Showing posts with label EXCO KEDAH. Show all posts
Showing posts with label EXCO KEDAH. Show all posts

Tuesday, 28 February 2012

CILI KASI TARUK! MENTERI BESAR KEDAH DIARAH BERCUTI DAN SERAH TUGAS KEPADA TAULAN RASUL!


Lapan orang Exco telah dilantik semula. Manakala dua orang lagi Exco yang sebelum ini telah memutuskan untuk tidak menyertai barisan Exco Kedah yang ‘diperbaharui’, tetap tidak bersama-sama barisan Exco berkenaan.

Taulan Mat Rasul dan Hamdan Che Khalib yang sebelum ini turut bersama-sama dalam kumpulan Phahrolrazi Zawawi dan Dr. Ismail Salleh, rupa-rupanya kecut perut apabila diancam akan diambil tindakan disiplin oleh PAS Pusat.

PAS akan mengeluarkan surat penolakan Exco oleh Phahrolrazi dalam Malaysiakini. Tujuannya mudah, PAS mahu rakyat Kedah melihat dan menghilangkan persepsi bahawa PAS Kedah sedang bergolak dengan hebat. PAS Kedah hendak menimbulkan tanggapan bahawa penolakan jawatan Exco oleh Phahrolrazi adalah disebabkan faktor enggan disambung tugas dan tanggungjawab sahaja walaupun sebenarnya Phahrolrazi Zawawi tidak berpuas hati dengan Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak yang telah ‘merampas’ tugasnya sebelum ini.

Bagaimanapun, kumpulan yang diketuai oleh Phahrolrazi Zawawi boleh menarik nafas lega apabila ‘orang dalam’ pucuk pimpinan utama PAS mengesahkan bahawa Azizan Abdul Razak akan ditolak keluar daripada saf kepimpinan utama selepas Pilihanraya Umum nanti. Dengan kata lain, PAS Kedah tidak bersendirian membenci Azizan Abdul Razak, tetapi yang lebih buruk lagi ialah, kebencian keterlaluan barisan kepimpinan PAS Pusat terhadap Menteri Besar Kedah itu.

Kemelut yang melanda kepimpinan PAS Kedah menyaksikan campurtangan Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS. PAS Pusat akhirnya masuk campur setelah mendapati kemelut ini tidak akan berakhir walaupun majlis angkat sumpah Exco berjalan dengan lancar dan baik.

Kehadiran barisan Exco PAS pada majlis angkat sumpah hari ini adalah di atas permintaan PAS Pusat, bukan di atas kerelaan Exco-Exco tersebut. Kerana itulah, tukang-tukang propaganda PAS dikerahkan membuat propaganda kononnya, tidak ada kemelut yang berlaku di Kedah, sebaliknya ia hanyalah pukul canang UMNO dan Barisan Nasional. Walau bagaimanapun, tukang-tukang propaganda tersebut tidak pula dapat menerangkan siapa sebenarnya yang memulakan kemelut tersebut kalau bukan Phahrolrazi Zawawi dan Hamdan Che Khalib serta Taulan Rasul dan Dr. Ismail Salleh.

Seperkara yang sangat jelas ialah, Dewan Ulama PAS Kedah (DUPK) dan kumpulan Adnan Saad masih tetap dengan pendirian mereka walaupun telah dinasihati oleh Salehuddin Ayob agar tidak memberikan imej negatif kepada PAS Kedah. Kumpulan Adnan Saad masih lagi berpendirian, selagi Azizan Abdul Razak masih menjadi Menteri Besar dan Pesuruhjaya PAS Kedah, mereka tidak akan memberikan kerjasama walaupun pada PRU akan datang...SAMBUNG

Friday, 26 August 2011

Tarik balik lesen hiburan




ALOR SETAR - Kerajaan Negeri kesal dengan tindakan segelintir pengusaha pusat hiburan di sekitar daerah Alor Setar yang enggan menunaikan janji tidak membenarkan umat Islam memasuki premis itu sepanjang bulan Ramadan.

Sehubungan itu, Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi menegaskan perkara itu akan diserahkan kepada Pejabat Daerah Kota Setar untuk tindakan lanjut dan pengusaha terbabit bakal berdepan kemungkinan lesen operasi khas sempena bulan Ramadan ditarik balik.


Pusat karaoke fokus orang Islam

Menurutnya, berdasarkan tinjauan dilakukan, pihaknya mendapati ada dua kategori pusat hiburan dikenal pasti menumpukan kaum iaitu pusat hiburan karaoke memfokuskan orang Melayu Islam, manakala satu lagi pusat hiburan menjurus kepada bukan Islam.

“Berdasarkan pemantauan, kita mengenal pasti tiga pusat karaoke memfokuskan orang Islam gagal mematuhi keseluruhan syarat lesen operasi khas bulan Ramadan seperti gagal meletakkan papan tanda amaran tidak membenarkan umat Islam memasuki premis selain gagal mempamerkan sijil lesen khas itu untuk tatapan pengunjung.

“Bagaimanapun, perkara berbeza berlaku di pusat hiburan memfokuskan bukan Islam apabila papan tanda amaran diletakkan, manakala mana-mana umat Islam yang memasuki premis mereka tidak dibenarkan masuk oleh pekerja yang bertugas.

“Kita serah perkara ini kepada Pengerusi Jawatankuasa Pusat Hiburan (pegawai daerah) untuk menentukan bentuk hukuman termasuklah mengenakan hukuman maksimum menarik semula lesen operasi pusat hiburan yang diberikan,” katanya kepada Sinar Harian selepas menjalankan tinjauan terhadap kira-kira lapan premis pusat hiburan meliputi pusat karaoke dan disko di sekitar daerah Kota Setar, awal pagi semalam.

Turut menyertai tinjauan selama dua jam itu ialah Exco Kesihatan, Dr Ismail Salleh, Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri, Zulkifli Yahya dan Setiausaha Pas kawasan Alor Setar, Adnan Saad

kosmo

Thursday, 25 August 2011

2 EXCO KEDAH didapati berada dalam pusat hiburan dalam bulan Ramadhan..!!


Dua Exco tinjau pusat hiburan sekitar Alor Setar

images/stories/OGOS2011/dscn6874.jpgimages/stories/OGOS2011/dscn6880.jpg

Sejak isu pusat hiburan diperkatakan di Kedah, teringin benar untuk penulis meninjau apa yang sebenarnya terdapat di pusat-pusat hiburan. Pihak pembangkang di negeri ini beriya-iya mendedahkan bahawa pusat hiburan yang wujud, tidak sekadar menjalankan operasi seperti apa yang tertera di atas lesen, sebaliknya ‘lebih dari itu’.

Dalam hati kecil penulis, terdetik rasa benarnya apa yang diberitahu pembangkang itu kerana mereka lebih hampir dengan tempat-tempat seperti itu berbanding pak-pak lebai dari pihak parti kerajaan yang mentadbir negeri. Ibarat jauhari yang mengenal manikam, kaki botol yang mengenal jenis samsu dan pengunjung pusat hiburan yang tahu apa aktiviti di dalamnya.

Bukan mudah rasanya, penulis hendak menjejakkan kaki ke karaoke seorang diri, sekalipun hanya bertujuan untuk meninjau. Macam-macam yang perlu difikirkan.

Apabila tiba-tiba Exco Kerajaan Negeri, Dato’ Ir Phahrolrazi Zawawi dan Dr. Ismail Salleh berhasrat membuat tinjauan terhadap pusat hiburan untuk melihat sejauhmana Enakmen Hiburan 1997 dilaksanakan; penulis macam orang mengantuk disorong bantal apabila dipelawa untuk turut serta.

images/stories/OGOS2011/dscn6877.jpgimages/stories/OGOS2011/dscn6899.jpg

Dalam ruang waktu yang terbatas di malam bulan Ramadhan tidak semua pusat hiburan di sekitar Bandaraya Alor Setar sempat ‘diziarahi’. Ternyata tiga darinya telah melanggar peraturan lesen apabila membenarkan Muslim berhibur di dalamnya. Ia adalah pusat karaoke. Keseluruhan pekerja dan pelanggannya adalah Melayu. Pekerjanya memberitahu, tauke mereka adalah Cina bukan Muslim. Ia tidak menyajikan minuman keras, hanya kelihatan air gas dan air mineral di atas meja.

Ada yang datang dengan keluarga, tetapi umumnya para pengunjung karaoke terdiri dari anak-anak muda. Agak merimaskan ialah apabila terdapat pasangan remaja dengan pakaian yang menjolok mata. Umumnya karaoke jenis ini tetap menjadi tempat golongan yang rosak akhlak berbanding sebilangan yang datang berhibur secara berkeluarga.

images/stories/OGOS2011/dscn6879.jpgimages/stories/OGOS2011/dscn6891.jpg

Sebenarnya lebih banyak pusat hiburan yang bertegas dengan pelanggan Muslim. Kehadiran kami pada mulanya cuba disekat kerana kata mereka, jika terdapat Muslim lesen akan ditarik oleh kerajaan. Selepas menyedari bahawa kami bukan pengunjung yang datang untuk mencari hiburan, mereka membenarkan. Apabila kesemua bilik ditinjau, memang betul hanya terdapat pelanggan bukan Muslim yang galak berkaraoke. Terdapat hidangan minuman keras yang sungguh meloyakan.

Dato' Phahrolrazi memeriksa hampir setiap bilik. Di sebuah karaoke di Jalan Telok Wanjah, selepas mempastikan semua pengunjung adalah bukan Muslim tiba-tiba tiga lelaki Melayu bergegas keluar dari sebuah bilik karaoke paling hujung. Terdapat minuman keras dalam gelas yang ditinggalkan. Mungkin bukan gelas mereka tapi milik pengunjung yang sebelumnya.

Dr. Ismail sempat bertanya pengawal keselamatan Muslim jenis mana pulak yang dibenarkan mereka ke situ. Jawabnya, kalau ada muka Melayu atau Muslim di situ mereka adalah dari anggota polis. Penulis berbaik sangka, mungkin kehadiran mereka untuk membuat pemantauan terhadap pelanggan.

images/stories/OGOS2011/dscn6889.jpgimages/stories/OGOS2011/dscn6896.jpg

Dari karaoke kami bergerak ke lounge yang menyajikan minuman keras dan persembahan hiburan. Di pintu masuk, pengawal sampai bersumpah-sumpah bahawa tiada Melayu di situ. Mereka mengajak kami masuk jika tidak percaya. Melangkah saja kaki masuk, rasa bagai nak pecah gegendang telinga. Muzik yang dipasang terlalu kuat. Rasanya orang yang mampu mendengarnya, bukannya dari kalangan manusia yang normal atau mungkin juga bukan manusia. Atau ramai yang berkata bahawa penagih pil Ecstasy sahaja yang mampu mendengar muzik sekuat itu. Keadaan di dalamnya cuma samar-samar. Di sana sini terdapat ramai pasangan memadu asrama tapi tiada kelihatan orang Melayu.

Di tingkat atas terdapat banyak bilik karaoke. Penulis tidak berani untuk berada lebih lama di situ memandangkan terdapat ramai perempuan yang kelihatan macam tidak cukup kain. Apa kegiatan mereka sebenarnya?

Sebelum beredar Dr. Ismail bertanya pengawal, bagaimana jika di luar bulan puasa. Maksudnya setelah peraturan melarang orang Islam masuk pusat hiburan berakhir. Pengawal menjawab dengan jujur bahawa, ia akan dipenuhi orang Melayu. Wah, jika tempat seperti ini dihurung oleh anak-anak Melayu, memang hancur Melayu!

images/stories/OGOS2011/dscn6883.jpg

Sepanjang lawatan Dato' Phahrolrazi lebih berminat melihat status lesen di bulan Ramadhan. Ada yang boleh kemukakan lesen dan terdapat yang tiada lesen. Maknanya kegiatan mereka dilakukan secara haram. Semua ini perlukan penguatkuasaan yang lebih tegas.

Enakmen hiburan 1997 yang kecoh satu Malaysia sebulan lalu, akan berakhir sebaik sahaja rantai yang mengikat syaitan dibukakan kunci. Hanya segelintir pengusaha yang melanggar syarat. Dato’ Phahrolrazi bertegas akan mengarahkan pejabat daerah mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang melanggar peraturan. Umumnya pelaksanaan Enakmen Hiburan 1997 boleh dianggap berjaya tetapi bagaimana keadaannya selepas Ramadhan? Ia akan menghancurkan generasi umat Islam, khususnya golongan muda.

Kesimpulannya, secara jujur banyak perkara lagi yang perlu dilakukan untuk menyelamatkan segolongan umat Islam yang makin hancur syaksiyyahnya. Ia perlu dilakukan oleh kerajaan yang memerintah serta semua entiti yang bersamanya. Ia perlu dibantu oleh setiap golongan yang sedar dalam masyarakat.

Kerajaan negeri pimpinan PAS memang tidak pernah dengan sengaja mahu menghancurkan generasi baru Muslim tetapi ia semacam ‘diizinkan’ jika penyelesaian segera tidak dicari hanya kerana kita tidak prihatin untuk ambil tahu perihal dunia yang berada agak luar dari lingkaran kita.
Terakhir Dikemaskini (Khamis, 25 Ogos 2011 16:08)