Showing posts with label NAJIB. Show all posts
Showing posts with label NAJIB. Show all posts

Sunday, 6 January 2013

Jika Benarlah Mahathir Di belakang Deepak...


Oleh: Shahbudin Husin

Sejak Deepak Jaikishan muncul sebagai tajuk sensasi berita dan mengaitkan Najib serta Rosmah dengan pelbagai dakwaan, perkara yang menjadi persoalan umum mengenai usahawan karpet itu ialah dia dilihat bukan saja begitu berani tetapi seolah-olah kebal daripada sebarang tindakan undang-undang.

Dia sudah membuat pelbagai dakwaan terhadap Perdana Menteri dan Rosmah. Daripada mendakwa memberi sejumlah wang kepada Najib, yang tentunya bermaksud seorang Perdana Menteri menerima rasuah daripadanya, menuduh Najib terlibat dalam akaun bersumpah kedua P Balasubramaniam untuk menafikan akuan bersumpah pertama yang mengaitkan Najib dan Rosmah dalam kes pembunuhan Altantuya sehinggalah kepada pelbagai dakwaan lainnya sama ada berkaitan Najib mahupun Rosmah, Deepak dilihat amat bebas untuk bercakap apa saja.

Dia boleh menuduh bermacam perkara, bebas mengadakan sidang akhbar dan senang dihubungi media untuk memberi komen mengenai konflik yang dhadapinya. Dia juga bebas bergerak seolah-olah tiada apa yang dibimbanginya.

Sementara Najib, Rosmah dan pimpinan UMNO lainnya tidak berani bersuara menyanggah apa yang disuarakan oleh Deepak, agensi kerajaan seperti polis dan SPRM juga bagaikan sudah kehilangan kuku untuk bertindak terhadap Deepak.

Thursday, 3 January 2013

NurAmalina jadi Duta Kelab sayang Najib..



Pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2004, Nur Amalina Che Bakri dilantik sebagai duta pendidikan Kelab `We Love PM’ bagi sektor luar negara.

Difahamkan pelajar pintar tersebut yang sedang mengikuti pengajian perubatan di Universiti Edinburgh, Scotland kini sedang bercuti di tanah air.

Satu majlis pelantikan beliau sebagai duta tersebut dikatakan akan diadakan di ibu negara petang ini sebelum pelajar itu kembali ke universiti esok untuk mengikuti pengajian.

Turut difahamkan, pelantikan Nur Amalina akan dilakukan oleh Pengerusi Universiti Kuala Lumpur (UniKL) merangkap Penasihat Kelab `We Love PM’, Datuk Dr. Adham Baba.

Media pada tahun 2009 pernah melaporkan Nur Amalina bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ulu Tiram, Johor, mencatat 17 1A dalam SPM 2004 yang membolehkannya muncul sebagai pelajar yang mencatat 1A paling banyak dalam sejarah SPM.

Nur Amalina kemudian ke United Kingdom untuk melanjutkan pengajian di peringkat A-Level dan sekali lagi mencapai kecemerlangan apabila memperoleh 5A bagi program A-Level di Cheltenham Ladies College (CLC), Gloucestershire.

Pelajar tajaan Bank Negara Malaysia (BNM) itu ialah anak Melayu pertama lulus cemerlang dengan pangkat 5A bagi Matematik Tambahan, Matematik, Biologi, Kimia dan Ekonomi.

Nur Amalina kemudian diterima masuk ke College of Medicine and Veterinary Medicine di University of Edinburgh bagi melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Pengajian Perubatan, Surgeri dan Sains. – mynewshub.my

Thursday, 13 December 2012

Wahai Najib Kalau Benar, Sila Debat Dengan Anwar tak payah cakap belakang-belakang


Kalau Benar, Sila Debat Dengan Anwar Wahai Najib


Hairan bin ajaib. UMNO guna segala media dalam TV, Radio, Akhbar Harian serta cyberuk2 upahan mereka untuk menyebarkan serangan mereka terhadap Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat.

Pada waktu yang sama, UMNO begitu yakin sekali dengan tuduhan-tuduhan yang mereka lemparkan kepada Pakatan Rakyat. Antara tuduhan2 jahat tersebut adalah:
  1. Anwar Ibrahim adalah seorang peliwat
  2. Anwar Ibrahim adalah seorang penzina
  3. Anwar Ibrahim adalah seorang agen Yahudi
  4. Anwar Ibrahim adalah agen Amerika dan Barat
  5. PAS telah membuang hukum Islam kerana takutkan DAP
  6. PAS telah membuang agenda Negara Islam demi DAP
  7. PAS telah membuang hudud demi DAP
  8. DAP anti Melayu dan Anti Islam
  9. Nurul Izzah sokong hak untuk murtad
  10. PAS Kelantan tak bina masjid
  11. Pakatan Rakyat tidak tepati janji

 Sekiranya semua tuduhan2 ini benar maka tiada alasan untuk Najib untuk berdebat dengan Anwar Ibrahim.

Namun, sehingga hari ini Najib Tun Razak diam membisu. Yang kita dengar hanyalah alasan-alasan dangkal serta dalih-dalih basi yang datang dari jentera UMNO dan Barisan Nasional.

Kata orang tua-tua, "Berani Kerana Benar. Takut Kerana Salah".

Kata orang tua-tua juga, "Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih"

Bagi Tulang Besi, selagi Najib takut untuk berdebat dengan Anwar, selagi itulah semua serangan-serangan UMNO dan Barisan Nasional kosong semata-mata.

TULANG BESI

Posted By Tulang Besi to Malaysia Waves

Tuesday, 4 December 2012

PM Najib dijemput ke Palestin,Anwar tiada dalam senarai.



Presiden Palestin, Mahmoud Abbas menjemput Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak melawat Palestin bagi mengukuhkan lagi hubungan erat yang sedia terjalin di antara kedua-dua buah negara. Pada majlis memperingati Hari Perpaduan Antarabangsa Rakyat Palestin di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini semalam, Timbalan Pesuruhjaya Hubungan Antarabangsa Al Fatah Palestin, Dr Abdullah M.I. Abdullah menyampaikan jemputan itu bagi pihak Abbas. "Tuan Perdana Menteri (Najib), benarkan saya secara terbuka menyampaikan jemputan Presiden kami, Mahmoud Abbas untuk anda melawat Palestin pada bila-bila masa yang anda suka, bagi mengeratkan lagi hubungan kukuh yang sedia terjalin yang telah membawa rakyat Palestin dan Malaysia seluruhnya ke arah keamanan dan kebebasan," katanya.

 Najib turut hadir pada majlis makan tengah hari sempena sambutan hari perpaduan antarabangsa itu yang juga disertai Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dan Duta Besar Palestin ke Malaysia, Abdelaziz Abughoush. Abdullah kemudian menyampaikan ucapan penghargaan rakyat Palestin terhadap sokongan yang ditunjukkan oleh Malaysia. "Hari Perpaduan ini telah terbukti menandakan kebangkitan terhadap ketidakadilan yang dilakukan ke atas rakyat Palestin. Undi yang dibuat Khamis lepas di Perhimpunan Agung Bangsa-bangsa Bersatu mengenai status rakyat Palestin menjadi bukti terhadap kesedaran dunia. "Untuk itu, peluang diambil bagi kami menyuarakan terima kasih, penghargaan dan bersyukur terhadap semua individu, kumpulan dan kerajaan-kerajaan yang menyokong kami. "Kami akan terus berjuang tanpa berlengah. Kami perlu mempertahankan bumi kami, rakyat dan bandar suci Baitulmuqadis. Kami mengharapkan sokongan daripada seluruh rakyat dan kerajaan di dunia," katanya.

 Dalam pada itu, Anifah berkata, Malaysia telah terus berdiri teguh dan sejajar dalam menyokong perjuangan Palestin dan tercapainya penyelesaian komprehensif terhadap konflik berdasarkan Peta Jalanan Kuartet dan usul Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu supaya Israel dan Palestin hidup bersama sebelah-menyebelah dalam aman dan selamat. Beliau berkata Peringatan Hari Perpaduan Antarabangsa bersama Rakyat Palestin tahun ini lebih bermakna kerana Perhimpunan Agung PBB telah meluluskan draf resolusi pada 29 November dalam usaha Palestin menjadi sebuah negara bukan anggota bertaraf pemerhati di Bangsa-Bangsa Bersatu. "Malaysia dan 137 buah negara lain menyokong penuh usaha Palestin itu. Kami mengucapkan tahniah kepada pucuk pimpinan Palestin dan rakyatnya di atas pencapaian mercu tanda ini. "Namun begitu, kita tahu bahawa laluan di masa akan datang masih lagi penuh cabaran tetapi memberi jaminan bahawa Malaysia di bawah kepimpinan Najib akan terus memain peranan dalam mencari penyelesaian secara aman, adil dan berkekalan terhadap soal Palestin," katanya. - Bernama

Sunday, 2 December 2012

Najib, Jadilah gentleman, perjelas isu bersihkan nama


Oleh Zuraida Kamaruddin

Saya ingin mencabar Datuk Seri Najib Razak untuk memberi penjelasan tentang beberapa kes yang melibatkan beliau juga pemimpin-pemimpin tertinggi Umno dalam ucapan pergulungannya hari ini. 

Yang pertama adalah berkenaan satu dakwaan ahli perniagaan Deepak Jaikishan yang mendakwa Perdana Menteri terlibat menerima rasuah dalam satu projek kementerian semasa menjawat Menteri Pertahanan.
 
Jika benar maka Perdana Menteri sendiri terlibat dalam pengambilan rasuah dan hujahnya yang konon ingin menangani rasuah adalah hujah populis sekadar ingin meraih undi. 
 
Kedua adalah scandal kapal selam Scorpene yang membabitkan pembunuhan model. Mongolia Altantuya Shaariibuu dimana Najib bakal disepina untuk hadir ke mahkamah Perancis sebagai salah seorang saksi utama.

Saya menyeru supaya Perdana Menteri memberanikan diri berdepan dengan kes ini kerana ia bukan saja menjadi tumpuan rakyat Malaysia malah diperingkat antaranbangsa.