Showing posts with label SAIFUL BUKHARI. Show all posts
Showing posts with label SAIFUL BUKHARI. Show all posts

Monday, 11 March 2013

Bapa khianati Saiful,sertai PKR untuk bela Anwar.

Bapa kepada Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim yang Jumaat lalu mengejutkan ramai dengan kenyataan berkaitan kes liwat kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini menyertai PKR. Menurutnya, penyertaan yang dibuat hari ini adalah tepat pada masanya dan secara kebetulan.



 Beliau berkata, sejak tahun 1998 lagi telah mengikuti pergerakkan PKR dengan minat yang mendalam. "Tujuan saya hadir adalah dengan niat murni untuk serahkan borang permohonan saya sebagai ahli PKR. Sebenarnya saya sudah lama suka perjuangan dalam PKR, sejak tahun 1998 lagi. "Jadi hari ini secara kebetulan dan tepat pada masanya saya sertai PKR," kata beliau kepada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini hari ini.

 Beliau menyerahkan borang keahlian kepada Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan disaksikan oleh Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad; Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul; bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Lajin Ukin dan Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani. Azlan juga disarungkan jaket dan topi berlogo PKR oleh Saifuddin sekali gus mengumumkan beliau sebagai ahli PKR.

 Mengulas lanjut, Azlan juga berkata telah bersedia menghadapi sebarang risiko dan implikasi yang bakal dihadapinya setelah menyertai PKR. Azlan juga berkata, dengan menyertai Anwar mempunyai isu tetapi di pihak lain tidak akan mempunyai isu. Saya ada hak nak buat keputusan untuk diri saya, saya sudah fikir dan implikasi yang saya hadapi. "...penyertaan dalam parti politik PKR, kebetulan dipimpin oleh Anwar, jika sebelah sana mesti tak ada isu," katanya lagi.

Friday, 8 March 2013

BERAPA JUTA ANWAR BAYAR BAPA SAIFUL BUKHARI?



1. Portal Berita yang paling 'konspirasi' di Dunia ketika ini, skali lagi mengularkan berita 'konspirasi' bahawa kes liwat kedua adalah fitnah dan konsprasi politik ke atas DS Anwar Ibrahim.

2. Nampaknya Krisis Lahad Datu yang berpunca dari DS Anwar Ibrahim ingin disenyapkan dengan kononnya mengeluarkan berita sensasi sebegini.

3. Perkiraan waktu untuk bapa kepada Saiful ini keluar memberikan kenyataan sebegini amat dicurigai. Apanya tidak kerana baru sekarang inilah hendak membuka mulut kononnya.

4. Sewaktu Saiful bersumpah laknat tempoh hari, tidakpun beliau selaku bapa kepada Saiful melarang atau memberhentikan sumpah tersebut .

5. Mestilah sebagai seorang bapa yang sayang kepada anaknya perlu melarang anaknya untuk bersumpah laknat; sekiranya ia benar konspirasi politik seperti yang beliau kata pada hari ini.

6. Ada sumber yang mengatkan bahawa bapa Saiful ini, Azlan Mohd Lazim merupakan seorang penyokong kuat PKR dan  DS Anwar Ibrahim. Tambahan pula, beliau dan Saiful sebelum inipun mengalami krisis kekeluargaan menyebabkan mereka sudah lama tidak berhubung.

7. Dan diketahui lagi bahawa sememangnya Azlan Mohd Lazim ini mempunyai masalah kewangan.

8. Dengan masalah-masalah yang melanda bapa Saiful ini menyebabkan beliau cenderung dan terdedah untuk dipergunakan oleh pihak ketiga.

9. Saiful sendiri dengan tenang dan tidak melatah telah menjawab di dalam inbox Facebook beliau yang menyatakan:

"bapak dipergunakan. Sy tetap istiqamah. Tgh fikir tindakan balas selanjutnya. Sy tak mahu melatah. Salam buat rakan2 lain"

10. Perlu diingatkan adalah ini:

Yang diliwat adalah Saiful, bukan bapanya.
Yang bersumpah adalah Saiful, bukan bapanya.
Yang membawa kes ke mahkamah adalah Saiful, bukan bapanya.
Yang dianiaya adalah Saiful, bukan bapanya.
11. Malah di dalam kes perbicaaan liwat Anwar-Saiful ini pun, Karpal Singh selaku peguam bela menerangkan kepada hakim bahawa perbuatan ini (liwat) adalah SUKA SAMA SUKA.

12. Sekiranya benar Azlan ingin menidakkan anaknya sendiri, maka beliau perlulah bersumpah laknat di dalam masjid bahawa ini adalah benar konspirasi politik UMNO.

13. DS Seri Anwar Ibrahim sampai sekarang pun tidak berani untuk bersumpah laknat.

14. Gunakan Hak Untuk Berfikir Sebelum Hak Untuk Bersuara!

Saiful kecewa Anwar gunakan bapanya untuk alihkan isu Lahad Datu.



Saiful Bukhari Azlan meminta ayahnya, Azlan Mohd Lazim kembali ke pangkal jalan kerana didakwanya "telah menjadi mangsa kerakusan politik makhluk bernama Anwar bin Ibrahim". Beliau membuat kenyataan itu dalam satu sidang media semalam selepas bapanya  memohon maaf kepada Anwar dan mendakwa tuduhan liwat terhadap ketua umum PKR itu selama ini satu konspirasi politik pada sebelah pagi..

 "Demi Allah, agama, bangsa dan negara tercinta, saya ingin tegaskan bahawa saya tidak sama sekali akan berganjak dengan dakwaan saya," kata Saiful. "Saya akan terus istiqamah dan berpegang teguh pada dakwaan saya, segala keterangan saya di mahkamah, juga sumpah laknat yang telah saya lafazkan hingga akhir hayat," katanya sambil menambah beliau telah memaafkan bapanya.

 Menurutnya, beliau tidak tahu sebab ayahnya membuat dakwaan itu pagi semalam. Katanya, beliau sendiri sebelum ini langsung tiada masalah dengan ayahnya itu dan kali terakhir berbual dengan beliau menerusi telefon semalam. Saiful yang memberitahu dia akan berkahwin dua minggu lagi, berkata, dia dan bapanya turut bercuti ke Kelantan baru-baru ini dan ada bertemu lagi dengan bapanya Isnin lalu.

 Namun, cubaan untuk menghubungi bapanya tengah hari semalam gagal kerana bapanya dipercayai mematikan telefonnya, kata saiful lagi. Menurut Saiful, beliau yakin ayahnya "menjadi mangsa politik Anwar" kerana sidang media ayahnya pagi tadi diaturkan seorang ahli parlimen Pakatan Rakyat, dan dilakukan untuk "mengalih perhatian isu pengkhianat negara".

 "Sebagai seorang anak, kasih sayang dan hormat saya kepada seorang ayah akan kekal hingga ke akhir hayat. "Kepada seluruh rakyat Malaysia, saya menyeru agar tidak terpedaya dengan permainan jijik Anwar Ibrahim," katanya yang turut ditemani peguam pemerhati kesnya sebelum ini, Zamri Idrus.

 Dalam sidang media pada sebelah pagi kelmarin, Azlan turut mendakwa segala kenyataan Saiful dalam perbicaraan liwatnya sebelum ini diaturkan oleh Zamri. Menjawab soalan wartawan, Zamri menafikan perkara itu dan mempertimbang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Azlan berhubung dakwaan tersebut.