sabit kesalahan beliau boleh dikenakan tahanan dua tahun penjara, didenda atau kedua-duanya sekali.

Kes beliau akan disebut sekali lagi pada 27 Oktober ini dan dibicarakan pada 5 hingga 9 Disember depan di Mahkamah Sesyen di sini.

Beliau dibela oleh Hanipa Maidin dan Amirudin Zulkiply manakala pendakwaan dilakukan oleh Mohamad Hanafiah Zakaria, Ishak Mohd Yusuf dan Suhaimi Ibrahim di hadapan Hakim Ikmal Hisham Ahmad Tajudin.

Turut hadir memberikan sokongan moral kepadanya ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Khalid Man, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusuf Rawa, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kubang Rotan, Kedah, Nasir Mustaffa dan ramai lagi kepimpinan PAS dari Pulau Pinang dan Kedah.
Sementara itu, Mohamad berkata, beliau sedia dibicarakan dan yakin kesnya akan mencapai kemenangan demi memperbetulkan fakta sejarah yang telah diselewengkan oleh penjajah.

Umno juga ujarnya, akan kalah untuk mempertahankan fakta yang salah sekaligus meranapkan impian Barisan Nasional (BN) untuk meneruskan pemerintahan negara ini.

"Saya yakin seyakin-yakinnya kita boleh menang kes ini dan Umno tewas dalam hal persejarahan Malaysia ini," tegas beliau ketika berucap ringkas di luar mahkamah.

Katanya, Umno dan BN hanya mahu menggambarkan perjuangan mereka sahaja yang betul mengenai kemerdekaan negara.

"Umno dan BN hanya mahu mengambarkan perjuangan mereka sahaja yang betul tentang kemerdekaan dengan membelakangkan perjuangan orang lain walaupun mereka lebih ke hadapan menentang penjajah," katanya.

Saturday, 17 September 2011

HEMPUK PALA!! Demo Anti Mat Sabu Kat Sungai Petani, Kedah!!


habis la mat sabu.. bungkuih laa..




sumber Mc ambil dari Blog H H

Waris, bekas dan juga polis yang bertugas, semuanya tak puas hati dengan Mat Sabu. Kenyataannya yang menuduh Polis sebagai alat british dan tidak mengiktiraf polis bukit kepong sebagai pejuang kemerdekaan telah melukakan hati banyak pihak.

Pas harus sedar, akibat daripada Mat Sabu ni, kaum Melayu Islam sudah membuka mata seluas mungkin, umpama baru sedar dari mimpi. Ramai yang dah tolak Pas mentah-mentah selepas Pas sendiri yang membuktikan bahawa mereka menyokong komunis.

Perjuangan Pas bersama Dap dan Pkr, tidak seperti mana perjuangan Pas dahulunya.. Dulu UMNO dilihat membelakangkan Islam, kini Pas mengantikan tempat UMNO, malah perbuatan Pas lebih teruk dari UMNO.

Dulu sekurang-kurangnya UMNO ketua parti dalam komponen BN, UMNO banyak bertolak ansur dalam hal sensitiviti perkauman. Sebab tu ada kilang arak, kandang babi, pub, judi dan beberapa tempat yang dilarang. Semua itu wujud atas kerana permintaan kaum lain. Syaratnya pun hanyalah untuk orang bukan Islam.

Tapi semua ini dipertikaikan Pas hingga rakyat melihat UMNO pula yang menyebabkan kerosakkan dalam masyarkat. Namun Allah maha besar! Maha mengetahui! Apabila sampai Pakatan Rakyat mentadbir negeri. Barulah kita sedar, bahawa Pas sebenarnya lebih teruk dari UMNO dalam menjaga hak Melayu Islam malah,  Pas hanya pengikut tegar Dap dan Pkr. Tidak berhak bersuara apabila Islam dihina.

Pas bukan ketua didalam Pakatan Rakyat. Pas juga tidak berkemampuan mempertahankan Islam jika dicemar. Pas tidak mengaku mereka bangsa Melayu, malah mempertikaikan UMNO apabila memperjuangkan bangsa. Jadi apa bagusnya Pas jika nak dibandingkan dengan UMNO? Adakah hanya sebab imej? Imej Pas lebih alim dari UMNO, atas sebab demikian UMNO di tolak?

Yahudi pun pakai kopiah, Singh pun pakai serban. Tapi itu bukan bermakna mereka Islam.. Tak semestinya pakaian melambangkan Islam, didalamnya hatinya juga Islam. Mana tahu jika itu hanya topeng untuk tarikan sokongan pada pihak mereka?

Politik adalah politik, politik bukan agama. Agama itu suci, politik itu kotor. Kita boleh beragama semasa berpolitik, tapi kita tak boleh politikkan agama. Itulah yang Pas buat selama ini, mereka politikkan agama.

Wajah mereka Islam yang hebat, namun itu hanya kepura-puraan. Islam hanyalah jenama dan barang dagangan bagi mencari pengaruh dan kuasa.

Thursday, 15 September 2011

TUDIAA!! Rupanya Anwar Penaya Mat Sabu!!




Rakaman phonesex Mat Sabu didedahkan baru baru ini oleh rakan blogger 1peluru ,rakaman ini sebenarnya sudah lama tersebar ,paling banyak ketika pemilihan semasa muktamar pas baru baru ini.

Berdasarkan sumber maklumat,pihak yang membuat rakaman tersebut adalah koncu koncu Anwar,yang pada ketika itu begitu kuat memusuhi Mat Sabu.Dikhabarkan IKD satu badan pemikir Anwar Ibrahim telah merakam dan menyebarkan cd phone sex Mat Sabu baru baru ini.

Siapa yang mengelar Anwar Al-Juburi kalau bukan Mat Sabu?Anwar sedar Mat Sabu adalah antara ahli politik yang pertama mendedahkan Anwar pengemar bontot lelaki.Malah ia turut di dedahkan oleh Karpal Singh di parlimen tidak lama dahulu.

Adakah dendam lama belum dilunaskan?Adakah ini satu lagi tindakan untuk membunuh musuh Anwar?

SUMBER

Tuesday, 13 September 2011

GEMPAR!! Akibat Geram dengan Mat Sabu dan Anwar, Stadium Darul Aman jadi Mangsa Conteng!!


Stadium Darul Aman Alor Setar

Conteng luah perasaan geram pada Mat Sabu dan Anwar

Mat Sabu dengan Anwar punya pasal, pengurusan stadium jadi pening nak cat

Mc tak tahu kerja conteng dinding stadium ni kerja orang UMNO ka atau orang Pas sendiri yang nak tuduh UMNO. Tapi kalau dah sampai meluahkan perasaan kat dinding-dinding ni memang dha tahap parah la. Kalau bukan orang UMNO pun mungkin rakyat Kedah yang dah mula menyampah dengan Mat Sabu dan Anwar. Biasa la perangai memang spesis komunih.

Tapi bagi puak Pas. Apabila jadi perkara macam ni, depa terus tuduh UMNO. Apa hal? Belum ada bukti, belum ada saksi, tiba2 UMNO kena? Ohh betul la, kalau mengikut hukum Islam Pas, yang jahat segalanya dari UMNO, kalau yang baik tu, tentunya datang dari Pas. Betul tak?

Rasanya, rakyat Kedah yang conteng tu. Mungkin tak tau nak luahkan perasaan macam mana, tu yang depa bantai tulih kat dinding stadium tu.

Namun apa yang pasti, rakyat dah memang menyampah dengan Mat Sabu dan Anwar.
 

Sunday, 11 September 2011

MAT SABU TETAP NAK DEBAT DENGAN MUHYIDDIN..BUKANNYA KJ...


'KJ budak baik, berpotensi jadi pemimpin PAS'

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata beliau menolak debat dengan Khairy Jamaluddin kerana ketua pemuda Umno itu tidak banyak 'menghentam' dan menyerangnya secara peribadi.

azlanSebaliknya, pada ceramahnya di Kolej Universiti Islam Dr Zulkifli Muhammad (KUIZM), Taman Melewar malam semalam, Mohamad berkata beliau memilih Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana timbalan presiden Umno itu yang banyak menyerangnya supaya "bertaubat dan bertakwa".

"Bagi saya Khairy budak baik dan berpotensi jadi pemimpin PAS akan datang. Buat apa nak berdebat dengan adinda Khairy.

"Muhyiddin yang banyak kata pada saya, jadi biarlah saya berdebat dengan Sohibussamahah Muhyidin Yassin," katanya dengan nada menyindir dan dipetik Harakahdaily.

NONEMenurut pemimpin PAS itu, Muhyiddin yang juga timbalan perdana menteri yang banyak memaki hamunnya, justeru, elok bagi mereka bertemu.

Mohamad atau lebih dikenali Mat Sabu menjadi sasaran pemimpin Umno dan BN apabila Utusan pada 27 Ogos lalu mendakwa beliau berkata Mohamad Indera yang menyerang balai Bukit Kepong adalah hero sebenar dan bukannya polis yang mempertahankannya.

Beliau bagaimanapun berkata laporan Utusan mengenai ceramahnya di Padang Menora, Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu itu adalah "satu putar belit dan tokok tambah cerita untuk memfitnahnya dan PAS".

Ini bukan kali pertama Mat Sabu memilih untuk memuji Khairy.

Pada 5 September lalu, beliau menjelaskan bahawa beliau tidak menolak pelawaan pelawaan untuk berdebat kerana beranggapan lebih sesuai bagi kedua-dua sayap PAS dan Umno itu berbuat demikian.

khairy jamaluddin and umno youth pemuda"Saya tidak tolak (berdebat). (Tetapi) biar Pemuda dengan Pemuda (berdebat) kerana mereka layak.

"Saya serah kepada Pemuda PAS. Dia (Khairy) seorang yang bijak dan saya hormati. Biar dia berdepan dengan Pemuda PAS," katanya.

Muhyiddin menjadi sasaran PAS untuk berdebat kerana sering 'menghentam' Mohamad dalam isu Mat Indera, lelaki itu didakwa pernah menjadi anak murid kepada bapa timbalan perdana menteri itu.

Malah, Mat Indera didakwa mahu berkahwin dengan kakak Muhyuddin tetapi tidak dipersetujui oleh bapanya

Saturday, 10 September 2011

TUDIAA!! Laporan Polis! Polis Malas Buat Kerja Ka? Atau Takut Kat Mat Sabu??




KITA kembali disajikan dengan berita beratus-ratus laporan polis yang dibuat oleh rakyat yang marah dan kecewa dengan kenyataan celupar Timbalan Presiden Pas, Mat Sabu yang melabel satria negara yang terkorban dalam peristiwa bersejarah dan berdarah Bukit Kepong sebagai bukan pejuang tanah air.

Saya percaya, ramai lagi yang berkongsi sentimen sedemikian tetapi hanya mampu memendam rasa dan berdoa semoga Mat Sabu kembali bermuhasabah diri dan memohon keampunan kepada ahli keluarga bekas pejuang yang dihinanya, terutama di bulan Syawal yang mulia ini.

Tetapi Mat Sabu tetap Mat Sabu. Kesombongan dan bongkaknya sebagai pemimpin nombor dua Pas tetap dipertahankan, sama seperti Tok Gurunya, Datuk Nik Aziz Nik Mat, yang juga Menteri Besar Kelantan.

Kedua-duanya keras kepala dan tidak pernah menyesal dengan kenyataan songsang dan fitnah dan penghinaan terhadap orang. Mereka menggunakan apa saja modal untuk tujuan politik sempit mereka.
Jika tidak ada modal atau isu, mereka akan mencipta yang baru melalui khayalan dan dongengan mereka asal ada sahaja bahan untuk diputarbelitkan dalam ceramah politik mereka.

Berbalik kepada cerita laporan polis terhadap Mat Sabu, yang kini berjumlah melebihi 500 kesemuanya, saya dan mungkin ramai lagi akan bertanya apa seterusnya akan berlaku setelah rakyat berduyun-duyun membuat laporan tersebut?

Dulu kita juga disajikan dengan berita mengenai lebih 1,500 laporan polis yang dibuat terhadap penganjur Bersih 2.0. Ambiga dan kedegilannya yang berkeras mahu menganjurkan perarakan haram Bersih. Sudah pun dibuatnya, tetapi mengapa laporan-laporan polis tersebut tidak ada tindakan susulan daripada pihak yang berwajib?

Mengapa pejabat Peguam Negara tidak mengeluarkan arahan pendakwaan terhadap Ambiga?
Begitu juga dengan laporan palsu yang dibuat oleh ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes video seks beliau?

Laporan polis juga dibuat. Cerita laporan palsu Anwar Ibrahim kini ditimbulkan semula oleh Pergerakan Puteri UMNO melalui Naib Ketuanya Shahanim Mohd. Yusof yang membuat laporan polis di IPD Kuala Muda, Kedah, kelmarin.

Yang peliknya, trio Datuk T yang bercakap benar dan mendedahkan perlakuan jijik Anwar pula didakwa.

Bak kata orang Melayu 'Pelik bin Ajaib' perkara begini boleh berlaku dalam negara kita yang mendokong sistem demokrasi dan berpaksikan pada undang-undang serta keadilan. Kedaulatan Undang-undang juga menjadi teras kepada Lima Prinsip Rukun Negara yang didokong oleh kerajaan dan rakyat negara ini. Tetapi secara ringkasnya, di manakah keadilannya?

Saya serta rakyat lain yang menuntut keadilan, percaya laporan oleh Puteri UMNO semalam tidak akan membawa apa-apa erti dan sekadar menambahkan lagi statistik jumlah laporan polis untuk direkodkan sebagai data PDRM.

Yang pasti, Mat Sabu tetap dengan keceluparannya dan Anwar dengan sandiwaranya. Kita akan terus menjadi penonton dengan cerita palsu mereka.

sumber Pisau.

Thursday, 1 September 2011

PANAS!!! Rakyat patut tolak Pas berikutan kenyataan Mat Sabu


ALOR GAJAH 1 Sept – Rakyat patut menolak parti Pas pada pilihan raya umum akan datang berikutan kenyataan kontroversi yang dicetuskan oleh Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu berhubung tragedi Bukit Kepong.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, kenyataan Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu baru-baru ini dilihat menghina pejuang kemerdekaan dan sebaliknya memuliakan gerila komunis.

"Dia (Mat Sabu) sepatutnya memohon maaf kepada pejuang negara dan rakyat atas kenyataannya itu,” katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara, Datuk Abd Karim Sulaiman di Tanjung Bidara dekat sini, hari ini.

Mohd Ali, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, berkata, tanpa pengorbanan pejuang negara terdahulu seperti polis, tentera dan pemimpin, sudah tentu negara tidak mencapai kemerdekaan. – Bernama..

LAGI

Wednesday, 31 August 2011

PANAS! Berbaloikah Kita Membuat Laporan Polis Banyak-Banyak!!





Kebelakangan ini kalau pembaca semua perasan, seakan ada satu trend di Malaysia ini berpuluh kalau tak beribu lapuran polis yang dibuat dalam hal-hal tertentu antaranya menyentuh perhimpunan haram Bersih dan terbaru yang berkaitan dengan kepala komunis melayu alam baru, Mat Sabu.

Dalam hal perhimpunan haram Bersih, lebih 4 ribu laporan polis dibuat oleh banyak pihak dan Mat Sabu kepala komunis ni lebih 40 laporan.

Terdetik di hati penulis, dengan sekian banyak laporan, apa yang memberi kesan ke atas laporan yang dibuat? Kalau tak silap penulis dulu, laporan yang sekian banyak akan menyusahkan orang yang dinamakan dalam laporan pasal dia kena pergi ke semua balai polis dimana laporan dibuat ke atasnya. Contohnya, kalau laporan Bersih dibuat di Sarawak, Ambiga perlu pergi ke Sarawak untuk sesi soal siasat.

Sekarang pun kalau tak silap penulis masih berlaku keadaan yang sedemikian, cuma jarang benar yang penulis dengar.

Selain dari itu, apa agaknya faedah kepada laporan polis yang beribu-ribu dan berpuluh-puluh ini? Dalam hal perhimpunan haram Bersih, walaupun pihak polis berjaya mengelakkan kejadian yang lebih buruk dari berlaku, perhimpunan masih berlangsung dan orang-orang dibelakang perhimpunan tersebut masih bebas ke sana kemari mempromosikan agenda perhimpunan Bersih tanpa ada tindakan.

Sehinggakan pertubuhan haram ini seakan sudah jadi ‘halal’ dengan banyak pihak termasuk akhbar edisi harian mengajak Bersih hadir dalam sesi yang diadakan bersama pihak SPR. Pendek kata seakan ada pengiktirafan. Tak cukup dengan itu, kebanyakkan tuntutan Bersih seperti dakwat kekal, sudah mula diambil serius oleh SPR.

Nampak semua ini macam tak selari. Laporan polis beribu, pertubuhan tak didaftarkan tapi agenda dan Bersih itu sendiri seakan mendapat pengiktirafan pihak-pihak berkenaan (dalam hal ini SPR). Penulis takut, keadaan yang sama bakal berlaku ke atas bapak komunis melayu, Mat Sabu.

Semuanya sudah jelas, video ada, semua ada, jadi kenapa yang susah sangat nak mengambil tindakan ke atas Mat Sabu? Benarlah tiada darah yang tumpah atau nyawa yang melayang tapi kenyataan berunsur hasutan ini tidak sepatutnya lepas tanpa tindakan, sekurang-kurangnya bermalam semalam dalam lokap.

Dulu, ya, kita faham kalau lambat ambil tindakan. Bukan zaman dulu ada youtube macam sekarang. Tapi sekarang berbeza, kenapa masih lembap macam kain basah tindakan ke atas Mat Sabu, yang kelihatannya tidak tergugat langsung dengan kenyataan menghasutnya tu. Penat saja pihak-pihak yang terjejas dengan kenyataan Mat Sabu buat laporan polis sedangkan dia masih bebas.
Bukannya takde bukti, ada bukti.

Ketakutan yang satu lagi ialah laporan polis akan sama nilai macam kertas bungkus kacang putih. Banyak-banyak laporan yang dibuat pun tidak mendatangkan suatu kesan yang jelas kepada pihak yang dilaporkan. Walhal laporan polis itu penting dengan pembuat laporan boleh diambil tindakan dibawah undang-undang kalau buat laporan palsu.

Laporan polis juga penting dalam hal tuntutan insuran dan segala macamlah hal yang berkaitan dengan kehidupan seharian.

Dalam hal Ali Setan pun sama (walaupun tak berpuluh laporan). Tidak nampak pun tindakan ke atasnya. Sebaliknya dia menggunakan media untuk mengatakan dirinya tak bersalah, macamlah tuduhan yang dibuat ke atasnya tidak rasmi, hanya cakap kedai kopi.

Penulis nak bertanya kepada pihak PDRM terutama Menteri bertanggungjawab, apa sebenarnya yang terjadi? Adakah pendekatan ‘mendidik’ yang sedang dibuat dalam hal Ops Sikap ini pun nak diamalkan dalam hal-hal berkaitan kenyataan menghasut ni?

Kalau itu, maksudnya ia akan menuju kegagalan, seperti mana Ops Sikap sekarang yang masih menyaksikan jumlah kematian meningkat dibanding dengan tempoh sama tahun lepas. Ya, bukan salah PDRM saja kalau ramai mati pun, tapi bila PDRM melaksanakan Ops Sikap, itu maksud depa pun pegang tanggungjawab sikit sebanyak.

Balik kepada hal laporan polis ni tadi.

Sepatutnya laporan polis yang banyak ni mengundang kepada tindakan yang lebih serius kepada pihak yang dinyatakan dalam laporan. Likewise, tindakan yang keras diambil kepada pengadu yang buat laporan salah, barulah nampak sikit value pada laporan polis tersebut.

Lepas ini jangan marah kalau rakyat bosan nak buat laporan polis dan buat tindakan sendiri untuk menyelesaikan masalah.

Kesimpulannya, bukan banyak atau sikit yang jadi pertikaian penulis tapi tindakan atas laporan yang banyak itu yang penting. Bila banyak laporan polis dibuat, itu menunjukkan seriusnya perbuatan atau kesalahan yang dilakukan dan sepatutnya dibalas dengan tindakan tegas oleh pihak polis. Rakyat perlu diyakinkan bahawa laporan mereka bukan sekadar formaliti tapi disusuli dengan tindakan yang benar-benar berkesan!!!

Sunday, 28 August 2011

video mat sabu hina pejuang negara....




 
Mat Sabu ni sebenarnya tak berapa waras dah. Lepas eksiden tempohari, kepalanya bergegar.. tu yang sampai tak kenal mana land rover, yang mana kereta waja dan yang mana van polis tu. Dia main tuduh saja. Ingat Mat Sabu ni buta mata, rupanya dia turut, buta sejarah, buta perut dan buta hati. Teruk sungguh buta dia ni. Takdak doktor boleh ubat.

Kenapa agaknya si Mat Sabu ni sanjung sangat komunis? Dia ni keturunan komunis kah? Tak tahu ka berapa banyak askar melayu yang terkorban semasa perang dengan komunis ni?

Apa agaknya yang kita boleh buat dengan Mat Sabu ni? Dengar kata, GAPS akan membuat laporan polis terhadap Mat Sabu pada pukul 3 petang ni.. PADAN MUKA KO MAT SABU!!

Pihak Polis.. tangkap saja si Mat Sabu ni.. SILA AMBIL TINDAKAN!!!

GEMPAR!! Mat Sabu kena rasuk JIN!!!..


Mohamad Sabu ketika berucap pada Ceramah Perdana Pas di Padang Menora Tasek Gelugor, Seberang Perai, Pulau Pinang, baru-baru ini.

Puak ni sebenarnya dah gila, otak pun dah tak berapa nak betul. Kena rasuk jin kot!!.. Tengok apa kisah yang Mc ambil dari blog Satu Melayu. Mat Sabu punya la kemaruk nak undi, hingga sanggup mengangkat komunis sebagai hero sebenar. Apa la nak jadi dengan Mat Sabu ni.

Menurut Mat Sabu, Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis itu.

Dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang 21 Ogos lalu, Mat Sabu turut mendakwa Dato’ Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana tokoh tersebut adalah pegawai British.

Beliau juga berikrar untuk mengubah semula sejarah kemerdekaan negara jika pembangkang berjaya merampas Putrajaya kerana dakwanya, sejarah yang tertulis pada hari ini tidak memaparkan fakta sebenar selain hanya memihak kepada UMNO.

MasyaAllah... Sampai begitu sekali benci dan berdendamnya pemimpin nombor dua Pas ini terhadap Umno hinggakan mahu mengubah sejarah dengan fakta ciptaannya yang menidakkan perjuangan bangsa sendiri.

Apakah ini benar-benar idea bernas ‘Mat Sapu Bini Kawan’ itu atau dia hanya menzahirkan apa yang dihasratkan oleh chauvanis Cina DAP yang mahu meletakkan kaum Cina di negara ini sebagai pejuang sebenar kemerdekaan, ketika negara akan menyambut ‘Hari Kemerdekaan’ 31 Ogos ini?

Melayu jenis inilah yang bakal menjahanamkan bangsa sendiri dan menjual negaranya kepada kaum lain asalkan dia mendapat keuntungan politik yang sangat sementara sifatnya. Bangang punya Mat Sabu....

Tragedi serangan pengganas komunis di Bukit Kepong dengan sejarahnya....
Kepada Mat Sabu ini bukan pejuang bangsa....
Kepada Mat Sabu kematian pejuang Melayu ini bagikan 'mati katak' saja....
Anggota pengganas komunis dari kaum Cina inilah pejuang sebenar yang cuba diketengahkan oleh Mat Sabu?
Kemuncak kepada sejarah yang akan diubah oleh Mat Sabu nanti ialah 'Chin Ping adalah pejuang sebenar kemerdekaan Tanah Melayu'?

Katanya pada ceramah berkenaan, “Dekat nak merdeka nanti, siarlah cerita mengenai Bukit Kepong. Bukit Kepong ini, polis yang mati itu polis British. Hat (yang) serang Bukit Kepong itulah pejuang kemerdekaan yang sebenar, yang serang Bukit Kepong itu Mat Indra (Muhammad Indera). Dia Melayu tapi semua sejarah itu ditutup.

“Jins Shamsudin (Tan Sri) buat filem, Jins Shamsudin itu orang UMNO. Cerita Bukit Kepong (yang dibuat Jins) hat serang itu pula penjahat, hero yang mempertahan balai polis. Padahal Mat Indera yang mengetuai operasi itu akhirnya dihukum gantung.”

Dalam tragedi berdarah Bukit Kepong yang bermula kira-kira pukul 5 pagi pada 23 Februari 1950, satu persatu anggota keselamatan dan ahli keluarga mereka gugur selepas diserang dari setiap sudut oleh 200 pengganas komunis, malah sebahagian daripada mangsa dicampak hidup-hidup ke dalam api.

Mohamad mendakwa semua sejarah negara adalah bohong apabila pegawai British diangkat sebagai pejuang kemerdekaan manakala yang melawan British menjadi penjahat.

“Semua sejarah negara kita bohong, pegawai British jadi pejuang kemerdekaan, lawan British jadi penjahat. Siapa pegawai British? Dato’ Onn dan Tunku Abdul Rahman itulah pegawai British. Tapi bila tiba bulan merdeka hanya mereka yang ditonjolkan. Kalau begitu UMNO seorang sajalah yang merdeka, betul tidak,” tuduhnya.

Itulah akibatnya apabila Mat Sabu meletakkan seratus peratus harapan kepada kaum Cina untuk menyokong atau mengundi calon Pas pada Pilihan Raya Umum akan datang.

Dia dah jadi macam ‘orang gila’ yang merepek dan merapu hingga sanggup menidakkan jasa bakti pejuang-pejuang Melayu yang terkorban angkara pengganas komunis yang berjuang untuk merampas Semenanjung Tanah Melayu daripada diserahkan penjajah British kepada orang Melayu yang benar-benar berhak.

Mat Sabu mahu menukar sejarah negara bangsa ini dengan menganggap kaum Cina adalah pejuang sebenar. Wajarkah manusia si pengkhianat bangsa ini dibiarkan?

Para pejuang bangsa Melayu, sama ada yang vateran atau yang baru tentu ada sikap dan pendirian tersendiri terhadap ‘putar belit’ anak har.. ini.

Manusia jenis ini bukannya boleh ditentang dengan kecaman atau kritikan sahaja.... Tak makan. Kena ada tindakan yang sangat mengesankan untuk dirinya yang ‘bertuhankan undi’ itu.

Friday, 26 August 2011

TUDIAA!! Doktor Anwar main pusing-pusing..sampai pening!



Perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di peringkat bela diri yang masuk hari keempat hari ini di Mahkamah Tinggi di sini bertukar menjadi dewan kuliah mata pelajaran kimia apabila pakar asid deoksiribonukleik (DNA), Dr. Brian McDonald dipanggil memberi keterangan.

Pakar asing kedua yang menjadi saksi pembelaan keempat itu dengan panjang lebar memberi keterangan berhubung perkara-perkara berkaitan DNA termasuk terminologi, cara-cara pengumpulan dan pemeriksaan sperma serta garis panduan bagi makmal forensik sehingga menimbulkan kebosanan dalam kalangan orang awam dan petugas media di galeri awam.

Peguam Ram Karpal Singh yang ditugaskan menyoal McDonald, 60, dalam pemeriksaan utama itu mengemukakan soalan-soalan berdasarkan keterangan-keterangan yang telah diberikan oleh dua ahli kimia, Dr. Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saidon yang merupakan saksi-saksi pendakwaan.

Keterangan oleh pakar dari Australia itu bagaimanapun diikuti dengan penuh tekun oleh Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah yang dilihat kerap kali menongkat dagu sewaktu mendengar penjelasan saksi berkenaan.

Lay Hong yang merupakan Ketua Unit Jenayah Berat, Jabatan Kimia Malaysia turut hadir membantu pasukan pendakwaan yang diketuai oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden.

Beliau duduk di tengah-tengah antara Mohd. Yusof dan Timbalan Pendakwa Raya, Noorin Badaruddin yang mengendalikan pemeriksaan utama terhadap Lay Hong dan Nor Aidora di peringkat pendakwaan.

Dalam keterangannya, McDonald antara lain menyatakan, sesebuah makmal forensik perlu memenuhi garis panduan di peringkat antarabangsa bagi mendapatkan pengiktirafan ISO 17025 sebelum sampel yang diperiksa oleh makmal terbabit boleh dianggap berintegriti.

Menurutnya, ini bermakna lembaga akreditasi akan melakukan pemeriksaan bagi memastikan bahawa makmal terbabit telah memenuhi garis panduan yang ditetapkan sebelum diberikan status piawaian berkenaan.

Menurut beliau, di Australia, sesebuah makmal forensik perlu memperoleh akreditasi sekiranya barang-barang kes yang diperiksa ingin dijadikan sebagai bahan bukti di mahkamah.

Ram Karpal kemudian meminta saksi berkenaan merujuk kepada sepucuk surat dari American Society Crime Laboratory Directors/Laboratory Accreditation Board (ASCLD) bertarikh 5 April lalu yang ditujukan kepada Ketua Seksyen DNA Forensik, Jabatan Kimia Malaysia, Lim Kong Boon.

Berdasarkan surat tersebut, makmal forensik jabatan kimia berkenaan didakwa masih belum diakreditasi tetapi keterangan tersebut dibantah oleh Mohd. Yusof dengan alasan surat itu bukan ditulis atau ditujukan kepada McDonald, sehingga berlaku pertikaman lidah antara kedua-duanya.

Hakim Mohamad Zabidin bagaimanapun kemudian membenarkan surat itu ditandakan sebagai ID (bahan yang belum dijadikan bukti).

Surat itu antara lain menyatakan bahawa ASCLD membenarkan permohonan jabatan tersebut untuk mendapatkan status akreditasi dilanjutkan dari 18 April lalu kepada 18 Oktober depan.

Jabatan berkenaan sebelum ini telah memohon untuk mendapatkan akreditasi di bawah piawaian ISO pada 2005 dan diletakkan dalam tempoh percubaan selama lima tahun yang sepatutnya berakhir pada tahun lalu tetapi dilanjutkan sehingga 18 April lalu.

Dalam pemeriksaan utama itu, Ram Karpal turut menimbulkan isu kesilapan tarikh pada label dua bekas mengandungi sampel DNA pengadu, Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang sepatutnya bertarikh 28 Jun 2008 (masa sampel itu diambil) dan bukannya 26 Jun 2008 (hari kejadian), yang dihantar kepada Lay Hong untuk dianalisis.

Menurut McDonald, sekiranya berlaku kesilapan sedemikian, tindakan perlu diambil untuk mengesahkan dan membetulkannya serta langkah-langkah tersebut direkodkan, selain mengenal pasti bila dan siapa yang melakukan kesilapan berkenaan.

Menjawab pertanyaan lain peguam tersebut, McDonald memberitahu, dalam kes melibatkan sampel air mani yang diambil melalui calitan putik kapas, sampel berkenaan sepatutnya turut diletakkan di sisip kaca (slide) bagi tujuan pemeriksaan.

Beliau bersetuju dengan cadangan peguam tersebut bahawa dalam kes-kes melibatkan serangan seksual, langkah tersebut diperlukan untuk menentukan kehadiran sperma pada calitan putik kapas itu sebelum mentafsir keputusan analisis di makmal.

Anwar, 64, dibicarakan setelah mengaku tidak bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari, 26, di unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No.99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Terdahulu, sebelum perbicaraan bermula, kira-kira 30 lelaki yang memakai kemeja-T kuning berkumpul di hadapan kompleks mahkamah tersebut sambil memegang kain rentang ‘Selamat Hari Raya peliwat 2.0’ dan ‘Keadilan Untuk Saiful’.

Perbicaraan bersambung nanti.

Artikel tadi ehsan dari Utusan. Sebab Mc sendiri pun penin macam mana nak mengulas Mat Salleh sombong berlagak pandai tu. Mc percaya, bila dia disoal oleh pihak DPP, pasti dia akan terbongkang macam Dr Well juga.

Cakap saja pandai, kita tengok macam mana dia kena.

Monday, 22 August 2011

Ni ke pemimpin yang dilantik menjadi Timbalan Presiden PAS? Hua hua hua

Ulamak atau Pak Lawak?

Thursday, 21 July 2011

MAT SABU KANTOI!! PEMBELAAN MAT SABU DARI VIDEO PDRM!!



Kebodohan Mat Sabu sudah sampai kemuncaknya apabila tipu helah dan aksi penipu tersohor abad ini telah dikantoikan oleh pihak PDRM.

Video yang menunjukkan Mat Sabu jatuh tertungging akibat kecuaian 'driver'nya sendiri yang melanggar pembahagi jalan.

Mana ada polis langgar motor? Polis baru nak block, sendiri u-turn, sendiri tertungging ada la.



Dapat rawatan pesakit luar je pun tapi menipu selit skru besar dalam x-ray.

Orang Pakatan Haram mungkin senang Mat Sabu nak perbodohkan, tapi bukan kami rakyat Malaysia yang mempunyai akal.

Kami kenal siapa Mat Sabu, sedangkan kes khalwat pun dia boleh tipu penyokongnya kata dia kena fitnah, setakat kes video polis ni.. apa la sangat ye..

Tadi Mc dah dengar jawapan balas dari pihak Pakatan, yang mengatakan video tu tipu, dan muka Mat Sabu tak nampak dengan jelas. Mereka seolah-olah menuduh polis merakamkan aksi tersebut untuk menafikan tindakan langgar Mat Sabu.

Mc dah kata dah.. puak-puak ni memang pandai pusing. Sedangkan video seks Anwar, terang-terang muka Anwar pun dorang boleh spin.. inikan pulak video aksi stunt Mat Sabu yang rakam dari jauh. Lagi la dorang spin keliling.

Susah sebenarnya nak fahamkan puak lembu Pakatan ni. Kalau lembu betul ada juga harga kalau jual. Tapi kalau jenis lembu Pakatan Ambabiga ni, tak guna langsung.. bangkai hidup saja.