Showing posts with label BARANG NAIK (BN). Show all posts
Showing posts with label BARANG NAIK (BN). Show all posts

Sunday, 20 November 2011

RM100 belum boleh bersihkan dosa Umno BN

KUALA LUMPUR, Pemberian wang sebanyak RM100 kepada para pelajar di seluruh negara sejak minggu lalu belum boleh membersihkan dosa-dosa Umno BN terhadap rakyat sejak sekian lama.

Malah, pemberian wang tersebut turut dilihat jelas oleh orang ramai sebagai umpan murahan Umno BN kepada rakyat bagi mendapatkan sokongan pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 yang akan diadakan tidak lama lagi.

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan berkata, pemberian wang RM100 itu sebenarnya tidak mempunyai sebarang erti kepada rakyat jika dihitung dengan keadaan sekarang.

Menurut beliau, sebaliknya jika Kerajaan BN benar-benar ingin menolong rakyat bukan RM100 yang diberikan, tetapi jauh lebih besar daripada itu.

Katanya, dengan keadaan sekarang yang menyebabkan rakyat terbeban dengan kenaikan harga barangan keperluan harian, pemberian wang RM100 itu tentunya tidak memberikan sebarang makna kepada orang ramai.

"Nak buat apa dengan wang RM100? Dengan kos sara hidup yang tinggi dan harga barangan keperluan harian yang meningkat, apa nilainya wang RM100 itu?" katanya ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Rakyat Malaysia sekarang, menurut beliau, sememangnya semakin cerdik dan umpan murahan Umno BN itu pasti dapat dibaca dengan mudah oleh orang ramai.

Katanya, dengan itu, rakyat pasti dapat menilai pemberian Kerajaan BN itu kerana jika benar kerajaan prihatin dan hendak menolong rakyat bukan nilaian wang sekecil itu yang akan diterima oleh mereka.

"Dalam keadaan sekarang, perkara yang lebih diutamakan oleh rakyat tentunya tindakan yang jujur dari kerajaan untuk menurunkan harga barangan keperluan utama bagi menstabilkan ekonomi.

"Dengan pemberian wang RM100, tekanan hidup yang dialami oleh rakyat tidak juga dapat diatasi, malah keadaan itu pula terpaksa ditanggung oleh rakyat sejak sekian lama sepanjang berada di bawah pemerintahan BN," ujarnya.

Umpan murahan Umno BN dengan pemberian itu, tambah beliau, turut kelihatan jelas oleh orang ramai apabila wang tersebut bukan diberikan terus kepada para pelajar.

Sebaliknya, tegas beliau, ia diberikan kepada ibu bapa dengan memaksa ibu bapa pelajar datang ke sekolah sehingga turut menimbulkan pelbagai kerumitan kepada ibu bapa sendiri.

"Selain itu di beberapa tempat, turut diadakan ceramah politik terlebih kepada ibu bapa yang datang oleh pihak Umno BN sebelum wang itu diberikan.

"Ini pasti lebih merumitkan ibu bapa yang bukan sekadar terpaksa bersusah payah datang ke sekolah hanya untuk mengambil wang RM100, tetapi juga membuang masa sehingga terganggu pula urusan penting mereka yang lain," tegas beliau.

Saturday, 8 October 2011

PANAS!! Apa Komen Pas Mengenai Bajet 2012??


Iklan minuman keras halal.. Pasberg! Hanya untuk ahli Pas sahaja!

Seperti di janjikan mari kital ihat komen-komen dari portal rasmi pembangkang.  Dah nama pun pembangkang, kalau tak bangkang tu bukan merekalah. 


Artikel di atas Mc petik dari haramkahdaily, kitab rasmi puak Pas. Lawak pulak bila baca tajuk artikel, sepenulis artikel ni ingat buat bajet sesebuah negara macam buat tugasan di sekolah gamaknya. Boleh tiru-tiru ya?

sambung disini

Thursday, 15 September 2011

Hadiah NAJIB untuk Hari Malaysia - Harga ayam terus naik


Harga ayam terus naik

PENDANG – ‘Jualan ayam semakin merosot’. Itulah luahan hati beberapa peniaga di Pasar Pendang kepada Sinar Harian ketika tinjauan di situ berikutan harga ayam mentah terus naik berturut-turut selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri lalu.

Kenaikan harga berterusan selepas sambutan perayaan tidak dijangka peniaga dan pembeli memandangkan harga pelbagai jenis barang lain naik ketika musim perayaan.

Peniaga, Nor Shahidan Mansor, 34, berkata, jualan ayam kini semakin merosot sejak kenaikan harga ayam yang berturut-turut iaitu sebanyak 90 sen selepas sambutan hari raya.

“Peniaga terpaksa menjual ayam dengan harga RM9 sekilo apabila harga ayam terus naik iaitu harga ayam naik selepas raya sebanyak 40 sen dan kelmarin harga ayam naik pula sebanyak 50 sen.

“Kami terpaksa menjual dengan harga tinggi memandangkan harga yang diambil kepada pemborong turut tinggi iaitu RM7.50 sekilo tidak termasuk kos memproses ayam, plastik dan gaji pekerja setiap hari,” katanya.

Menurutnya, selepas ditolak dengan semua kos terbabit keuntungan yang diperoleh peniaga adalah begitu tipis memandangkan dia terpaksa mengurangkan kuantiti jualan sejak jualan ayam merosot kebelakangan ini.

Seorang lagi peniaga, Abdullah Sani Abdul Razak, 44, berkata, peniaga tidak mengambil ayam dengan jumlah yang banyak daripada pemborong kerana sambutan terhadap jualan ayam semakin berkurangan sedangkan peniaga terpaksa mengeluarkan modal yang tinggi.

“Jumlah ayam yang diambil berkurangan sebanyak 50 peratus menyebabkan keuntungan setiap hari adalah tipis kerana pembeli akan membeli ayam dengan kuantiti yang sedikit contohnya sebelum ini mereka (pembeli) membeli seekor tapi sejak harga naik mereka hanya membeli sebelah ayam sahaja.

“Pengunjung membeli ayam tetapi membeli pada kuantiti yang sedikit sejak harga ayam naik kerana harga ayam yang tinggi bukan sahaja membebankan peniaga untuk mengeluarkan modal tinggi tapi turut membebankan pembeli,” katanya.

Abdullah berkata keuntungan bagi sekilo ayam diperoleh peniaga adalah tidak sampai 70 sen selepas ditolak semua kos dan kenaikan harga ayam ini tidak boleh berterusan memandangkan kenaikan ini turut tidak dimaklumkan kepada peniaga dan orang ramai.

Sementara itu, seorang pembeli, Nor Hasyimah Ibrahim, 33, berkata, kenaikan harga ayam membebankan pengguna kerana ayam merupakan bahan mentah yang sering dibeli.

“Saya tetap juga membeli ayam walaupun mengetahui harganya terlalu tinggi kerana anak-anak gemar makan ayam berbanding ikan namun terpaksa mengehadkan kuantiti pembelian daripada sebelum ini.

“Kenaikan harga ayam tidak sepatutnya berlaku kerana ia turut membebankan golongan berpendapatan rendah dan mungkin mereka terpaksa membeli ikan,” katanya.