Showing posts with label KARPAL SINGH. Show all posts
Showing posts with label KARPAL SINGH. Show all posts

Tuesday, 12 February 2013

Pemimpin PAS tak layak jadi PM,hanya Anwar yang layak-Karpal.

Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh sekali lagi menegaskan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi perdana menteri jika pembangkang berjaya menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).


 Beliau menyifatkan dakwaan kononnya Majlis Syura Pas menolak Anwar bagi menduduki jawatan berkenaan sebagai satu spekulasi. "Pilihan DAP adalah Anwar Ibrahim dan saya fikir pilihan ini akhirnya akan disokong Pas dan PKR kerana Anwar Ibrahim paling layak," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

 Baru-baru ini, akhbar melaporkan Majlis Syura Pas menolak Anwar dilantik sebagai perdana menteri jika pakatan pembangkang menang dalam PRU13 dan berkemungkinan melantik seorang pemimpin dari luar pakatan pembangkang. Menurut laporan itu, Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mendakwa rakan-rakannya dalam Pas memberitahu penolakan Majlis Syura Pas terhadap Anwar semakin kuat. - Bernama

Saturday, 17 November 2012

DAP secara terang bantah Hudud,PAS masih lena tidur.




DAP menegaskan ia tidak pernah bersetuju dengan pelaksanaan hukum hudud di negara ini. Pengerusinya Karpal Singh berkata, kedudukan parti itu mengenai isu hudud tidak boleh dikaitkan dengan sebarang kompromi dan ia adalah dasar kepada kewujudan parti itu.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib semalam bahawa pakatan pembangkang secara umumnya bersetuju dengan pelaksanaan hudud sekiranya mereka dapat membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum ke-13. "Kenyataan Harun adalah nakal dan jauh menyimpang dari kebenaran," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau turut membidas Harun yang berkata Pas telah menjelaskan pandangannya dengan DAP beberapa kali apabila kedua-dua parti duduk bertukar pendapat. "Sudah tentu saya sentiasa tidak bersetuju dan telah memberi sebab secara terbuka dengan berkata demikian berdasarkan peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan dan interpretasi peruntukan-peruntukan tersebut oleh mahkamah tertinggi di negara ini," katanya.- Bernama

Tuesday, 27 September 2011

TUDIAA!! Pakatan Haram akan mulakan lakonan hudud semula..



Hudud: Pemimpin Pakatan Rakyat Diarah Tutup Mulut

PETALING JAYA: Pakatan Rakyat secara sebulat suara bersetuju untuk mengarahkan agar kesemua pimpinan parti masing-masing agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu pelaksanaan hukum hudud sehingga mesyuarat parti komponen itu berlangsung Rabu ini.

Arahan tersebut dikeluarkan berikutan isu hukum hudud yang menjadi polemik antara PAS dan DAP sejak minggu lalu.

Perkara itu diumumkan pada sidang media di ibu Pejabat PAS, yang disertai Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan rakan sejawatannya daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) Saifuddin Nasution Ismail serta Ketua Pemuda DAP Anthony Loke.

Loke mewakili Lim Guan Eng kerana Ketua Menteri Pulau Pinang kini berada di luar negara.

Khamis lalu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Abdul Nik Aziz Nik Mat dilaporkan berkata beliau tidak kisah sekiranya DAP keluar daripada pakatan pembangkang jika tidak setuju dengan pendirian Kerajaan Kelantan untuk membentuk negara Islam dan melaksanakan hukum hudud di negeri itu.

Mursyidul Am PAS itu dipetik sebagai berkata, DAP pernah keluar daripada kerjasama pembangkang ketika dalam Angkatan Perpaduan Ummah (APU) dahulu dan menyertai semula pakatan pembangkang selepas itu.

Bagaimanapun, isu mengenai pelaksanaan hukum hudud ini menjadi semakin panas apabila Ketua Pembangkang dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menyokong Kelantan melaksanakan hukum hudud.

Pengerusi DAP, Karpal Singh dilaporkan terkejut dengan komen Anwar itu dan mempersoalkan hasrat Kerajaan PAS Kelantan melaksanakan juga hudud kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. - Mstar

Confirm Anwar akan aturkan semua lakonan dan skrip yang baik2 lepas ni. Lepas tu Nik Aziz sahih boleh peluk2 dengan Karpal walaupun bertekak pasal hudud, Dap pula akan keluarkan kenyataan menyokong hudud. Kemudian, mereka akan bersatu bersama menyalahkan UMNO kerana tidak mahu hudud. Senang cerita, apa saja dosa dan salah kat Malaysia ni. UMNO jugak la yang kena.